nuffnang

Tuesday, 28 July 2015

Kisah Buah Kelapa


Bila balik kampung je, mesti hari hari dapat minum air kelapa. sonok ngat aihh! Apa taknya, bila dah si ayah penjual buah kelapa semenjak dua menjak ni.. hari hari la dapat merasa kenikmatan dan kesegaran air kelapa yang bermacam macam jenis buah kelapa tu, sampai kadang-kadang dipaksa minum air kelapa sebab terlampau banyak sangat air kelapa kat rumah...kesannya, habess kembung membuncit perut yang ramping nih! (Ramping kerrr???) kihkih


Baru sampai kat rumah mak dah hulurkan air kelapa..tak sempat gi dapur dah! hahaks
Sonok bila balik kampung ni sebab banyak aktiviti yang dibuat sampaikan tak cukup masa sebab planning itu ini terlampau banyak.
Kalau dalam sehari ada 30jam pun, memang tak cukup lah nak buat itu ini. heeee
Buah kelapa pandan
Sekarang....
Pantang ada pokok kelapa, disitu lah ayah ada. kikiki! Sampaikan mak cakap apa,

" kalau bonceng motor ngn ayah sekarang, mak takut sangat! Apa tidaknya, mata tu...bukannye nak tengok ke depan, tapi melilau ke atas kiri kanan tengok pokok kelapa disekeliling jalan."

Hahhahha, adoiiii lahaiii ayahku... bahaya tol!

Waktu pulang dari kampung haritu, sempat jugak lah nisa join ayah pungut buah kelapa pandan..Lahaiii rendang je pokok dia, comel ngatt! Join sambil nengok sekeliling je lah, gaya guru besar datang spokcek gittew tu.. nisa bukannye pegi menolong ke ape sangat kan. hahaha, yang nisa tau... krikkk! krikkk! tangkap gambor aje kojenye...(ada haku kesah)kehkehkeh
Aktiviti rewang
yang paling seronok, bawa balik je buah kelapa.. dah ada peniaga-peniaga air kelapa, ais krim kelapa, coconut shake datang menunggu nak amik kelapa. Allahhuakhbar, kadang-kadang sampai berebut-rebut..kalau sorang nak 50 bijik??? aiyaaa! macam pisang goreng dah gayanye. Pokok kelapa ni dah tak sempat berbuah dah ler nampaknya.. permintaan terlampau tinggi.
Amboi Angsa tu! mendongak langit btol ekau bejalan ye! haha
Penah kena kejor angsa tak??? maunye lari tak cukup tanah kan! kehkeh
Dulu ayah eksport buah kelapa dari thailand. 2000biji sehari. Sampai terputus putus stocknye. itu pon tak cukup tau! apatah lagi yang ni... buah kelapa ory dari Malaysia. kekeke
Sesape yang duk area tumpat yang nak beli buah kelapa tu boleh lah kol dulu no ni (011-1996 0818), untuk tempahan atau deal apa-apa kan. sebab buah kelapa ni terhad. kesian pulak nanti ada yang datang tapi tak dapat merasa.
Harga dia nisa lupa lah pulak, sebab harga yang sempurna sebiji dan harga yang siap ditoreh tu lain-lain benornye. Tapi kalau kelapa pandan RM1.30 tak silap yang dah siap toreh, kalau kelapa kelapa bukan pandan dalam RM1.80 hingga RM2.50 sebijik.. tengok pada saiz jugak..
lebih kurang gittew ler harganya. haha, nak komfem rege tu, kene kol bigbos lah kan! sebab nisa ni tukang rewang ngan tukang perabis buah kelapa free jek koje nye.. bhahahahaha!

Nih nak ceghito kat hampa, masa raya ke-2,3,4... hari hari ada keta singgah, mau beli buah kelapa.. yang ni bukan sebab nak buat meniaga ke ape, tapi sebab nak jadikan penawar untuk family yang keracunan makanan. Memang ramai betol yang singgah, hari-hari pulak tu, sampai mak cakap tempat ni dah macam farmasi dah.kitkitkit..

Tapi biasanya, kalau yang datang nak beli untuk buat penawar tu, mak ayah sedekahkan je. sebab dorang nak kan air je kan. hmmm, macam macam story lah. hihihi


"Sonok dapat minum air kelapa yang kawww ni, heheh"









1 comment:

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^