Pages

Wednesday, 15 August 2012

Lipas

Lipas
hehe


Ahlan wasahlan wamarhababikum....

Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini marilah kita beramai-ramai merebut pahala ibadah kepada yang Esa.

Tajuk ni macam tak kene jek dengan entry perenggan pertama tu kan..hihi...sabor2..


Al kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku di bulan Ramadhan di mana umat islam berebut-rebut ke Masjid untuk menunaikan solat sunat terawih. Kisah ni berlaku time aku bergelar mahasiswi UiTM Machang Kelantan. Almost 4 years ago. Disaat bergelar pelajar IPTA, itulah moment paling indah kan. kejadian berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan, yang mana Students lain sibuk membanjiri surau Kolej/hostel, manakala aku dan kengkawan terpaksa bertungkus lumus menyiapkan assingnment yang perlu dihantar ke esokan hari.
oh, sungguh sedih dengan keadaan itu...
sesungguhnya kami bukan sengaja meninggalkan solat terawih itu walau hakikatnya ia hanyalah solat sunat sahaja...namun kerana kekangan masa, menyebabkan aku dan kengkawan tidak bisa berjemaah bersama-sama penghuni kolej yang lain.
sehinggalah, setelah selesai menyiapkan assingment.. aku and da geng 5 orang semuanya tersadai kepenatan di dalam bilik yang tak ubah cam stor gittew.(eh,agak cam stor ler)

"Jom solat terawih wei,kita jemaah" ajak salah seorang kawanku
"Jom! tapi sapa nak jadi imam?" yang lain pula bertanya
"Kau lah Nissa." kata kawanku sambil panahan mata semuanya bersatu memandang ke arahku yang separuh lena.
"what???aku?eh, Aku tak pandai wei, bukan senang nak jadi imam" balasku
"Habis ko nak aku jadi imam?haa...lagi lah beb..pintas salah sorang kawanku yang agak kasar(namun dia yang paling lembut dan kuat nangis/luaran je kasar)hehe
"Jom lah nissa,ko imam k" Pujuk kawanku lagi bersatu suara.memang aku ke kene niiiiii???
"Ok2, aku cuba k.ampunkan aku jika ada kekhilafan,tapi in shaa Allah aku cuba ok" balasku ragu2..

Terus aku ke meja study dan mencari buku panduan solat. Alhamdulillah, dalam tu ada ajar cara2 mengimamkan  solat terawih...di ikuti surah2 yang di sarankan. aku cuba perkukuhkan lagi ilmu yang tak seberapa ini sementara kawan2 yang lain tetiba semangat membersihkan bilik dan menyiapkan diri untuk solat jemaah.

Tak lama lepastu, sorang demi sorang masuk ke bilik dan membentangkan sejadah,hmm...time tu around 2,3 pagi lah. Aku lak terketar2,terasa cam tak komfideng gittew.haha...

"Ko kenapa ssa?rilek ler, kami je bukan sape2 pom" kata salah sorang kawanku...
haaaa,amekkaww rilek... aku ni dah macam ape risaunye..ye la,pes time nak jadi imam solat terawih ni you!

"tak pe,belajar belajar.." tenang kawanku lagi
 amboih!..huuuu,memang nak kene la dorang ni, bila aku suruh dorang imamkan, sepantas kilatnye tak mao.. huhhh.taksuka taksuka!
ok,xpe...aku cuba..in shaa Allah.. setting baik2 hati tu..ok! semuanya ikhlas tu 'alallah.

sehinggala sampai turn aku..., aku bentangkan sejadah sedikit ke depan,lantas buku panduan itu ku buka dan ku letakkan di bahagian atas sejadah.(sebagai panduan kot2 terlupa ayat sbb terlampau gabra kan..haha)

Ok, Alhamdulillah...maka tinggal lah rakaat terakhir...
setelah rukuk, dan tiba waktu sujud...tetiba seekor lipas berjalan lenggang lenggok atas sejadahku...aku yang hendak sujud ni, tak payah cerita la, memang maunye aku melompat.. sbb aku memang TAKOT lipas! adduuu....,kenapa la time ni dia nak jalan-jalan cari makan nye!!!..kalau tak ingatkan kat makmum, memang aku nak cabut lari jer...tapi..aku xleh buat camtu..terus aku cover line...aku terus berdiri,tunggu kot2 lipas tu nak pergi kan...hahaha...dalam hati aku, mesti dorang ni tertanya-tanya surah apa la aku baca sampai lama tol nak sujud kan. hahaha, memang aku berdiri jer wei, tunggu lipas tu caw...tapi, memang nonsensss betol arr lipas tu,tak mau berganjak,hadoww...! aku dah mula cemas dah, nak sujud lipas betol2 kat tengah2 atas sejadah..dorang lak,mesti hairan sebab dorang kompem tak nampak lipas tu...nak tak nak terus aku kuis-kuis lipas tu dengan kaki aku, dengan harapan 'beliau' akan berganjak pergi..walau hakikatnya terketar2 aku menahan kegelian yang terlampau..tapi makk kauuu!! tetiba lipas tu datang makin dekat,terus aku angkat sejadah ke depan dan lariiiii...haha,apa lagi kengkawan aku yang lain terguling guling terbahak bahak la dorang ketawa kat aku!

kawan 1 : "Ko kenapa nissa?"
kawan 2 : (nampak lipas pecut 1000km/jam= pecutan aku)bhaahaa...patot la lama bangat ko berdiri wei..aku ingatkan solat terawih ko memang ada surah yang panjang lepas rukuk,sebab lama sangat nak sujudnye...hahaha
kawan2 lain : hahahahaha......

cisss....cilaka punya lipas...haaa amekkaww keluar jugak ayat baek tu, gelak sakan dorang tengok reaksi aku, ape taknye...terangkat habis telekung beb!haha....sampai aku pun tak tahan tengok dorang ketawa, last2 aku pun gelak jugak sampai tak hingat dunnia!heeee....Tension betol ngn lipas ni...waduh waduh waduh!

gini ler ghupe 'beliau'...



~ kerana 'kau seekor lipas..heeee~