Pages

Sunday, 12 October 2014

Cara Daftar Perniagaan (SSM)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Sebelum ni aku giat menjalankan perniagaan Cetakan & Pengiklanan. Banyak tempahan masuk terutamanya tempahan kad kahwin. Sangat tak cukup tangan...apa tidaknya, mana nak serve custemor, mana nak buat design, mana nak buat postage, beli barang-barang dll. Semuanya memerlukan masa, ketelitian dan kecekapan yang amat kemas.

Lepas raya haji haritu, lagilah tak sempat bernafas. Aku sibuk menguruskan pembukaan kedai makan. Alhamdulillah, dua cabang perniagaan sedang mengolak langkah, dan kedua-duanya dimiliki oleh NISA BIZ SOLUTIONS. Alhamdulillah.. Sangat tidak percaya Allah memakbulkan doa dan impianku.

Dulu aku terpaksa lepaskan jawatan Pensyarah, jawatan yang sangat2 diidamkan oleh orang tuaku. Aku tinggalkan semua kerja-kerja partime ku semasa diperantauan hanya semata-mata ingin FOKUS membuka perniagaan sendiri. Bukan kerana aku menolak rezeki, entahlah...tak tahu kenapa, yang aku tahu, aku tidak boleh berada di bawah arahan orang. Mungkin terasa sedikit terkongkong. Dan itulah aku...heee

Kepada mereka yang mempunyai perniagaan sendiri, tidak kiralah perniagaan yang macam mana sekalipun, teruskan lah berjuang, In Shaa Allah, Allah akan tunjukkan jalan untuk kita, kerana 9 dari 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Ikhlas, yakin, jangan putus doa dan tawakkal di atas segala perancangan yang Allah aturkan untuk kita...yang penting jangan lupa DIA, insha Allah pastinya DIA tidak akan lupakan kita.

Bagi yang belum mendaftar perniagaan, saya sarankan jangan berlengah lagi, sekalipun anda membuat perniagaan secara online.

Berikut adalah,
Cara-cara mendaftar perniagaan anda, senang sahaja...

1. Pergi ke Kaunter SSM yang berdekatan.

2. Terus ke kaunter pertanyaan. Tanyakan bagaimana proses mendaftar perniagaan
~mungkin lain-lain tempat ia sedikit berbeza.
~Biasanya, staf disitu akan terus memberikan anda borang Darftar Perniagaan untuk diisi.

3. Pastikan anda sudah mempunyai NAMA PERNIAGAAN sebelum anda pergi mendaftar.
~Bukan apa, nanti tetiba blurr tak tahu nak tulis nama apa, last2 keluar nama yang tidak memuaskan hati di kemudian hari.
~Pastikan anda menyediakan sekurang-kurangnya 3 pilihan nama perniagaan. untuk mengelakkan nama perniagaan anda sama dengan nama perniagaan yang sedia ada.
~ Permohonan nama perniagaan diluluskan berdasarkan keutamaan nama perniagaan yang dipohon.
~Nama perniagaan yang telah diluluskan diberi tempoh 30 hari dan tidak boleh dipinda atau ditukar kepada pemilik yang lain.

4. Pastikan Jenis Perniagaan yang dijalankan. Sesuai dengan nama perniagaan yang dicadangkan.

5. Pengesahan pemilik atau salah seorang rakan kongsi (Jika ada)

6. Pastikan anda ingat tarikh anda memulakan perniagaan.
~Biasanya, kalau tarikh mula perniagaan awal dari tarikh anda mendaftar perniagaan, denda akan dikenakan. 3 Bulan pertama sebanyak RM30, bulan seterusnya RM10 per month.
~Sebab itu anda disarankan terus menndaftar perniagaan tanpa rasa was-was, untuk memudahkan anda membuat pinjaman perniagaan, iaitu setelah tarikh peniagaan anda sudah matang.

7. Setelah borang permohanan perniagaan diisi, pergi ke kaunter pertanyaan untuk semakan dan mengambil nombor giliran anda.

8. Anda perlu menyediakan RM70 untuk pembayaran pendaftaran perniagaan selama 1 tahun.

9. Tunggu nama perniagaan anda dipanggil. dan anda akan mendapat kertas Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 beserta nama perniagaan dan nombor pendaftaran perniagaan anda.

10. TAHNIAH! akhirnya anda berjaya mempunyai perniagaan sendiri yang SAH.

Contoh
Anda juga boleh mendaftar perniagaan anda secara atas talian di laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia.



Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^