nuffnang

Showing posts with label instant shawl murah. Show all posts
Showing posts with label instant shawl murah. Show all posts

Thursday, 2 April 2015

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Disebabkan sambutan hangat Jualan Amal Instant Shawl Magic Murah Nisa baru baru ni, Nisa nak buat segmen "Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah " untuk pembaca yang melawat belog nisa.

Honestly, tahun ni sudah masuk tahun ke-6 nisa  berkecimpung dalam bidang blogging, since 2009 lagi actually, cuma waktu nisa tak banyak untuk nisa selalu hapdate belog nisa... Nisa jugak tak pernah buat segmen segmen sebegini atau exposed nisa punya belog kat facebook atau mana-mana aplikasi, even best fren nisa sendiri pon tak tau nisa ada belog....Nisa ni pemalu sebenarnya! haha Bajet buat belog syok sendirik kan camtulah..hikhik.. (sembunyi muka bawah bantal).
Tapi sekarang nisa asyik duk mengadap komputer je semenjak dua menjak ni , ditambah sibuk melayan customer custemor yang oder  Instant Shawl Magic Murah ni, nisa rasa seronak dan terpanggil untuk mengadakan segmen istimewa 1st Nisa untuk anda semua, iaitu...

"Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah"

"Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah"

Khas untuk pembaca dan blogger sekalian. Ok, syarat-syaratnya :

1. Follow blog Nisa [wanhanisahwanmat.blogspot.com]
2. Like page-page "Berhantu Nisa" :

3. Follow google+ Nisa di [sini] kalau takde takpe.
4. Tulis entri yang bertajuk "Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah"
5. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini.
6. Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen.


OK! Kepada followers yang bertuah, Nisa akan hadiahkan  Instant Shawl Magic  khas untuk 5orang sahaja, istimewa dari nisa !!


"Segmen Blogwalking +Hadiah Bertuah"

akan tamat pada 

15 Mei 2015.

Sekian.


Saturday, 21 February 2015

instant shawl ala nealofar murah !!

Salam sejahtera kawan kawan semua,

Sebelum ni nisa ada post pasal instant shawl magic chiffon murah kan,sape yang terlepas entry tu boleh klik kat sini untuk baca , hari ni nisa nak review semi instant Shawl ala nealofar kain lycra/cotton yang sangat sangat murah, cantik, kain yang perfect 10 gitu! Sejukk je...ceewah!



Nisa servey harga dorang yang jual online, ada yg jual rm60, rm50. Wah! Boleh tahan harga dia. Apataknya, dah memang kain dia cantik kan, pakai pon selesa, mmg harga pun meletopp  macam pengacara meletop tu lah kannn. Okeh, yang paling murah nisa tengok dorang jual rm37 dan rm35. Hmm...memang betol la... sbb harga borong pon tiptop kan..

Jenis Fesyen instant shawl nealofar yang kalian boleh cuba :)


Antara contoh color yang ada :)

Korang yang nak beli shawl semi instant ala nealofar lycra/ cotton murah ni boleh wassap nisa kat no 0149232129 ye (WHATSAPP ONLY!).




Shawl : Semi Instant Shawl ala naelofar
Kain : Cotton
Harga : RM25/pcs
Postage : RM6 sm / RM9 ss (harga postage adalah mengikut qtty)





Ok Asssalamualaikum semua!




Wednesday, 28 January 2015

Instant Shawl Murah

Assalamualaikum sahabat -sahabat sekalian,
wah lamanya tak hapdate belog ni...rindu sangat-sangat nak menulis posting yang selalunya syok-syok sendirik...hakhaks :p

Sedar tak sedar, kita dah masuk tahun 2015 dah kan..adehh ! nak masuk bulan februari 2015 dah pun, tapi nisa ni baru tersedar yang umur ni udahh meningkatt. apalah ! Tapi terasa semalam baru je umur 15kan, gituw lah ! hehee. Apa apa pun semoga kita semua berjaya dalam hidup, di dunia dan juga di akhirat kelak. Insya Allah.. Aminn Ya Rabbal'Alamin !

Ok, stop talking about new years yang tak berapa nak new dah ni!heeee ;)





Kawan-kawan penah dengar instant shawl? (ke haku je yang ketinggalan zaman..haha)

Nisa ni sebenarnya suka sangat tengok orang pakai shawl. Tapi sayangnya nisa jenis yang tak reti nak lilit-lilit, belit sana belit sini. tak tau lah kenapa.. dulu masa ngajar kat perak, selalu tengok kawan pakai shawl, alahai senangnya, dia amik selendang tu, letak atas kepala, pastu pusing-pusing. ok dah. siap ! Semudah A B C ! Cepat dan expert betol dia, xpaham haku ! (@_@) huuuuuu.

Alangkah bestnya kalau time tu dah ada org design kan shawl yang dah siap jahit ni kan.

Hmm...Nisa ni kalau decided nak pakai shawl je mesti nak kena spent time 1 hour kat depan cermin tau. Sebab tu kalau nak keluar dating dengan suami, potpetpotpet dia bebel kita ni lambat siap la, tu la ni la, haha! lastly sarung bawal, pin bawah dagu ni hah, pin kiri, kanan..ok dah ! haha, tak sampai 5 minit pun dh boleh siap, boleh kalahkan abang-abang suami sana bersiap ekau. ( tapi tudung bawal je la yang nisa pro pun, kikikit ).


Chantekk sungguh model ni :)
Minggu lepas nisa ada tengok kawan nisa duk meniaga instant shawl ni. Murah je, dia jual RM18 sehelai.. Nisa cuba la testing2 kan...hihi
YA ALLAH, sungguh tak percaya, nisa dah boleh pakai shawl dah...sebabnya nak pakai shawl tu senang sangat-sangat, just sarung kat kepala je. aduhhh, memang betol-betol nisa ni ketinggalan zaman..haha... seronok sangat dapat pakai shawl yang boleh jimatkan masa nisa untuk bersiap dan mengelakkan diri ini dari dibebellin oleh insan-insan yang tak sabar menunggu..haha! 
terharu sangat ! 
Sape yang keluarkan instant shawl ni ye?? aduhhh, anda memang terbaik ! tak sagka mimpi jadi kenyataan. Huhuhu (seronok tak hingat dunia) heee

Masalah rabun mata, shawl tu asyik melambai-lambai je. haha
Dah la murah. hmm! belek punya belek koleksi- koleksi shawl yang ada depan mata tu, hah ! hambik kau.. sekali beli, borong terus! haha, taknak bagi orang lain beli dah ni. hahaha!
Kaya la tokang jual tu, Alhamdulillah :)

Ni kalau ada kawan-kawan yang senasib ngan nisa yang teringin dan bekenan nak beli instant shawl macam ni bagitau ye, nanti nisa tolong korang belikan. RM18 je (not include postage) Tak tipu ni! nanti kita sama-sama boleh pakai tak gittew kan. hihi, sebab nisa ada jugak ushar ushar kat facebook, ada yg jual RM25, RM24 kan..hmm, mb stok yangg dia dapat dah mahal kan..hmm. Orait, yang serius nak beli boleh wassap nisa di 0149232129. (Ingat Whatsapp Only keh!).. nisa bukan buat iklan meniaga shawl ni ye.. just ingin menolong kalian sahaja. Sekian, harap maklum ^_^ 



Okeh, nisa nak pi testing shawl depan cermin dulu yepp! haha, baru sempat pakai selai hujung minggu lepas.. heee 
tata semua ^_^