nuffnang

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Thursday, 23 April 2015

Somtam!

Best kalau dapat balik kampong selalukan... tiap kali balik kampong, mak mesti buatkan nisa somtam ni.. ikut je nak makan apa, just request kat mak, terus mak buatkan, hohohoiii..indahnye hidup ni. Hiks!
Kalau cakap nak makan somtam, mesti ayah cepat-cepat pegi kat kebun belakang rumah, amik betik kat pokok-pokok yang ditanam... nanti cepat-cepat nisa dan adik kakak pegi tolong mak parut betik kat dapo... tapi selalunya tak sempat nak menolong.. Toing!! dah siap kat depan mata. expert betoi mak buat keje. Respect you mom!^^ Kekeke


somtam betik + somtam pelam^^


Ingat dulu, tak sempat nak shopping pasar pagi.. nisa rasa tak sedap badan, nisa ajak kakak nisa balik, hmm... Apalagi  bebel kemain dia nisa ajak balik, padahal tak sampai 5minit pun turun dari motor, baru selangkah dua jejalan cuci-cuci mata. Tiba-tiba dah nak balik! hangin satu badan la dia kan...haha
 
"Tadi ajak orang shopping, ni tak sampai 5minit ajak orang balik pulak! aihhh mana satu niii!" haha.
Time tu kakak nisa yang bawak, nisa duk kat belakang je.. tau-tau nisa dah ada kat hospital. seminggu nisa kene tahan wad sebab pengsan! darah rendah, tetiba jatuh dari motorsikal! menangis tak sudah kakak nisa, bentikan motor, cepat-cepat pusing balik tengok nisa yang dah longlai macam sotong kat atas jalan raya...Tinggal berapa saat je lagi kete yang follow kat belakang kami nak langgar nisa yang tetiba jatuh macam nangka busuk tu..huuuuuuu takut bila piker balik.
Sedar-sedar je nisa tengok mak kat sebelah..duk lap air mata... Soalan pertama nisa,
 
"Mak, mana gigi oang mak???" tanya nisa yang tak rasa apa2 kat bibir ni
"Ada je tu kat dalam mulut tu" kata mak sambil tenangkan nisa.. kikiki
Ya Allah sakitnye lahaiii muka nisa tuhan je tahu.. hancur habis satu muka..jatuh motor punya pasal. sebabnya..tang muka ni tersembam dulu..habis terseret dek tar. pedih! sakit! lahai...
 
Bibir ni pulak, dah gaya macam Angelina Jolie, tetiba besar, tebal kemain...bengkak sebengkak bengkaknya sampai tak rasa satu batang gigi pun kat dalam mulut.
Lama giler tak dapat makan nasik, duk makan bubur cair je...sebab luka luar dan dalam... dah la lagi dua bulan nak naik pelamin.. hmm, jiwa kacau betoi time tu.. risau tak tahu nak habak hang..
tiap-tiap saat duk pikir, macam mana nak hilangkan parut kat muka ni.. nasib baik lah time tu jumpa ubat mujarab dari Thailand. Alhamdulillah... tak sampai sebulan, kulit muka beransur pulih...
Berbalik citer pasal somtam..bhahaha
Waktu tu, parut kat muka dah ok, walaupun tak totally sembuh. hmmm..
mak tanya nisa,

"nak makan apa-apa lagi tak..nanti mak buatkan."
 
Nisa punya lah eksited nak makan kan, sebab dah boleh makan benda-benda keras dah kan ..
 
"Nakk! Oang nak makan somtam boleh tak mak..terliur sangat-sangat, boleh ke mak buatkan?"
Tanya nisa over da shadow.
 
"Boleh!" balas mak tanpa pikir panjang...

Seronok mak tengok nisa eksited nak makan
Dah siap je somtam tu, terus nisa makan tak hingat dunia.
Esokkanya...
 
"Mak, nape parut kat muka oang jadi makin hitam mak" tanya nisa sambil muka mencebik gaya nak nangis.
 
Mak cakap "sepatutnya dah ok dah sebab pakai ubat tu. ubat tu 2 minggu je dah baik parutnya kan.."

Ye, memang tak dinafikan..sebab dulu nisa penah guna ubat ni..memang dua minggu je parut dah ok.. tapi kali ni buat nisa pelik, hairan, gelisah gundah gulana...
Tetiba,
"Ya Allah nisa, mak lupa sangat-sangat! dalam somtam tu ada kicap sotong! parut yang belum sembuh sepenuhnya tak boleh makan kicap sotong! Ya Allah, mak mintak maaf sangat-sangat! Mak betol-betul lupa"
"Makkkkkkkkk !!!  sebulan lagi oang nak kawin...habis cammana ni makkkk!!"
menjerit jerit la nisa.. haha, yang tokleh blah! kakak-kakak nisa dok gelak guling-guling tengok ragam nisa..haha... kuram asam jawa betoi dorang! Waachaaaaa
"Takpe-takpe! nanti kan mak andam make up tebal-tebal, hilang la parut tu" kata kakak nisa..haha
Saborrrr je lah...
Tapi sebenarnya nisa tak salahkan mak sikit pon, sebab mak memang tak penah tolak apa je yang nisa nak..haha. Lagipun time tu memang mak over eksited nak masak dan ikut apa je kemahuan nisa sebab nisa dah boleh makan benda-benda keras kan.haha! sayang mak! 
Pesanan Ikhlas :
Ingat! jangan makan kicap sotong ye kalau anda dalam proses menghilangkan parut luka di tubuh badan anda.huhu



***Terima Kasih sudi baca***

Monday, 8 December 2014

Tosai

Lepas balik shopping kat OTK semalam, aku terima wasap dari kawanku, si man. Katanya nanti tolong ambil dia kat airport subang kul 8.20 malam ni.
Lepas solat maghrib semalam, aku ngn suami gerak kesana. 5minit dalam kereta, man wassap lagi..katanya flight delay...kul 8.30mlm baru gerak. Ok maknanya 9.45mlm baru dia sampai airport.

Orait, memandangkan kami dah on da way, suami pun ambil keputusan untuk lepak2 kat kedai makan sambil memenuhi keinginannya menonton perlawanan bola suzuki cup antara malaysia vs vietnam.

Hmm.., aku bukanlah peminat bola sepak. Tapi nasib baik aku bawa buku, boleh lah belek2 kan. takde lah boring sangat kat restoren tu nanti.

Sampai je kat kedai mamak terus kami order makanan, tosai cheese!

Tosai Cheese
Memang marbeles! Sesapa yang gemar makan tosai cheese, saya rekemenkan anda untuk cuba makanan ni di restoren Maju Maju Subang..
Banyak2 kedai yang pernah saya cuba makanan ni, kat sini memang paling best, tip top lah! dengan pencicah-pencicah nye yang sangat memikat hati, wah kompem sedap lah! haha, macam gaya pengacara jalan-jalan cari makan pulak.hihi
Tapi kan, betol tau! Tu baru single cheese, cuba kalau double, triple cheese...aduh mau nye tak balik, duk makan tosai tu je ler sampai kembung perut.huhu..hmmm sedap! Apa yg penting memang berbaloi, so kpd sesapa yg duk area sini, boleh try test kat restoren ni tau, gerenti terangkat!hehe
Ok, kepada sesiapa yg tak suka makan kt kedai, anda boleh bikin sendiri itu tosai..try resepinya kat sini ye.



Selamat mencuba!

Tuesday, 2 December 2014

Kedai Makan Mee Cambol Thai

Bismillahhitawakkaltu'alallah walahaulawalaquwwataillah billahhil'azimzil'alim..
Syukur kepada Allah S.W.T kerana permudahkan urusan hamba..

Alhamdulillah,
Tanggal 20 Oktober 2014 'Kedai Mee Cambol Thai' dimiliki oleh Nisa Biz Solutions dibuka.

Kedai Mee Cambol Thai

Kedai Mee Cambol Thai

Kedai Mee Cambol Thai

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan kad kahwin custemor,
Dalam kekalutan yang tak diundang,
Jua dalam kesempitan waktu yang amat terbatas,
akhirnya impian memiliki empayar perniagaan sendiri dimakbulkan.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Kepada mereka yang ingin mencuba mee cambol thai NBS, boleh lah ke klate ye..hehe
Kedai dibuka hari Ahad-Jumaat. Jam 12tgh-9mlm.
Menu :
~Mee Cambol Thai (Mee, Bihun, Patthai, Maggie) Biasa/Special
~Mee Sup Celup (Mee, Bihun, Patthai, Maggie) Biasa/Special
~Nasi Air Sup Biasa/Special
~ABC Biasa/Special

Kepada mereka yang xtau apa itu mee cambol, ok, kat bawah ni saya kepilkan gambarnya ye..


Mee Cambol

Mee Sup Celup

ABC Special

Sesape nak cuba boleh singgah ye! Selamat menjamu mata..hehe :p



Sunday, 8 December 2013

Bahaya Makan Keju

Menurut kajian saintis, makan banyak keju dan daging dalam usia sekitar 50 ke atas adalah sangat merbahaya seperti bahayanya merokok.

Keju
Satu kajian mendapati lelaki dan wanita berusia 50 ke atas yang makan protein haiwan dua kali berkemungkinan untuk mati awal berbanding dengan sejumlah orang yang makan dalam jumlah yang rendah.

Para penyelidik menyalahkan protein yang terdapat dalam daging, keju, telur dan produk haiwan yang merisikokan dalam sel-sel badan. Mereka menyarankan bahawa golongan 50-an dan 60-an mengurangkan pengambilan makanan sebegini dan lebihkan kepada ikan, kacang dan juga lentil.

Yang paling teruk apabila ramai mengamalkan dan mengikuti diet popular yang tinggi protein seperti diet Atkins dan Dukan. Walaubagaimanapun, sekatan tidak kekal selama-lamanya kerana kajian juga menunjukkan makan protein juga memberikan manfaat asalkan anda tidak mengambilnya secara berlebihan.

Pakar-pakar British, menyatakan cara terbaik untuk menjauhkan kanser ialah dengan tidak merokok, minum air masak, sentiasa aktif dan juga pemakanan yang sihat.


Data daripada kajian kesihatan kerajaan AS menunjukkan hubungan yang jelas antara diet protein yang tinggi (diet atkins dan dukan), ditakrifkan sebagai salah satu di mana sekurang-kurangnya satu perlima daripada kalori datang dari protein. Walaupun jumlah sederhana protein, membentuk 10 hingga 19 peratus daripada kalori namun ia juga berbahaya.

Daging

Mereka yang mempunyai jenis ini diet tiga kali lebih berkemungkinan untuk mati kerana kanser berbanding yang tidak mengamalnya. Protein juga dikaitkan dengan kematian akibat diabetes.

Para penyelidik berkata protein berasaskan tumbuhan, seperti yang dari kacang, muncul untuk memberi manfaat dan hasil tidak ada kaitan dengan jumlah lemak atau karbohidrat dalam diet.

Hampir semua orang akan mempunyai sel kanser atau sel pra -kanser dalam mereka pada satu ketika. Persoalannya ialah : “Adakah ianya meberi risiko”. Rupa-rupanya, salah satu faktor utama dalam menentukan ia adalah pengambilan protein.

Penyelidik mengesyorkan bahawa semua peringkat umur mendapatkan sebahagian besar daripada protein mereka daripada ikan, kacang dan lentil. Mencadangkan bahawa mereka yang berusia 50 hingga 65 hanya makan 0.36g protein bagi setiap paun berat badan setiap hari.