‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang
berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia
bertanya,
“Di manakah saya berada sekarang?”
Lalu lelaki itu menjawab, ”
inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul
Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun
berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati
kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat
kecantikan sebegitu di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,
” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah,
di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata,
" Sayalah Ainul
Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk
saya".
Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu
dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia
menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu
dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW.
Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah
SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah
hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka
bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang
syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan
benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu
tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di
Syurga….
sumber : kisah teladan info
Ainul Mardhiah
Tajuk Lagu: Ainul Mardhiah
Penyanyi/Artis: U.N.I.C
Penyanyi/Artis: U.N.I.C
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^