Pages

Sunday, 29 March 2015

Cara-cara memandikan kucing

Sape suka kucing???
Sape suka kita geng! kikiki



Ada kawan Nisa ni dia da taknak bela kucing,
so dia bagi kat Nisa untuk amik alih hak penjagaan kucing tu...
Hak penjagaan? macam pelik pulak dengornye, hikhik
Dah la dia bagi 1 family,  semua 3eko sekali ngn mama nye...heeeee

Yang Nisa ni pulak tak mau pikir panjang dah, terus je ambik degan penuh keriangan..
Eksited sangat dapat kucing sampai lupa mintak kebenaran suami.hohoho, habislah !

Padahal bukan Nisa tak tau beliau tak berapa minat ngan kucing-kucing ni..
Wadduhhh, bila pikir balik, ishh ghase taksedap hati lah pulak kang..
macam mana nanti kalau dia balik, dia tengok kucing ada kat rumah???

hmmmm, harap-harap terbukalah pintu hatinya untuk benarkan Nisa bela kucing kat rumah kan...
Walaupun kucing ni bukanlah kucing parsi yg bulunya kembang kembung setaman itus, tapi ia tetap kucing yang sangat comel bagi Nisa. Hihik

Dapat-dapat je meoww tu,  terus Nisa 'google' Cara-cara memandikan kucing dengan betul.
Risau pulak nanti kot-kot tersalah teknik...kan mati kucing tu kang menyesal tak habis Nisa nanti..huuuu
Tak sabar nak bagi kucing kucing ni bau wangi-wangi habak ang! haha



CARA-CARA MEMANDIKAN KUCING

Pastikan pekara-perkara berikut sebelum mandikan kucing:

  • Syampu
  • Perapi
  • 2 helai tuala
  • Berus / sikat
  • Air suam (suam-suam kuku)
  • kemeja berlengan panjang atau sarung tangan berlengan panjang
  • Mainan
  • Sebuah bilik yang tenang dengan pintu tertutup 


Pastikan:

1. Memakai pakaian yang sesuai
Ia bukan sahaja penting untuk memandikan kucing anda tetapi ia juga penting untuk keselamatan dari sebarang kesan cakaran kucing.
Pakai baju berlengan panjang supaya kulit anda tidak terdedah dari cakaran kucing, ataupun memakai sarung tangan berlengan panjang.

2. Jika kucing anda agak agrasif,
untuk lebih selamat pastikan sekurang-kurangnya dua orang yang terlibat ketika memandikan kucing anda, seorang memegang kaki tangan kucing dan seorang lagi memegang rahang kucing supaya ia tidak boleh membuka mulutnya untuk menggigit anda, tetapi pastikan anda tidak memegang ia dengan kuat kerana takut ia tidak boleh bernafas.
Pegang kucing anda dengan kemas supaya ia tidak boleh lari dari genggaman anda.


Menyediakan Mandian:

1. Mengisi tab dengan 4-5 inci dengan air suam (bergantung kepada saiz haiwan). Isi air ke dalam tab sebelum membawa kucing anda ke dalam bilik air, kerana sesetengah kucing fobia dengan air yang mengalir.

2. Isikan 2 baldi untuk memandi dan membilas. Ini adalah supaya anda tidak perlu menyediakan air baru dari semasa ke semasa, yang mungkin akan menakutkan kucing anda.

3. Letakkan tikar dalam tab mandi atau menggunakan tuala supaya kucing anda selesa.


Sediakan alatan kucing untuk mandian:

1. Syampu mandian untuk kucing,
pastikan anda menggunakan syampu mandian khas untuk kucing bukan untuk binatang lain, ini kerana kebanyakan syampu boleh  menjadi toksik kepada kucing (seperti syampu anjing). Jangan gunakan syampu biasa, kerana ia boleh menjadi toksik kepada kucing dan boleh mengeringkan kulit. Sediakan tuala untuk mengelap kucing anda selepas selesai mandikan kucing.

2. Pra-merawat sebarang kesan berminyak .
Kucing yang terkena kotoran minyak mungkin amat sukar untuk membersihkan dengan syampu biasa seperti berlumuran dengan minyak enjin atau gris gandar, minyak motor, flypaper goo, dan sebagainya.
Memakai sarung tangan, dan menggunakan minyak takat lebur yang rendah seperti mentega lembut, gris bacon, atau minyak sayuran boleh dimakan dan terus menyapu ke kawasan yang terjejas. Jangan gunakan air atau apa-apa pun.
Belai bulu dengan lembut antara jari anda sehingga kotoran itu keluar dicampur dengan sedikit minyak makan.
Lapkan kotoran yang keluar itu dengan tuala kecil kering. Untuk kucing teruk berwarna, anda mungkin mahu mengulangi proses, untuk mencairkan bahan asing sebanyak mungkin.
Akhiri dengan basuhan syampu kucing dan memnadikan seperti biasa.

3. Sikat bulu dengan sempurna
sebelum anda meletakkan kucing anda di dalam air jika ia berbulu panjang.

4. Potong kuku kucing sebelum anda memandikan kucing anda kerana ini akan mengurangkan kucing itu menggaru.



Ketika Kucing Sedang Mandi: 

1.Bercakap dengan kucing anda dalam suara yang tenang semasa anda memandikan mereka dan pastikan memegang kucing anda dengan baik di sekitar leher atau bahu. Kadang-kadang kucing akan cuba untuk keluar dari tempat mandi. Jika mereka memilih untuk merendam hanya 2 kaki, biarkan mereka berdiri dengan dua kaki dan tangan mereka dan anda harus memegang kedua tangannya seperti menahan kucing agar tidak terjatuh.

2. Rendamkan kucing dari leher ke bawah dan letakkan sedikit syampu dan air di atas kain, kemudian basuh leher kucing anda, badan, kaki, perut dan ekor. Pastikan tidak terkena syampu di mata, hidung, mulut, atau telinga kucing anda.

3. Bilas dengan air di dalam baldi yang pertama, kemudian bilaskan air di dalam baldi yang kedua ini adalah penting untuk memastikan syampu itu hilang.



Pengeringan: 

1.Keringkan dengan perlahan-lahan dengan menekan air di bulu kucing anda sebelum anda membalut kucing anda dengan tuala. Apabila tuala pertama menjadi terlalu basah gunakan tuala kering yang lain. Jangan berhenti mengelap bulu kucing anda ketika bulu kucing anda masih lagi agak lembap.

2. Apabila selesai mengeringkan kucing yg berbulu panjang, anda perlu menyikat bulu mereka agar kelihatan kemas dan senang kucing anda mahu menjilat bulu mereka.



Jangan lupa beri makanan atau ganjaran:

Memberi ganjaran kepada kucing anda seperti makanan kegemaran mereka dan sebagainya dapat memastikan kucing anda rasa lebih tenang setelah selesai mandi.


Untuk Cara mandian yang lebih details boleh klik disini untuk baca



Gerammmmmmmmnyeeeee!!!!!


"Sayangi Kucing Anda"
~Terima Kasih Sudi baca~







sumber

Amalan-amalan Sunnah Rasulullah




55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.


16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.



37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....




Jom Share! ...supya lebih ramai lagi yang mengamalkan sunnah...
Bersama-sama kita amalkan sunnah nabi!!


Saturday, 28 March 2015

Kisah External Hardisk

Sedihnye rasa hati bila External Hardisk kesayangan hilang entah dimana..
Walaupun dah 5tahun external hardisk tu hilang, kesedihan dan kefrust' san itu masih lagi bersarang di lubuk hati ini...hukhuk


Korang boleh rasa tak apa yang Nisa rasa..hmmm! takpelah..mesti korang takpaham kan.....kehkeh

Tapi apa yang Nisa nak mention kat sini is i'm saddd!
Dah la semua assignmet ada dalam tu, gambar-gambar yang dah bertahun Nisa kumpul dalam tu tak dapat lagi Nisa tatap untuk ulangtayang kembali. Banyak sangat-sangat koleksi gambar kenangan Nisa dalam tu, sape la yang amik ye, sampai hati dia...

Ingat lagi time tu, waktu usai presentation, Nisa dan bff Nisa terus keluar pergi makan.. selepas bertungkus lumus menyiapkan assignment tanpa sempat tido walau hanya sesaat. Penatnya hanya Tuhan je yang tahu. Belum pun sempat merasa makanan yang dibeli, Nisa tiba-tiba teringat External Hardisk Nisa yang tadinya Nisa gunakan untuk simpan file-file utk presentation, disebabkan ada masalah time nak copy file dalam DVD pada mulanya. Terus Nisa raba isi-si dalam bag Nisa...

Berderau darah tetiba bila external hardisk yang dicari tu tiada dalam simpanan. Ya Allah !
Macam mana ni? kat mana external hardisk tu? Tercicir ke? eh, tak mungkin sebab semua zip tertutup rapat. Mesti ada dalam bilik presentation tu tadi! ya! Nisa Yakin!

 External hardisk Nisa sebijik macam ni laaa :'(
Memory 250GB, dulu harga Nisa beli 1GB RM1, tapi sekarang dengan RM250 tu dah dapat 1tb or lebih dah kan.

 Bergegas Nisa bangun dengan raut wajah yang cemas.

"Eh eh, awak nak pegi mana?" tanya azie 
"External hardisk saya zie ! external hardisk saya! Takde dalam beg zie, macam mana ni, assignment saya banyak dalam tu!aduhh, habislaaa saya Zie " jelas Nisa cemas.

"Ok ok, jom kita pergi cari, kot kot tercicir masa jalan tadi"
"Tak mungkin Zie, beg saya takde terbukak pun, saya zip chantek je tadi, saya yakin"

"Kalau macam tu, mesti ada kat tempat presentation tadi! Ok, Jom kita pegi cari sebelum orang lain amik" katanya  turut risau.

"Tapi makanan ni Zie?? awak makan lah dulu, saya pergi sorang-sorang takpe"
"Takpe takpe, makanan ni kita bungkus je k! " katanya menenangkan Nisa.
"Ok!".

Penat kami cari... dah semua tempat kami pergi, termasuklah tempat-tempat yang tak sepatutnya, dengan harapan Nisa dapat balik external hardisk tu. Ya Allah, sape la yang tega mengambilnya, sampai hati dia....Nisa tak kesah external tu dia nak amik, tapi tolong lah pulangkan isi kandungan dalam external tu, banyak benda berharga yang tak mungkin Nisa akan dapat ulang balik walaupun dengan wang ringgit. Sedih sangat hati ini, terlampau sedih, assignment Nisa, report report artwork Nisa... banyak dalam tu. Nisa tak boleh undo balik utk dapat kan semua tu..kechewa betol Nisa! kenapa laa Nisa careless sangat!



Tubuh yang penat ni dah tak rasa apa-apa dah... Kecewanya rasa hingga tidak mampu Nisa ungkap dengan kata-kata. Jauh disudut hati Nisa, mengharap sangat hamba Allah yang terjumpa external hardisk tu hubungi Nisa...sebab dalam cover external tu, ada contact nama Nisa,
Tapi malangnya...sampai ke hari ini tiada sorang pun yang menghubungi Nisa.
Nisa tak mungkin lagi dapat balik maklumat dalam tu sampai bila-bila. mungkin....insan yang punya external hardisk Nisa tu dah 'delete' dah pon data-data dalam tu.hmmm, sedih sangat bila ingat kembali.

Tadi Nisa cuba buka koleksi DVD yang nisa gunakan untuk simpan maklumat masa belajar dulu...
Terharunya Nisa bila jumpa gambar Nisa dengan Azie masa saat-saat akhir belajar dulu. walaupun dah tak banyak gambar yang ada, tapi cukuplah untuk mengubat hati yang luka tatkala mengingatkan Arwah external hardisk tu, hukhuks..



 Kenangan kenangan masa study di hari terakhir Nisa bersama Azie



Yang baju oren tu, Abang Becar, nama sebenar dia Firdaus vs Epy, dia lah abg becar yang jaga Nisa dan Azie masa belajar dulu. sangat take care orangnye, selalu je ada time kami susah dan senang :'(
hmmmm, aduhhh! sakitnya tuh disini! Nisa dah mula merindui waktu-waktu study dulu. Betol orang kata, masa yang berlalu tak boleh diundur dan kenangan kenangan lalu tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit ! adehhh, misszz uollz sesangat!



 Ini pulak Azie, kawan Nisa yang paling penyabar atas dunia! dia lah kawan, dia lah sahabat, dia lah teman, dia lah rumet, dan dia lah segala-galanya!
Rindu awak Zieee! 



Walaupun sudah 5 Tahun berlalu, semuanya masih segar dalam ingatan. Kenangan-kenangan lalu sememangnya mendewasakan kita. Cepat je masa berlalu kan! rasa macam baru semalam je duk study ngan dorang, Rindu waktu waktu dulu, tapi sekarang Nisa dah tua dah! Titik! heeeeee



"Terima Kasih sudi baca"



Tuesday, 24 March 2015

Tips Mengatasi Kegemukan




MASALAH kegemukan atau obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai ‘virus’ yang semakin menular dalam masyarakat, sementelah pula ia boleh mengundang pelbagai penyakit, sekali gus memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan.




Kesan Buruk Apabila Mengalami Kegemukan Dalam Diri  seseorang 

  • persepsi terhadap diri berubah
  • Hilang daya tarikan
  • Menjadi bahan cemuhan di kalangan rakan berikutan saiz badan lebih besar
  • Tabiat pemakanan dilihat melampau.





Punca Seseorang Bersaiz Badan Besar

  • Disebabkan amalan pemakanan kurang sihat 
  • Ketidakseimbangan Gula Darah. (Apabila kita lebih banyak makan makanan dengan kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi akan membuat kita memiliki nafsu makan tidak teratur dan berat badan mudah meningkat. Semakin meningkatnya hormon insulin dalam darah kerana makanan yang banyak mengandungi gula dan karbohidrat membuat konsentrasi hormon insulin terganggu dan membuat seseorang menjadi ketagih untuk makan dan makan sehingga gula dalam darah menjadi tidak seimbang)
  • Gaya hidup rakyat
  • Faktor lain seperti genetik dan keturunan
  • Kurang bersukan
  • Emosi (Faktor emosi memainkan peranan kerana jika terganggu, kebiasaannya keseluruhan hidup kita akan terganggu, sekali gus mempengaruhi kadar pemakanan kerana dianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.)
  • Faktor persekitaran.




Menurut Liow, daripada 16.2 juta rakyat berkenaan, 8.1 juta daripadanya atau 30 peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalami masalah kegemukan berlebihan.


Kesan-Kesan Yang Berlaku Akibat Masalah Berat Badan Dan Obesiti 

  • Menyebabkan penyakit kronik seperti jantung
  • darah tinggi
  • barah buah pinggang 
  • Diabetes



Namun begitu penyakit ini boleh dicegah dari semasa ke semasa, tetapi malangnya kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat dan kita tiada pilihan melainkan perlu mengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan




Cara-Cara Mengatasi Kegemukan

  • Aktiviti sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, bukan saja kerana dapat membakar kalori, malah membantu mengatur fungsi metabolisme secara normal. Kita juga boleh melakukan aktiviti lain membabitkan pergerakan anggota fizikal seperti berjalan kaki, mengemas rumah dan menaiki tangga menggantikan penggunaan lif
  • Pengambilan makanan seimbang (Jangan mengambil makanan berlemak kerana boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti. Ia akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis)
  • Minum air secukupnya (Minum air cukup iaitu sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Air penting untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan kotoran dalam badan)
  • Melakukan riadah (bersenam adalah aktiviti paling penting dalam mengekalkan kesihatan kerana ia membuatkan kita cergas dan sihat, selain menurunkan berat badan serta merendahkan kandungan lemak di samping mampu menguat dan menyihatkan jantung)
  • Tidak merokok
  • Rehat yang mencukupi (Walaupun terlalu sibuk pastikan anda mengambil rehat mencukupi dengan tidur lapan jam sehari. Rehat yang cukup mengurangkan tekanan selain mengembalikan semula tenaga yang hilang)



Ironinya, masalah kegemukan atau obesiti ada kaitan dengan pelbagai perkara dan semua ini perlu ditangani dengan bijak, tetapi tegas dan berhemah.




Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 3)


Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 1)
Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 2)


Alhamdulillah,
Kali ke-3 Nisa menjejakkan kaki di UiTM Seri Iskandar.
Sungguh sangat tidak percaya, Nisa dapat menghadirkan diri dalam sesi temuduga yang terakhir, yakni Temuduga sama ada Nisa layak atau tidak bergelar seorang Pensyarah Muda di UiTM Seri Iskandar.

Degupan jantung bergerak pantas, Nisa berpagian disini... dan seperti biasa Suami lah peneman setia Nisa dan juga "Driver" peribadi Nisa. ^_^

Hayunan langkah yang agak gemuruh menemani perjalanan Nisa menuju ke tempat temuduga.

"Alhamdulillah Ya Allah, di atas segala anugerah dan nikmat yang telah kau berikan, Permudahkanlah segala urusan hamba hari ini, lancar kanlah pertuturan hamba, sembunyikan lah segala kekhilafan dan kelemahan hamba dan betulkanlah ia. Segala apa yang hamba lakukan adalah dengan kehendak dan izinMu yang tidak lain hanyalah semata-mata untuk beribadat kepadaMu, Bismillahhitawakkaltu'alalah walahaulawala quwwataillah billah hil'azimzil'alim".


Kelihatan ramai calon-calon pensyarah untuk sesi temuduga kali ini, kalau dulu nisa terus pergi ke Fakulti yang ditawarkan je,  dan calon-calon disana hanyalah untuk tawaran temuduga bahagian 'Faculty of Art and Design' sahaja....

Namun kali ini, di sini lebih ramai calon yang hadir untuk temuduga semua Faculty yang ada di UiTM Seri Iskandar. Tapi tak apalah, semuanya adalah cabaran dan pengalaman yang tak dapat Nisa lupakan. Nisa dapat jumpa kawan-kawan baru yang Masing-masing sungguh sangat bijak dan hebat, terdetik pula dihati, sungguh terasa kerdil diri ini... -__-!

Nisa ke ruang menunggu dan melihat 2 orang kawan Nisa di situ. Wah!! semua bakal-bakal pensyarah untuk Faculty Art and Design sedang sibuk dok menghafal, duk berdiskusi tentang soalan-soalan yang bakal di ajukan nanti. Nisa pun tanpa berlengah lagi terus join sekaki! Seronok, semua sporting! tak loket ilmu :) padahal kat situ dua orang je Nisa kenal. hihi.

Nisa dapat tahu, ada 5 orang Panel temuduga dalam bilik temuduga tersebut. Risaunyeee, tak tahu lah apa yang berlaku dalam bilik tu. Hati bertambah gundah gulana bila ada calon yang keluar sambil menangis nangis.. Ya Allah, takut sangat.  Ada calon yang masuk sorang demi sorang, ada jugak yang masuk secara berkumpulan, so Nisa tak boleh nak agak time tu nisa kene interview sorang-sorang or grouping, lagi tak dapat nak agak apa soalan-soalan panel tersebut memandangkan calon-calon yang keluar dari bilik itu berdiam diri dan terus balik. Apakah, memang syaratnya begitukah?? berdiam?? atau memang orang kat dalam tu tak nak dorang bukak mulut? adoiii, ghisau dah kiteee!


Jam dah menunjukkan pukul 5 Petang. Akhirnya Nisa bersama 5 orang calon-calon dipanggil masuk ke bilik temuduga tersebut. Puas hati menunggu! lama tu tak kisah sangat, tapi makin lama menunggu, makin nak tercabut jantung ni, huuuuuuu

Bismillahhirrahmanirrahim,
Langkah pertama Nisa masuk ke dalam ruangan tu, Nisa terpandang, panel-panel yang sedang duduk dengan wajah yang agak tegang. Ergegegege!

Kami berlima berbaris di hadapan kerusi yang disusun rapi untuk setiap sorang. Setelah mendapat kebenaran untuk duduk, Kami mula memperkenalkan diri masing-masing mengikut urutan.
Semuanya in English! di larang sama sekali menggunakan bahasa Melayu untuk sesi temuduga kali ini. OK, fine!

Risau betol Nisa, sebab ada calon di sebelah Nisa tak dapat jawab soalan yang ditanya, dan dia lebih banyak diam dari bersuara.. errrrrrr, nak pengsan! nak pengsan! boleh takk??

Antara soalan-soalan yang ditanya :
~ Apakah nama-nama Menteri-Menteri di Malaysia
~Apakah Visi dan Misi UiTM
~Apakah nama-nama orang penting di UiTM beserta jawatannya
~Apa yang anda tahu tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini?
~Kenapa Anda ingin menjadi Pensyarah?
~Apakah kredibiliti-kredibiliti yang perlu ada dalam diri seorang pensyarah?
~Apakah yang anda akan lakukan jika anda bergelar seorang pensyarah?
~ Apakah langkah-langkah yang anda lakukan jika anda mempunyai 'Student' yang bermasalah?

Apa yang Nisa dapat simpulkan kat sini, bila temuduga ini berlaku secara berkumpulan, banyak kelebihan dan kekurangan yang Panel-panel dapat bandingkan dalam diri setiap calon.
Kelebihannya pada diri kita , bila ia berlaku secara berkumpulan, ia akan lebih mencabar diri kita untuk lebih bersungguh-sunguh memberikan hujah yang lebih bernas dalam memberikan jawapan kepada soalan yang di ajukan.
Apa apapun, penting untuk kita berfikiran positif dan tenang.

Alhamdulillah, 2 minggu selepas Temuduga terakhir itu, Nisa berjaya mendapat surat Panggilan sebagai Pensyarah Muda di UiTM Seri Iskandar Perak, Faculty of Art and Design, Deparment Fine Art. Alhamdulillah, akhirnya dengan segala usaha, berkat, dan doa yang berterusan Nisa bergelar seorang Pensyarah. Apa yang lebih membahagiakan Nisa, 2 oarang kawan Nisa tu jugak berjaya menyandang jawatan yang sama. Syukur! Syukur Alhamdulillah. Seronok takleh nak citer dah!


Akhirnya, Nisa bergelar Pensyarah, muka bolokkk bok tika ni ! ;p

Time Baru dapat Ofis, muka sipu-sipu lihat opis padahal Sepahhhh! haha

Ok, sekian sahaja, laporan Nisa untuk posting kali ini...hehehe
Akhir sekali,


"Selamat Maju Jaya Semua"
Nisa doakan semoga para pembaca Berjaya di dunia dan Akhirat kelak, Insha Allah ^_^
Assalamualaikum.


Monday, 23 March 2015

Majlis Pertunangan Hanis Zalikha


Cantikkkkk sangat-sangat!!!


Perkataan pertama yang terungkap bila nisa tertengok gambar pertunangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

Sape yang tak kenal blogger terkenal vs pelakon chantekk ni kan!
Nisa selalu jugak follow belog Hanis Zalikha ni, cuma semenjak tengok Hanis Zalikha dalam cerita "Mama Mama Mia", Nisa mula meminati dan teruja  melihat kechomelan yang dianugerahkan kepadanya.. ditambah pulak dapat tengok Hanis Zalikha dalam drama "Suamiku Encik Sotong"! aduhaiii, sangat cantiksungguhlah orangnya.

Baru-baru ni nisa dapat tahu Hanis Zalikha sepenuhnya menutup aurat, Ya Allah! sungguh Nisa rasa bersyukur sangat, dah la orangnya cantek, menutup aurat lagi, bertambah cantik dan lagi menyerlah keayuannya.


By the way, Nisa nak ucapkan Tahniah kepada Si Cantik Hanis Zalikha  di atas Pertunangannya dengan Hairul Azreen. Semoga ikatan yang dibina membawa berkah dan kekal hingga ke jinjang pelamin dan Semoga Allah S.W.T memberkati serta merahmati kalian berdua. Aminn

Gambar-gambar sekitar Majlis Pertunangan Hanis Zalikha





























TAHNIAH! Hanis Zalikha + Hairul Azreen
Barakallahulakuma ^_^




Sunday, 22 March 2015

CARA HALAU SEMUT

Salam Sejahtera segala isi dunia,

Nisa sebenarnya sangat kecewa dengan 'Semut' sekarang.
Adeh, dah kenapa kecewa dengan semut pulak kan..haha



Sebenarnya, nisa dah cukup terguris dengan semut-semut zaman sekarang.
Kat rumah ni, pantang letak apa sahaja, mesti cikmut ni datang. Geram betul laaaa...

Hari-hari nisa mop rumah tak nak bagi semut datang ganggu ketenteraman jiwa nisa, ye lah... dalam periuk nasi dia masuk, dalam bekas gula dia masuk, tupperware biskut dia masuk, bekas milo, bilik air dia ada... pendek kata semua tempat lah dia ada. kalau dia tak kacau makanan tu nisa tak kesah lah, ye lah kalau setakat nak dok satu rumah dengan semut-semut ni kan memang tak kesahh. ni tidak, semua tempat dia ada, satu family lak tu.erggggggegegege!
Bukan satu family je tau, semua jenis semut ada... semut api, semut hitam, semut besar, semua jenis semut lah....



Kadang kadang terpikir jugak, semut ni suka duk tempat sejuk ke tempat panas ke tempat suam ye..hihi
Yeee, bukan apa, dalam thomas air dia duduk, dalam jug air masak pun dia duduk, kalau bentang tikar atau karpet kat rumah, huh tak sampai 5 minit dorang dah berbaris kawad kat penjuru penjuru tikar. aishhh! memang tak habis pikirlah..memang perangai semut moden sekarang ni macam ni ke hangpa???!.

Nak bunuh kesian, iyoo lah mana boleh bunuh kan...so dengan berbesar hatinya, molek lah kiranya kita halau sahaja semut-semut tersebu!

Apa yang parah sekarang ni, hari hari nisa duk bebel kat semut semut ni. kadang-kadang dah rupa orang mental dah duk cakap ngan semut selalu... haha

Tapi dorang ni kan, degil tau tak, kita cakap elok-elok dah bagi amaran siap2 dah, jangan datang, jangan makan makanan kita yang baru berapa minit beli tu, kalau nak makan jugak, jangan la amik semua kan.. amik sikt-sikit dah la. ishhh! memang takde kompromi dorang ni. , mesti korang pon cakap nisa ni dah tak betul kan. haha. biaq pi lah! kikikit :p


Tapi sungguh! memang tak tipu, haritu suami nisa baru je lepas mandi, ambil tuala yang baru je kering kat ampaian dalam rumah tu nak guna, alih alih tetiba dia duk jerit aduh! aduh! duk menggelupor beliau sorang sorang ..haha dah kenapa kan, ghupe2nye tuala tu penuh semut api..adoiii, penat makkk nak halau! heeee

Dengan tahap kemarahan yang maksima dan bait bait benci lagi kecewa mulai bertunas di laman hati, nisa cuba mecari macam mana cara nak halau semut-semut ni dari menjadikan diri ini sebagai seorang pembunuh semut!

Ok, jom kita share dan baca sama-sama cara-cara halau semut   :)


CARA HALAU SEMUT


1. Cili kering :
 Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.



Selamat mencuba.
Sesungguhnya, Menghalau semut itu lebih baik dari membunuh! 
Tapi kalau dah selalu sangat, boleh hilang tahap kewarasan dan keperimanusiaan ni.haha
Peace yop!!