nuffnang

Thursday, 19 March 2015

Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 2)

Sambungan dari episod lepas,



sape2 yang terlepas baca posting Temuduga Pensyarah UiTM (Pengalaman- Part 1) boleh klik disini untuk baca.


Perjalanan berlalu hampir 3jam sudah,
Angin malam makin menggigit tubuh, sejuk menggigil tiada tertahan dan akhirnya rintik-rintik hujan mulai mencium membasahi pipi. Suami didepan... nisa peluk erat, tak tahan kesejukan. sangat-sangat sejuk!

"Bersabar ye, depan tu ada rnr, kita berteduh sana nanti ye" Kata suami, memecah kedinginan subuh.
" Ok." Jawab Nisa ringkas.

"Ok, dah sampai. Eh! muka dah pucat sangat dah ni, Nisa ok tak??
Nisa mengangguk dan hadiahkan senyuman, tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

"Ok2 Nisa rehat dulu, lepastu kita pegi solat ye" katanya sambil membuka helmet dikepala nisa.

"Ok bang, terima kasih" senyum :) !

Alhamdulillah, hujan sekejap je turun membasahi bumi, seolah olah mengerti keadaan kami.
Tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan..Akhirnya, Jam 7.30 pagi kami tiba di UiTM Seri Iskandar.


"Abang tunggu Nisa kat surau ni ye. Ingat pesan Abang, Tenangkan hati dan buat yang terbaik, Abang akan sentiasa doakan sa ye. Ok, Good Luck!" Katanya penuh semangat juang! haha

"InsyaAllah bang, Terima Kasih sangat-sangat!" Kesat air mata, salam tangan, senyum dan terus pergi..heeee

Sebenarnya memang agak gementar, tapi cuba tarik nafas dalam-dalam, rileks...dan Alhamdulillah legaaaa.

Setibanya Nisa di Faculty Of Art & Design, alangkah terkejutnya, Nisa dipertemukan oleh 2 orang kawan sekelas nisa di UiTM Shah Alam dulu.  Sungguh sangat teruja!

"Nisa! aishh, kenapa muka pucat je ni?sihat tak ni?"
"Alhamdulillah, sihat, sihat"
(Padahal kepala ni pusinggg pusingg dah, 4 jam bonceng motor meredah kesejukan pagi) huuuuu
Tapi seronok sangat dapat jumpa kawan kawan kat sini, sekurang-kurangnya adalah teman hilangkan tekanan kan.

Lebih kurang 20 orang candidate waktu tu, semua nampaknya sedang bertungkus lumus, menghafal.

Ok, First Session yang Nisa kene buat adalah, sesi "Introduce yourself", lepastu sesi Jawab soalan yang berkaitan UiTM dan Principle of design lah.

OK, Tips nisa nak bagi kat sini,
~ Masa bercakap tu mesti ada Confident yang tinggi
~ Suara Mesti Jelas
~ Jawapan mesti releven, bernas dan padat.

Semua in English tau! Jangan sesekali mix bahasa melayu dan BI, kecuali panel yang bertanya tu bercakap menggunakan bahasa melayu.

Walaupun tak teror sangat BI, tak apa, yang penting apa yang kita terangkan tu dorang faham dan ingat mesti Jelas, jangan lembik lemau je tau. Sebab kalau kita perasan, bila kita berbicara menggunakan nada yang kuat yakni lantang, ia akan membantu menghilangkan rasa gugup dalam diri kita sebenarnya.

Lagi satu, anggap je panel-panel didepan tu, kawan-kawan kita yang dah lama kita kenal, walaupun sebenarnya macam-macam rupa dah kita nampak kat depan tu, kadang-kadang ada yang macam singa, bengis je, ada yang panel fokus gilerrr kat kita, tengok kita macam harimau.haha, ada yang buat 'dekkk' pon ada. so, kita just go on je, bercakap jangan gagap. sebab time ni dia nak tengok tahap keyakinan diri kita banyak mana. Kalau tak dengar apa yang panel tanya, just minta dia ulangi balik dengan nada yang lembut, muka yang kesian tetapi bersunguh-sungguh. hehe

Lepastu, Sesi Mock-teahing!
Ok, time ni, Subhanallah, memang sangat-sangat takut. sebab dalam 15 orang panel ada dalam kelas tu. Panel tu semua juga merupakan pensyarah faculty of art and design yang berlakon jadi student gittew. Awas! pen dan kertas ada di tangan mereka, untuk membuat penilaian! 

Masa kita dapat surat tawaran temuduga tu, sebenarnya dia ada bagitahu, kita boleh ambil apa-apa je tajuk berkaitan Art and design yakni department yang kita belajar sebagai tajuk utk session mock-teaching nanti. So, korang jangan salah pilih tajuk. pilih tajuk atau bab2 yang korang memang pro dalam bidang tu, sediakan slide yang berkualiti sbb nanti ada dalam 7orang dari 15 org panel tu akan tanya apa yang kita ajar dorang tu. walaupun sebenarnya dia tahu, dorang buat-buat tak tahu sebab dia nak tahu tahap mana knowledge kita dalam sesi pengajaran tu....errr, banyak pulak perkataan 'tahu' disituh!hihi

Tips kat sini,
~ sama jugak, suara lantang, confident dengan ulasan yang kita berikan, bahasa English biar jelas.
~ Baca dan ingat betul-betul basic and principle of art and design.
~ Fokus, dan bersungguh-sungguh memberi penerangan
~ Eye contact jaga
~Berikan ruang untuk doarang bertanya (walaupun serammm dengan soalan2 mereka)
~ Ingat! kaji selidik betul2 bab tu, biar sampai ke akar umbi, sebab soalan-soalan dorang nanti memang tak terjangkau dek pikiran.
~ Untuk yang Interview same department macam nisa,korang mesti prepared siap2 artwork2 yang berkaitan dengan tajuk micro teaching tu.
~ pastikan ada mock-up atau apa2 bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan serta menambahkan markah kita nanti.


Alhamdulillah,
Nisa berjaya lulus 2 bahagian. Ada yang dah balik sebab tak lulus First Session tadi.... :(
Tapi Alhamdulillah sangat-sangat sebab nisa lulus kedua duanya. dalam 20 orang tadi 10 oarang sahaja yang terpilih untuk Temuduga kali ke-2 termasuk kawan nisa yang dua orang tu. Alhamdulillah. Sungguh tak percaya. 2 Minggu kemudian, nisa kena datang lagi kat sini untuk temuduga kali kedua dan terakhir itu bersama Timbalan Pengarah Uitm, dan seangkatan dengannya. Errrr! sangat-sangat takut,
banyak perkara kene buat dan study. Nisa kene perkemaskan bahasa English, kene study backgroud, Misi, Visi Uitm, Ingat nama menteri-menteri, isu semasa, dan banyak lagi. Aduh, takutnya....
Ok, kita tunggu next episod pula ye, bila free nisa hapdate tau... ok daaaaaa!




Bersambung lagi..

Tuesday, 10 March 2015

Apa itu CMD (Concentrate Mineral Drops)?


Apa itu CMD (Concentrate Mineral Drops) ?
Apa kelebihan dan khasiat CMD (Concentrate Mineral Drops) ?
Macam mana cara gunakan Apa itu CMD (Concentrate Mineral Drops) ?




Wahhh !! Banyaknyeee soalan.. hehe
Ok maih sini nisa nak share sikit... sape-sape yang nak tahu details boleh baca posting ni sampai habis ye ! ^_^




Concentrate Mineral Drops (CMD) merupakan pemakanan mineral lengkap untuk memelihara kesihatan badan yang menyeluruh. Ia mengandungi Magnesium yang berkualiti tinggi bersama 72 jenis trace mineral. Ia bertindak aktif membantu proses pembersihan dalam hati, penyingkiran toksin dan kolesterol serta lemak daripada hati. Ia membantu menurunkan kolesterol dalam darah, menyingkirkan lemak dari badan dan sekaligus melangsingkan badan. Yang paling penting, magnesium memelihara kesihatan jantung anda.

“Concentrate Mineral Drops (CMD) mengandungi 38% magnesium dalam bentuk ionik. Manfaat magnesium dalam bentuk ionik ini dalam pengurangan dan pemulihan pesakit strok atau mereka berisiko penyakit jantung, tidak boleh diperkecilkan.”
– Dr. Alex Shauss

10 Sebab Pentingnya CMD Kepada Anda

1. LENGKAP
Terdiri dari makro-mineral (magnesium,kalsium,potassium,klorida,sulfur) dan mikro mineralnya adalah (kromium, iodin, mangan, selenium dan zink). Ini menjadikan CMD supplemen mineral yang lengkap.

2. IONIK
Ionik bererti bercas positif dan negatif. CMD dititis dalam air akan memecah menjadi bentuk terkecil iaitu ionik memudahkan ia diserap oleh tubuh.

3. BERSIH/SUCI
CMD diekstrak dari Tasik Great Salt Lake, Utah, USA. Kadar garam tasik itu begitu tinggi sehingga tiada kehidupan bakteria. Berbataskan gurun sehingga tidak berpenduduk (bebas pencemaran).

4. ALAMI (NATURAL)
CMD bukan hasil buatan makmal. Ia semata-mata air tasik yang telah dibuang 99.5% garamnya. (Tiada tambahan pewarna,pengawet,perasa tiruan). 100% alami.

5. SEIMBANG
Lengkap dan seimbang. Ini penting kerana mineral dengan lainnya dapat menarik atau menolak dan menciptakan suatu keseimbangan dinamik, membantu pengankutan makanan dan arahan pusat saraf badan.

6. PEKAT
55 kali lebih pekat kandungannya daripada kandungan mineral air laut. Kepekatannya begitu tinggi, dibandingkan dengan produk supplemen mineral lain.

7. MEMUDAHKAN
Mudah digunakan – hanya dititiskan dalam makanan/minuman/masakan anda (Dewasa 30-40 titis sehari, kanak-kanak 1 titis setiap 2kg berat badan).

8. MULTI FUNGSI

CMD bermulti fungsi dalam meningkatkan kesihatan badan :
Meningkatkan daya tahan daripada infeksi kuman/virus
Meningkatkan transmisi impuls saraf yang lancar
Memangkinkan pembentukan sel baru
Meningkatkan metabolisme badan
Meningkatkan tenaga dan kevitalan
Memelihara kulit dan rambut
Menguatkan gigi dan rangka badan
9. HARGA WAJAR
Anda boleh perolehi dengan harganya yang wajar yang memungkinkan segala lapisan masyarakat mengamalkannya.

10. TERBUKTI
Beribu testimoni dari benua Amerika hingga Asia membuktikan CMD membantu kesihatan kita.

Yang Penting !
 CMD (Concentrate Mineral Drops) ini Murah, Jimat Dan Berkesan. Satu Botol untuk Satu Keluarga!



Testimoni  CMD (Concentrate Mineral Drops)
















Ini pula feedback yang nisa jumpa dari forum, boleh godek godek untuk menambah keyakinan dalam dalam diri ye :)










Untuk Tempahan Boleh SMS / Whasapps / Telegram Nisa di

No : 0149232129
Email : mdmnissa@gmail.com
Harga : RM168 Sebotol Percuma Keahlian (untuk penggunaan dua bulan) Free Sebotol 30ml
Postage : RM6


“Sesungguhnyn Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga meletakkan ubatnya kecuali satu penyakit.” Para sahabat bertanya ” Penyakit apakah itu wahai rasulullah ?” Nabi menjawab ” Ketuaan “‘


"Mencegah Lebih Baik dari Mengubati "






Tutorial / Cara- cara Menggunakan Aplikasi Whatsapp di Komputer @ Laptop

Salam sejahtera,
Selamat petang sahabat sekalian..Semoga sentiasa di bawah rahmat dan perlindunganNya selalu . ^_^

Kali ni nisa nak hapdate tutorial mudah bagaimana menggunakan aplikasi whatsapp di komputer @ laptop.
Kepada mereka yang masih belum mengetahui macam mana cara-cara menggunakan whatsaap di komputer boleh follow step step di bawah ye.


Pertama sekali pergi ke laman web https://web.whatsapp.com/ ,

Ok, nampak tak barcode kat atas tu??
Seterusnya open whatsapp di telefon pintar anda, cari 'WhatsApp Web' dan klik kat situ,


Ok, bila dah klik, scan code di telefon pintar anda akan keluar macam ni, 


Bawakan telefon pintar anda di depan komputer, ( gaya macam nak amik gambar komputer gittew)
hehee, lepastu scan bar code tersebut, macam gambar di bawah untuk proses log in.



tadaaaa!! dah boleh guna.. huhu

  Untuk 'Log Out' klik seperti gambar di atas  ye ^_^ Semoga Membantu ;)



Selamat Mencuba, Have a nice day :)




Friday, 6 March 2015

Wedding Picture


Alhamdulillah, baru boleh upload wedding picture adik nisa,
the only one ~ Puteri Bongsu yang teramat manje dan bokbok !!! huuuu

Koleksi gambar perkahwinan


 :: Outdoor ::
Nama Pengantin : Yatie + Azzim
Tarikh Majlis : 20 & 22 Februari 2015 | 1 Jamadil Awwal 1436 H
Lokasi : Pantai Geting + Tengku Anis, Tumpat Kelantan
Jurugambar : opkos la nisa ! save badgett shikitt, haha !!


































Ok, daaa ^_^