nuffnang

Thursday, 26 November 2015

Seharian Bersama Bodyguard

Perkara yang paling bahagia dalam hidup, adalah bila kita dapat spent time bersama insan-insan tersayang...right?


Rasa bahagia sangat-sangat bila adik adik datang melawat kakak, 
bawak kakak jalan jalan dan yang paling best, belanja dan turuti apa saja kehendak si hakak.. wkakaka! 

"Nasib baek aku bukan adik dia"
Mesti korang cakap camtu kan...kahkah

Seronok rasanya bila berjalan, ada bodyguard duk jaga kita kiri kanan belakang.. cewahhh! 
ghase cam nak bejalan sambil dongak kelangit je.. haha bongkak!

Baru 3 orang bodyguard! tu pun dah kecoh ! orang lain beratus-ratus wat lek je la wei nisa! Kekeke
.
.
.

"Kak rasa nak makan satey le" kataku
"Ok, JOM!" Sahut adikku

Wah, baru je sebut dah ada orang nak tunaikan... 
rasa macam nak lompat naik kelangit, bentang tangan  selebar boleh dan dakap awan puas-puas! erk
macam pestime dapat makan free gayanye..Heee

Sate Kajang
 Nampak tak bertapa kebulurnya si hakak tu. makan tak ingat orang sebelah dah! haha

Hmm, bila perut kenyang, mata mula la ngantuk. Jap lagi kami-kami dah nak berpisah ikut haluan masing-masing dah.. Cepat rasanya masa berlalu meninggalkan kami. Malam nanti budak baju ijau tu dah kene bertugas, semalamam tak tido.. mata merah kemain, eyebag besar gedabak! kesian dia... andai saja kakak ni boleh bertukar tempat, tak nak dah tengok adik-adik kepenatan bekerja camni... Tapi apakan daya, semua punya tanggung jawab masing-masing kan.. hrmmm ^^


Lokasi :  di sebelah restoren sate kajang Gombak

"Apa kata kita pegi karaoke?" kata budak baju ijau tu tetiba..

"What?!" 

Ishhhh, seumur hidup akak, ini lah pestime akak pegi karaoke selepas akak sah jadi isteri orang kau! Tapi kali  pertama sebelum tu, adalah jugak...masa belajar dulu. tu pun sekali je. maknenya bukan sekali lah, dua kali sepanjang hidup ni. haha!  pening ke mengira? :p

Hrmm, biar lah orang nak cakap kita ni kolot pon, sebab pandangan nisa tempat-tempat macam ni kurang baik.. ntahler kenapa, maybe sebab akak ni orang kampung kot dan kalau boleh nak elak le pegi tempat-tempat camni kan. Sebab bagi nisa, daripada pegi karaoke, baik pegi shopping bakhang...bhahaha

Btw, kalau akak pergi pon, bukannya akak menyanyi cam korang...jadi tokang tengok, dengar dan tokang amek gambar boleh le. hiks!
Bukan apa, bukan akak taknak nyanyi beb... nanti sekali akak nyanyi mau pengsan semua orang kan! haha

"Alaaa, jomla...kejap je..hilangkan stress dan ngantuk ni je" rayunya lagi

Jadi, selaku akak yang mudah termakan dengan pujuk rayu... nisa pon mengalah jua akhirnyaa...cececee

When i walk in to Fire Zone...Guess what happened??



Semua yang ada kat situ pandang tau.. tak sure lah, dorang pandang nisa sebab nisa ada 3 bodyguard ke ape kan...hrmmm

Tapi rasanya, dorang pelik kot.... Wanita berjubah masuk tempat karaoke??...taktaulah apa yang ada dalam kepala depa...Korang rasa positive or negative ek?
i dont know lah...i harap dia pikir i ni pegi buat liputan 999 or whatever la kan..haha 

But for sure! tobat taknak pegi dah!!
and But, kalau adik-adik merayu...mb akan dipertimbangkan kot.kikiki

Tapi tempat tu memang boleh hilangkan stress kan..tetambah bila tengok adik-adik dan suami menyanyi macam kena histeria yang tokleh nak ubat dah. aduhhhai senak perut nengoknye!
dan satu lagi.....
Dis is first time nisa dengar Encik Suami nisa menyanyi....tu pun lagu P.Ramlee... hahahaha, very the orang lama punya version ... kitkitkit 
( gelak kepit takut dia tahu nisa tengah ngumpat dia)

Baju belang tu, my lovely husband..dan 2 orang lagitu adik2 nisa

Finally... tamatlah sudah time untuk kami adik beradik berlibur.. akhirnya, masing masing membawa haluan masing masing untuk meneruskan perjuangan yang tersisa. Tak tau le bila dapat berjumpa lagi.. Kadang-kadang raya pun mesti ada sorang dua adik beradik tak balik. Memang tak penah lengkap... Sedih bila pagi raya tengok wajah sayu ayah dan mak mengharapkan kesembilan anak-anaknya balik berkumpul meraikan hari bahagia bersama-sama. Tapi... ini lah dinamakan kehidupan kan! Walau sesakit mana pun ujian, sehebat manapun rintangan...
Life must go on.....






:: TQ for reading dis entry ::









2 comments:

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^