nuffnang

Friday, 23 November 2012

Mee Hailam

Di Petang yang mendung ni, tetiba terasa nak mamam menda2 yang panas gittew.
Ketukan pada daun pintu kedengaran, eh...inchik somi dah balik rupenya.

"Assalamualaikum" Kedengaran suara insan yang cukup kukenali

" Wa'alaikummussalam bang", sambil menyambut tangan suamiku untuk bersalaman. 

Ku atur langkah ke dapur sambil mengeluarkan segelas nescafe yang baru ku bancuh dari peti ais.
terus ku hulurkan minuman itu kepada si dia yang sedang longlai kepenatan.

"Abang ok tak? Banyak kerje ek hari ni?

"Hmm, boleh tahan la banyak nye tu." Jawapnya ringkas.

"Abang lapar ye, nak makan nasi..sah hidangkan?" tanyaku mohon kepastian.

"Abang rasa nak makan Mee Hailam la.Boleh tak sayang?"

"Boleh jer, jap ek sah buatkan..abang pegi lah rehat dulu.japgi sah panggil ok?"

"Okey.Terima Kasih isteriku" tersenyum sambil mencuit lembut daguku.


Orait...setelah degumm degamm dengumm degamm kat dapor,hikhik...
akhirnya tersedia lah Mee Hailam Special untuk Inchik Somi. Haa, ni sengaja aku buat banyak, kalau dia tak habis, it's ok Cik Isteri ada untuk habiskan..bhaaaha...(xsenonoh gittew)ish! apa lak kan, bagus lerr tak membazir..Bukankah membazir itu amalan Syaitan!...u_u

Mee Hailam

Sesiapa nak cuba resepi ni boleh lah ye...senang and simple mimple je tau. *_*

Resepi Mee Hailam

Bahan-Bahan :
  1. 3 Ulas Bawang Putih
  2. 4 Sudu Sos Tiram
  3. 2 Sudu Kicap Pekat
  4. 2 Sudu Tepung Jagung1
  5. 1.5 Lada Hitam
  6. 2.5 Cawan air
  7. 3 Sudu Minyak
  8. Sedikit ayam dihiris kecil
  9. Sayur (terpulang selera masing2)
  10. mee/kuew tiew/bihun (terpulang selera masing2)
  11.  ++++ bawang merah goreng, daun sup, cili , asam limau, telur
Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan 3 sudu minyak. Tumiskan bawang putih 
  2. Masukkan air, ayam, sos tiram, kicap pekat dan lada hitam.
  3. Bancuhkan tepung jagung dalam bekas berlainan dengan air masak,serta tuang ke dalam kuali
  4. Lastly Masukkan sayur. padamkan api
  5. Sediakan mee ke dalam mangkuk untuk dihidangkan. tuang kuah yang telah siap dimasak serta tabur sedikit bawang goreng, daun sup, cili.


~ok, siap untuk di mamam :)~

Tuesday, 13 November 2012

Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Hijrah

~Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. 
 Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”


Doa Akhir Tahun Hijrah

doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.



Doa Awal Tahun Hijrah

~Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

 “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Doa Awal Tahun Hijrah


doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

~kalau kita tak ke masjid atau surau, kita kumpulkan keluarga kita doa bersama-sama… InsyaAllah kita akan diberkati Allah dan RasulNya.

Salam Maal Hijrah 1434





Monday, 12 November 2012

Pemakanan seimbang

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Nutrien


Karbohidrat


Karbohidrat  menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia .


Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. 


Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sebagainya.
  

Protein



Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.


Lemak


Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

 Galian


Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia.
buah-buahan
sayur-sayuran

Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.


Vitamin


Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.
Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Untuk mengetahui info lebih lanjut berkaitan jenis-jenis vitamin, boleh klik di sini


Serat

 
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting.
 


Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Piramid Makanan


piramid makanan


Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.


Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.

Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.

Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan. 
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG
~Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
~Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.


LANGKAH PENJAGAAN DIET
1.  Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2.  Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3.  Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4.  Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5.  Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg sehari.
~Pemakanan Seimbang : Sihat Sepanjang Hayat~
 
 
 
 
 
 
 
 
Rujukan :

Saturday, 3 November 2012

Punca Angin Dalam Badan

Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.


Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?


 Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.


Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

~Kacang
~Sayuran seperti brokoli
~Kobis
~Taugeh
~Bawang
~Asparagus
~Buah-buahan seperti pear, apel dan peach
~Bijirin seperti roti gandum
~Minuman ringan dan jus buah
~Susu dan produk daripada susu dan keju
~Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

P/s :
~Banyakkan minum air kosong.
~Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
~Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.



Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.









sumber