Pages

Tuesday, 16 June 2015

Allahhuakhbar!

Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor ?




Ya Allah...

Belum reda terkejut mendengar berita Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor, ditambah pula dengan kejutan anak-anak kapal yang hilang itu salah satu nya merupakan suami sahabat baik nisa sendiri, Nornabilah Hj Razali.

Ya Allah, hebat sungguh dugaan untuk mu sahabat. Nabilah baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki hasil perkahwinannya dengan Mohd Awis Aiman pada awal tahun 2014 yang lalu. Semoga kehilangan ini hanyalah sementara waktu cuma, dan berharap segalanya kembali seperti sediakala. Jauh disudut hati ini, nisa jua mengharap semoga semua ini hanyalah mimpi semata mata.

Nisa masih belum menghubungi nabilah, sebab terbaca satu posting dari keluarganya untuk tidak terus menghubungi dan menyerbu nabilah dengan pelbagai soalan lagi. Sungguh emosinya sangat tidak terkawal tika ini. Ye! beliau memerlukan waktu...nisa cuba meletakkan diri ini seketika ditempatnya, Subhanallah! Sungguh nisa tidak mampu Ya Allah.. tersekat nafas ini bilamana membayangkan keadaannya. Apatah lagi sahabat nisa itu lemah semangat orangnya. Ya Allah kuatkanlah dirinya ya Allah. Saat ini Nisa cuma mampu berdoa dari jauh, semoga suaminya dan anak-anak kapal yang lain selamat dari segala musibah yang tidak diingini.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah proses pencarian kapal ini, dan Kau pertemukanlah ianya kembali, sesungguhnya kami betul-betul memerlukan pertolongan-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin~

Kepada Nabilah sahabatku, bertabahlah sayang...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, semoga dikau diberi ketabahan yang kuat dan kesabaran yang menggunung dalam mengharungi rintangan yang maha hebat ini.


Semak senarai nama anak kapal

Baca lagi info seterusnya dengan klik halaman berikut :




Selawat Tafrijiyyah
Antara kelebihan Yang mengamal selawat ini :
  •  Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  •  Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  •  Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  •  Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
  •  Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
  •  Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  •  Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  •  Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.


Cara Bacaan :
Imam ad-Dainuri r..a.
  • 11 x : setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  • 41 x : setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  • 100 x : setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  • 313x : setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  • 1000x : tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
  • 41 x / 100x : Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Klik untuk baca fadhilat selawat ini

Klik untuk baca Cara & Doa Mengembalikan Harta Yang Hilang









Cara Mengembalikan Harta yang Hilang

Solat Hajat & Cara Bacaan Yassin untuk kembalikan harta yang hilang/dicuri
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri. 
2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.(sila rujuk gambar)
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.


" Semoga segalanya dipermudahkan"


Monday, 15 June 2015

Review : Picture Camera Lenovo Golden Warrior Note 8

Berikut adalah Review Picture Camera Lenovo Golden Warrior Note 8 tanpa sebarang EDITAN

Lenovo Golden Warrior Note 8


Hasil tangkapan gambar menggunakan camera Phone Lenovo Golden Warrior Note 8

Buah Cherry
 Camera biasa 
Perbezaan menggunakan flash dan tanpa flash
Picture : indoor



Kuey Teow Kungfu
Camera biasa 
Perbezaan menggunakan flash dan tanpa flash
Picture : indoor



Buah Kelapa

Camera biasa
Perbezaan penggunaan flash dan tanpa flash pada waktu malam
Picture : Outdoor


Front Camera / Camera biasa : Self Potrait
Perbezaan picture indoor dan outdoor

Front Camera / Camera 360 : Self Potrait
Picture : indoor



Camera biasa : Kanak-kanak Ribena
Picture : Outdoor
Waktu mendung
Camera biasa
Picture : Landscape
"Have a nice day"

Budu dan petai

Sebelum diserang petiran gastrik yang tinggi scala richter nya, langkah dihayun longlai mencari lauk-lauk yang tersisa di dapur kecilku. Kubuka peti ais...mata melilau lilau mencari apa yang ada. Kulihat ayam dalam freezer, ikan sardine berbaki 3 ekor yang sudah siap dimandikan kunyit dan garam, telur masin, telur tawar, Coklat yang masih belum dibuka, kek coklat yang siap di baking semalam, sayur dan ulam-ulaman, Tropicana twister perisa orange dan anggur serta banyak lagi benda-benda merepek yang kusimpan rapi tak terusik di dalam peti ais Samsung ku. Motif kau bah?
Satu cawan beras dicuci dan ditanak di atas dapur menggunakan api yang paling besar (biar cepat masak kata hati), telur masin dicuci bersih dan dimasukkan sekali ke dalam periuk nasi itu tadi.. 2 in 1 katanya! Padahal tahap kemalasan itu menggunung tinggi.. hmm, betol kata orang tak seronok masak sebab yang nak makan kita sorang je kan.. Oleh yang demikian, segalanya di lakukan melalui proses campak mencampak, degum degang degung degang , krikk krikk dan siap! ha, sebenaranya nisa bukan buat apa sangat pun, setakat goreng ikan sardine sekor je, tak adalah bunyi bunyi yang melampau seperti yang dinyatakan tu. bhahaha

Nasi+ikan+budu+telur masin+petai+timun

Okeh, inilah hasil bersilat kat dapo tadi, maka siap jua nasi bujang nisa untuk dimakan dengan sepantas kilat, agar gastrik tidak berani muncul menghantui diri.
Pucuk pegaga, bendi, kangkung, kacang botol, kubis di keluarkan dari peti, tapi yang terpikat di hati cuma timun dan 3 mata petai. PETAI? ye betoi petai. so?
Petai adalah satu-satunya makanan yang paling nisa tak suka, sebab baunya busuk, busuk dan busuk! kekeke. Tapi semenjak satu rumah dengan Mr. N, nisa telah terpengaruh dan dipaksa kejam oleh beliau untuk mencubanya. Kesan yang melampau nisa tak boleh terima adalah nisa kecewa kerana telah terpikat dengan keenakkan rasa petai itu! oh no! aku makan petai?! oh yes! I'm eating petai, so what? miahahaha.. betol lah kata pepatah, tidak kenai maka tidak cinta! I'm love dat petai rightnow ! Tapi nisa tak boleh makan banyak sebab nanti akan rasa tak selesa kat throat ni. so yang mampu, cuma lah 3 ketoi sahaja. 4 kali suapan nasi baru habis se mata petai.. kikiki
sekian sudah posting kali ni, terima kasih sudi baca citer merapu tak tentukalu inih. kehkeh




"Lusa dah start puasa"

Biodata Shukri Yahaya

Nama penuh: Shukri Yahaya
Tarikh Lahir: 13 June 1988
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Telemovie: Utusan Ilahi, Selempang Kuning, Kereta Kita, Yang Mana Satu, Sebuah Pangkin Kayu, Nenek Ranggi, Baju Raya Kain Perca, Engkau Laksana Bulan, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Perempuan Itu Ibuku, Munajat Terhenti, Atukku Juniorku

Filem: Jiwa Taiko (Bara Jiwa), Ular, Lari

Drama: Asam Pedas Untuk Dia, Jika Itu Takdirku, Menjinak Ombak, Ruby, Sahabat, Juvana, Plan B, Tabuh Merdeka, Dendam 5 Beradik, Antara Dia, Asmara Luna, Diari Platun, Dia Isteri Luar Biasa
Follow Shukri Yahaya di Instagram, Twitter, Facebook
Kelab Peminat Shukrivals : Twitter,  Instagram, Facebook




Lihat Koleksi Gambar Shukri Yahaya


























GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t...

Giveaway EFG Mega Raya? 
Alhamdulillah, akhirnya Nisa dapat juga join Giveaway EFG Mega Raya 2015 ini setelah bertungkus lumus bersilat dengan ke'lembab'pan liputan internet yang maha hebat sehari dua ni.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memenangi duit raya pada tahun ini ^_^

 Jom lah kita sama-sama hayati bait-bait coretan Giveaway EFG Mega Raya 2015 :
 

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA
GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang
RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers






EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

#AhlanWasahlanYaRamadhanAlMubarak^_^




Sunday, 14 June 2015

Cara Kitar Semula Botol Plastik Menjadi Sesuatu Yang Unik


Berikut merupakan beberapa cara yang terbaik untuk anda  kitar semula botol plastik yang telah dan tidak digunakan sebelum anda terfikir untuk membuangnya.
Selamat menjamu mata :)







































Elakkan menggunakan botol plastik yang telah digunakan  untuk menyimpan makanan dan minuman kerana kimia daripada plastik tersebut boleh diserap oleh makanan dan minuman. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana  ia masih lagi boleh digunakan untuk menyimpan barangan lain.
"Selamat Mencuba"



Sumber

Saturday, 13 June 2015

Doa Memohon Perlindungan


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat-nikmat cinta yang maha indah dari Allah s.w.t...
Mendung awan berarak kelabu di luar sana, seolah tidak sabar menanti kunjungan bulan ramadhan al mubarak yang bersisa 4 hari cuma.
Semoga hadirnya  membawa sinar baru dalam hidup kita dalam meningkatkan amal ibadah kepada Sang Pencipta.
Semoga kita sentiasa dekat disisi-Nya. Amin Ya Rabbal'Alamin.




“Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.
Dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati keesokkanya"


"Semoga amalan kita diterima disisi Allah s.w.t"
~Amin~