Pages

Friday, 15 May 2015

Story : Ikan Masin @ Ikan Kering


Bismillahhirrahmanirrahim...


Kalau kat tempat nisa, ikan masin tu kami panggil ikan kering. masa kecik-kecik dulu, mak selalu jual ikan kering. Setiap hari ahad, sebelum subuh ayah akan berangkat ke laut mencari rezeki. seminggu lepastu ayah akan balik rumah bawak bekalan laut yang saaangatt banyak. Ada sotong, udang, kerang, ikan kecik, ikan besar, ikan nipis, ikan panjang, ikan buncit.... pendek kata semua jenis ikan ada. huuu... Kalau makanan laut nisa sekeluarga memang mewah betol makannya, tapi nak dapat ayam seekor, sebulan sekali belum tentu dapat merasa...Tapi kalau dapat makan ayam tu, memang ghiuhhhh lah kami satu family seronok kemain! hahaha.




kalau time ayah bawak balik ikan banyak-banyak, mak mesti jadikan ikan kering untuk dijual. Kami selalu tolong mak siang ikan dan part yang paling kami suka, berebut ramai-ramai time nak jemur ikan, straight je susun, sape susun tak chantek kene boooo! hehe. Kadang-kadang ikan baru je nak disusun pelanggan mak dah datang nak beli, ada yang beli berkilo-kilo, beli RM5, RM2, 50sen pun ada. haha. Dulu paling sikit orang beli pon RM1, kalau yang datang nak beli 50sen tu, tak tau lah nisa nak cakap apa.


"Mak jual jugak ke kalau orang datang nak beli ikan ni 50sen?" Tanya nisa.
"Ya, mak jual je, dah kalau itu je dia mampu beli kan. Tak apelah" jawab mak ringkas.


Tapi nisa selalu tengok mak tak amik pun duit tu, selalunya mak akan sedekahkan aje.
Sebut pasal ikan kering, mesti berair mulut ni hah!
Paling best bila buat sambal ikan kering. Goreng ikan tu bagi garing sikit dalam 7,8 ekor, amik buah pelam yang putik tu, cili, pastu tumbuk-tumbuk kasi lumat, lepastu makan dengan nasi panas-panas. Uih! satu periuk Nasik pon boleh habis. kikikit! memang sangat-sangat sedap!


Ikan masin @ ikan kering


Sekarang, ayah dah uzur....banyak tahun dah tak kelaut sebab kami anak-anak tak bagi. Tak bagi bukan sebab nak halang ayah buat apa yang dia suka, tapi sebab risau dengan kesihatan ayah yang tak mengizinkan....lagipun ayah dah 3 kali jatuh dalam laut, Allah! kalau ingat balik memang akan nagis! Sungguh! sangat besar pengorbanan seorang ayah!





Ok, sekian sahaja kisah ikan kering,huhu



Terima Kasih sudi baca ^_^





1 comment:

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^