Pages

Wednesday, 30 April 2014

Meniaga Burger

Burger! Burger Burger!

Ok. Sebenarnya aku tengah planning nak bukak kedai buger...
sekarang ni, tapak dah tak perlu risau...FREE
tukang buat burger pon takyah risau, dah tandatangan kontrak...hehe
Stall kecik utk buat meniaga pun...Done! Ayahku sendiri yang bikin..Alhamdulillah.
So, sekarang ni jom kita semak senarai bahan kering & basah yang diperlukan.

hooooo...besonye burger!

Bahan-Bahannya

Basic :

  1. Burger Daging
  2. Burger Ayam
  3. Sosej
  4. Roti
  5. Telur
  6. Slice Cheese
Rempah :
  1. Sos Kicap (Maggie Seasoning)
  2. Sos Cili
  3. Sos Tomato
  4. Black Paper Sos
  5. Serbuk Lada Hitam Aji-Shio
  6. Mayonis
  7. Rempah Kari (mengikut citarasa nak letak ke tak mo letak)
  8. Majerin Pelangi
Sayur-sayuran :
  1. Kubis
  2. Tomato
  3. Carrot
  4. Timun
  5. Bawang Besar
  6. Salad
  7. Nenas (Kalo mau letak)
Bahan kering :
  1. Peralatan memasak
  2. Kuali (Burger Pan)
  3. Tong Gas
  4. Pembungkus
  5. Plastik
  6. tisu
  7. Senarai Harga
Berikut adalah senarai bahan-bahan yang penting untuk memulakan perniagaan ni
Kalau tolak semua barang Free kat atas tu, Modal yang habis selepas aku beli barang2 tersebut dalam RM600. hmmm, boleh tahan la kan...biasalaa mula2 nak start biz kan.

Tapi kene ingat, bagi yang ada modal kurang daripada tu pun still lg blh meniaga...sbb mula2 meniaga ni, tak perlu beli barang yang banyak pun. Seminggu dua lepastu baru boleh topup sikit demi sedikit. Bergantung pada jumlah pelanggan la kan.

Disamping jual burger tu, boleh letak air sekali..senang kalau custemor nk makan burger, dorang boleh beli air sekali. Boleh tambah pendapatan sikit2 kan.


*** Jom kita pakat2 meniaga***


Monday, 28 April 2014

Thailand

Holiday + Thailand + Shopping

Mentang-mentang balik kampung kan, hari2 aku pergi shopping kat Takbai, Thailand.
Inchik Suami pulak...kasut bola! kasut bola !..tu je sebab dia ke sana.Orang sibuk buat biz Tudung dia lak nak jugak sibuk kan diri buat biz kasut bola..hahaha
Nasib baik tambang ke sana FREE!.. Alhamdulillah :)
Jom Kita Bertolak
Geng2 Shopim!

Nak pg ke seberang sana kejap je...dalam masa lima minit dah sampai. Tambang satu kepala RM2. so pegi balik RM4 hinggit.

Pengkalan Takbai
Ok, dah sampai sudah kat obersea. Hati-hati turun tu sbb penah ada yang tersadung jatuh dalam air tau...errrrr, seram!

Gambar separuh daripada tudung yg sempat tangkap.

Sampai sana terus belek2 tudung, baju, skirt, buah-buahan...Oh seronok sangat.
Beli tudung je dah habis 1k. ntah lah tak boleh tengok lah,rambang mata btol g sana. Terkoyak habis!
Nasib baik buat biz kan.. tapi biz pon xsempat nak promote online, bawa g tempat keje tak sampai satu hari, habis dorang borong.. Alhamdulillah...


Nasi Komok

Benda wajib yang mesti beli bila kat sana adalah nasik komok...huhuhu..sedap! hingga nak pergi lagi..huhu
Murah je tau..satu bungkus RM2...Ok, Jom mammmm.....




***Selamat Bercuti***