nuffnang

Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

IOI Mall

Dimulakan dengan Bismillah...

IOI Mall Puchong yang bertempat di Lebuhraya Damansara ~ Puchong, Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor, Malaysia merupakan tempat dating nisa ngan suami tiap kali hujung minggu.. Tiap kali? takdelah tiap kali jugak...tapi nisa memang selalu ke sini, teman suami beli buku yang takpenah sudah dan suami pulak teman nisa Shopping barang-barang made in Japan di Daiso & Komonoya yang takpenah habis. hahaks!

  


Besau betoi keta kat belakang tu... terasa kerdil pulak diri ini, (tengok muka tak puas hati tu!) sib baek gambor blurr, hihi. Kamera fon yang chantekk sikit  tu rusak, Sobsob! Disebabkan tak nak lepaskan peluang posing kat sini, pakai kamera tab pun jadilah habak hang! huuuu, Nikmatilah keblur'an Nye disituh  >_<


 


Oit! Cek GST ke tu! Heee, Siap duduk atas sofa empuk lagi, Opss!   tengok wayang kat situ. Menyempat tul !  Padahal partner entah ghaib kemana time ni. Eeeeee, suka nau main nyorok-nyorok! Lepastu tetiba Krikk2x!! Paparazi rupanya. hahahaks!



Sizzling

Yee Mee Sizzling + Egg

Perkara yang memang tak akan lupa bila datang sini, adalah menikmati kelazatan Sizzling hot plate!
Sungguh sangat enak bila makan panas-panas! yummy! Harga? Eh, lupa pulak Tanya tukang bayar berapa. hehe, yang penting tak sampai RM7 pun ye :) nanti kalau tak cukup, takyah pikir dua kali kalau nak tambah lagi. Tapi makan satu ni pun dah penuh dah tangki tu,  hehe ^_^


Ok last! Selpee lagi..hehe >_<



Jom Follow Instagram instantshawl.murah !





Terima Kasih Sudi Baca ^_^




Wednesday, 28 January 2015

One City SkyPark Subang Jaya



Sunday, weekend dua 3 hari lepas sempat jejalan cuci-cuci mata kat One City Subang Jaya.
Dengar citer One City ni baru je dibuka, so this is firt time nisa jejak kaki kat sini.




Masuk je kat car park, amik tiket parking dan terus ronda-ronda 1 One City...



wow! cantik sangat tempatnya, alot of glass..sangat-sangat teruja! Walaupun sesetengah tempat tu still lagi tak buka, tapi tak apa lah nisa just servey, jejalan, checking2 umpama JPJ gituw. haha



Yang paling penting ada Secret Recepies okeh! i like! Aduss cheese cake melambai-lambai dah tusss ! hehe


One City ni, lebih kurang sama macam shopping complex gitu. Tapi apa yang menarik bagi nisa kat sini is the Sky Park.Yes!

Tempat dia sangat-sangat Gojess! Relaxs ! memang sesuai untuk lepak-lepak. Best! Kita boleh tengok satu bandar dari skypark!


Boleh santai-santai tengok kenderaan di atas jalan raya jauh dari atas, boleh pijak-pijak glasses dan lihat pemandangan dalam One City dari skypark dan macam-macam lagi lah !




Kepada kawan-kawan yang planning nak keluar jejalan weekend ni, nisa cadangkan kalian pergi jalan-jalan kat sini, sementara parking masih FREE  kan ! haha





Selamat berhujung minggu di One City!
Daaaa ^_^


Wednesday, 10 December 2014

Gambang Waterpark

Last minute planning nak pergi holiday kat Gambang waterpark..hmm, sekali pikir rasa macam tak boleh pergi dah sebab masa tu nisa kalut settlekan order customer kat KL. 
Tapi... Alahai Cik Abang ni pulak duk memujuk rayu cakap teringin sangat-sangat nak pergi sana... aduhai, macam budak kecik... pedih ulu hati nengoknya... hakhaks!


Dia mula tak sedap duduk dah, apa taknya gambar satu family bertalu-talu masuk dalam wassap tu hah! Dorang semua dah pergi dari pagi lagi. hmm, nasib baik la kerja nisa tu settle cepat kan.. Dapat la juga kami join sekaki. Lagi pula, bukan senang nak dapat cuti sama-sama kan. Dua-dua kerja kalah VIP ni ha! 25jam 1 hari.. heheheh..

Dari KL nak kesana lebih kurang 220 km. ermmm, Petang jugak lah kami sampai sana. dorang semua dah kecut main air, kita ni pulak baru ajee sampai..kihkih!




Rupa-rupanya banyak jugak tempat-tempat menarik kat Bukit Gambang Waterpark ni. Antaranya :
~ Bukit Gambang Safari Park
~ Caribbean Bay & Arabian Bay Resort
~Bukit Gambang waterpark


Disebabkan waktu kami sampai pun dah lewat, so nisa sempat pergi kat Bukit Gambang Waterpark je.
Sampai je sana terus kami terjah kaunter untuk proses pembelian tiket. Harga tiket untuk masuk kat sini bagi
~Dewasa : RM25.90
~Kanak-Kanak : RM18.90


Okeh, masuk-masuk je dalam tu, sebarang pembelian makanan tidak lagi boleh dibeli dengan wang tunai. semua pembelian makanan adalah dengan menggunakan kad khas yang korang boleh dapatkan kat kaunter kat sini... Tapi jangan bimbang, kalau balance wang nya ada lagik, korang boleh tebus balik baki nya dalam bentuk tunai yep.
Hooohh! takde lah membazir kan...ekekekke.


 Payah Betol nak bergambar nyeee...aisshh @_@

Btw, kalau korang nak tahu, ada 3 tempat kat gambang waterpark ni, iaitu :
~Coco Beach, yakni pantai tiruan yang ada ombak-ombak gitu...heee
~Peguin Island pulak merupakan tempat yang memang sesuai untuk kanak-kanak bermain..kat sini juga ada kolam untuk orang dewasa oke!
~Tree Top Hills Slides pula adalah tempat untuk main gelongsor...dan kat sini adalah tempat paling best! errmm...Ada 6 lanes Racer, Family Raft Slide, Crystal Slide, Canopy Slide dan Galaxy slide.syok!

Alah! Pendek kata memang semua best lah! cuma masa je yang tak best! haha... tak sempat kite nak selongkar banyak tempat. hukhuks! Tapi apa-apapun tempat ni memang sesuai untuk korang yang berhajat nak datang holiday ngan family tersayang !


Okeee, nak balik sudah!



*** Tata semua @ Selamat Bercuti ****




Monday, 12 May 2014

Pantai Pengkalan Balak, Melaka


Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka.. berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai.

Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.


Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.


Tiap kali aku ke Melaka, rumah kakak aku..kami mesti singgah kat sini mencari remis. Seronok rasanya.


Biasa kami akan pergi waktu pagi sebab waktu ni sesuai untuk cari remis. Yelah, sebelum matahari tegak berdiri atas kepala. Kadang2 kami akan pergi waktu petang, tapi sebelum air pasang lah kan, nanti senang sikit nak mencarinye..huhu

Sebelum pegi, kami akan cek barang2 yang perlu dibawa. Selain makanan yang menjadi peneman wajib waktu bersantai di tepi pantai, kami juga membawa peralatan2 untuk tangkapan seperti baldi, penyejat, sudu dan sewaktu dengannya..hehe



Ini dia Remis.(taktahu lah kalau korang panggil apa kan) :p

Kakak aku cakap, dulu orang tak tahu sangat cari mende ni. sebab dorang jarang makan dan mungkin juga tak pandai makan.Tapi sekarang tak lagi, sebab,time aku pergi je mesti ada beberapa pamily yang melakukan aktiviti yang sama.
So, kepada sesape yang suka makan remis  korang boleh lah datang kat sini ye...
sambil bercuti rehatkan minda korang juga boleh menjadi partime fisherman di pinggiran pantai di sana.huhuhu...




Hasil Kutipan Kami yang sedang di masak
Ok, Sape yang nak cuba masak, boleh try resepi ni ye.

Bahan-bahan:

~Bawang Putih
~Bawang Merah
~Cili
~Sos Tiram
~Sos Cili
~Daun Ketumbar
~Daun Sup
~Garam secukup rasa
~Sedikit Ajinomoto (tak letak pun xpe)

Cara-cara:
~Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili kasi lumat.
~Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, tumis bahan yang di tumbuk tadi
~Masukkan remis yang sudah dicuci bersih dan gaul.
~Masukkan sos cili, sos tiram, garam dan ajinomoto serta gaul lagi hingga sebati
~lastly masuk daun ketumbar dan daun sup
~Siap dihidang.

Tukang testing.. ^_^



***Selamat Bercuti & Selamat Mencuba***

Monday, 28 April 2014

Thailand

Holiday + Thailand + Shopping

Mentang-mentang balik kampung kan, hari2 aku pergi shopping kat Takbai, Thailand.
Inchik Suami pulak...kasut bola! kasut bola !..tu je sebab dia ke sana.Orang sibuk buat biz Tudung dia lak nak jugak sibuk kan diri buat biz kasut bola..hahaha
Nasib baik tambang ke sana FREE!.. Alhamdulillah :)
Jom Kita Bertolak
Geng2 Shopim!

Nak pg ke seberang sana kejap je...dalam masa lima minit dah sampai. Tambang satu kepala RM2. so pegi balik RM4 hinggit.

Pengkalan Takbai
Ok, dah sampai sudah kat obersea. Hati-hati turun tu sbb penah ada yang tersadung jatuh dalam air tau...errrrr, seram!

Gambar separuh daripada tudung yg sempat tangkap.

Sampai sana terus belek2 tudung, baju, skirt, buah-buahan...Oh seronok sangat.
Beli tudung je dah habis 1k. ntah lah tak boleh tengok lah,rambang mata btol g sana. Terkoyak habis!
Nasib baik buat biz kan.. tapi biz pon xsempat nak promote online, bawa g tempat keje tak sampai satu hari, habis dorang borong.. Alhamdulillah...


Nasi Komok

Benda wajib yang mesti beli bila kat sana adalah nasik komok...huhuhu..sedap! hingga nak pergi lagi..huhu
Murah je tau..satu bungkus RM2...Ok, Jom mammmm.....




***Selamat Bercuti***


Wednesday, 13 October 2010

Pantai Sri Tujuh

Jalan Masuk Pantai Sri Tujuh
Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat,Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.


Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf . Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.


Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini. Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.

Jom kita tinjau pemandangan-pemandangan cantik di sini....

Pemandangan Restoran Terapung Pantai Sri Tujuh

Salah satu Chalet di Pantai Sri Tujuh

Bot Nelayan yang tersadai di Pantai Sri Tujuh

Perkampungan Nelayan : Sampan-sampan kecil milik penduduk Pantai Sri Tujuh

Kepada anda yang ingin bercuti rehatkan minda bersama family, boleh jadikan Pantai Sri Tujuh sebagai destinasi percutian anda.



***Selamat Bercuti***

Tuesday, 2 March 2010

Taman Negara, Pahang


Discovery National Park Pahang
Art & Nature
Art Camp
19-22 February 2010