nuffnang

Thursday, 26 November 2015

Mix Fruit Asam Boi



Gambar berikut adalah hasil tempahan dari kawan-kawan nisa. Mix asamboi ni, simple je kejadiannya. Tapi nak buat meniaga ni, takdelah huntong sangat pon sebab buah-buahan sekarang ni harganya tiptop mahal ekau.hihiks! Patut le dorang jual botol kecik je dah RM10 kan...Tapi boleh la kalau setakat nak buat side income tu...


 Dari duk biarkan masa yang ada terbuang camtu, eloklah kiranya kita isi masa tersebut dengan perkara yang kita minat.

Disebabkan permintaan kali ini adalah mix fruit Asamboi, jadi nisa mix'kan buah jambu batu, dua tiga jenis mempelam, sengkuang. Kadang-kadang nisa letak jugak apel hijau. hehe

Tapi ramai jugak yang suka buah pelam sahaja. sebab makin lama dijeruk, makin sedap rasanya.

Nisa jual RM10 sebotol, untung? hrmm dapat le RM singget dua tu. Tapi apa yang penting, meniaga tu kena ikhlas, Insha Allah... nanti rezeki melimpah ruah :)


Asam Boi Nisalicious

Kepada yang teringin nak mencuba, boleh try resepi di bawah. Sebenarnya, resepi jeruk asamboi ni dah bersepah dah orang share kat facebook kan.Lagipun mudah yakmat nak membuatnya!. Jadi  petik jari je dah boleh siap. kekeke.


Resepi Jeruk Asam Boi

Mix Fruits
  • Buah Jambu batu
  • 2 @ 3 jenis Mempelam
  • Senkuang 
  • Asam Boi
  • 1 @ 2 biji cili
  • 5-10 Sudu besar Gula
  • Sedikit Garam
  • Serbuk Asam Boi 
P/S : Resepi tersebut boleh di'adjust mengikut citarasa masing-masing :)



:: Selamat mencuci usus ::





Undang Kawan Tapi Tak Datang


Bila terbaca kisah insan malang ni... nisa teringat peristiwa bulan puasa yang lalu. Nisa dan suami dijemput untuk ke majlis berbuka puasa di rumah sahabat baik suami. Memandangkan sahabat ni baru je pindah rumah, jadi majlis tu secara tak langsung dijadikan majlis open house dan jejak kasih kekawan lama...

Tiba je  kat sana, kelihatan sahabat dan si isteri sedang bertungkus lumus membuat persiapan. Nisa minta izin ke dapur untuk menolong apa yang patut sambil menghidangkan buah tangan yang di bawa.

Meriah menu-menunya... Ada gulai ayam, Ayam Goreng, Sup, Sayur air, Asam Pedas, ulam-ulaman, aneka kuih muih, air dua tiga jenis dan banyak lagi lah..penuh 2 biji besar meja makan..dan 1 meja kecil air.

Kami bertanya, 
"Berapa ramai yang di jemput?"
"Hrmm, Adalah dalam 10 orang"..kata tuan rumah

Tapi tunggu punya tunggu, yang datang sorang je..Tu pon selepas berbuka, so total 3 orang lah termasuk nisa dan suami.

Kesian tuan rumah, banyak berhabis dan berpenat lelah membuat persiapan. Lastly, banyak makanan yang tak habis. Lagi pula, bulan puasa kan.. makan tu cane la sangat kan. 
Lepas solat maghrib, kami sambung lagi makan. makan dan makan.. sampai tuan rumah tak kasi kami balik selagi makanan tu tak habis katanya.. haha, hadoiii buncit perut kita tau..kekeke

Endingnya, tuan rumah terpaksa tapaukan kami makanan yang masih banyak tu untuk bekalan sahur nanti.
Bila pikir balik, aduhai...kesiannya
Tak tau nak cakap apa..

Maybe masing-masing punya sebab dan alasan masing-masing. Tapi benda-benda macamni lah buat orang tu trauma nak buat apa-apa majlis kan.hrmmmm......Speechless!






:: TQ for reading this entry ::





Sunday, 8 November 2015

Astro Bermasalah

Selalu je Astro ni buat hal laaaa... time hujan tu WAJIB le servis tergendala kan... ni hujan takdak ribut takdak, kilat petir pun takdak..tetiba astro tergendala.. tak ke hangin satu badan bila satu hari tak dapat tengok citer Hindustan. kekeke

Dah le tak tau masalahnya datang dari mana kan. hrmm dah nama ianya terjadi secara TIBA-TIBA.. nak kata terusik decoder tu dalam almari, takdak pulak...elok je terletak kat situ.. pening la duk pikir kenapa astro ni tokleh tengok time cuaca cantik molek nih. hrmmm

Lagi satu, kalau nak betulkan masalah ni FREE, nopoblem la bakhang... ni tak, di suruhnya kita bayar untuk proses pembaikannya atas masalah yang kita sendiri tak tahu kenapa ia TIBA- TIBA jadik cenggitu.. huhhhhh, stress pun ada!

Berikut aduan yang cuba dibuat.. 


 Korang penah kene camni tak, kenapa yek? 

Ok, yang ni yang dia reply semalam
 
  
Masalah hari ini.
 

Ada sape sape yang penah jadi macam ni tak? Kenapa ye... masalah decoder ke?, piring ke? masalah smart card ke?, masalah cable?  atau masalah lain ye? hrmm... Kalau boleh buat yang mana patut dulu, baik kita usaha buat sendiri dulu kan.. maklum le RM53 tu bukanlah jumlah yang sedikit sekarang. Kalau beli nasi kukus RM5 sebungkus, tak ke dah dapat 10 bungkus dah..kalau sehari makan 2 bungkus, tak ke dapat 5 hari, kalau sebungkus sehari, dah 10 hari.. haha, berkira berkira! Keh keh keh
Tapi bukan berkira sebenarnya.. yang mana boleh berjimat, baik kita jimat kan.Semuanya kene kira kan, hah memang berkira lah tu! Pening. hiks!.. Kalau camni, takpa lah tak dapat tengok astro pon...(ayat sedih) :'(   huuuuuuuu.





 "TQ for reading this entry"








Thursday, 22 October 2015

First Time

Apa yang pestime tuh? 

Sepanjang 27 tahun hidup ni, hari ni lah pestime nisa beli ikan masin kat pasar. hahaks!
adoiii ingatkan apa tadi kan...huuuu

Nisa sendiri pon baru perasan yang ini adalah pertama kali nisa beli ikan masin. Bertahun tahun dah kawin ni kalau nak di ikutkan...but dis is pestime i beli u.. (ingat kita tak penah masak lettew) kikiki ;)


Ikan masin (gambar ihsan google)



Tapi takdak lah banyak macam gambar kat atas tu pi borongnya.. nisa beli RM2 je pun. kekeke..Tapi tulah, nak wat cane.... Sebelum ini nisa duk makan ikan masin dari air tangan mak je. Tiap kali balik kampung, mak mesti bekalkan stock ikan masin yang mak buat sendiri. Kalau mak tak sempat buat, mesti kakak kakak nisa yang belikan sebagai buah tangan.
Selalunya, kalau stock tu habis, takpenah pulak terpikir nak topup beli kedai...tapi tetiba tekak ni teringin sangat nak makan ikan masin kan.

Pastu pi tengok dalam peti, uish dah habis pulak... hrmm, terus le pi beli kejap.. semangat kau jah! haha

Rindunya nak makan ikan masin mak, sedap, takde la masin cam beli kat kedai ni..Nak goreng mesti kene rendam dulu bagi kurang masinnye tu...hmm, esok nak masak gulai lemak ikan masin lah..
Tetiba, hahaks:)


Okey, Bye!