nuffnang

Tuesday, 28 July 2015

Cerita Raya

Welcome to Blogging!

Assalamualaikum w.b.t
Telah pun berlalu pergi sebulan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan...
serasa cepat pula masa berlalu, hari ke hari silih berganti. sedar tak sedar sebulan juga la nisa berpuasa dalam 'berbelog'..
hehe, sebenarnya banyak story mory yang nisa update kat post ni.. cuma tak ter'publish je, tak apelah biar aje post post itu tersimpan rapi dalam draft yang melambai lambai minta di view untuk di publish'kan.. kelak bila masa terluang pastinya nisa bukak balik untuk membaca dan mengimbau kenangan lalu..hihihi :)
Bersempena bulan syawal al Mubarak ini, nisa takmau ketinggalan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin"buat kawan kawan nisa dan sahabat alam maya sekalian..walaupun hari ini sudah menginjak pertengahan syawal..  nisa ingin jugak mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika nisa ada membuatkan hati anda terguris samaada dalam sedar mahupun tidak, semoga syawal ini membuka lembaran baru buat kita semua.
7hari sebelum menyambut Aidilfitri, nisa dah bergegas pulang ke kampong, time tu jalanraya lengang seolah-olah nisa dan suami je menggunakannya. Panggilan talifon dari keluarga di Thailand memaksa nisa dan suami pulang secepat mungkin, menziarahi neneknda yang kian uzur di mamah usia. Line fon kat sana amat mengguris jiwa lara. Maafkan nisa juga jika waktu tu ramai yang tidak dapat menghubungi nisa.
Raya ke 5 kami bersiap untuk ke ibukota...kembali dari bercuti untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dibumi ilahi, namun Jam 4pagi suami diserang demam panas melampau. Allahhu, rancangan untuk kembali ke ibukota on da spot dibatalkan. Tak apelah, mungkin ada hikmah disebaliknya. 4hari dapat MC, so terpaksalah sambung cuti raya kami. huuuuu
2 kali ke klinik dan hospital, Ya Allah tersangat sangat dan sangat lah ramai hamba Allah yang mengalami demam dan cirit birit. kesian pula nengoknya.. kalau nisa jadi docter ni, mahu nye hari hari kluaq air mata, memang tokleh tengok betol la orang sakit ni.. mesti nak menjejesss ayak mata keluar, taktau lah sensetip betoi kalau tengok, nape la jadi camtu, taktahulah kenapa! manja nau! adehhh ! kenapa ni?! hukhukhuu
Btw, sekali lagi nisa mengucapkan"Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin" Semoga syawal ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam. salam kosong-kosong ^_^

Adehhh! Baru perasan gambar raya tak berapa nak ada. Belek belek pic dalam gallery fon,
terjumpa yang ni je, adik anto melalui whatsapp, tu pon tak bersedia lg terus krikkk! huuuuu.
Camat ari raya sume ^_^
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Moga silaturahim diberkati Allah s.w.t

4 comments:

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^