nuffnang

Sunday, 22 July 2012

Kuih Gulung @ Ketayap


Ajimimashite.....
Anata wa genki desu ka..genki desu?heee.^_^

Strek to da point, hari ni seharian aku di dapor duk menggulung kuih gulung @pun  ketayap (dalam nama lainnya)

Oh! Sungguh seronok duk main gulung2 menda alah tu, walau hakikatnya aku hampir menemui sedikit ketensyenan akibat kuali buruk yang tak berapa nak nong stik sangat ittuu. appepum, beliau banyak berjasa !huhu....

Orait, resepi ni aku amek dari buku resepi yang aku beli kat kedai buku 'POPULAR'  time cuci-cuci mata kat shopping mall aitu.

here is a list of ingredients needed to make da Kuih Gulung @ ketayap:

inilah ghupe kuih ketayap o_O


Bahan-Bahan

  1. 2 Cawan tepung gandum
  2. 2 Cawan jus pandan (7 helai daun pandan - dikisar)
  3. 1/2 Cawan santan @ susu segar
  4. 3 Sudu makan minyak masak
  5. 1 sudu teh pewarna hijau
  6. 1 Sudu teh garam

Bahan Inti
  1. 1 Cawan kelapa parut muda
  2. 1/2 Cawan gula merah
  3. 1/2 Cawan gula pasir
  4. 1/2 cawan air
step by step

Cara Membuat Kulit
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
  2. Panaskan kuali yang disapu sedikit minyak.
  3. Tuangkan satu senduk adunan ini dan goyangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis.
  4. Apabila masak angkat dan letakkan ke dalam pinggan.
  5. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
  6. Lipatkan bahagian kiri dan kanan, kemudian gulung dengan kemas.
  7. Lakukan hingga selesai dan hidangkan

Cara Membuat Inti
  1. Masukkan semua bahan inti ke dalam periuk
  2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga sebati dan lembap.
  3. angkat dan sejukkan
P/s : Untuk mendapatkan rasa inti yang lebih sedap, gunakan air kelapa muda.



~Selamat mencuba-daaaaaaa O_o~

Monday, 11 June 2012

Saringan HIV untuk Bakal Pengantin

APA ITU HIV
 
Apa itu HIV (Human Immunodeficiency Virus) ?
HIV adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Terdapat 2 jenis virus HIV iaitu HIV-1 dan HIV-2. HIV-1 merupakan jangkitan yang sangat berbahaya kepada orang ramai manakala HIV-2 pula tidak begitu berbahaya. HIV menyerang Sistem daya tahan badan, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif HIV tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS kerana AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


APA ITU AIDS
 
Apa itu AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome -Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit)?

AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif HIV. Dengan lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang dijangkiti HIV lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis kuman termasuklah yang tidak membahayakan manusia normal. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik (iaitu yang mengambil kesempatan) seperti radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), beberapa jenis barah dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.



Bagaimanakah Seseorang boleh dijangkiti HIV?
  • Melalui perhubungan seks tidak selamat dengan mereka yang positif HIV.
  • Hubungan seks anal, oral(mulut), dubur, faraj tanpa perlindungan dengan pasangan yang dijangkiti.
  • Hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah daripada mereka yang dijangkiti masuk ke dalam badan orang lain.
  • Hubungan seks tanpa menggunakan kondom lateks jika pasangan positif HIV.
  • Perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak mempunyai luka atau ruam pada kulit mereka dimana salah seorang adalah positif HIV.
  • Melakukan hubungan seks tidak selamat dengan pelacur atau pondan atau berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka (berisiko).
  • Melalui perkongsian jarum atau bahan-bahan suntikan dengan orang yang dijangkiti.
  • Mempunyai pasangan yang mengambil dadah (berisiko).
  • Dari ibu ke anak semasa kehamilan, kelahiran atau menyusu badan jika si ibu adalah positif HIV.






Tujuan Saringan HIV Dijalankan Kepada Bakal-bakal Pengantin
  • Mengesan lebih awal jangkitan HIV supaya pencegahan dan rawatan dapat diberikan
  • Mencegah Penyebaran jangkitan HIV kepada Pasangan dan seterusnya kepada zuriat

Fakta
  • HIV adalah virus penyebab AIDS
  • AIDS tidak dapat disembuhkan tetapi boleh dirawat dan dicegah
  • HIV/AIDS adalah salah satu penyakit kelamin


Prosedur Menjalani Ujian Saringan HIV( Rapid Test)
  • Buat permohonan di pejabat agama berdekatan di jajahan masing-masing
  • Bakal pengantin akan dibekalkan dengan borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  • Borang yang lengkap diisi dibawa oleh bakal pengantin ke klinik kesihatan yang ditetapkan untuk saringan HIV
  • Saringan dilakukan oleh anggota kesihatan
  • Ujian dilakukan dengan hanya mengambil setitis darah
  • Keputusan diperoleh dalam masa 15-30 minit
  • Keputusan pemeriksaan adalah SULIT


Keputusan Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin 
Negatif
  • Anda mungkinn tidak dijangkiti HIV semasa ujian
  • Jika anda dari golongan tidak berisiko, anda bebas dari jangkitan HIV
  • Tetapi jika anda dari golongan berisiko (seperti penangih dadah secara suntikan atau mengamalkan seks rambang), anda mungkin diperingkat awal jangkitan dan perlu ulangi ujian selepas 6 bulan.
Positif
  • Anda mungkin telah dijangkiti HIV
  • Oleh itu anda akan dirujuk ke klinik kesihatan untuk ujian pengesahan dan khidmat kaunseling


JIKA SALAH SEORANG ATAU KEDUA-DUANYA ADALAH POSITIF HIV DAN INGIN MENERUSKAN PERKAHWINAN.

 1. Anda perlu mendapat khidmat nasihat daripada klinik kesihatan atau hospital kerajaan
2. Mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut :
  • memakai kondom semasa melakukan hubungan seks
  • memakai sarung tangan getah semasa mengendalikan luka, kudis, najis, darah, atau apa2 cecair badan
  • tidak berkongsi berus gigi dan alatan tajam (pisau cukur, pemotong kuku, sikat)
  • Asingkan dan rendamkan pakain tercemar dengan darah dari lelehan cecair badan dengan larutan peluntur (contohnya clorox) selama 20minit sebelum dicuci dan dipakai semula
  • Lantai yang dicemari darah, nanah atau lelehan cecair badan dicuci atau dimop dengan larutan peluntur dan dibilas dengan air biasa.
3. Anda tidak digalakkan mengandung
Sekiranya mengandung sila dapatkan khidmat nasihat dimana-mana klinikkesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan dengan segera untuk maklumat lanjut kerana rawatan awal dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada janin.




"Hindari jangkitan HIV, Hargailah kehidupan serta sayangilah diri dan pasangan hidup anda"











 

Wednesday, 9 May 2012

Tanda-tanda Keguguran





Gejala dan tanda keguguran termasuk:

Pendarahan.
Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.

Sakit.
Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.

Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj.
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
 
 
 

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:


~Usia terutama 35 tahun keatas
~Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
~Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
~Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
~Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
~Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
~Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
~Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
~Pernah hamil dengan anak cacat
~Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
~Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
~Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:


~Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
~Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
~Gigitan ular
~Meminum cafin secara berlebihan
~Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
   

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:


~Terdedah kepada Komputer monitor
~Hubungan seks
~Senaman


 
 
 
 
 

Wednesday, 2 November 2011

Iblis


Gambar Hiasan

Dirawikan bahawa nama Iblis dilangit dunia ialah ‘Abid. Di langit kedua, Zahid. Di langit ke tiga ‘Arif. Di langit ke empat Wali. Di langit ke lima At taqi. Di langit ke enam, Al- Khozin dan di langit ketujuh, ‘Azazil dan di Lauhul Mahfuz, Iblis. Dia lupa akibat urusannya. Maka Allah SWT memerintahkannya Adam. Dia berkata, “Apakah dia lebih mulia dari aku? Bukankah aku lebih mulia darinya? Kau jaidikan aku dari api dan Kau jadikan dia dari tanah.” Allah berkata, “Aku boleh berbuat sekehendak-Ku.” Dia mengira dirinya mulia. Dia berpaling dari Adam dengan bongkak, dimana Malaikat telah Sujud pada Adam. Ketika mereka bangun dan melihat Iblis tidak sujud, maka mereka sujud kali keduanya untuk bersyukur. Namun Iblis tetap berpaling dari mereka tanpa menyesal. Lalu Allah menjadikan rupanya seperti babi, kepalanya seperti unta, dadanya seperti  punggung unta besar. Mukanya  bagaikan kera, kedua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang lebar, bibirnya bagaikan bibir tsur, taringnya keluar bagai babi, janggutnya berbulu tujuh panjang sekali. Allah sentiasa melaknatinya sampai hari kiamat. Kerana dia kafir. Sesungguhnya ini adalah merupakan peringatan.

Tersebut dalam Atsar; ketika Allah menjadikan Iblis sedemikian rupa maka Jibril dan Mikail menangis. Allah SWT bertanya kepadanya, “mengapa kamu menangis?” Keduanya berkata, “Ya Tuhan kami, kami tidak berkuasa atas kekuasan-Mu.” Allah berkata, “ Ya, demikian pula kalian tidak berkuasa atas kekuasaan-Ku.”

Dirawikan Iblis berkata, “Ya Tuhanku, keluarkan aku kerana Adam. Aku tidak kuasa atasnya, kecuali dengan penguasaan-Mu.” Allah berkata. “Engkau Ku-kuasakan atasnya. Yakni atas anak cucunya.” Kerana para Nabi selamat dati Iblis. Iblis berkata, “berilah aku kuasa lagi.” Allah berkata, “setiap ia beranak kau pun beranak.” Iblis memohon lagi,”Berilah aku lagi.” Allah berkata, “Jeratlah mereka dengan tipu daya. Temanilah mereka dengan harta dan anak. Sesatkan mereka  dalam agama dan perbuatan yang batil. Perbuatlah sekehendakmu!” Adam berkata,”Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada Iblis kepadeaku, maka akutidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolongan-Mu.” Allah berkata, “Setiap umatmu akan dijaga oleh Malaikat.” Adam memohon lagi, “Tambahilah aku.”
Allah berkata, “ Setiap kebaikan yang dilakukan diberi pahala sepuluh kali ganda.” Adam berkata lagi, “Tambahilah aku.” Allah berkata lagi, “ Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan.” Adam berkata lagi, “ Baiklah aku telah merasa senang sekarang.” Kemudian Iblis telah berkata, “ Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan kepada manusia, dank au berikan kitab. Maka siapakah urusanku dan kitabku?” Allah berkata, “ Utusan mu adalah tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, Quran-mu syair,tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah tandas,makananmu sesuatu yang tidak disertakan dengan nama-Ku, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan.”