nuffnang

Showing posts with label Gastrik angin. Show all posts
Showing posts with label Gastrik angin. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

Gastrik angin + Nasi Briyani

Sibuk memanjang
Dari pagi pagi sampai jam 3pm nisa sibuk settle kerje yang berhari hari tertangguh.
Sebelum balik rumah, nisa ajak Mr. N singgah makan kat kedai je, disebabkan rasa kepenatan yang sudahpun bermaharajalela di dalam diri. So tak perlu dah masak-masak lagi, memandangkan duk berjalan pon sebelah restoren dah kan...lagi pula barang dapur pun tak sempat nak menyopping lagi.. aduhai, 2 hari dah dapur tak berasap. Dah la Mr. N susah makan kat kedai..gundah gulana dia bila 1 hari tak masak.


Nasi Briyani
Mr. N pilih kedai nasi briyani kat Uptown Puchong. Lupa pulak nama kedai tu  ape..hmmm, nisa pun mintak dia orderkan menu yang sama untuk nisa, malas nak pikir pikir dah memandangkan banyak jugak pilihan menu kat situ. 
Ye ler, bila masuk kedai makan je mesti blurrr pikio menu apa nak makan, masuk je blurr, masuk aje blurr...Banyak betoi blurr, kehkehkeh! tapi tu lah, memang nak cakap nisa selalu blurr time nak meng'oder menu...jangan korang pun blurrr membacanya udahlah...hahahaha

Nasi Briyani, 1 pinggan RM11.00



Gastrik Angin
Orang yang ada Gastrik Angin ni memang tak boleh makan makanan yang ada rempah ratus ehh????
Allahhuakhbar, sampai aje kat rumah, melingkup nisa! Sakit nye laaa haiiii ulu hati ini, tuhan saje yang tahu, berjam jam!...sakit itu tak jugak mau hilang. Sampai terpaksa korek muntahkan balik, nak bagi lega punya pasal. Marah betul dia, nisa makan nasi briyani tu.
Ohhhh, sakit!... mecucuk cucukkk ulu hati ni...kluaq ayaq mata ceq! (Betol ke bahasa tu,hihi )
Tapi tu lah, point nye kat situh, nisa nak cakap SAKIT ULU HATI SEBAB MAKAN NASI BRIYANI !.. sungguh tak tipu ! Memang betoi sakit ! Tobat taknak makan dah, titik !

Nampaknya lepasni nisa kene senaraikan dah makanan-makanan yang nisa dan orang orang Gastrik Angin tak boleh makan..pastu simpan rapi dalam note tab ni. Tapi, setahu nisa lain orang lain yang tak bolehnya kan..

Berikut makanan yang disenarai hitamkan (untuk nisa la kan)  ;


Senarai makanan Orang ada Gastrik Angin TAK BOLEH MAKAN


** Makanan sejuk, masam, berempah,
♥ Kubis
♥ Cili Api
♥ Kacang Panjang
♥ Buah pelam
♥ Maggie
♥ Pulut
♥ Nasi yang ada banyak rempah
♥ Laksa Penang
♥ Makanan yang ada Bunga Kantan
♥ Terung
♥ Pucuk Ulam yang tumbuh melata
** ha! itu semua tokleh.

Cara ubati Gastrik Angin



** ni yang selalu nisa amalkan la
♥ Wajib breakfast
♥ Minum air masak banyak-banyak
♥ Madu
♥ Kurma
♥ Habbatus sauda
♥ Pakai stokin bila berada tempat sejuk
** Tapi kalau sibuk sangat kadang-kadang ada yang terlupa..heeee

P/s :
Sesungguhnya apa yang nisa tulis kat atas tu tiada kene mengena bagi yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ini semua adalah hasil tindak balas yang berlaku pada diri nisa yang boleh nisa kongsikan dengan mereka yang ada masalah sama macam  nisa.

Pesanan ikhlas dari nisa, jangan ambil mudah dengan penyakit ini. Sesungguhnya ia amat bahaya dan menyakitkan ! Rasa sakitnye tu macam ghase nak hentak hentak je kepala kat dinding.

Oleh itu... untuk kebaikan anda, sungguh eloklah kiranya anda merawatnya sebaik mungkin. Apa yang penting, jaga makan anda!

Sekian dulu dari nisa,
Semoga rasa sakit ulu hati ini tidak datang lagi...huhu, sobs sobs!





♡♥♡♥♡♥Terima kasih sudi baca ♡♥♡♥♡♥

Friday, 4 January 2013

Gastrik Angin

Gastrik Angin

Aku merupakan pesakit tegar Gastrik. Bila sakitnya datang, Allah...hanya DIA yang tahu bagaimana rasanya. Nisa sendiri tak perasan bila waktunya Nisa di sahkan mengidap penyakit ni. Setahu Nisa, ramai yang ada gastrik, so Nisa ingat ia adalah sakit biasa-biasa je. Namun Nisa seringkali dihantui sakit kepala, loya dan macam-macam lagi.  Memandangkan Nisa mula merasa sakit ulu hati, Nisa mula rasa bimbang hinggalah kekadang perut ni mengeras akibat terjahan angin yang bergerak macam baby dalam rahim.waaa, sakit, senak, perit semua ada..

asid yang dirembeskan di dalamperut

Akibat tak tahan dengan simpton-simptom tersebut, Nisa pegi jumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan Nisa .Yerlah, risau jugak kot2 ada penyakit lain kan.
.
.
.
Hmm, memang sahlah gastrik...

Doktor cakap kenapa terjadinya gastrik antaranya;

  • Waktu pemakanan tidak teratur, lambat makan, selalu tinggal breakfast
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)/Tekanan melampau hingga sukar tidur malam mengakibatkan perut menghasilkan asid yang berlebihan
  • Jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan,jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser

  • sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
  • rasa pening kepala.
  • mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
  • muntah.
  • badan rasa lemah lesu.
  • berat badan menurun.
  • najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah)

memang betol lah...Nisa ni jenis yang suka skip breakfast, tambah2 waktu belajar dulu...selalu je tahan perut pegi kuliah,kekadang bila Nisa rasa lapar je Nisa bantai je maggie kari walaupun waktu pagi buta pastu siap tambah cili 2,3 biji nak kasi lagi pedas...ada tu sampai 9 biji you!(yang ni Nisa rasa cili 2 mmg xpedas kot)hehe..tapi tu waktu belajar 3/4 tahun dulu ok. 

kesan daripada pemakanan yang haru biru tersebutlah Nisa mengalami gastrik sekarang. Oleh itu, kepada uolls yang berstatus mahasiswa/i  tue, kene lah jaga pemakanan ye,kalau takmao jadi cam Nisa ...sakit weiiii.sungguh, sakit sangat...memang lah time makan sedap kemain, & Nisa tahu as a student, memang susah nak melarikan diri dari diselubungi 'misteri tabiat makan maggi ittu'. cannepun, anda mestilah mencegah tabiat itu kerana itulah yang terbaik untuk kesihatan diri anda. cehhh

Bak kata pepatah : 
 "Apa yang diterima di mulut tak semestinya dapat diterima di perut" ye dokk?


Perut ni sebenarnya kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur @ menghadam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak @ menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan @ mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

Pesan doktor:
pengidap gastrik ni kene sentiasa jaga makan. itu yang paling utama ok, lepastu kene selalu baca Al-Quran supaya hati tenang dan mengelakkan kita berfikir bukan2. Buat lah apa aje yang boleh menghilangkan strees kita. Masing2 ada cara masing2.. kepada yang suka baca buku, baca buku, yang suka shopping, pergi bershopping (tapi jangan sampai stress sbb duit habis udah la yep)hehe,tak pun bole pegi jalan2 beriadah or anything else yang dapat membahagiakan dan menghiburkan diri.Ini semua adalah penting untuk mengelakkan kita banyak berfikir seterusnya mengakibatkan terhasilnya lebihan asid di dalam perut.

okey, kat bawah ni ada sedikit info yang di petik dari sumber :






Tanda-tanda penyakit gastrik:

1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
6. Elakkan makan terlalu kenyang
7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

uwaaaaaa .....T_T, semua peberet xley mamam dah..uhukkk...
sesungguhnya, demi kesihatan yang baik...kenelah REDHA....



~Semoga Sihat Selalu-Amin~