Pages

Wednesday, 30 March 2016

Betul ke lelaki tu sayang dia?

Semalam nisa ada terbaca status facebook sorang kakak yang pernah menjadi colleague nisa dulu. Nak kata nisa ni rapat sangat ngan akak ni tak lah jugak sebenarnya. . . tapi memang kami ni selalu lah jugak pi lunch sesama. Akak ni umor dalam 30 lebih, dalam 33-34 camtu kot. hurm tak sure pulak. tapi lebih kurang macam tu lah nak citer nye. heee

Btw, Akak ni belum berkahwin lagi . Ermm, jodoh kan, kita taktau bila? ngan sape? dan macam mana?. Tapi masa kerja dulu dia selalu jugak citer yang dia jeles ngan kengkawan yang seusia ngan dia. Semua dah kawin, dah ada anak besar-besar dah. Sedangkan dia, still lagi tak berumah tangga.
Nak kata takde preparation for the future, ishh tak mungkin lah, sebab setahu nisa semua dia dah ada... rumah, kerja, kereta and so on. 

Lelaki pulak? bukan takde, ada tu ada. hampir 10 tahun dah kawan katanya. tapi bila sebut pasal kahwin ni, keadaan mula jadi acuh tak acuh je... tak sure lah dari pihak perempuan atau lelaki yang acuh tak acuh tu... sebab nisa pun taknak ler tanya banyak, hrmmm.... hal ni sensitif untuk dibawa berbincang sebenarnya kan, apatah lagi nisa ni lagi muda dari dia, so nisa rasa macam ..ehh, tak layak la nisa nak bertanya banyak-banyak. sebab bila dia bercerita kisah dia pun, bukan antara nisa ngan dia je kat situ, tapi ada terselit jugak kawan nisa lagi sorang yang lebih kurang sebaya dengan dia,  so for me better rasanya akak ni yang bertanya dari nisa kan.
Nisa ni, kalau setakat berkongsi, dengar isi hati,  rasanya boleh lah, cuma bila nak tanya lebih tu... ntah lah, rasa cam tak sedap hati gitu, takut tersasul ke cane kan. hurm, ghisau lak nanti kita akan lukakan hati dia tanpa kita sedari... so why do I just get silent and keep watching, listen to what she want to say,  right?




Ok berbalik pada cerita awal, heee
Semalam, bila duk scroll news feed , terbaca pulak status dia, meminta pandangan dari kawan-kawan fb dia pasal lelaki yang hampir 10 tahun dia kenal ni. nisa memang confident sangat la yang lelaki ni adalah lelaki sama yang dia citerkan kat kami dulu-dulu. Dia kata, dia macam dah tak tahan berterusan macam ni. lelaki ni kalau sebut pasal kahwin je mesti tak serius. Dalam masa yang sama dia tahu lelaki tu masih berhubung dengan perempuan lain yang sukakan lelaki tersebut... dan apa yang paling sedih perempuan tu kawan akak tu jugak. sampai perempuan tu kata akak ni yang 'perampas' padahal akak ni dah hampir 10 tahun bercinta ngan lelaki tu. Adeh, pening pulak tulisan ni. grrrrrr




Jadi dia nak tahu lah macam mana kalau kita kat tempat dia, apa kita buat? betul ke sebenarnya dia ni perampas? macam mana dia nak tahu yang lelaki tu betol-betol sayang kan dia? sebab dah lama dah dia biarkan masa berlalu macam tu je. macam membazir je katanya.

Sekali pikir dalam kepala ni, nisa rasa macam nak bagitahu je kat akak tu, "just left him kak!" bukan apa, sebab instinct nisa dari dulu lagi, nisa rasa lelaki ni terlampau memain. tak serius. sedangkan akak ni makin lama makin meningkat usianya, mestilah tu merupakan salah satu faktor buat dia makin risau kan... bukan tak penah ajak kawin actually, tapi dah dia tu macam buat akak ni macam 'tunggul kayu' je. huh, geram pulak kita ! hiks




Tapi takdelah nisa bagitahu ataupun pm dia. hehe, ntah lah.. takut pulak. hihi

tapi bila tengok comment advise kawan-kawan dia, mostly suruh break-up and cari lain je.
Eh, senangnya cakap?
Memang lah ia bukan senang, tapi dari dibiarkan hati tu terus terseksa dan semakin hari semakin bernanah dengan keputusan dan perancangan yang tak pernah serius, nisa rasa just let him go and try bukak hati dia cari insan lain yang lebih menghargai dan menerima dia seadanya kan?

Sebab setahu nisa lah, kalau betul seorang lelaki atau perempuan tu suka sama suka, rasanya dua-dua duk hari-hari ajak kahwin, melainkan masing-masing ada komitmen yang dipersetujui oleh kedua pihak, contohnya belajar ke, kursus ke atau mak ayah dua dua tak bagi kahwin lagi ke ape ke kan.




Lagipun kalau betol lelaki tu sayang kan dia, mesti perangai acuh tak acuh tu takde. 
Orang laki ni kalu betul-betul dia nak jadikan kita isteri dia, memang dia akan jaga kita sebaik-baiknya sampai kadang-kadang kita rasa diri kita ni dikongkongnya. Maknanya,  nak buat tu tokleh, buat ni tokleh sebab perasaan cemburu dia tu membuak-buak bak larva gunung berapi tak gitu. mihmihmih

Dan yang paling penting dia tak kan melayan perempuan yang takda urusan penting dengan dia. kan? Sebab main point citer ni pasal ni lah. heee. Ke pandangan korang macam mana? korang rasa apa sebenarnya tanda - tanda lelaki atau perempuan tu sayang kita ye? hrmmm









2 comments:

  1. pehh..qoute yg first tu kena sangat ngan saya..haha..betul kak..lelaki kalau seyes takkan comfort kita lama lama tanpa fikirkan tggjwb akn dtg..semoga kawan akk cepat dapat jodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... bila pikir blk, lelaki ni nak apa sebenarnya, simpan kita lelama for what? Kalau kita xubah diri kita smp bila2 duk takat tu je. Dari duk memendam rasa, baik kita yang mulakan langkah baru tanpa toleh lg ke belakang. Kesian akak ni,hurmm . Terima kasih cik karmila utk doanya,moga dia cpt2 dpt jodoh. Aamin amin ya rabbal'alamin.

      Delete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^