Pages

Thursday, 26 November 2015

Mix Fruit Asam Boi



Gambar berikut adalah hasil tempahan dari kawan-kawan nisa. Mix asamboi ni, simple je kejadiannya. Tapi nak buat meniaga ni, takdelah huntong sangat pon sebab buah-buahan sekarang ni harganya tiptop mahal ekau.hihiks! Patut le dorang jual botol kecik je dah RM10 kan...Tapi boleh la kalau setakat nak buat side income tu...


 Dari duk biarkan masa yang ada terbuang camtu, eloklah kiranya kita isi masa tersebut dengan perkara yang kita minat.

Disebabkan permintaan kali ini adalah mix fruit Asamboi, jadi nisa mix'kan buah jambu batu, dua tiga jenis mempelam, sengkuang. Kadang-kadang nisa letak jugak apel hijau. hehe

Tapi ramai jugak yang suka buah pelam sahaja. sebab makin lama dijeruk, makin sedap rasanya.

Nisa jual RM10 sebotol, untung? hrmm dapat le RM singget dua tu. Tapi apa yang penting, meniaga tu kena ikhlas, Insha Allah... nanti rezeki melimpah ruah :)


Asam Boi Nisalicious

Kepada yang teringin nak mencuba, boleh try resepi di bawah. Sebenarnya, resepi jeruk asamboi ni dah bersepah dah orang share kat facebook kan.Lagipun mudah yakmat nak membuatnya!. Jadi  petik jari je dah boleh siap. kekeke.


Resepi Jeruk Asam Boi

Mix Fruits
  • Buah Jambu batu
  • 2 @ 3 jenis Mempelam
  • Senkuang 
  • Asam Boi
  • 1 @ 2 biji cili
  • 5-10 Sudu besar Gula
  • Sedikit Garam
  • Serbuk Asam Boi 
P/S : Resepi tersebut boleh di'adjust mengikut citarasa masing-masing :)



:: Selamat mencuci usus ::





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^