Pages

Sunday, 15 June 2014

Resepi Donut Lembut

Hello olls...

Hari ni lapperr bangat..tak tahu nak makan apa..
Belek2 barang kat dapur tgk ada yis mauripan..
Terus toingg! Toingg! Toingg! Dalam kepala nak buat donut.huhu

Donut lembut & gebu

Resepi Donut

Bahan-Bahan :
★ 4 cawan tepung gandum
★ 2 sb majerin
★ 5 sb gula kasar
★ 3 sb susu pekat
★ 1 cawan Air suam
★ 1 paket yis mauripan
★ 1 biji telur
★ sedikit gula kasar yg dikisar utk ditabur pada donut yg telah digoreng

Cara-Caranya :
★ cairkan majerin, pukul telur dalam bekas lain dan masukkan dalam majerin yg telah dicairkan tadi
★ Masukkan air suam dlm bekas, masukkan gula, susu dan kacau sebati seterusnya masukkan yis mauripan dan biarkan selama 10minit
★ Masuk majerin+telur tadi kedalam bekas yis
★ Tuangkan yis kedalam tepung gandum yang telah diayak sikit demi sedikit
★ Bulatkan donut dan biarkan selama 20-30 minit dan sedia utk digoreng.
★ Tabur gula kasar yg telah dikisar pada Donut yg siap digoreng.

Donut Segera

Berikut adalah lebihan donut. Saya segerakannya...

Cara-caranya:
★ Goreng sehingga kelihatan sedikit kekuningan dan angkat.
★ Simpan dalam peti.

Ok, selamat mencuba, pasti anda tidak akan kecewa..oh yeah!!


♥♥♥Tata♥♥♥


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^