Pages

Saturday, 22 August 2015

Resepi Kek Span Vanilla

Resepi Kek Span Vanilla
 
Kek Span Vanilla

 Bahan-bahan :
  • 6 biji telur (gred A) - buang 2 putih telurnya
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 2/3 cwn tepung kek...
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 50 g air sejuk peti ais
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sb ovellete
  • 60g minyak sayuran
  • 1st essen vanilla



 Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada 150 C selama 20 minit. Griskan loyang dan alaskan kertas minyak. Griskan juga kertas minyak. Tak perlu griskan bahagian tepi loyang. Ayak bersama tepung kek, tepung jagung dan baking powder, ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan ( kecuali minyak sayuran). Pastikan bahan cecair termasuk telur di bawah sekali dalam bekas mixer dan bahan kering di atas.
  3. Gaulkan sekejap dengan spatula kesemua bahan-bahan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga adunan menjadi likat dan pada tahap "ribbon stage".
  4. Perlahan kan mixer , masukkan minyak sayuran, putar pada kelajuan paling perlahan lebih kurang seminit. Matikan mixer.
  5. Kaup balik sebentar dengan spatula hingga minyak sebati dengan adunan.
  6. Bakar pada selama 40-45 minit atau ikut kepanasan dan jenis oven masing-masing. Bila dah masak keluarkan dan terlangkupkan selama 5 minit di atas redai. Selepas 5 minit terus keluarkan dari Loyang.
 P/s :
Saya bakar pada rak tengah, pada suhu 150 C guna api bawah pada setengah jam pertama dan guna api atas-bawah pada 10-15 minit terakhir.

 
 
 
 
"Selamat Mencuba"
 
 


 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^