Pages

Thursday, 11 December 2014

Kencing Tak Lawas ?

Pernah tak korang rasa sakit lepas buang air kecil ?
Lepas tu rasa macam tak puas jer then mula lah ulang alik ke toilet..
padahal yang keluarnya ciput je... erererrrrrrh !


nisa cek cek google, rupa-rupanya apa yang berlaku tu adalah 'kencing tak lawas' (ittew ikut firasat nisa la kan) .... heeee
Sebab apa, sebab nisa kurang minum air! kehkeh3x!


Jom kita cek tanda tanda kencing tidak lawas :

○ Kerap ke tandas (kompem!)
○ Kencing tak puas ( ya)
○ Tak dapat menahan kencing (rasanya ler)
○ Sakit pada ari-ari... (errr, ada jugak laa)
○ Kadangkala alami kencing berdarah (Ish! takda, nauzubillah Ya Allah. tak nak!)
○ Demam. Tanda pundi kencing lebih aktif ( Alhamdulillah takde )
○ Kerap ke tandas lebih 10x (Pernah lah 1 hari tu, tapi sekarang kurang dah sebab control balik pengambilan air putih kan)


Punca-punca Kencing tak lawas :

○ Kurang minum air
○ Tahan kencing


Betul.. sistem tubuh kita memerlukan air putih yang cukup. lepas nisa bagitahu mak pasal ni, dia suruh nisa amalkan minum air barli.





Alhamdulillah. menjadi ! rasa tu dah tak datang dah. tapi kalau kurang minum air, cepat je dia datang. aih! bahaya betul kan. tapi sekarang, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat, rasa tu dah takda dah.
Ermm... yang penting jangan lupa minum air putih Keh!


Petua merawat kencing tak lawas :

○ Minum air putih banyak-banyak

○ Minum  Rebusan Air Barli
~Cuci barli sehingga bersih, rebuskan bersama air secukupnya. Masukkan daun pandan untuk dapatkan rasa dan bauan yang wangi. Bila dah masak, masukkan dalam gelas dan kacau bersama gula secukup rasa. Oke, kalau Nak Senang beli je kat kedai. hahahak. :p

○ Minum Air Basuhan beras
~ Ambil air basuhan beras yang last sekali, maknanya yang dah bersih, dan amalkan. Insha Allah dipermudahkan.

○ Minum Air Nenas
~ Kupas nenas, dan buat jus nenas. Yang ni pun kalau nak senang dan cepat, oder je kat kedai.hihi :)



p/s : Kesemua rawatan di atas adalah testimoni diri sendiri. Alhamdulillah. Usaha Tangga Kejayaan. hehe



*** Selamat Mencuba :) ***


Wednesday, 10 December 2014

Gambang Waterpark

Last minute planning nak pergi holiday kat Gambang waterpark..hmm, sekali pikir rasa macam tak boleh pergi dah sebab masa tu nisa kalut settlekan order customer kat KL. 
Tapi... Alahai Cik Abang ni pulak duk memujuk rayu cakap teringin sangat-sangat nak pergi sana... aduhai, macam budak kecik... pedih ulu hati nengoknya... hakhaks!


Dia mula tak sedap duduk dah, apa taknya gambar satu family bertalu-talu masuk dalam wassap tu hah! Dorang semua dah pergi dari pagi lagi. hmm, nasib baik la kerja nisa tu settle cepat kan.. Dapat la juga kami join sekaki. Lagi pula, bukan senang nak dapat cuti sama-sama kan. Dua-dua kerja kalah VIP ni ha! 25jam 1 hari.. heheheh..

Dari KL nak kesana lebih kurang 220 km. ermmm, Petang jugak lah kami sampai sana. dorang semua dah kecut main air, kita ni pulak baru ajee sampai..kihkih!




Rupa-rupanya banyak jugak tempat-tempat menarik kat Bukit Gambang Waterpark ni. Antaranya :
~ Bukit Gambang Safari Park
~ Caribbean Bay & Arabian Bay Resort
~Bukit Gambang waterpark


Disebabkan waktu kami sampai pun dah lewat, so nisa sempat pergi kat Bukit Gambang Waterpark je.
Sampai je sana terus kami terjah kaunter untuk proses pembelian tiket. Harga tiket untuk masuk kat sini bagi
~Dewasa : RM25.90
~Kanak-Kanak : RM18.90


Okeh, masuk-masuk je dalam tu, sebarang pembelian makanan tidak lagi boleh dibeli dengan wang tunai. semua pembelian makanan adalah dengan menggunakan kad khas yang korang boleh dapatkan kat kaunter kat sini... Tapi jangan bimbang, kalau balance wang nya ada lagik, korang boleh tebus balik baki nya dalam bentuk tunai yep.
Hooohh! takde lah membazir kan...ekekekke.


 Payah Betol nak bergambar nyeee...aisshh @_@

Btw, kalau korang nak tahu, ada 3 tempat kat gambang waterpark ni, iaitu :
~Coco Beach, yakni pantai tiruan yang ada ombak-ombak gitu...heee
~Peguin Island pulak merupakan tempat yang memang sesuai untuk kanak-kanak bermain..kat sini juga ada kolam untuk orang dewasa oke!
~Tree Top Hills Slides pula adalah tempat untuk main gelongsor...dan kat sini adalah tempat paling best! errmm...Ada 6 lanes Racer, Family Raft Slide, Crystal Slide, Canopy Slide dan Galaxy slide.syok!

Alah! Pendek kata memang semua best lah! cuma masa je yang tak best! haha... tak sempat kite nak selongkar banyak tempat. hukhuks! Tapi apa-apapun tempat ni memang sesuai untuk korang yang berhajat nak datang holiday ngan family tersayang !


Okeee, nak balik sudah!



*** Tata semua @ Selamat Bercuti ****




Tuesday, 9 December 2014

Happy Birthday Mom!

8 December 2014

Alhamdulillah,
Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke-55 Ma...


Sungguh cepat masa berlalu,
Walau rupa mu telah dimamah usia,
Namun Ma tetap muda dan cantik dimata kami adik beradik..
Tidak pernah hilang rasa kasih dan sayang kami pada Ma yang tercinta..
Ma lah wanita yang kuat, tabah dan sabar dalam membesarkan kami 9 orang adik beradik.
Tidak pernah putus mendoakan kejayaan kami.
Sungguh kami semua amat menyayangimu,
hingga terkadang takut untuk memikirkan walau sedetik tanpamu...
Terlalu banyak pengorbananmu pada kami...
Ma, dikaulah nyawa, dikaulah permata serta kekuatan untuk kami
i love you so much.

Semoga dikau sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.
Semoga Allah permudahkan segala urusanmu Bondaku.



Allah selamatkan kamu~!@#$%^&*()Allah selamatkan kamuuu ibuku~!@#$%^&*()





Monday, 8 December 2014

Shopping Barang Jepun Di Asia

Kalau singgah di IOI Mall Puchong, tak sah kalau tak singgah dan shopping barang-barang made ini Japan di KOMONOYA dan DAISO. Masuk je dalam tu semua benda yang kita nak ada tau. sampai barang-barang yang not in listdown notepad pon ada.. aishh parah betul! Apataknya, semua barang-barang kat sini kiut miut belaka! geram kita dibuatnya..kalau boleh semua nak hambik lah... apa yang penting semua barang barang dalam Komonoya dan Daiso ni RM5 je. hukhukhuk...memang menangis la kalau pegi bawak duit poket sikit.. tambah-tambah aku ni memang tak boleh tengok barang-barang yang comel comel, aduh lahaiii memang gelisah gundah gulana la jadiknya kalau engak dapat.. oh beratt sungguh kawe! malu diorang! apooolaaa...

Ok, berikut ada sikit gambar yg nisa amik pakai telepon buruk nisa just untuk sharing is caring ngan tetamu blog mdmnissa.. hah! apa tunggu lagi, maih kita tengok yopp...


KOMONOYA

Komonoya













DAISO
Daiso









So sekarang tak pergi Jepun pon korang boleh shopping barang-barang osaka Japan kat sini ye... Tengok design2 yang dorang buat, kadang kadang tak tercapai dek akai, memang perkara yang dorang design yang kita pikir takde funtion, semua menjadi lah bagi dorang.. Bijak! Genius! memang Tabik lah! hihi..
Orait, yang penting, jangan lupa bawa duit poket banyak banyak ye. Kalau nisa dapat pegi kat sini hujung minggu memang bersorak ler. Tak yah makan angin jauh jauh dah.. duk kat sini dari pagi sampai malam pun takpe..hahahahhak! baik apply kerja terus kat sini kan...kikikit :)

Ok, itu saje, Selamat menjamu mata. Ada masa jangan lupa singgah.haha (macam shopping complex sdri je) hihi

Ok dah! tata! Assalamualaikum ^_^ :) ;p

Tosai

Lepas balik shopping kat OTK semalam, aku terima wasap dari kawanku, si man. Katanya nanti tolong ambil dia kat airport subang kul 8.20 malam ni.
Lepas solat maghrib semalam, aku ngn suami gerak kesana. 5minit dalam kereta, man wassap lagi..katanya flight delay...kul 8.30mlm baru gerak. Ok maknanya 9.45mlm baru dia sampai airport.

Orait, memandangkan kami dah on da way, suami pun ambil keputusan untuk lepak2 kat kedai makan sambil memenuhi keinginannya menonton perlawanan bola suzuki cup antara malaysia vs vietnam.

Hmm.., aku bukanlah peminat bola sepak. Tapi nasib baik aku bawa buku, boleh lah belek2 kan. takde lah boring sangat kat restoren tu nanti.

Sampai je kat kedai mamak terus kami order makanan, tosai cheese!

Tosai Cheese
Memang marbeles! Sesapa yang gemar makan tosai cheese, saya rekemenkan anda untuk cuba makanan ni di restoren Maju Maju Subang..
Banyak2 kedai yang pernah saya cuba makanan ni, kat sini memang paling best, tip top lah! dengan pencicah-pencicah nye yang sangat memikat hati, wah kompem sedap lah! haha, macam gaya pengacara jalan-jalan cari makan pulak.hihi
Tapi kan, betol tau! Tu baru single cheese, cuba kalau double, triple cheese...aduh mau nye tak balik, duk makan tosai tu je ler sampai kembung perut.huhu..hmmm sedap! Apa yg penting memang berbaloi, so kpd sesapa yg duk area sini, boleh try test kat restoren ni tau, gerenti terangkat!hehe
Ok, kepada sesiapa yg tak suka makan kt kedai, anda boleh bikin sendiri itu tosai..try resepinya kat sini ye.



Selamat mencuba!

Friday, 5 December 2014

Ibu

9jam perjalanan dari kelantan ke Shah Alam...
Ku tumpang seorang kawan lelaki bersama ibunya,

Planning terlampau padat, lama sudah di kampung, banyak kerja yg perlu diselesaikan..sangat2 memerlukan masa...

Ku kenal seorg kawan itu melalui suami ku. Kawan baik suami masa plkn smp ke hari ni. Sungguh, beliau sgt2 baik. Bertuah kami mengenali beliau, punya kawan sebaik beliau.
9 jam di dalam kereta, banyak cerita terkias kudengar melalui perbualan sang ibu dan anak.
Terlalu banyak kesedihan, melalui nada suara ibu yg punya 9 orang anak itu.

Sekali ku pandang wajah tua yang kelihatan agak uzur di pandangan mata, sungguh tenang wajahnya...namun raut wajahnya menimbulkan pelbagai persoalan... apatah lagi apabila mendengar cerita2 melalui perbualan mereka. Tergambar akan kegelisahan yg berada di hatinya...

Ku lihat tangan ibu itu...penuh perhiasan tersarung...
Sungguh mewah, besar2 semuanya... alhamdulillah, berkat usaha dari perniagaan yg dijalankannya, mampu membesarkan 9 org anak, mampu membeli tanah, agihkan pada anak2, siapkan rumah utk anak2, sebuah seorg lg..semua itu dilakukan seorang diri..tanpa suami disisi! Ya Allah, sungguh aku sgt2 menghormatinya, sungguh kuat dan sabar ibu ini. Respect!

Akhirnya ku tahu apa tujuan ibu yg agak uzur itu naik ke KL.. rupa2 nya, ingin membantu si anak membangunkan perniagaan kedai runcitnya. Habis perhiasan di tubuh digadaikan, semata2 ingin membantu dan melihat si anak hidup bahagia.

Jam hampir 8mlm,
Kami berhenti singgah di kuartes polis di KL, kerana ibu itu ingin tinggal bersama sama anak perempuannya di sana.
Ku melangkah kaki ke bilik air, berwuduk dan tunaikan solat jamak utk meneruskan perjalanan yg berbaki 1jam lebih lagi.

Usai solat, ku keluar ke ruang tamu, kulihat family belah suami anak perempuan ibu itu..sangat ramai. Lebih kurang 10 orang...padat isi rumahnya, meriah!
Tapi....entah lah, terasa 1 kejanggalan...timbul rasa pelik...lantas kucampak ke tepi rasa itu. Buang jauh2, no time to think -ve rightnow!

Selesai bersalam salaman, aku melangkah kaki keluar dari kuarters tersebut, dan meneruskan perjalanan ke shah Alam, ke rumah suamiku. Tak sabar rasanya nak cepat2 smp rumah, penat dah duk atas keta lama2.sakit belakang, angin penuh 1 badan. Hmm, mmg jenis yg xleh duk dlm aircon lelama aku ni, kembung habis 1 badan..arghhh! Senak perut pening kepala semua rasa.

1 jam lebih perjalanan, byk kisah sedih kawanku ceritakan tentang ibunya. Sungguh aku bangga mengenali ibu itu, sungguh ibu itu bertuah punya anak sebaik kawanku ini....

Aku tanya dia, berapa hari mak naik KL.
Dia cakap, kejap je...tak sampai 1 minggu pon, mak naik pun sebab nak tengok akak buka kedai je. Tapi dia ckp, dia risau sangat mak dia datang sini. Risau takut takde org nak jaga mak dia bile dia pegi kerja nanti..aikkk?! Bukanke dh tinggal rumah akk dia??
Dalam kepala aku pulak, muncul banyakkk ???????? Entahlah...pening@&&&@^/@=@ dah, malas pikir! Nak cpt smp je, ok!

2 hari kemudian,

Aku terima panggilan dari kawanku itu,
Katanya ingin minta kebenaran untuk tumpangkan mak dia di rumah ku, sbb esok pagi dia cakap nak minta tolong suamiku hatar dia ngn mak dia kat airport. Dia tanya sudikahbkami tumpangkannya?
Ya Allah, aku ngn suami sungguh tiada masalah, malah sangat2 bersyukur. Dia itu kawan baik kami, dan mak dia jugak sudah kami anggap seperti mak kami sendiri.. lagipun, bukankah tetamu itu seperti malaikat, bukankah Allah itu memuliakan mereka yang melayan tetamunya dengan baik. Insha Allah kami terima seikhlas hati. Katanya, Esok pagi dia odw pegi keje dia akn htr mak dia kat rumah aku. Orait!

Jam 9 pagi keesokkanya,
Aku sambut kedatangan ibu yg ku panggil 'ma' itu penuh hormat. Begitu jua suamiku yg kebetulan ada di rumah.
Beliau tersenyum membalas senyumanku dan suami.
Ku ke dapur, sediakan minuman. 2 jenis air ku bancuh, bimbang salah satunya beliau tidak minum. Bihun yg ku goreng selepas solat subuh tadi, ku angkt dan kuhidangkan di hadapannya. Tapi, ibu itu tidak makan, malah melihatku penuh makna, beliau tersenyum pahit lantas termenung melihat makanan yang terhidang.
Jemput lah makan ma, kataku.
Dia senyum lagi... "tak ape lah, ma kenyang.kejap lagi ma makan".

"Ke ma tak minum air teh'o dan milo ni? Ma nak air masak ek? Nanti saya ambilkan". Kataku lagi.
Aku mengatur langkah, mengambil segelas air masak dan kubawa ke depan. Kuletakkan di atas meja ruang tamu...
Kelihatan ibu itu sangat penat.
"Ma, kalau ma penat ma rehat lah dulu, kat sane saya dh sediakan tilam, ma baring2 lah dulu kat situ ye"
"Eh, xyah lah susah2" katanya.

Ibu itu memerhati di setiap sudut rumah ku...
"Sunyi ye kat sini". Katanya lagi
"Ha'ah ma, biasa lah hidup berdua je kan, rumah ni macam ni lah, sunyi...budak2 kecik pun xde nak sepah2 kan rumah.. kat luar tu pulak, time2 camni memang sunyi, tapi petang2 sikit riuh lah suara budak2 tu main kat luar". Balasku.
"Oh, suami tadi kat mana?" Tanya nya lagi bila tersedar suami ku tidak kelihatan.
"Ada dalam bilik tu ma, waktu ni dia siap2 nak tidur lah tu, biasala kerje malam kan, nanti jap lagi nak bangun solat dan kerja pulak."
Ibu itu memandangku lagi, senyum...dan senyum...
Sungguh, beliau kelihatan punya banyak masalah, termenung je aku tgk...
"Ma, kalau ma boring kat situ ada buku, nanti ma tengok2 lah ye. Saya nak minta diri dulu, nak sambung siapkan tempahan kad kahwin custermor kejap" cuba memberikan ruang untuknya.

"Ok, xpelah..pergilah...nanti ma tengok" jawabnya dua tiga patah.
 Terus aku melangkah ke bilik kerjaku, mata mengadap komputer, mouse ku tekan.. tapi fikiran melayang...terus melayangg..
Ya Allah, jika ibu itu ada masalah, Kau hilangkan lah masalah itu, ringankanlah beban yang dipikulnya, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih dan maha penyayang...Amin...

Jam 12tgh
Aku keluar kedapur, terlihat ibu itu sedang baring di atas tilam.
Ku buka peti ais, keluarkan barang2 untuk siapkan menu petang. Tapi barang2 dapo tak banyak, bawang merah pun takde, orang laki ni kalau duk rumah sorang2..susah betol nak beli barang dapo, haishhh...rungutku seorang diri..
ape yang ada, kubis, sawi...tu pon dah layu dh. Nasib baik telur, suhun dah ayam ada..boleh la masak yang mana ada dulu.
 Aku siapkan sayur air bersama suhun, goreng ayam kunyit, telur dadar, budu wajib..letak asam limau dengan cili sikit, wah! lauk xbanyak pun xpe lah, janji ada budu...maghoh kawe! hehe

"Masak apa tu". Tegur ibu itu dari belakang.
"Nak ma tolong ke?"
Eh eh, takyah ma, takpe, takpe...dah nak siap dh ni pun...jap lagi kita makan sama2 ye.
"Banyaknye masak nasi,Susah susah je", katanya.
"Takpe lah ma, jap lg Encik tu bangun mesti cari nasi punya, lagipun memang kalau dia keje malam saya akan masak lebih, sebab nanti dia nak bawa bekal pegi kerja pulak".
"Oh, memang dia selalu bawa bekal ke?bagusnya"..katanya lagi..
"Ye ma..macam ni lah selalunya, kalau saya kerja dulu, mesti kalut nak balik awal, sbb nk kene masak2 untuk dia kan, kadang2 memang tak cukup masa, terkejar2 rasanya, tp tulah, dia tu susah makan kt kedai ma. Tapi ni dah dua bulan tak duduk sama, kene jadi bujang balik lah dia gayanya" cerita ku panjang lebar..hehe

"Untung dia dapat isteri macam kamu..tu lah, ma selalu pesan kat anak2 ma, nak cari suami isteri kene cari yang betul2. Tak boleh main main. Sekurang kurangnya ma sakit demam ma boleh menumpang teduh. Tapi tu lah...susah nak cakap, keluhnya agak berat...
Kelihatan air mata berlinangan di kelopak matanya...
Tengok sekarang, ma bukannya nak datang sangat kat bandar ni...kalau perasan, ma sendiri pon tak larat dah nak berjalan. Tapi nak buat macam mana, anak suruh datang, datang lah kita pun kan, sekurangnya boleh tengok tengok kedai runcit yang dia nak bukak, boleh bermain dengan cucu2, boleh tumpang gembira kan...hrmmmmh...keluhnya lagi...
Ma bukannya apa, barang kemas dah habis ma gadai, sebab anak minta pinjamkannya duit untuk buka kedai.. tak pelah.. anak kan, ma susah tak ape, janji dorang senang... tapi apa dia buat..bukan nak ucap terima kasih pun, malah dia tuduh ma macam macam. Ma duk kat rumah dia nak suka suka, tapi ma dilayan macam hamba, basuh baju lima 6 mesin satu hari.. tengoklah berapa ramai isi rumah, semua baju ma yang kene basuh...itu tak ape lah, yang paling ma terasa hati, ma dituduhnya kata bukan2 kat adik iparnya, ma dituduhnya masuk campur urusan family laki dia, pecah belahkan family dia... Ya Allah... ma tak buat semua tu, ma sedih dia buat ma macam tu....berlinangan air matanya, teresak esak menangis di depanku, cermin mata dibukanya, disapu sapu air mata yang keluar... aku terpaku, terkejut dengan ceritanya, tak mampu jua kutahan air mata ini dari jatuh apabila melihat ibu yang uzur di depanku menangis teresak esak...ya Allah, patut lah dia banyak termenung..Allahhuakhbar!

"Ma sedih bila sah layan ma macam ni"katanya padaku
"Anak yang ma tumpang tu pun tak layan ma macam ni, ambilkan ma air, buatkan ma air banyak2, hidangkan ma makanan, masak lagi....
tu yang hati ma tersentuh, rasa sedih sangatt.. ma datang kat sini nak suka suka ngan anak cucu, tapi tengoklah, akhirnya ma menumpang dengan orang yang takde pertalian darah dengan ma...siap layan ma jauh dari anak2 ma layan ma sebelum ni...ma kecil hati dengan dorang. Anak2 ma 9 orang, tapi taksemua boleh jaga ma seorang, yang ada kakak sulung, dengan anak lelaki(kawanku) ma yg ni berdua je yang boleh ma tumpang sakit demam. Kalau dorang takde tak tahu lah ma esok2 nanti cam mane"

Ya Allah...

"Tak apa lah ma, ma jangan sedih2 lagi, saya kan ada... ma anggap je saya ni macam anak ma sendiri ye".. ku lap air mata yang berguguran, menangis si ibu itu mendengar ucapan ku...
"Terima kasih la sah, terima kasih banyak. Ma mintak maaf banyak2 sebab susahkan sah ngn suami"
"Ishhh...takde lah ma, mana ada menyusahkan...takde, takde.
Ok, sekarang takyah nangis2 lagi, ma pegi rehat dulu, jap lagi kita makan sama2 ye"
Kataku sambil mengatur langkah ke ruang tamu menghantar ibu itu ke depan.

Sayu hati ini kurasakan. Ibu yang kuat dan tabah bersamaku itu betul2 menyentap hati nurani ku.
Walau ku lihat dia punya harta yang banyak, namun itu semua tidak menjamin kebahagiaan yang dirasakannya.
Dia sangat buntukan kasih sayang, perhatian anak2.
Allahhu,
Jagalah hati ibu bapa kalian sementara mereka masih ada.
Tidak akan berkat apa yang kita lakukan jika kita kecilkan hati ibu bapa kita. Raihlah redha mereka, ikhlaskan lah hati menjaga mereka... kerana mereka hanya satu, tidak mungkin ada duanya, hilangnya maka terputuslah doa untuk kita, tidak mungkin akan ada penggantinya untuk kesekian kalinya.
Sayangilah ibu anda dan ingatlah, setitis air mata ibu jatuh, tiada bau syurga untuk kita..nauzubillah....



♡♥i love u mom♡♥





Wednesday, 3 December 2014

Khasiat Daun Duri Tujuh Bilah + Ubati bisul

Sepanjang hidup ni, tak tau pulak pokok daun duri tujuh bilah ni banyak khasiatnya.
Masa tu duk kalut abang naik bisul. nak duduk bukan main seksa nengoknye.. nak naik motor sampai senget-senget tak tahan sakitnya. kesian pulak...
Mak cakap, pegi ambil daun duri tujuh bilah....aku tanya kenapa? mak kata, daun tu boleh sembuhkan sakit bisul. Apalagi, cepat-cepat aku pegi ambil kat halaman rumah bagi kat mak untuk tindakan seterusnya.




Mak ambil daun tu, ditumbuknya bersama sedikit beras, kunyit dan garam. agak2 lumat dan berlendir, mak kaup dan sendukkan ke dalam mangkuk kecil. Mak bagi abg, katanya, sebelum tidur sapu daun ni kat bisul... sapu bulat kat sekeliling bisul yg naik tu, dan tinggalkan bahagian mata bisul. ingat ye, diulang! jangan sapu bahagian mata bisul, sapu kat sekeliling dia je. bagi ruang dia bernafas. nanti bisul tu akan kecut ngn sendiri.

Alhamdulillah, memang menjadi...3 4 hari lepas tu bisul tu menghilang, selepas sedikit demi sedikit nanah dari bisul tu keluar. abang cakap, memang baik  daun ni, dah tak sakit dah katanya..
Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah s.w.t kan.. kita hanya berusaha berubat, tapi Dia yang menyembuhkan.



Kelebihan, Kegunaan dan Rawatan.

1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain. 
2. Sakit Buah pinggang.


Tiga Cara Rawatan: 

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum. 
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.

Untuk info lebih lanjut boleh klik di sini.



♡♥Selamat Mencuba♡♥



Tuesday, 2 December 2014

Kedai Makan Mee Cambol Thai

Bismillahhitawakkaltu'alallah walahaulawalaquwwataillah billahhil'azimzil'alim..
Syukur kepada Allah S.W.T kerana permudahkan urusan hamba..

Alhamdulillah,
Tanggal 20 Oktober 2014 'Kedai Mee Cambol Thai' dimiliki oleh Nisa Biz Solutions dibuka.

Kedai Mee Cambol Thai

Kedai Mee Cambol Thai

Kedai Mee Cambol Thai

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kad kahwin custemor,
Dalam kekalutan yang tak diundang,
Jua dalam kesempitan waktu yang amat terbatas,
akhirnya impian memiliki empayar perniagaan sendiri dimakbulkan.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Kepada mereka yang ingin mencuba mee cambol thai NBS, boleh lah ke klate ye..hehe
Kedai dibuka hari Ahad-Jumaat. Jam 12tgh-9mlm.
Menu :
~Mee Cambol Thai (Mee, Bihun, Patthai, Maggie) Biasa/Special
~Mee Sup Celup (Mee, Bihun, Patthai, Maggie) Biasa/Special
~Nasi Air Sup Biasa/Special
~ABC Biasa/Special

Kepada mereka yang xtau apa itu mee cambol, ok, kat bawah ni saya kepilkan gambarnya ye..


Mee Cambol

Mee Sup Celup

ABC Special

Sesape nak cuba boleh singgah ye! Selamat menjamu mata..hehe :p