nuffnang

Showing posts with label Library. Show all posts
Showing posts with label Library. Show all posts

Friday, 19 August 2016

Jangan mencari terlalu sempurna



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. 
Terlalu ingin mengejar kelazatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal. 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, 


TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN 
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. 
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA 
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS bahagia bersama selamanya....




Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya 
dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
cukuplah sekadar keperluanmu.... 
Apabila sekali ia retak.... 
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang.... 
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih dapat digunakan lagi....

Begitulah juga ......... 
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu 
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.... 

Mengapa kamu berlengah, 
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA 
apabila dia menjadi milik orang ain 
waktu itu MENYESAL sudah tiada guna....













Thursday, 14 July 2016

Panduan Bila Menziarahi Orang Sakit dan Meninggal

Setiap detik akan ada insan yang meninggal dan setiap detik juga ada insan yang dilahirkan ke dunia.

Kematian


Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya.

Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.

Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.


Melawat Orang Yang Sakit


Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

“Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”

Hukum melawat orang sakit

Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. 
(Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)



Adab Menziarahi Pesakit


1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.

3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. 
Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : 
Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : 

“Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.

4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).






Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal


1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
4. Tumitnya lembut.
5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.


Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)


1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
2. Talqin/peringatan kepadanya.
3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.



Hikmah Menziarahi Orang Sakit


Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.



Kedatangan Sakaratul Maut


Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.
Beredar Roh Pada Jasad

1. Hujung kaki ke lutut.
2. Lutut ke pusat.
3. Pusat ke dada.
4. Dada ke leher (halkum).



Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa




Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :

1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.
3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.



Perkara Sunat Selepas Kematian.




1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
2. Sunat diucapkan : 
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. 
Doa Takziyah : 
“Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.
4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. 
Doanya ialah : 
“Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.
5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.
10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. 
Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : 
“Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.



Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal


Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. 
Berkata Imam Syafi’e : 
“Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. 

Sabda Rasulullah saw :

“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)

Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.











Thursday, 11 February 2016

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita


Wanita Solehah

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dah semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Seperti bersolek (make-up) dan sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan kerana hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan pd orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, dan kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya selain di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk badan dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)



:: Sharing is Caring ::









Thursday, 14 January 2016

Awan dan Sepi

Sambil-sambil jaga kedai kita mengayatt sikit..kekeke
#puasdukssajoo




Kelam awam yang berarak perlahan
Menyelongkar isi hatiku ini
yang banjir dengan air mata
Tandus dek pengharapan
Awan seakan merungut
Mungkinkah Simpati?

Akulah permata sepi
Dihujung hari berdebat rindu yang tersekat
Memujuk hati melupakan yang tersurat
Menabur benih-benih pengharapan
Di batas penantian
Awam seakan tersengih
Mungkinkah mengejek?

Bersama sepi ini
Penantianku tak pernah dingin
Saban hari membara
meskipun kadang hampir padam
tersimpan keluh kebosanan
namun kukuatkan keyakinan
Yang terkadang menghilang
Terkadang mendatang
Awam seakan tersenyum
Mungkinkah merestui?

Disudut hati ini
Doaku tidak pernah putus
Semoga aku terus tabah
Meniti detik waktu
Mencari kebahagian diri
Semoga tiba harinya nanti
Akulah pemuja pasti!








Sunday, 29 November 2015

Kau & Tanggungjawab




Tanggungjawab,

Kerana tanggungjawab sebagai anaklah
Kau pergi meninggalkanku....

Kerana agama yang sucilah
Kau rela melepaskanku....

Jauh disudut hatiku
Aku masih berharap
Kau kembali kepadaku
Menjadikan aku halal bagimu..

Biar aku menunggu
hingga tiba waktu itu.










Saturday, 28 November 2015

Aku Bukan Insan Istimewa Untukmu




Disaat aku dihadapanmu
Aku tak ubah umpama tugu
Disaat aku perlukan perhatianmu
Kau sekilas pun tak memandang aku
Bila aku mulai rasa tertipu
Kau datang lagi menabur janji palsu
Bila ku kembali buka pintu hatiku
Kesekian kalinya kau perlakukan aku sebegitu
Ketahuilah,
kasihku yang hadir ini
Bukan untuk dipermainkanmu!










Friday, 4 September 2015

Lirik Doa Dhuha - Unic

Lirik Doa Dhuha


 Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
 Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
 Wal Jamaala Jamaaluka
 Wal Quwwata Quwatuka
 Wal Qudrata Qudratuka
 Wal Ishmata Ishmatuka
 Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
 Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
 Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
 Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
 Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
 Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
 Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
 Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
 Ya Allah
 Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
 Kecantikannya KecantikanMU
 Keindahannya KeindahanMU
 Kekuatannya KekuatanMU
 Kekuasaannya KekuasaanMU
 Perlindungannya PerlindunganMU
 Ya Allah
 Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
 Jika di bumi, keluarkanlah
 Jika sukar, permudahkanlah
 Jika haram, sucikanlah
 Jika jauh, dekatkanlah
 Berkat waktu Dhuha
 KecantikanMU, keindahanMU
 KekuatanMU, kekuasaanMU
 Limpahkan kepadaku segala
 Yang Engkau telah limpahkan
 Kepada hamba-hambaMU yang soleh
 
 
 

Video Doa Dhuha - Unic

 


Doa Dhuha







 

Hukum Talak

 

Rasulullah SAW pernah bersabda 
Maksudnya : "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak (penceraian)."


WAJIB

Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.


HARAM

Apabila isteri diceraikan dalam waktu waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isterinya dalam keuzuran / sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran


SUNAT

Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh ( memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak). Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.


MAKRUH

Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah


HARUS

Harus bagi suami melepaskan isteri disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid.










Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat | Dato' Ismail Kamus | Munakahat

13 Tempat Mustajab Berdoa


Berdoa

Tempat Mustajab Berdoa

Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi yang afdalnya adalah di tempat-tempat berikut :

  1. Apabila melihat Baitullah ( Kaabah) di Makkah
  2. Ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah
  3. Di dalam Kaabah
  4. Di sisi Multazam dan Hijr Ismail
  5. Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW di Madinah
  6. Di sisi telaga zamzam
  7. Di atas Bukit Safa dan Marwah
  8. Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
  9. Di muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah
  10. Di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah
  11. Di Mina pada hari Tasyriq
  12. Di dalam Masjid
  13. Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13 Zulhijjah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat | Dato' Ismail Kamus