nuffnang

Showing posts with label tips temuduga. Show all posts
Showing posts with label tips temuduga. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 3)


Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 1)
Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 2)


Alhamdulillah,
Kali ke-3 Nisa menjejakkan kaki di UiTM Seri Iskandar.
Sungguh sangat tidak percaya, Nisa dapat menghadirkan diri dalam sesi temuduga yang terakhir, yakni Temuduga sama ada Nisa layak atau tidak bergelar seorang Pensyarah Muda di UiTM Seri Iskandar.

Degupan jantung bergerak pantas, Nisa berpagian disini... dan seperti biasa Suami lah peneman setia Nisa dan juga "Driver" peribadi Nisa. ^_^

Hayunan langkah yang agak gemuruh menemani perjalanan Nisa menuju ke tempat temuduga.

"Alhamdulillah Ya Allah, di atas segala anugerah dan nikmat yang telah kau berikan, Permudahkanlah segala urusan hamba hari ini, lancar kanlah pertuturan hamba, sembunyikan lah segala kekhilafan dan kelemahan hamba dan betulkanlah ia. Segala apa yang hamba lakukan adalah dengan kehendak dan izinMu yang tidak lain hanyalah semata-mata untuk beribadat kepadaMu, Bismillahhitawakkaltu'alalah walahaulawala quwwataillah billah hil'azimzil'alim".


Kelihatan ramai calon-calon pensyarah untuk sesi temuduga kali ini, kalau dulu nisa terus pergi ke Fakulti yang ditawarkan je,  dan calon-calon disana hanyalah untuk tawaran temuduga bahagian 'Faculty of Art and Design' sahaja....

Namun kali ini, di sini lebih ramai calon yang hadir untuk temuduga semua Faculty yang ada di UiTM Seri Iskandar. Tapi tak apalah, semuanya adalah cabaran dan pengalaman yang tak dapat Nisa lupakan. Nisa dapat jumpa kawan-kawan baru yang Masing-masing sungguh sangat bijak dan hebat, terdetik pula dihati, sungguh terasa kerdil diri ini... -__-!

Nisa ke ruang menunggu dan melihat 2 orang kawan Nisa di situ. Wah!! semua bakal-bakal pensyarah untuk Faculty Art and Design sedang sibuk dok menghafal, duk berdiskusi tentang soalan-soalan yang bakal di ajukan nanti. Nisa pun tanpa berlengah lagi terus join sekaki! Seronok, semua sporting! tak loket ilmu :) padahal kat situ dua orang je Nisa kenal. hihi.

Nisa dapat tahu, ada 5 orang Panel temuduga dalam bilik temuduga tersebut. Risaunyeee, tak tahu lah apa yang berlaku dalam bilik tu. Hati bertambah gundah gulana bila ada calon yang keluar sambil menangis nangis.. Ya Allah, takut sangat.  Ada calon yang masuk sorang demi sorang, ada jugak yang masuk secara berkumpulan, so Nisa tak boleh nak agak time tu nisa kene interview sorang-sorang or grouping, lagi tak dapat nak agak apa soalan-soalan panel tersebut memandangkan calon-calon yang keluar dari bilik itu berdiam diri dan terus balik. Apakah, memang syaratnya begitukah?? berdiam?? atau memang orang kat dalam tu tak nak dorang bukak mulut? adoiii, ghisau dah kiteee!


Jam dah menunjukkan pukul 5 Petang. Akhirnya Nisa bersama 5 orang calon-calon dipanggil masuk ke bilik temuduga tersebut. Puas hati menunggu! lama tu tak kisah sangat, tapi makin lama menunggu, makin nak tercabut jantung ni, huuuuuuu

Bismillahhirrahmanirrahim,
Langkah pertama Nisa masuk ke dalam ruangan tu, Nisa terpandang, panel-panel yang sedang duduk dengan wajah yang agak tegang. Ergegegege!

Kami berlima berbaris di hadapan kerusi yang disusun rapi untuk setiap sorang. Setelah mendapat kebenaran untuk duduk, Kami mula memperkenalkan diri masing-masing mengikut urutan.
Semuanya in English! di larang sama sekali menggunakan bahasa Melayu untuk sesi temuduga kali ini. OK, fine!

Risau betol Nisa, sebab ada calon di sebelah Nisa tak dapat jawab soalan yang ditanya, dan dia lebih banyak diam dari bersuara.. errrrrrr, nak pengsan! nak pengsan! boleh takk??

Antara soalan-soalan yang ditanya :
~ Apakah nama-nama Menteri-Menteri di Malaysia
~Apakah Visi dan Misi UiTM
~Apakah nama-nama orang penting di UiTM beserta jawatannya
~Apa yang anda tahu tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini?
~Kenapa Anda ingin menjadi Pensyarah?
~Apakah kredibiliti-kredibiliti yang perlu ada dalam diri seorang pensyarah?
~Apakah yang anda akan lakukan jika anda bergelar seorang pensyarah?
~ Apakah langkah-langkah yang anda lakukan jika anda mempunyai 'Student' yang bermasalah?

Apa yang Nisa dapat simpulkan kat sini, bila temuduga ini berlaku secara berkumpulan, banyak kelebihan dan kekurangan yang Panel-panel dapat bandingkan dalam diri setiap calon.
Kelebihannya pada diri kita , bila ia berlaku secara berkumpulan, ia akan lebih mencabar diri kita untuk lebih bersungguh-sunguh memberikan hujah yang lebih bernas dalam memberikan jawapan kepada soalan yang di ajukan.
Apa apapun, penting untuk kita berfikiran positif dan tenang.

Alhamdulillah, 2 minggu selepas Temuduga terakhir itu, Nisa berjaya mendapat surat Panggilan sebagai Pensyarah Muda di UiTM Seri Iskandar Perak, Faculty of Art and Design, Deparment Fine Art. Alhamdulillah, akhirnya dengan segala usaha, berkat, dan doa yang berterusan Nisa bergelar seorang Pensyarah. Apa yang lebih membahagiakan Nisa, 2 oarang kawan Nisa tu jugak berjaya menyandang jawatan yang sama. Syukur! Syukur Alhamdulillah. Seronok takleh nak citer dah!


Akhirnya, Nisa bergelar Pensyarah, muka bolokkk bok tika ni ! ;p

Time Baru dapat Ofis, muka sipu-sipu lihat opis padahal Sepahhhh! haha

Ok, sekian sahaja, laporan Nisa untuk posting kali ini...hehehe
Akhir sekali,


"Selamat Maju Jaya Semua"
Nisa doakan semoga para pembaca Berjaya di dunia dan Akhirat kelak, Insha Allah ^_^
Assalamualaikum.


Monday, 16 June 2014

Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 1)

Sunyi pulak terasa bila duk rumah sorang2 macamni...
Teringat dulu, masa tu baru je habis degree kat UiTM Shah Alam.. semua keje nisa buat. Pantang ada masa, mesti nak buat keje..mmg tak boleh duk diam..tak kesah la keje angkut batu bata, gaul simen sekalipun..mesti kalut nak buat..sampai penah nisa dapat keje seminggu dapat RM1000 sbb duk menconteng kat dinding sekolah. Haha..Masa tu bulan 6 2011, pagi nisa buat mural, petang nisa jadi fessi kat sekolah, hujung minggu nisa mengajar kelas tuisyen dak2 spm ngn stpm...tiba2 bulan 7 nisa dirisik oleh Mr. M, terus kami bertunang...bulan 8 excident smp sminggu admit wad..tut..tut..tutt bulan 9 dah diijabkabulkan.. Alhamdulillah umur ni masih panjang dan masih diberikan peluang untuk terus berada dibumiMu Ya Allah.

Terasa sangat cepat masa berlalu..sangat tak percaya bila nisa dah sah jadi isteri orang...Alhamdulillah, sesungguhnya separuh daripada tuntutan agama telah nisa tunaikan..selebihnya sujud kepada Allah dan taat pada suami.. Insha Allah..semua wanita ingin menjadi isteri dan anak yang solehah kan, begitu jua diriku.

Lepas kahwin nisa dapat tawaran dari UiTM sebagai Pensyarah Muda PTFT di UiTM Sri Iskandar Perak. Masa tu sangat gelabah..banyak benda nak kene sediakan..resume, study, micro-teaching, artwork dan lain2. Waktu tu kami baru je nak belajar hidup berdua. Memang kalut lah..dengan rumah kat shah alam pun still kosong lagi, dengan kereta pun tak ada lagi..wahh...memang banyak lah dugaan kalau nak pikir kan time tu..Tapi Alhamdulillah, apa orang kata rezeki selepas kahwin kan semuanya berjalan lancar tanpa diduga dan tak terjangkau dek pikiran kami.



Masa dapat surat interview tu memang agak tekejut..sebab masa terlalu singkat..tak sampai seminggu. Start dari hari dapat surat tu, hari2 nisa duk depan cermin dok sepiking mat saleh pongpangpungpang..haha! suami yang baru berapa hari kawin ngn nisa ni hah, nisa paksa jadi student, dengar dan pokus apa yang nisa nak terangkan...hahaha.. kesian dia kene paksa..sungguh sangat kelakar time tu tgk keletah dia..hOk dah..,!

Ditakdirkan nisa dapat interview kat perak..nisa dah mula pusing mikirin cam mana nak pegi sana. Dengan artworknya yang gedabak. Kenderaan yang ada masa tu motorsikal je. Helmet pun ada 1 pulak...encik suami duk rilex nonton telebisyen, last2 dia tanya kenapa nampak risau je..nisa cuba citerkan macam mana nak bawa benda alah ni semua naik moto ye.hmmm...

lahhh..kenapa nak gi ngn motonya, tak apa lah kita pinjam keta akak je lah besok ek.katanya. Nisa mulai resah..bertambah pusing dari tadi.. nisa bukan apa..nisa tak kisah kalau pegi naik moto sekalipun, janji bukan menyusahkan orang lain..guna barang orang lain..risau kot2 nanti jadi pape..mmmm, sungguh! nisa tak suka dan sangat2 tak suka menyusahkan org lain..tak tahu lah kenapa...apa pun, biarlah dengan usaha nisa sendiri.

Pukul 8pagi esok waktu temuduga akan bermula.
Jam 3pagi nisa kejutkan encik suami..sediakan apa yang patut..sebab jap lagi nak bertolak ke UiTM Seri Iskandar Perak.
Ok, disebabkan naik moto so nisa terpaksa limitkan apa yang perlu nisa bawa...nisa kene bertahan selama 4jam atas moto..itu pun jika tak sesat. Sebab kami berdua tak pernah pegi malah jejak pon tak penah ke peghak..hehe..

Bismillahhirrahmanirrahim..kami melangkah kaki keluar dari rumah..helmet yg ntah dari mana encik suami dapat, terus disarungkan ke kepala nisa ... moto dihidupkan, kami menadah tangan berdoa, semoga perjalanan kami dipermudahkan dengan niat beribadah kepada Yang Maha Esa. BismillahhitawakkaltuaLallah...maka bermulalah perjalanan kami menuju ke destinasi yang dituju....



Bersambung....



Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 2)