nuffnang

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 17 September 2019

Cara Mudah Download Video di Instagram Menggunakan Phone

Berikut adalah cara mudah untuk memuat turun video dari instagram menggunakan iphone.

Instagram icon


Pertama sekali pastikan di telefon anda mempunyai aplikasi 'Telegram'. Jadi yang mana belum ada telegram tu, boleh install apps tersebut  di App Store / Play Store handphone masing-masing.


Telegram icon

Playstore icon

App Store icon

Selesai install aplikasi telegram, terus ke instagram dan cari vedio yang ingin dimuat turun di instagram tersebut.

contoh video instagram yang ingin di muat turun


Klik pada titik tiga pada bahagian atas kanan, dan copy link.

klik di titik tiga


Copy link


Buka telegram dan paste di group atau di nombor kawan-kawan yang ingin kita share.

paste di telegram


Buka Video yang telah di paste tadi dan save video tersebut ke gallery fon anda.

Play video on telegram


Save Video

Semak galerry fon untuk melihat kembali video tersebut dan sedia untuk di share di lain-lain medsos. 

OK selesai, mudah kan? hehe


TQ, for reading this entry :)








Thursday, 24 March 2016

Ubat Cirit Birit

Adoi tajuknya pun dah menggambarkan kehebatan rasanya. Kikiki . Sape penah dengar Pil 'Chi-Kit' Teck Aun? sape yang penah guna mesti dah tau kuasa dan kehebatan ubat ini kan. Kalau nisa, nisa panggil ubat cap helang je. Susah nau nak sebut nama ubatnya, Heee.

Pil 'Chi-Kit' Teck Aun @ ubat cap helang

Memandangkan nisa adalah seorang yang mempunyai perut yang sensitip, ubat ini adalah ubat yang wajib ada dalam handbag nisa walau dimana jua nisa berada. Cewahhh! hahaks! Wajib ada K! 

Tambah-tambah bila musim majlis perkahwinan, ubat ni memang berkotak kotak ler ada dalam beg nih. Selalu sangat diserang cirit birit katakan . Kikiki ! Nisa ni memang camtu, pantang makan kat majlis kenduri kendara, wajib nisa lah orang pertama yang bertapa dalam bilik air lepastu. haha. buek malu ajo.


Pil 'Chi-Kit' Teck Aun atau ubat cap helang ni digunakan secara tradisional untuk merawat :

  • senak perut
  • cirit-birit
  • muntah-muntah ringan
  • mabuk perjalanan
  • membantu makanan yang tidak hadam

Dimakan dengan air suam

Alhamdulillah, dengan adanya ubat ini... ia betol-betul membantu nisa tau. Alhamdulillah dengan izin Allah, sakit tu reda. Sapa yang belum cuba boleh lah try lepasni ye. Harap membantu :)






TQ for reading this entry :)







Tutorial Membuat Gambar Passport

Kali ni nisa nak share cara menghasilkan gambar passport menggunakan software adobe photoshop dan illustrator. Nisa tau ramai kat luar sana yang dah pro dalam bab-bab editing ni kan. Ok , yang dah tau tu Alhamdulillah . . Tapi untuk mereka yang tau basic menggunakan sofware-sofware ni, tapi tak tau cane nak buat gambar passport tanpa perlu lagi pegi ke kedai, ok kalian boleh follow tutorial di bawah ye..

Adobe Photoshop



Firstly cari gambar yang sesuai untuk dijadikan gambar passport, pastikan bukan gambar selfie atau gambar posing yang nampak muka sipi-sipi , moncong moncong tu tau ! hihi.  kalau takde, amik baru je . . guna kamera fon, cari background putih atau kosong, untuk memudahkan proses editing nanti.

Cara-caranya :

1. Klik File > Open > Cari Folder yang anda simpan gambar untuk di'edit tadi.

2. Klik Image > Duplicate > Automatic file gambar tadi di copy (macam pic kat atas), so sekarang ada 2 image kan.

3. Tarik original image tadi ke atas copy image yang telah di'duplicate kan




4. ok, gambar di atas adalah hasilnya selepas original image ditarik.

5. Lihat background pada gambar yang telah dibulatkan seperti tutorial gambar di atas > tarik layer background tadi > delete (tengok tanda arrow pada gambar untuk delete)



6. Klik Pen tools > edit menggunakan pen tools untuk membuang semua background yang tidak diperlukan

7. Temukan titik pertama dan terakhir > tekan right click > click make selection > click delete untuk membuang semua sudut yang tak diperlukan.

8. Hasilnya seperti gambar tutorial di atas

9. Save as image dalam file photoshop

Adobe Illustrator CS6



10. Create rectangle kat tools, buat bentuk segi empat berukuran 1.5 x 2 Inch > dapatkan color background biru (boleh google je)



11. Open image photoshop yang telah di edit tadi > bawakan ke atas background yang disediakan



12. Kalau image besar atau lebih dari background > click rectangle bersaiz 1.5 x 2 inch pada gambar > click right clik >click make clipping mask (pastikan ia sentiasa di front layer)

13. So hasilnya seperti pic diatas.



14. Open new file A4 size > Copy paste gambar passport tadi seperti di atas > dan print.

15. Jangan lupa setting Glossy photo paper sebelum print ye, macam nisa, nisa guna Glossy Photo Paper 200 gsm.


Ok hasil selepas dicetak (maap ler, kamera fon tak cantik, heee)



Sedia untuk dipotong


Gambar Passport
 Ok Siap dah gambar passport kita. hehe

Yang mana ada kemahiran menggunakan photoshop dan Ai tu boleh lah buat side income . Macam kat Kedai Nisa Biz Solution (NBS) sekarang pon nisa open oder buat gambar passport ni tau. 
"Nisa buat + nisa jual + nisa share" 
Harga yang dikenakan hanya RM5 =10 Keping gambar passport. Ok lah tu . . . ye tak ? hehe. 




Jadi, Selamat mencuba ye :)







Saturday, 28 November 2015

Petua Kurangkan Sakit Gigi


Sakit Gigi


1. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

2. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

3. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

4. Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.





 :: Selamat Mencuba ::










Sumber

Friday, 27 November 2015

Makanan Yang Membantu Wanita Cepat Hamil

Sumber


Kepada wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung. InsyaAllah.

 

1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar


Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah oerganik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.

 

2. Makanan tinggi serat


Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan tersebut adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang.

 

3. Sayuran berdaun hijau


Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.

 

4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar


Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wantai mendapat kitaran haid yang tepat.

 

5. Makanan tinggi asid folik


Adid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.

 

6. Makanan kaya vitamin C


Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.

 

7. Kekacang


Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.

 

8. Produk tenusu


Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu  anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.

Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian anda supaya cepat hamil!





:: Semoga Berjaya ~Insha Allah~ ::








Credit to pama.karangkraf.com

Tuesday, 6 October 2015

Cara "Off" Automatic Video di FB

Semenjak video kat facebook ni di automatik kan play / "on" ni...
Buka je facebook habis kuota, bukak je habis, bukak je habis! huhu
Pastu pulak dia ter'auto play kan video yang seram seram gittuw! arghhhh! kacau ketenteraman kite memalam tau. hiks!
Tak pasal pasal  kuota membazir kat situ kan...hmmm
Kalau pakai wifi free tu nopoblem la, tapi yang pakai kuota ni... hm mau ler berasap bila internet slowmotion sepantas kilat je kan. huuu
Tambah pulak bila fon yang dah memang sarat sangat memorinya ni tetiba jadik heng.. hah hencusss betambah ler jawabnya! Kuikui

Video play automatically on FB
 
 
So bagi sesape yang taknak video kat facebook dia tu automatic on time scroll down news feed kat facebook... Anda bolehlah follow tutorial berikut untuk proses "off" kan automatic video nye ye.


Cara-cara "Off" Automatic Video di FB


1. Pergi kat menu bar telefon pintar anda, cari butang setting

Setting FB
 

2. Seterusnya, cari video play automatically, dan klik untuk tukarkan on kepada off.

Off video play automatically


Ok dah! Siap! Senang je benornya. hehe
Jom jimatkan kuota internet anda sekarang dengan video video yang berfaedah SAHAJA! daaa^^
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 6 September 2015

Kelebihan Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi dan beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi.
 
Kulit Kayu Manis

Khasiat kulit kayu manis

Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
 
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
 
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
 
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
 
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2. Pengambilan 1gm (satu sudu teh) serbuk kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.
 
Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.
 
Sebenarnya kulit kayu manis gemar digunakan dalam tea arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya.
 
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
 
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.

 

Penemuan Para Saintis

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes jenis 2.
 
Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.
 
Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.
 
Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes jenis 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.
 
Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.
 
 

Hasil Kajian Perubatan dari Kulit Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.


 
 

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.
Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.
Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.
 

2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.
 

3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.
 

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.
 

5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.
 
 

6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.
 

7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.
Caranya;
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.
 

8. Kolestrol

Anda nak mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??
Caranya;
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.
 

9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.
 

10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.
Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.
 

11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.
Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.
 

12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.
 

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

 

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.
 
 


 
 
 
 
 
 

Wednesday, 2 September 2015

Cara Menghilangkan Parut Jerawat (Petua Tradisional)

 
Skincare

 

 

Kayu Manis & Bedak Sejuk

  • Tumbuk dua batang kulit kayu manis, sebatikan bersama segengam bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit air. Sapu pada parut jerawat sekerap mungkin sehingga parut hilang dan pudar.
  • Basahkan kayu manis dengan air dan asahkan kayu manis pada permukaan kesat seperti batu lesung dll sehingga ia menjadi cecair kemudian campurkan sedikit bedak sejuk sehingga sebati dan sapu pada parut jerawat.
 
 
 

Pokok Lidah Buaya

  • Belah daun lidah buaya, dapatkan gelnya dan sapu pada parut jerawat. Lakukan sekerap mungkin, In sha Allah parut akan segera pudar dan hilang.
 
 

Asam Jawa

  • Ramas sedikit asam jawa bersama sedikit air. Sapukan pada tempat yang berparut sebelum tidur. Biarkan sehingga kering.
 
 

Buah Tomato

  • Potong buah tomato yang telah masak kepada beberapa hirisan. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan letakkan hirisan tomato tersebut pada wajah selama 20-30 minit dan bersihkan. Lakukan pada waktu pagi atau malam 2-3 kali seminggu sehingga parut jerawat pudar dan hilang.
  • Kisar buah tomato sehingga menjadi cecair kemudian lumurkan pada kulit wajah dan biarkan ia kering. Kemudian cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan dan menghaluskan kulit wajah.
 
 

Putih Telur

  • Bersihkan wajah terlebih dahulu, sapu putih telur pada wajah anda.Biarkan selama 10-15 minit.
  • Selain itu, anda juga boleh jadikan putih telur sebagai masker dengan menyapukan putih telur pada kulit wajah, kemudian tampal tisu atau kapas sebagai mask, dan tindan kembali putih telur pada tisu atau kapas sehingga basah. Biarkan sehingga kering dan cuci. Selain dari menghilangkan parut jerawat, ia juga boleh menegangkan serta melembutkan kulit wajah.
 
 

Madu & Bedak Sejuk

  • Campurkan sedikit madu bersama bedak sejuk dan sapu pada parut jerawat, biarkan selama 15 minit dan cuci wajah sehingga bersih.
 
 

Biji Kani

  • Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari, selain dapat menghilangkan parut jerawat, ia juga dapat menegangkan kulit wajah. InsyaAllah
 
 

Asam Limau

  • Bersihkan wajah terlebih dahulu. Ambil sebiji asam limau, dah hiriskan sedikit, sapu pada parut jerawat selama 5-10 minit. Ia sedikit pedih jika anda menggunakannya selepas memicit jerawat pada wajah anda. Untuk kurangkan rasa pedih, anda boleh campurkan perahan air asam limau bersama sedikit air. Lakukan sekali sehari, selain dapat menghilangkan parut jerawat ia juga dapat melicinkan kulit wajah.
 
 

Kiub Ais

  • Balut seketul kiub ais dengan kain atau sehelai tuala kertas yang bersih dan letakkan pada kulit yang berparut selama satu atau dua minit, sehingga kawasan itu mula merasa kebas. Ais ialah bahan di rumah paling mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat dengan melegakan radangan kulit dan mengurangkan kemerahan



:: Selamat Mencuba ::
 
 




P/S : Elakkan penggunaan bahan-bahan tersebut jika anda alah kepadanya
Klik untuk baca petua mencantikkan wajah.
 

Sunday, 30 August 2015

Cara Menghilangkan Rasa Panas Cili Pada Kulit


Bila rasa panas pada kulit tangan mula menggigit gigit dan meragut ketenteraman jiwa, nisa cuba google tips untuk menghilangkannya. Alhamdulillah banyak tips yang dikongsi oleh para blogger dan forumer. Mari kita lihat...

Cili

Antara cara-cara yang dikongsikan untuk menghilangkan rasa panas atau pijar cili adalah :

  1. Susu segar / pekat - Lumur atau rendam tangan dengan susu
  2. Air Beras - Rendam tangan dalam air basuhan beras
  3. Beras Berkanji - Ramas tangan dalam beras seketika kemudian basuh tangan seperti biasa
  4. Garam - Rendam tangan dalam air garam
  5. Gula - Rendam tangan dalam air gula suam
  6. Minyak Masak -Lumur minyak masak pada tangan dan basuh dengan sabun
  7. Asam Jawa - Rendam tangan dalam air asam jawa
  8. Asam Limau - Lumur, sapu atau gosok dengan air asam limau
Korang boleh pilih dan cuba yang mana satu berkenan dihati dan sesuai pada diri. Nisa guna cara yang ke-3. Alhamdulillah, kejap je dah hilang pijar pada tangan. ^_^
 
 
 
 
"Selamat Mencuba"
 
 
 
 
 

Kerap sendawa - Punca, Kesan dan Rawatan


Maksud Sendawa

Secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia akan berlaku daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa. Selain mengeluarkan angin yang berlebihan, sendawa juga terjadi untuk mengeluarkan gas yang terlalu banyak daripada dalam perut.
 

Kerap Sendawa

Namun kelaziman sendawa yang kuat, panjang, dan berulang kali tanpa mengira masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga kadang kala membuat rasa tidak selesa orang keliling.
Kelaziman itu tidak harus dipandang ringan kerana ia merupakan antara simptom yang menandakan seseorang itu mungkin berpenyakit.
 
 
Kerap Sendawa?

Punca Kerap Sendawa

  • Makan terlalu cepat - di mana semasa proses tersebut berlaku (makan) biasanya angin akan masuk ke dalam perut.
  • Suka mengambil minuman yang bergas
  • Penghisap rokok - (akan menyedut angin masuk ke dalam badan)
  • Individu yang gugup
  • Mereka yang gemar mengunyah gula-gula getah - Golongan individu ini didapati dengan tidak sengaja akan menelan angin lebih banyak daripada biasa.
  • Ubat tertentu - Ada banyak ubat yang dapat menyebabkan sendawa seperti ubat tahan rasa sakit atau suplemen kalsium.
  • Gangguan pencernaan - Orang yang menderita berbagai masalah perut, seperti gastrik, gangguan pencernaan, atau luka perut akan bersendawa lebih kerap. Hal ini disebabkan akibat penumpukan gas di dalam tubuh.
  • Gangguan kantung hempedu - Batu hempedu atau masalah dengan kandung hempedu juga dapat menyebabkan sendawa
 

Kesan Kerap Sendawa

  • Salah satu injap yang menghubungkan esofagus (saluran makan) ke perut menjadi longgar daripada normal
  • Mengakibatkan asid dan jus daripada perut mudah naik semula ke esofagus bersama-sama makanan yang dihadam.
  • Menyebabkan ketidakselesaan dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak.
  • Menyebabkan pedih ulu hati
  • Menyebabkan kembung perut
  • Boleh mengundang penyakit kronik yang jarang sekali dan menyebabkan komplikasi serius.

Rawatan Kerap Sendawa

  • Mengubah gaya hidup
  • Mengawal pemakanan
  • Mengambil ubat untuk mengurangkan asid dalam perut
  • Makan dalam kuantiti yang sederhana pada masa yang tertentu
  • Jangan biarkan perut berlapar lalu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali gus.
  • Mengamalkan pengambilan air halia

 

"Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat"






 Sumber 1, Sumber 2