Pages

Thursday, 29 January 2015

Resepi Muffin Choclate Chips mudah!

Malam ni terlebih rajin pulak...
Perut gruuppp...grapppp..grupp..grappp, tak tau lah bunyi lapar ke atau bunyi gelombang angin taufan dalam perut. haha ! Padahal baru je lepas makan nasi sup tulang 2 pinggan tadi. Amboiii! makan ke mentedaghahh tuh ! 

Tapi maybe sebab bosan kot sorang-sorang kat rumah... kan !
Hmm, jom lah nisa share resepi muffin choc chip ngan korang, nanti kalau bosan bosan boleh try test resepi ni ye, jangan risau... muffin ni proses pembuatannya teramatlah mudah dan cepat. oke :)




Resepi Muffin Choclate Chips :

Bahan A

  • 2 Biji Telur
  • 1 Cawan gula Perang
  • 100ml Susu Segar / Susu Cair
  • 120ml Minyak Jagung / minyak Masak
  • 1 Sudu Kecil Esen vanilla


Bahan B

  • 190g Tepung gandum
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 Sudu kecil baking powder
  • 1/4 Cawan serbuk koko


Cara-caranya :

  • Ayak bahan B
  • Masukkan bahan-bahan B ke dalam bahan A
  • Gaul sebati menggunakan spatula
  • Tuang 3/4 adunan kedalam cup
  • Tabur choclate chips
  • Bakar selama 20-30 minit, 170'c (@ikut jenis oven masing-masing)




Okey, simple je kan resepinya. kat atas tu gambar nisa tangkap time muffin kat dalam oven. hehe, tak sabau nau nak makan kan...hihi




Tadaaaa!! siap sudah ! korang jangan lupa cuba ye, sedap sangat, kompem tak menyesal !
nisa mamam dulu, tadaaaa :) 





Kelebihan Pearl White Putih Mulus (Jamu Jelita)

Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ??
Rahsia Awet Muda & Pencerahan yang menyeluruh ??
Best ke ? hikhik..

Semenjak tersedar tahun ini sudah memasuki tahun ke 2015, nisa cuba berjinak-jinak mencari supliment supliment yang boleh membantu, membaiki serta melambatkan proses penuaan. Wah ! Macam dah tua sangat dah kan.. tapi, sebenarnya memang tua dah pon, heeee !

Disamping menggunakan produk BVRC yang baru sahaja nisa cuba sebulan lepas, nisa juga terpikat dengan produk keluaran Jamu Jelita ini. ( Mak aihh, Skema betol ayatnya!..haha)
Opss ! ! Yang BVRC tu nanti nisa hapdate testimoni yep ;)


First time nisa dapat tahu kewujudan Pearl White Putih Mulus ni, lepas nisa terbaca posting blogger comel lotey dari Hazanis tentang Review produk tersebut. Actually, nisa try contact and whatsapp dia, sebab teringin nak cuba dan order terus dari dia kan, tapi malangnya tak dapat pulak. Hmm, tak apelah, nak buat macam mana kan, tak ada rezeki nak shopping ngan si comel putih mulus ittew ^_^. egegeee >_<



Hari tu, nisa pergi shopping kat Mydin Mall USJ, eh eh... terpandang lah pulak Botol Pearl White kat Kios di situ, hah ! apa lagi, terus angkat satu bro! kikikit, tak menyabor betol. Harganya RM36, tapi kebetulan time tu ada promotion kan, nisa dapat RM30. Heee Shukeee ! Shukee ! Alhamdulillah, Syukorr ^_^

Terpanjang pulak cite dia...haha, jom kita tengok kelebihan Pearl White Putih Mulus ni ye...

Testimoni Original dari Tuan Tanah :)


Kelebihan Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita :

  • Mencerahkan
  • Menggebukan
  • Menganjalkan
  • Melembutkan
  • Mengawet-muda-kan
  • Me-Anti-Oksidan-kan
  • Menegangkan
  • Menghaluskan
  • Mencantikkan
  • Menyihatkan
  • Memuluskan
  • Menawankan

Kandungan :

Hydrolyzed Collagen, Glutawhite, Vitamin C, Multivitamin, 3X Stem-Cell, Acerola Cherry, Pinebark, Tomato, Astaxanthin, Argan, Pearl, Rose Alps.


Cara Penggunaanya :


Ambil satu sudu Pearl White Putih Mulus dengan 120ml air,
goncang menggunakan shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut.
Untuk kesan nutrisi yang lebih optimum, anda disarankan mengambil Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.





Nanti kalau dapat hasilnya, nisa share ngan korang okehh, insya Allah  :)
Selamat Mencuba & Selamat Awet Muda dan semoga anda muda muda sokmo! huhu ^_^





Wednesday, 28 January 2015

One City SkyPark Subang Jaya



Sunday, weekend dua 3 hari lepas sempat jejalan cuci-cuci mata kat One City Subang Jaya.
Dengar citer One City ni baru je dibuka, so this is firt time nisa jejak kaki kat sini.




Masuk je kat car park, amik tiket parking dan terus ronda-ronda 1 One City...



wow! cantik sangat tempatnya, alot of glass..sangat-sangat teruja! Walaupun sesetengah tempat tu still lagi tak buka, tapi tak apa lah nisa just servey, jejalan, checking2 umpama JPJ gituw. haha



Yang paling penting ada Secret Recepies okeh! i like! Aduss cheese cake melambai-lambai dah tusss ! hehe


One City ni, lebih kurang sama macam shopping complex gitu. Tapi apa yang menarik bagi nisa kat sini is the Sky Park.Yes!

Tempat dia sangat-sangat Gojess! Relaxs ! memang sesuai untuk lepak-lepak. Best! Kita boleh tengok satu bandar dari skypark!


Boleh santai-santai tengok kenderaan di atas jalan raya jauh dari atas, boleh pijak-pijak glasses dan lihat pemandangan dalam One City dari skypark dan macam-macam lagi lah !




Kepada kawan-kawan yang planning nak keluar jejalan weekend ni, nisa cadangkan kalian pergi jalan-jalan kat sini, sementara parking masih FREE  kan ! haha





Selamat berhujung minggu di One City!
Daaaa ^_^


Instant Shawl Murah

Assalamualaikum sahabat -sahabat sekalian,
wah lamanya tak hapdate belog ni...rindu sangat-sangat nak menulis posting yang selalunya syok-syok sendirik...hakhaks :p

Sedar tak sedar, kita dah masuk tahun 2015 dah kan..adehh ! nak masuk bulan februari 2015 dah pun, tapi nisa ni baru tersedar yang umur ni udahh meningkatt. apalah ! Tapi terasa semalam baru je umur 15kan, gituw lah ! hehee. Apa apa pun semoga kita semua berjaya dalam hidup, di dunia dan juga di akhirat kelak. Insya Allah.. Aminn Ya Rabbal'Alamin !

Ok, stop talking about new years yang tak berapa nak new dah ni!heeee ;)





Kawan-kawan penah dengar instant shawl? (ke haku je yang ketinggalan zaman..haha)

Nisa ni sebenarnya suka sangat tengok orang pakai shawl. Tapi sayangnya nisa jenis yang tak reti nak lilit-lilit, belit sana belit sini. tak tau lah kenapa.. dulu masa ngajar kat perak, selalu tengok kawan pakai shawl, alahai senangnya, dia amik selendang tu, letak atas kepala, pastu pusing-pusing. ok dah. siap ! Semudah A B C ! Cepat dan expert betol dia, xpaham haku ! (@_@) huuuuuu.

Alangkah bestnya kalau time tu dah ada org design kan shawl yang dah siap jahit ni kan.

Hmm...Nisa ni kalau decided nak pakai shawl je mesti nak kena spent time 1 hour kat depan cermin tau. Sebab tu kalau nak keluar dating dengan suami, potpetpotpet dia bebel kita ni lambat siap la, tu la ni la, haha! lastly sarung bawal, pin bawah dagu ni hah, pin kiri, kanan..ok dah ! haha, tak sampai 5 minit pun dh boleh siap, boleh kalahkan abang-abang suami sana bersiap ekau. ( tapi tudung bawal je la yang nisa pro pun, kikikit ).


Chantekk sungguh model ni :)
Minggu lepas nisa ada tengok kawan nisa duk meniaga instant shawl ni. Murah je, dia jual RM18 sehelai.. Nisa cuba la testing2 kan...hihi
YA ALLAH, sungguh tak percaya, nisa dah boleh pakai shawl dah...sebabnya nak pakai shawl tu senang sangat-sangat, just sarung kat kepala je. aduhhh, memang betol-betol nisa ni ketinggalan zaman..haha... seronok sangat dapat pakai shawl yang boleh jimatkan masa nisa untuk bersiap dan mengelakkan diri ini dari dibebellin oleh insan-insan yang tak sabar menunggu..haha! 
terharu sangat ! 
Sape yang keluarkan instant shawl ni ye?? aduhhh, anda memang terbaik ! tak sagka mimpi jadi kenyataan. Huhuhu (seronok tak hingat dunia) heee

Masalah rabun mata, shawl tu asyik melambai-lambai je. haha
Dah la murah. hmm! belek punya belek koleksi- koleksi shawl yang ada depan mata tu, hah ! hambik kau.. sekali beli, borong terus! haha, taknak bagi orang lain beli dah ni. hahaha!
Kaya la tokang jual tu, Alhamdulillah :)

Ni kalau ada kawan-kawan yang senasib ngan nisa yang teringin dan bekenan nak beli instant shawl macam ni bagitau ye, nanti nisa tolong korang belikan. RM18 je (not include postage) Tak tipu ni! nanti kita sama-sama boleh pakai tak gittew kan. hihi, sebab nisa ada jugak ushar ushar kat facebook, ada yg jual RM25, RM24 kan..hmm, mb stok yangg dia dapat dah mahal kan..hmm. Orait, yang serius nak beli boleh wassap nisa di 0149232129. (Ingat Whatsapp Only keh!).. nisa bukan buat iklan meniaga shawl ni ye.. just ingin menolong kalian sahaja. Sekian, harap maklum ^_^ 



Okeh, nisa nak pi testing shawl depan cermin dulu yepp! haha, baru sempat pakai selai hujung minggu lepas.. heee 
tata semua ^_^