Pages

Tuesday, 17 September 2019

Blogwalking Blog Sendiri Selepas Hampir 3 Tahun

Assalamualaikum wbt...

2 tahun  6 bulan nisa tak hapdate belog. Ya ALLAH, rindunya nak menulis seperti dulu... tapi apakan daya, kekangan masa yang ada menjadi penghalang besar untuk nisa terus mencurahkan isi hati di sini... lagipula sekarang zaman 'facebook' dan 'instagram' serta pelbagai jenis lagi  media sosial yang sedang berkembang pesat sehingga dunia blog semakin hari semakin tidak semeriah dulu. kan?
.
Sekarang ada lagi ke sesi blogwalking ye? eh tetiba pulak terpikir hihi... maklumla, hampir 3 tahun jari ini tidak berjoget menaip new post in blog ni.. tu yang tertanya tanya, ada lagi ke kawan-kawan blog ni yang rajin berblog walking? hrmmm...   

.
Dalam masa hampir 3 tahun ni, banyak benda dah berubah dalam hidup nisa... seingat nisa, last nisa hapdate belog ni masa nisa baru balik menetap di kampung setelah bertahun di perantauan. Nisa pulang ke kampung halaman sebagai seorang cikgu MRSM disamping sepenuh masa mengelola Sebuah Kedai Internet Cafe di kampung halaman.



Nisa Biz Solutions, Geting

.
Siapa sangka kan, takdir Allah yang Maha Kuasa, Rezeki nisa di negeri sendiri. December 2019 nisa pulang ke kampung menguruskan satu kedai, dan pada march 2019 , kini Allah rezekikan nisa 3 buah kedai untuk di uruskan. Bak kata pepatah, hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran di dalam melakar impian yang mulanya hanya mimpi, namun akhirnya Allah merealisasikan apa yang diimpikan. Walau business yang dibina tak sehebat orang lain, kedai tak se'gah orang lain, tapi tak mengapa.. dah dapat semua ini pun rasa macam mimpi lagi. Kita teruskan berfikiran positif, inshaAllah slow slow kita akan berjaya seperti businesman dan business woman yang hebat hebat di luar sana. insa Allah.



Nisa Biz Solutions, HQ

.
Kini terasa semakin hari masa semakin singkat. terlalu banyak benda nak buat, sedar tak sedar, baru tadi keluar kerja awal pagi, tiba-tiba sekelip mata hari dah pun gelap. semakin hari semakin bertambah komitmen. kesuntukan waktu sangat... sebabtu tak sempat langsung nak jenguk blog... rasanya dah lama sangat tinggalkan dunia ni. sampai tangan dah kaku, otak bercerita pun dah tepu sehinggakan tengok blog dashboard sendiri pun tiba-tiba terkesima macam tengok suami pertama kali bertemu . bhahahaha :D



Muse Exclusive Boutique Cafe


Cukup lah dulu setakat ini. lama sangat tak blogwalking . hari ni nisa nak blogwalking blog sendiri. nak tengok apa lah yang kau tulis nisa 2,3 tahun yang lalu, hahahahahha... sampai ketemu lagi ye...
Assalamualaikum.



TQVM for reading this entry ^^.







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^