nuffnang

Friday, 26 February 2016

Kisah Ibu & Barah Rahim

Sambungan dari cerita lalu di entry 'Internet Cafe'

Alhamdulillah, ibu selamat dan bebas dari penyakit Barah rahim. Hampir 1 tahun selepas kami mengetahui yang ibu punya penyakit tersebut, kami memang tak pernah berhenti bawa ibu berubat. Ibu memang sangat perlukan sokongan . . . baik dari segi mental, moral malah segenap segi. Anak-anaklah penguat semangat ibu. Hari-hari hari ibu menangis, takut nak operate katanya. Orang tua.. memang banyak pikir negetifnya, tambah-tambah ibu makin takut bila dia dapat tahu yang ada orang kat kampung kami meninggal selepas operate penyakit yang sama. Hrmm. . . Kami anak-anak tak mampu nak paksa ibu, kami tak sanggup lihat ibu murung dan menangis sepanjang masa. kain yang dipakai, setiap hari penuh darah.. bleeding je...sampai kain yang dipakai boleh diperah, . . . lencun darah keluar mengalir...

Lepas scan, doktor cakap size barah ibu dah sebesar ibu yang mengandung 5 bulan. Lepas tu ibu dah tak nak pegi hospital dah. terus ulang alik berubat cara kampung je. Tak tahu berapa ramai dah yang mengubat ibu. Macam-macam ubat di beri dan di makan. Macam-macam petua, saranan dan pantang larang. Semua ibu buat, ibu makan, janji satu je...ibu tak nak operate. Hrmmm. . . ghisau kami :'(

Tiap-tiap hari, siang malam, setiap saat ibu dan kami sekeluarga berdoa, moga moga kesihatan ibu kembali seperti sediakala. 2 bulan sebelum temujanji doktor untuk dapat kan tarikh operation tu, memang kami tak putus-putus berusaha buat yang terbaik untuk ibu. Sungguh ibu memang ibu yang kuat... Tabah mengharungi ujian yang diturunkan, walau hakikatnya kami tahu ibu sangat takut...takut dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.

Hari-hari bleeding... berat ibu turun hampir 20kg....Tapi ibu takde lah nampak kurus sangat sebab sebelum ni, ibu agak bambam. heeee... so bila dah lost almost 20kg, berat dengan ketinggian ibu tu kira normal lah. Cuma muka ibu je kelihatan pucat. Tak larat nak berjalan. Mudah penat sebab kehilangan banyak darah. Tapi itu bukan penghalang untuk ibu melawan sakitnya dan sentiasa bersujud dan berdoa pada yang Esa.

ibu

Hari Temujanji ibu untuk ketahui tarikh opertion, 
Guest what?

Doktor terkejut sebab ketulan dalam rahim ibu dah takde??. hilang sepenuhnya???... YA! memang takde. banyak kali doc scan..memang takde.. kami pun tak sangka! dats mean barah ibu dah takde lah. ehhh, tak mungkin... haritu scan memang besar. perut ibu pun membuncit dan keras bila disentuh. Tapi waktu scan time temujanji last tu memang ibu tak rasa dah yang ada ketulan kat dalam rahimnya.. Subhanallah, Allahhuakhbar!... sungguh kami sangat terkejut. Maha suci Allah yang memberi penyakit itu tanpa diduga dan menghilangnya serta menyembuhkanya tanpa kami sangka. Allah, Sungguh Allah SWT itu yang maha besar dan berkusa di atas setiap sesuatu..

Doktor tanya...
"Makcik berubat kat mana?"
"Makcik makan ubat apa?"
"Makcik Amalkan apa?"
"Selama saya menjadi doktor, ini pertama kali pesakit barah rahim yang saya rawat yang bakal dibedah,  ketumbuhannya hilang sepenuhnya. Takde, kosong!"

ibu....?
kelihatan sangat terkejut dengan berita tersebut, kalau doktor pun tak percaya... ibu sendiri lagi tak percaya.
Ibu tak tahu nak terangkan macam mana yang ibu makan ubat apa, berubat kat mana?... sebab semua tempat ibu pegi, semua ubat ibu makan. Bercampur-campur! Sampai ibu pun tak tahu ibu pulih dengan ubat apa..dengan sapa? yang mana? Yang ibu tahu waktu tu, ibu bersyukur, ibu gembira dengar berita tersebut...Subhanallah
Patutla ibu sering cakap yang ibu rasa ketulan dalam rahim ibu makin mengecil. Waktu bleeding tu kadang-kadang yang keluar tu, macam isi, kulit, darah beku, lendir..berketul-ketul..banyak sangat.

Bayangkan bertapa gembiranya ibu.. dan apatah lagi kami sekeluarga.. Sujud syukur padamu Ya Allah.
Sungguh kami sangat bahagia dengan berita itu. Ibu cakap ibu rasa macam mati hidup kembali. Ibu sangat gembira dan terharu Allah dengar doanya.

Berkat usaha, doa redha dan tawakkal ibu selama ini, kini ibu dah sihat sepenuhnya...dah berapa tahun berlalu, ibu makin sihat berisi dan membesar dengan jayanya..heee
Alhamdulillah, seronok  tengok insan tersayang bahagia.




Semoga kesihatan yang baik itu sentiasa milik ibu dan ayah kita selamanya... Aaminn~











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^