Kekasih Allah
KeranaMU Ya Allah |
Ada seorang lelaki bakhil dan munafik bersumpah hendak menceraikan isterinya bila dia memberikan sedekah. Kemudian datang seorang pengemis mengetuk pintu rumahnya seraya berkata,
" Demi hak Allah, apakah engkau tidak akan memberikanku sesuatu?"
Lalu perempuan itu memberikanya tiga potong roti. Apabila diketahui oleh suaminya terus memanggil pengemis itu dan berkata, " Siapakah memberimu roti?"
pengemis itu menjawab, "Aku diberi oleh seorang wanita penghuni di rumah itu."
Lalu si suami masuk ke rumah dan berkata kepada isterinya,
"Bukankah aku telah bersumpah agar engkau tidak memberikan sesuatu kepada seseorang pun?"
Si isteri menjawab, " Aku memberikan kerana Allah."
Si suami menyalakan tungku. Setelah panas lalu berkata kepada isterinya,
"Masuklah ke situ kerana Allah!"
Si isteri kemudian bangkit dan mengambil perhiasannya."Tinggalkan perhiasan itu!" Kata si suami.
Si isteri menjawab, "Seorang pencinta akan berhias untuk kekasihnya. Dan aku hendak menemui kekasihku."
Kemudian dia pun masuk ke dalam tungku itu. Lelaki munafik menutup tungku dan meninggalkannya pergi. Setelah tiga hari, dia datang lagi dengan membuka tungku itu. Dia lihat isterinya selamat dengan kekuasaan Allah sehingga lelaki itu hairan.
Kemudian ada suara hatif berkata, "Apakah engkau tidak tahu bahawa api tidak akan membakar kekasih-Ku?"
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah,jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu..."
(Q.S Al Imran : 31)
::Iman Al-Ghazali< Terjemahan kitab MUKHASHAFAH AL_QULUB>::
~TQ for reading this entry~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^