Pages

Sunday, 14 September 2014

Salahkah Saya???

Bismillahhirrahmanirrahim....

Kehadiran post kali ini adalah kerana rasa kecewa yang teramat sangat.


Facebook,
Dalam ramai2  friend list facebook saya, saya seringkali terbaca status seorang insan yang amat saya kagumi. Setiap status yang beliau update, seringkali menyentuh dan merangsang semangat saya untuk terus maju ke hadapan. Sungguh saya amat kagumi beliau... dari situ saya tahu beliau adalah seorang yang bekerjaya, seorang yang cantik, seorang yang baik, seorang jutawan dan seorang yang sangat kuat. 
Status yang beliau update majority nye berkaitan dengan luahan hatinya tentang kerjaya, tentang keluarga, kawan2, rakan bisnes, para pelanggan dan banyak lagi. Jarang status yang di update'nya pendek, rata2nya panjang lebar dan membuat saya berfikir panjang. Walaupun kadang2 saya pikir beliau terlampau terbuka dalam setiap penulisannya, namun apa yang baik saya cuba contohi dan teladani.

Memang beliau sangat kaya. Malah jutawan muda lagi. Punya bisnes sendiri. Sungguh beliau hebat. Mampu melakukan banyak kerja dalam 1 masa. Sehingga terdetik dihati saya ingin menjadi sepertinya,ingin join bisnes sepertinya. Cuma modalnya terlampau besar bagi saya. Namun tidak mengapa. Insha Allah.. Rezeki Allah itu luas & ada di mana-mana saja.

Suatu hari beliau update 1 status, status pengiklan produk yang sudah lama saya mencarinya. Paling saya teruja, bila beliau mengatakan jualan itu lebih kepada keinginannya untuk 'menolong'. Sungguh beliau sangat baik, jutawan dalam setiap sudut. Kagum saya terhadap beliau.

Tanpa berfikir panjang, saya inbox facebooknya, mengatakan keinginan saya terhadap produk tersebut. Hanya beberapa saat terus beliau reply message saya.

Seperti kebiasaan proses jualan online, sy transfer wang pembelian ke akaunnya, beri alamat dan sebagainya.
Disitu saya cuba menjalinkan silaturahim dan mendoakan kesihatan dan kejayaannya biar berterusan .In sha Allah. Terasa sungguh gembira dan teruja, dapat berkenalan dengan idola perniagaan yang sangat saya kagumi di alam maya.

Selepas 2 hari berlalu, barang yang di order tidak kunjung tiba, dan selepas 2 hari itu, saya cuba inbox'nya...meminta tracking number supaya saya dapat trace barang tersebut berada dimana. Selang beberapa jam kemudian beliau reply, beliau cakap 'nanti beliau bagi malam ni'.

Namun keesokkannya tracking number tersebut masih belum saya perolehi. Tak apalah. Mungkin beliau sibuk fikir saya sambil jauh disudut hati beliau tidak lupa dan berharap barang tersebut muncul dimata saya saat itu jua.

Saya bukan apa, saya juga membuat bisness online, setahu saya pos barang melalui kurier2 yang saya tahu ini, paling cepat 1 hari, paling lama ambil masa 2 hari. Jika tiada masalah. Dan ianya adalah dalam tempoh 'waktu bekerja.

Namun malangnya...ia tidak jua kunjung tiba.. ingin saya inbox'nya  lagi,
risau pula beliau akan rasa terganggu.....
.
Tapi terlampau banyak persoalan bermain difikiran ni.' Kenapa aku tidak tahu beliau pos pakai kurier apa, hmm... biasanya pos laju, kalau beliau pos biasa kenapa beliau cakap akan bagi tracking number tu nanti'.ok, maknanya pos laju. Bisik hati sendiri.
 
Ingin saya inbox beliau sangat2, tapi saya bukan seorg yang suka menggangu mahupun mendesak. Tapi, bagaimana harus saya selesaikan masalah ini, ingin ke ppl poslaju, saya tiada tracking number untuk proses rujukan dan pencarian..Allahhu, sangat pening saya memikirkanya.

Esoknya, saya kuatkan hati, inbox'nye...hanya 1 perkataan sahaja 'waiting' agar beliau teringat akan insan ini yang sedang menanti... tapi teka apa yang saya terima daripada beliau.

Sungguh menyedihkan hati ini,
kata beliau 'beliau tiada masa untuk bagi tracking number tu, tengoklah kalau beliau ingat beliau akan bagi. Saya ditegurnya, untuk cuba fahami keadaannya yang sangat sibuk, yang tidak sempat untuk tidur lama, yang....yang.....

Allah, salahkah aku kerana ingin tahu dan dapatkan tracking no tersebut?...
Maafkan aku jika aku bersalah...maafkan aku jika beliau merasakan aku ini terlampau mendesak...

Saya kuatkan hati reply message'nya..
mengatakan 'ok,saya faham',
dan seperti biasa mendoakannya...seperti kebiasaan massage2 saya pada org lain.
Walau hakikatnya, hati saya sedikit terguris...namun, cuba saya lupakan...buang segala perkara2 negetif...agar saya tenang tanpa memikirkannya lagi...

Selang beberapa minit selepas itu, di saat saya cuba scroll down bisness online saya dan menekan ruangan feeds,  saya terbaca satu status barunya...

YA Allah, sangat menghiris jiwa.
Kata beliau, beliau bukanlah pekerja poslaju untuk tahu semua barang sudah sampai, cepat @ lambat, beliau tiada masa untuk fikir semua ini. Beliau berharap cust faham dengan keadaanya yang sibuk menguruskan semua kerja dalam 1 masa, dan katanya beliau tidak rugi jika tidak berurusan dan bekerja dgn org2 sebegini. Lagipun bukannya bayaran yang dibuat itu ribu riban pun sampai mendesak begini.

YA ALLAH, mendesakkah aku??
2 malam saya tidak dapat tidur memikirkan status yang saya baca itu.
2 malam itu jua saya memikirkan apakah salah saya sebenarnya..
Salah ke apa yang saya buat?
Apakah saya tiada hak untuk bertanya?
Hati saya sangat2 tidak tenang. Saya cuba buang jauh2 apa yang telah saya baca.
Cuba berfikiran Positif. Mungkin itu ditujukan utk cust'nya yang lain.
Ya Allah... saya ingin lupakan..saya tak ingin ingat apa yang saya baca itu..tak ingin..
Tapi, ayat terakhirnya itu...ayat itu sgt2 mengguris hati saya..tak tahu kenapa..
Andaikata status itu bukan ditujukan untuk saya, tapi ayat itu sangat memaksa saya untuk berfikir 2x tentang kredibilitinya yang selama ini saya sanjung dan kagumi.

Betul barang yang saya order hanya sekitar rm50 sahaja.. dan mungkin nilai itu sama dengan tempahan custemor'nya yang lain. (cuba berfikiran positif)
Mungkin nilai itu sedikit bagi jutawan sepertinya...tapi bukan untuk orang seperti saya yang penah melalui detik detik getir dalam hidup.
Kerana bagi saya dengan jumlah itu, saya mampu mengalas perut untuk beberapa hari.
Memang saya tidak membuat bayaran beribu riban,
namun apa yang saya terkilan, ikhlaskah beliau menolong sebenarnya..?

Jika ingin dikatakan sibuk, saya juga melalui fasa yang sama,
selalu kalut dengan pertanyaan custemor,
sentiasa stress dengan semua perkara perlu dibuat dalam 1 masa.
Saya juga hamba Allah yang tidak sempurna, seorang anak, seorang insan yang berkerjaya, seorang suri rumah, seorang bussines woman yang bukanlah jutawan seperti beliau...
Tapi perlukah saya jadikan itu semua sebagai alasan untuk tidak memberi hak custemor2 saya.
Hina sangatkah orang2 yang membuat tempahan 'murah' seperti saya. Beginikah cara seorang jutawan muda yang bekerjaya yang selama ini saya sanjungi dan kagumi menguruskan perniagaanya?

YA ALLAH, Sungguh aku kecewa, sedih, terkilan. Namun aku mohon ampun jika aku mengganggu kehidupannya hanya kerana menagih "tracking number" sahaja. Ampunkanlah aku jika aku bersalah dalam hal ini. Maafkan aku.

Dan andai beliau terbaca post saya ini suatu hari nanti, ampun maaf berjuta juta ampun dan maaf saya pinta jika diri saya ini menggangu ketenteraman saudari. Sungguh, tidak terniat sedikit pun dihati ini untuk menjadi seorang insan yang saudari rasa paranoid kepada diri saudari. Saya hanya cuma meminta hak saya sahaja sebagai seorang pelanggan saudari,
 
'hanya sebaris nombor sahaja'..

namun jika itu membuatkan saudari rasa terganggu, membebankan saudari, sekali lagi saya mohon ampun dan maaf seikhlas ikhlasnya dari hati saya.

Hari ini, seminggu sudah berlalu, dan hari ini saya tidak ingin lagi memikirkan barang itu sampai ataupun tidak..jika barang itu sampai, Alhamdulillah, saya bersyukur & saya akan sedekahkan dengan seikhlas-ikhlas hati, namun jika tidak, saya halalkan semuanya dunia akhirat, walaupun bayarannya terlalu kecil bagi saudari..
Juga walau bertapa hinanya saya bagi saudari, saya tetap mendoakan kesejahteraan saudari sepenuh hati saya...

Akhir sekali,
Saya bukanlah mewujudkan 'entry' ini kerana niat untuk bergaduh, jauh TIDAK sama sekali.
Ketahuilah TIDAK terlintas sekelumit pun.
Namun hadirnya adalah kerana rasa terkilan dengan saudari yang teramat saya kagumi & hormati. serta ingin berkongsi dengan pembaca di luar sana, jika anda berniaga, ikhlaskanlah hati anda sepenuhnya dalam melakukan sesuatu perkara..

Lastly,
MAAFKAN saya kerana pernah wujud dalam kehidupan saudari.
Semoga saudari diberikan kesihatan yang baik, dirahmati, dan berjaya didunia dan akhirat. Barakallahufikum.


Assalamualaikum w.b.t & Salam kemaafan dari saya.