nuffnang

Saturday, 30 November 2013

Cara Kurangkan Sakit Gigi

Sakit pada gigi kerana berlubang sangatlah tidak menyelesakan. Hendak makan susah, hendak bercakap susah, dan silap-silap mood terus hilang. Jadi berikut kami kongsikan beberapa kaedah rawatan yang boleh anda cuba dirumah untuk mengurangkan rasa sakit itu.



1. Berkumur Dengan Air Garam

Sakit gigi juga boleh diatasi dengan berkumur air hangat yang sudah dicampur dengan garam. Fungsinya adalah membersihkan gigi dari bakteria yang menyebabkannya sakit.

2. Mampatkan Dengan Air Panas

Cuba memampatkan gigi dengan air panas atau sejuk saat mulai merasakan sakit. Dengan demikian, gigi secara sementara akan mati rasa sehingga sakitnya pun tidak akan terlalu sakit.

3. Gunakan terapi uncang teh celup

Caranya, letakkan uncang teh ke dalam microwave dengan air selama 30 saat. Kemudian peras air di dalamnya dan gigit kantung teh di antara gigi yang sakit. Cara tersebut dikenali mampu mengurangkan bengkak dan meredakan sakit gigi.

4. Pakai Bunga Matahari dan Halia

Bunga matahari (60 gram), Halia (5 gram), dan air (600 cc).

Cara rawatan: Bahan tersebut direbus dengan 600 cc air hingga tersisi 300cc air. Kemudian airnya ditapis dan diminum sewaktu masih hangat. Lakukan setiap hari sampai gigi tidak terasa sakit.


5. Gosokkan Gigi Berlubang Dengan Asam Jawa

Sangrai biji asam jawa secukupnya, kemudian ditumbuk hingga halus. Gosokkan ke gigi yang berlubang dengan kain atau berus gigi.

6. Gunakan Tempurung Kelapa

Cara rawatan: kupas secukupnya tempurung kelapa yang sudah dibelah. Kemudian, ambil tempurung kelapa lalu bakar sampai keluar minyaknya. Selepas itu, ambil minyak tempurung kelapa tersebut dengan kapas. Lalu tempelkan ke gigi yang sakit. Nescaya dalam beberapa minit sakit gigi anda akan hilang.

7. Penggunaan Vitamin C

Vitamin C dalam buah-buahan mampu mengurangkan kesakitan akibat sakit gigi. Beberapa buah yang disarankan untuk dimakan: oren, kiwi, papaya, strawberi, dan epal.




Saturday, 20 July 2013

Bolehkah Cuci Rambut Setiap Hari?

Ramai wanita cuci rambut hampir setiap hari, kalau boleh setiap hari bila mandi dicucikan sekali rambut kerana merasakan rambut berada dalam keadaan yang tidak baik. Ada setengah wanita cuci rambut setiap hari kerana bila mereka tidak cuci rambut akan kelihatan buruk dan kulit kepala gatal. Sebenarnya setiap orang lain hal dan punya masalah sendiri. Punya rambut bersih dan wangi adalah perkara yang selalu diutamakan wanita. Namun anda tidak perlu cuci rambut setiap hari kerana rambut yang kotor ternyata memberi pengaruh yang lebih baik.




Lebih Mudah Digaya

Ingatkan anda dengan permintaan penata rambut di salon untuk tidak mencuci rambut sekurang-kurangnya sehari sebelum rambut dimain oleh mereka? Kerana rambut yang baru dicuci lebih ‘ licin ‘ dan sukar untuk digayakan walaupun sudah diletakkan hairspray. Rambut yang belum dicuci sehari atau dua hari lebih mudah ditata rias.


Lebih Sihat

Jika anda mencuci rambut setiap hari, mungkin minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang. Padahal minyak alami itu berfungsi menjaga kelembapan kulit kepala dan membuat rambut tetap lembut. Maka mencuci rambut dua hari sekali lebih disyorkan.




Sumber

Monday, 7 January 2013

Cara Melangsingkan Perut Buncit

Anda mempunyai masalah pada bahagian Perut?




Baik lelaki mahupun perempuan, mereka yang mengalami situasi ini mungkin membuatkan mereka hilang rasa keyakinan diri...atau mungkin juga mengakibatkan mereka mnegalami keadaan 'mudah sempot' @ tidak selesa untuk bernafas, sukar mencari saiz baju yang sesuai dll.

Namun, bagi lelaki, kata orang.... "Isteri sayang suami berperut buncit!"
adehhh! betol ke???huhuhu.
sesungguhnya saya jua tidak pasti sejauh mana akan kesahihan kenyataan itu..heeeee
ada juga yang mengatakan bahawasanya.....

betol ke??? O_o <kompiusss>

haha...apepun hakikatnya dan biar bagaimana pun bentuk fizikal suami anda, anda perlulah menerima 'beliau' seadanya... kerana,
REDHA Allah adalah bila Suami Redha pada  isteri. :)

Anda inginkan bentuk badan camgini???


Di sini ada beberapa tips untuk mengurangkan tahap kebesaran perut anda ittu...meh baca meh,



6 Cara Mudah Melangsingkan Perut Buncit 

1. Pertama, Minum air putih (mineral water) dengan konsisten

Konsisten dalam pengambilan minuman air putih (mineral water) akan sangat membantu dalam usaha mengecilkan perut . Caranya sudah jelas : minumlah 8 gelas air putih setiap hari. Ingat, air putih yang anda minum akan mencairkan kepekatan sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem.


Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan produk sampah. Jangan mengurangkan pengambilan air walaupun waktu diet kerana banyak bahan akan mengalami kesulitan sewaktu proses pencernaan.


2.  Makan dengan perlahan

Hindari makan dengan terburu-buru. Cara Itu akan mengakibatkan udara 'terkejut' dalam usus dan membentuk gas yang dapat menjadikan perut mudah kembung. Duduk dengan tenang saat makan dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah menjadi bahagian-bahagian kecil dan tidak dapat dicerna dengan baik dan menghasilkan lebih banyak gas.


3. Mengurangkan Pengambilan garam dalam makanan

Terlalu banyak garam akan menambah jumlah sodium untuk mekanisme yang memperlambat cairan tubuh sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan kembung.


4. Pengambilan makanan berserat

Serat adalah elemen penting dalam diet, oleh itu makanlah  makanan berserat  seperti yang terdapat dalam buah-buahan seperti apel dan pir yang banyak kandungan air.


5.  Menghindari sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai buang air besar kurang dari tiga kali dalam seminggu. Keadaan ini akan membuatkan  perut terasa membengkak. Untuk merangsang usus, tingkatkan jumlah pengambilan makanan berserat dari buah-buahan dan sayuran. Ingat lakukan hal ini secara bertahap.


6. Kerap berolahraga/bersenam

Lakukan olah raga yang bukan bersifat pertandingan atau seperti jogging dll. Olahraga akan membantu memindahkan cairan dalam perut dan mendorong proses keluar dan masuk aliran darah yang akan dilkeluarkan sebagai peluh atau urine.



Begitulah 6 cara mudah melangsingkan perut dan tidak ramai yang mnyedari akan cara pelangsingan yang sederhana ini, namun terbukti efektif bila dilakukan dengan konsisten.

Meskipun begitu kita semua tahu untuk mendapatkan sesuatu kita perlulah berusaha tanpa ada rasa putus asa. Semoga dengan ketekunan dan kesungguhan anda akan membantu melangsingkan perut anda.

Dipetik dari : Sumber



~Selamat Mencuba~