Pages

Saturday, 22 August 2015

Penyakit Tonsil

Punca Sakit Tekak Adalah 

 
Jangkitan bakteria : disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang
 
Jangkitan virus : kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.
Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher : Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).
Tonsilitis : ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

 
Apakah itu Tonsil?
 
Sumber gambar dari google : takut nak letak gambor tonsil yang real. Gambar kartun pon jadi lah.
Nak tengok yang ory?. google je lah ek. huhu
 

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.
 

Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :
  1. Adenoids : tonsil yang terletak di belakang hidung
  2. Lingual tonsils : tonsil di belakang lidah
  3. Palatine tonsils : tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.

Masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.


Antara gejala @ simptom radang tonsil ialah :
  • Sakit tekak bengkak dan merah
  • Sukar atau sakit untuk menelan
  • Ada tompokan putih pada tonsil
  • Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
  • Demam yang sangat tinggi @ Demam dan menggigil
  • Sakit kepala dan sakit-sakit badan
  • Suara garau atau hilang suara
  • Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
  • Mulut berbau
  • Berdengkur waktu tidur


Rawatan Tonsil :
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk dan lembut
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Makan antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
 
 
Amalkan :
  • Kerap minum air suam
  • Kerap berkumur-kumur dengan air garam
  • Elakkan minuman yang bergas/bewarna
  • Banyakkan makan buah-buahan terutama yang mengandungi vitaamin c
  • Gunakan ubat kumur untuk tekak (lozenges)
  • Makan madu
  • Bancuh secawan teh dengan campuran sedikit kulit kayu manis
  • Minum air asam jawa
  • Ambil sesudu kicap & dicampurkan dengan limau nipis


Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil 
Air Garam
Air garam
 
Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria serta  mengurangkan keradangan dan memberi keselesaan.
 
Cara- cara Penyediaan:
  • Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
  • Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
  • Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat
 
 
Lemon
Lemon

Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
 
Cara- cara Penyediaan :
  • Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
  • Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.
 
 
Daun Selasih
Daun selasih

Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
 
Cara- cara Penyediaan :
  • Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
  • Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
  • Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari
  
Kunyit
Kunyit
 
Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni.
 
Cara- cara Penyediaan :
  • Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
  • Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
  • Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
  • Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.
 
 
Kayu Manis
Kayu Manis

Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
 
Cara- cara Penyediaan :
  • Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
  • Campurkan dua sudu teh madu
  • Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
  • Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu
  
Daun Pudina
Daun pudina
 
Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda.
 
Cara- cara Penyediaan :
  • Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
  • Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
  • Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
  • Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsillitis
  
Halba
Halba
 
Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
 
Cara- cara Penyediaan :
  • Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
  • Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
  • Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
  • Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsillitis

Baca lagi dengan klik link berikut :
 








Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^