nuffnang

Friday, 2 November 2012

Asid Folik

Mengapa asid folik diperlukan

Asid Folik

 

Apakah asid folik?


Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.


Fungsi?


Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. 

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

 

Kenapakah saya perlukan asid folik?


Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

 

Asid Folik dan Kesuburan 

Asid folik berguna untuk kaum Adam. Jadi bakal bapa juga patut mengamalkannya. Bagaimana asid folik boleh membantu? Folik asid dipercayai dapat membantu merawat kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Jika tidak, kesuburan mungkin terjejas. Sperma yang mengalami kecacatan kromoson apabila disenyawakan dengan ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. 

Masalah ini sering kali mengakibatkan wanita mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Jadi, untuk mengurangkan risiko ini, suami bolehlah mengambil folik asid 700-1000 mcg sehari sebagai usaha meningkatkan taraf kesuburan.

Untuk wanita pula, kebaikkan asid folik dalam kesuburan adalah kerana ia membantu proses spermatogenesis. Asid folik berupaya membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin melekat ke dalam rahim. Kerana fungsi dan kebaikkan inilah, asid folik harus diambil sebagai usaha untuk merawat kesuburan


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?


Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Apakah sumber makanan yang terbaik?


Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

    ~bayam, 1 cawan;
    ~kacang bendi, setengah cawan;
    ~asparagus, setengah cawan;
    ~lentil, setengah cawan;
    ~hati, 1 keping;
    ~11 kubis brussels;
    ~kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
    ~emping bran, 7 sudu makan;
    ~germa gandum, 25g / 1 aun;
    ~betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

    ~brokoli kukus, 2 pucuk;
    ~buah oren saiz besar;
    ~nasi putih, setengah cawan;
    ~oat, setengah cawan;
    ~kacang merah, setengah cawan;
    ~jagung saiz besar, 1;
    ~biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
 
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^