Pages

Saturday, 22 August 2015

Siakap Kukus Halia

Siakap kukus halia
 
 
BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2.5 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • ½ bawang besar
  • 3 batang serai
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • 6 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji buah tomato
  • 1 tangkai daun sup
  • Garam secukup rasa

 

 

CARA-CARA
  1. Halia, bawang putih, bawang merah ditumbuk dan digaul pada ikan bersama sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Perap selama 15 minit.
  2. Cili merah, tomato, bawang besar serta daun sup yang telah dihiris ditabur di atas ikan. Letak serai yang telah diketuk. Tomato untuk dapatkan sedikit rasa masam agar seimbang dengan rasa sos tiram.
  3. Stim atau kukus ramuan serta siakap di lebih kurang 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah limau nipis dan siap!


Tips :
  • Untuk hilangkan hanyir ikan, lumur dan rendam ikan dengan asam jawa selama 15 minit selepas dibersihkan. Lepastu cuci balik
  • Kalau tak suka rasa pahit, takyah masukkan limau nipis ye.





 
"Selamat Mencuba"




 

3 comments:

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^