nuffnang

Wednesday, 25 November 2020

Cara Buat Temujanji Imigresen

 1. Klik link dibawah :

http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php


2. Setelah klik, akan keluar paparan berikut

klik tutup/close















3. Skrol kebawah dan pilih 'proceed'



4. Isi / pilih maklumat berikut dengan lengkap




5. Pilih tarikh


Pilih tarikh yang jelas nombornya dan klik 'ok' pada pop up notification diatas selepas itu tunggu sebentar sehingga status slot temujanji dipaparkan



6. Pilih masa pilihan yang dipaparkan, jika masa hanya ada 1 pilihan seperti gambar di bawah, anda tiada pilihan lain kecuali memilih waktu itu sahaja pada tarikh tersebut

klik choose dan seterusnya klik next




7. Isi maklumat peribadi berikut dan seterusnya klik 'submit'



8. Setelah submit nanti akan keluar slip temujanji yang telah diisi. Cetak slip tersebut.  Anda dikehendaki membawa slip itu sebagai bukti temujanji telah dibuat untuk meneruskan urusan anda.





Semoga membantu ya kawan-kawan :)









Tuesday, 17 September 2019

Cara Mudah Download Video di Instagram Menggunakan Phone

Berikut adalah cara mudah untuk memuat turun video dari instagram menggunakan iphone.

Instagram icon


Pertama sekali pastikan di telefon anda mempunyai aplikasi 'Telegram'. Jadi yang mana belum ada telegram tu, boleh install apps tersebut  di App Store / Play Store handphone masing-masing.


Telegram icon

Playstore icon

App Store icon

Selesai install aplikasi telegram, terus ke instagram dan cari vedio yang ingin dimuat turun di instagram tersebut.

contoh video instagram yang ingin di muat turun


Klik pada titik tiga pada bahagian atas kanan, dan copy link.

klik di titik tiga


Copy link


Buka telegram dan paste di group atau di nombor kawan-kawan yang ingin kita share.

paste di telegram


Buka Video yang telah di paste tadi dan save video tersebut ke gallery fon anda.

Play video on telegram


Save Video

Semak galerry fon untuk melihat kembali video tersebut dan sedia untuk di share di lain-lain medsos. 

OK selesai, mudah kan? hehe


TQ, for reading this entry :)








Blogwalking Blog Sendiri Selepas Hampir 3 Tahun

Assalamualaikum wbt...

2 tahun  6 bulan nisa tak hapdate belog. Ya ALLAH, rindunya nak menulis seperti dulu... tapi apakan daya, kekangan masa yang ada menjadi penghalang besar untuk nisa terus mencurahkan isi hati di sini... lagipula sekarang zaman 'facebook' dan 'instagram' serta pelbagai jenis lagi  media sosial yang sedang berkembang pesat sehingga dunia blog semakin hari semakin tidak semeriah dulu. kan?
.
Sekarang ada lagi ke sesi blogwalking ye? eh tetiba pulak terpikir hihi... maklumla, hampir 3 tahun jari ini tidak berjoget menaip new post in blog ni.. tu yang tertanya tanya, ada lagi ke kawan-kawan blog ni yang rajin berblog walking? hrmmm...   

.
Dalam masa hampir 3 tahun ni, banyak benda dah berubah dalam hidup nisa... seingat nisa, last nisa hapdate belog ni masa nisa baru balik menetap di kampung setelah bertahun di perantauan. Nisa pulang ke kampung halaman sebagai seorang cikgu MRSM disamping sepenuh masa mengelola Sebuah Kedai Internet Cafe di kampung halaman.



Nisa Biz Solutions, Geting

.
Siapa sangka kan, takdir Allah yang Maha Kuasa, Rezeki nisa di negeri sendiri. December 2019 nisa pulang ke kampung menguruskan satu kedai, dan pada march 2019 , kini Allah rezekikan nisa 3 buah kedai untuk di uruskan. Bak kata pepatah, hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran di dalam melakar impian yang mulanya hanya mimpi, namun akhirnya Allah merealisasikan apa yang diimpikan. Walau business yang dibina tak sehebat orang lain, kedai tak se'gah orang lain, tapi tak mengapa.. dah dapat semua ini pun rasa macam mimpi lagi. Kita teruskan berfikiran positif, inshaAllah slow slow kita akan berjaya seperti businesman dan business woman yang hebat hebat di luar sana. insa Allah.



Nisa Biz Solutions, HQ

.
Kini terasa semakin hari masa semakin singkat. terlalu banyak benda nak buat, sedar tak sedar, baru tadi keluar kerja awal pagi, tiba-tiba sekelip mata hari dah pun gelap. semakin hari semakin bertambah komitmen. kesuntukan waktu sangat... sebabtu tak sempat langsung nak jenguk blog... rasanya dah lama sangat tinggalkan dunia ni. sampai tangan dah kaku, otak bercerita pun dah tepu sehinggakan tengok blog dashboard sendiri pun tiba-tiba terkesima macam tengok suami pertama kali bertemu . bhahahaha :D



Muse Exclusive Boutique Cafe


Cukup lah dulu setakat ini. lama sangat tak blogwalking . hari ni nisa nak blogwalking blog sendiri. nak tengok apa lah yang kau tulis nisa 2,3 tahun yang lalu, hahahahahha... sampai ketemu lagi ye...
Assalamualaikum.



TQVM for reading this entry ^^.







Friday, 24 March 2017

Episod 2 : Peristiwa itu

Entry ni sebenarnya dah lama nisa tulis. bulan April 2016 lagi...
hari ni baru tergerak hati nak publish...Mungkin time nisa taip citer ni nisa duk mengigil sampai tak terpost kot, hehe....tapi sekarang, dah ok dah...Maaf lah, memalam post citer pelik-pelik kat korang, hehe. kalau penakut tak yah baca lah ye..kekeke

yang ni episod 2 dah, tak baca episod 1 memang tak paham citer ni citer apa, hiks! episod 1 boleh klik kat sini . Episod 3 tak de lah pulak dalam draft ni, haha...maybe this is the last episod kot, haha




EPISOD 2

Setelah peristiwa semalam
detik-detik yang berlalu terasa terlalu sukar untuk ditafsirkan...
serasa tidak ingin membiarkan mentari tenggelam, biarlah ia terus memancar menerangi alam.
Tak sanggup mengharungi kegelapan malam yang bakal melabuhkan tirai kesunyian.
Setelah kejadian itu, nisa dan Mr.n bertekad balik kerumah setiap hari walau betapa penat mahupun lewat malam kami bekerja.
Tak sanggup nisa berkongsi kediaman nisa bersama makhluk yang sudah nisa lihat kewujudannya...
Sungguh daku tak rela....

Seusai membersihkan diri, kami berjemaah bersama. solat hajat, mengaji sehingga larut malam. Ayat-ayat suci dibaca agar menjadi benteng penghalang antara kami dan makhluk tersebut. Semoga Allah tidak membuka hijab nisa melihat peristiwa seperti semalam lagi. cukuplah hanya sekali mereka datang menggangu.

Jam menghampiri detik 2 pagi. Kejap lagi Mr. N akan bertolak ke tempat kerja. Semua lampu yang ada kat rumah Mr.n buka... biar ia terpasang sehingga esok pagi katanya. Sementara Mr.n bersiap, berulang kali dia mengajukan soalan kepada nisa...

"Betulke nisa dah OK?"

Nisa angguk memberi kepastian.

"Kalau nisa nak, abang boleh temankan....... hurmm Abang temankan nisa ye?" soalnya ingin mendapat kepastian.

"Tak apa, saya ok, abang pegi lah, Insha Allah takde pape". balas nisa memadam kerisauan dihatinya.

"Ok kalau macam tu tak apa lah.. tidur ye. Abang tak tutup lampu. 

"OK..."

Satu persatu langkah Mr.N nisa perhatikan, sehingga beliau hilang dari pandangan.
Sayup-sayup kedengaran, pintu rumah dikunci, enjin motorsikal nya dihidupkan, sehinggalah pintu pagar depan rumah ditutup dan dimangga kan... akhirnya, bunyi itu hilang.....
.
Kesunyian datang lagi menerpa...
Dari atas katil, nisa baring sambil menutup telinga dengan bantal, pejam mata serapat rapatnya, mulut terkumat kamit tak henti-henti membaca ayat suci Al-Quran....

"Ya Allah hijabkanlah pandangan mataku, lindungilah aku, kuatkan lah aku" bisik nisa perlahan

Debaran di hati sedikit demi sedikit beransur pergi...Belum sampai 10 minit Mr. N meninggalkan rumah, terasa sejuk dari sebelah kiri nisa. seolah-olah desiran angin datang menerpa ke bahu.. Allah! sejuk, panas, sejuk, panas bertaut menjadi satu. Nisa cuba tenangkan hati. cuba kosongkan fikiran.

"OK nisa, jangan risau...tak ada apa-apa. kosongkan fikiran, kosongkan fikiran" kata nisa lagi.

Bantal yang dari tadi berada diatas telinga, nisa angkat. cuba buka mata... memandang ke arah pintu bilik yang tidak ditutup...



"Zasssssss!!!......." satu kelibat bergerak laju diluar bilik...

"Allah! Allah! Allah!
pantas nisa mengucap!

"Allahhuakhbar! Allahhuakhbar!" nisa menjerit

Tangan tiba-tiba bergetar, darah seakan naik ke kepala..
"Ya Allah, aku tak nampak! aku tak nampak!" nisa cuba tenangkan hati untuk kesekian kalinya..
namun kali ni tak menjadi...tiada ketenangan lagi...
Tangan meraba-raba di sebelah kanan, kiri...mencari handphone...nisa mengigil!

" YA Allah, kenapa nampak lagi??"
Cari Fon,
Sebenarnya takut nak tengok skrin fon, takut gambar yang tak diingini terpampam keluar di hadapan mata...

namun, cepat-cepat nisa dail nombor Mr.N....
tak sampai 2 kali berdering, kedengaran suara Mr.N di corong henfon....
Ya Allah takutnya ketika ni, takut sangat-sangat apabila memikirkan

(macam mana kalau bukan suara Mr.N?) aduhai, sampai kesitu nisa pikir...hurm

"Nisa! nisa! Hello... hello, nisa ok ke tak? awak OK ke takkk? hellooo " soal Mr.n berulang kali...resah!

Namun nisa berdiam diri, tanpa sepatah kata. apa yang terjadi? nisa hanya menangis! menangis dan menangis. lidah kelu. terkejut! takut!

"Sabar! abang balik sekarang" dari jauh kedengaran suaranya....

Sehinggalah bunyi motorsikal masuk kehalaman rumah! Tapi time ni, sekuat hati nisa tengkup muka dengan bantal! tak nak dengar! tak nak tengok apa!

Sampailah Mr.N datang pada nisa...ada di hadapan nisa...mendekatkan dirinya ....
tapi nisa menangis sambil jauhkan diri darinya... nisa tengok dia lama-lama. Dia datang dekat lagi, tapi nisa tolak dia... nisa pandang lagi dalam kekaburan deraian air mata, cuba mencari kepastian! supaya lelaki yang berada didepan nisa itu adalah SUAMI nisa bukan makhluk lain!
Sehingga lah kedengaran Mr.N mengalunkan Ayat-ayat Ruqyah...
terus nisa peluknya tanpa ragu! tekupkan muka ini seboleh-boleh didadanya. tak mau alih dah pandangan mata.

"Nisa jangan risau, abang tak pegi mana-mana dah. abang ada! abang ada! tak ada apa-apa, jangan risau, ok" katanya menghilangkan ketakutan yang ada.

perlahan-lahan esakan tangis berkurang. kepala dibelai dan diusap ditenangkan. debaran ketakutan sedikit demi sedikit menghilang...

"Terima kasih abang, jangan tinggal nisa lagi please!" kata nisa
"Ok. TAK! abang tak pegi mana-mana dah. Tidur ye. abang teman"
"Terima Kasih" ucap nisa lagi :'(

.......................................................................................



Dan malam itu menjadi malam terakhir nisa berada di rumah itu...
Esok harinya, nisa pergi kerja terus tak balik-balik...hehe
Nisa tidur di kedai.
2 malam Mr. N tak pegi kerja, heeee, teman bini punya pasal...tapi lepastu rutin harian berlaku macam biasa. Nisa tidur kat kedai sorang-sorang. rela tak balik rumah dah. sampai seminggu lepastu nisa ajak Mr.N pindah! huuuuu TAK NAK BALIK RUMAH TU DAH!

Tak tau nak citer macam mana... rasa ini
Mungkin kepada kalian yang pernah melihat, kalian akan mengerti...
Tapi percayalah anda TAK INGIN lihat pun apa yang nisa dah lihat
kerana nisa percaya, korang tak sanggup laluinya....krik!