nuffnang

Wednesday, 13 January 2016

Internet Cafe

Alhamdulillah,
Tahun baru, semangat baru kehidupan baru, lifestyle baru...semuanya baru...
Walaupun keinginan untuk mempunyai sebuah kedai sendiri sekian lama terpendam di hati.. namun saban waktu yang dilalui tidak semudah dan semanis yang diimpikan. huuuuu
Benar, kita hanya merancang...namun segalanya Dia yang menentukan.




Setelah tamat pengajian Ijazah sarjana muda yang lalu, sikit pun tak terlintas difikiran ni, yang nisa akan ditawarkan menjadi seorang Pensyarah di UiTM. Hrmmm...Betul, Allah maha kaya, maha pemberi rezeki... tak terjangkau dek fikiran yang nisa dapat merealisasikan impian ayah untuk melihat nisa menjadi salah seorang tenaga pengajar. Namun saat nisa di ambang kemenangan menjadi seorang insan yang bekerjaya, dimana hanya beberapa langkah sahaja nisa bakal berstatus 'Fulltime Lecturer'...Tiba-tiba nisa mendapat berita, yang ibu sedang tenat berjuang melawan penyakit barah rahim di kampung. Allah!...Sungguh luluh hati ini...

Beberapa jam lagi nisa perlu berangkat dari shah Alam ke Perak untuk melapor diri bagi sesi pengajaran semester baru... Waktu tu fikiran berserabut sangat, semua yang dibuat tiada arah tuju. fikiran time tu memang dah ada kat kampung... Dilema! Antara kerjaya , impian ayah dan ibu tersayang.

Saat tu, nisa menadah tangan... berdoa, 

"Ya Allah, kau tunjuk kan lah jalan yang betul untuk hamba.. Jalan yang benar sebenar benarnya. Panjangkan lah usia kedua orang tua hamba, terutamanya ibu hamba yang hanya Engkau maha mengetahui keadaannya saat ini. Berikanlah hamba peluang untuk hamba membalas jasa mereka. Berikanlah hamba petunjukMu supaya hamba membuat pilihan yang betul, Sesungguhnya hamba redha di atas setiap yang berlaku dan kepadaMu lah hamba memohon dan berserah"

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tiba-tiba timbul kekuatan baru, beg yang dari tadi bakal di bawa ke Perak, diusung selajunya ke bonet kereta untuk berangkat ke Kelantan. Sesampai je di Kampung, hanya Allah yang tahu perasaan ini. Memang ibu sangat-sangat tenat. Berbulan bulan kami adik beradik ulang alik bawa ibu ke hospital, pantang terdengar ditelinga ni dissitu ada tempat berubat, disana ada, tak kira di  kampung atau di thailand dan di mana-mana saja, pasti secepatnya kami tuju mengusung ibu...Besar sungguh dugaan dan Ujian time tu...

Apa yang jadi dengan Kerjaya nisa?
Memandangkan waktu tu, nisa masih dalam contract dan nisa tak sempat untuk menandatangani dan renew contract nisa pada hari lapor diri tersebut. Odw balik ke kampung tu Nisa call ketua program dan terus bagi Notis berhenti 24Jam. 

Menyesal?
Tidak sekali. Sebab bagi nisa itu adalah jalan yang Allah bagi dan tunjukkan untuk nisa. Apa gunanya kerjaya, jika nyawa ibu jadi galang gantinya. Apa gunanya kerjaya, jika nisa tak sempat membalas jasa ibu ayah nisa. Apa gunanya jadi seorang anak, jika sorang ibu dan ayah pun tak mampu nisa jaga... apa gunanya hidup, jika hari-hari yang nisa lalui adalah rasa penyesalan sahaja. Bukan itu yang nisa cari. Nisa ingin kan bahagia dan ketenangan. Biar nisa penat bekerja, asal insan tersayang disekeliling nisa bahagia. Rezeki Allah itu luas, Janji Allah itu pasti. Yang penting kita tidak putus doa dan usaha. Insha Allah kita berjaya peroleh apa yang kita impikan. Hanya cepat atau lambat sahaja.

Terpanjang pulak entrynya.. hehe. Mesti korang pelik, tajuk lain, citer lain... kekeke

Internet Cafe?
Ok, ni nak citer...heeee

Signboard NBS

Sape tahu kan impian nisa seawal belasan tahun dulu untuk punya Cyber Cafe sendiri tercapai disaat nisa berumur 27 tahun 8 bulan. Apapun nisa bersyukur. Hanya Allah yang tahu rasanya bagaimana. Dari hanya menjadi seorang partner pada umur 23 tahun yang lalu, akhirnya menjadi owner di usia 27 tahun.

Dah tua baru dapat?. Tak Mengapalah, dari tak dapat langsung kan..haha.. 
Yang penting Kedai ni bertempat di Kampung Nisa sendiri. Dekat dengan orang tua, hari-hari boleh jenguk dan jaga dorang... Alhamdulillh sangat-sangat. 

Penat pulak menaip. Mihmihmih...

Banner NBS

Ok lah, nanti lain kali nisa share lagi story nisa...Story dari jadi seorang anak perantauan sehingga dapat menetap di kampung sendiri. Banyak dalam draft ni...tak sempat nak hapdate je..huhu
KBye!




Assalamualaikum :)








2 comments:

  1. Satu pencapaian yang membanggakan kerana punyai kedai sendiri
    Tahniah Nisa

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^