nuffnang

Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Monday, 24 August 2015

Sinopsis Movie - All Is Well

All Is Well


Sinopsis Movie - All Is Well
 
Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga bermasalah berikutan setiap seorang mereka mempunyai masalah peribadi. Diarahkan oleh Umesh Shukla, filem ini dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Rishi Kapoor, Asin dan Supriya Pathak sebagai peneraju.

Bahasa: Hindi
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2015
Genre: Komedi / Drama
Durasi: 2 Jam 5 Minit
Pengedar: ANTENNA ENTERTAINMENTS
Pelakon: Abhishek Bachchan, Asin, Rishi Kapoor, Supriya Pathak
Pengarah: Umesh Shukla
Format: 2D


Trailer - All Is Well

 
 

Synopsis - English Translation


All Is Well

A dysfunctional family, where everyone has his or her own set of issues just waiting to be confronted, has to somehow get along with each other as they run away from goons. Directed by Umesh Shukla, the film stars Abhishek Bachchan, Rishi Kapoor, Asin and Supriya Pathak in lead roles.

Language: Hindi
Classification: P13
General Release Date: 21 Aug 2015
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 2 Hours 5 Minutes
Distributor: ANTENNA ENTERTAINMENTS
Cast: Abhishek Bachchan, Asin, Rishi Kapoor, Supriya Pathak
Director: Umesh Shukla
Format: 2D






 

Sinopsis - Robot Overlords


Robot Overlords



Sinopsis - Robot Overlords

Filem sains fiksyen ini mengisahkan tentang bumi selepas diceroboh oleh robot dari galaksi lain. Manusia yang terselamat daripada penjajahan robot terpaksa bersembunyi daripada diburu oleh robot.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Gillian Anderson, Ben Kingsley, Callan McAuliffe
Pengarah: Jon Wright
Format: 2D


Trailer Robot Overlords

 


Synopsis - English Translation

Robot Overlords
An upcoming science fiction directed by Jon Wright about life on earth after the invasion of robots from another galaxy. The human survivors have to stay at home or risk being incinerated if they dare to venture out.
Language: English
Classification: P13
General Release Date: 13 Aug 2015
Genre: Action / Adventure / Science Fiction
Running Time: 1 Hour 30 Minutes
Distributor: GSC MOVIES
Cast: Gillian Anderson, Ben Kingsley, Callan McAuliffe
Director: Jon Wright
Format: 2D





 

Sunday, 23 August 2015

Sinopsis - Polis Evo

Polis Evo

 

Sinopsis - Polis Evo

Filem aksi komedi yang diterajui oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini mengisahkan tentang dua orang anggota polis, Khai dan Sani. Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama dalam satu tugasan untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Mimie Ernida, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendi
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Format: 2D


Trailer Polis Evo

 



Synopsis - English Translation
 
Polis Evo

Starring Shaheizy Sam and Zizan Razak, the film follows two policemen, Khai and Sani, who have very different personalities. However, they have to put aside their differences when they have to work together in a mission to defeat a drug trafficking syndicate.
 
Language: Malay
Classification: NA
General Release Date: 17 Sep 2015
Genre: Action / Comedy
Running Time: Not Available
Distributor: TAYANGAN UNGGUL
Cast: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Mimie Ernida, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendi
Director: Ghaz Abu Bakar
Format: 2D




 

Sinopsis Bajrangi Bhaijaan

Bajrangi Bhaijaan
 
 


Sinopsis Bajrangi Bhaijaan

Filem Bollywood arahan Kabir Khan ini menampilkan bintang hebat seperti Salman Khan, Kareena Kapoor dan ramai lagi. Ia mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan bisu berasal dari Pakistan yang mendapati dirinya telah sesat di India dan tidak tahu bagaimana hendak pulang. Seorang lelaki baik dengan sukarelanya telah membantu kanak-kanak perempuan tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

Bahasa: Hindi
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 17 Julai 2015
Genre: Aksi
Durasi: 2 Jam 40 Minit
Pengedar: LOTUS FIVE STAR
Pelakon: Salman Khan, Kareena Kapoor, Nawazuddin Siddiqui
Pengarah: Kabir Khan
Format: 2D


Trailer Bajrangi Bhaijaan

 

Synopsis - English Translation

Bajrangi Bhaijaan

The film follows Rasika, a mute girl from Pakistan who has gotten lost in the city of India and has no idea how to get back home. Along the road, she meets a kind man who willingly helps her find her way back home and back to her family.

Language: Hindi
Classification: P13
General Release Date: 17 Jul 2015
Genre: Action
Running Time: 2 Hours 40 Minutes
Distributor: LOTUS FIVE STAR
Cast: Salman Khan, Kareena Kapoor, Nawazuddin Siddiqui
Director: Kabir Khan
Format: 2D





 

Sinopsis - Hitman : Agent 47

Hitman: Agent 47


Sinopsis - Hitman: Agent 47

Ejen 47, seorang pembunuh upahan, telah bekerjasama dengan Katia Van Dees yang ingin mencari keturunan asal usulnya dan ayah kandungnya. Mereka bersama-sama menentang sebuah organisasi yang dipanggil Syndicate International.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015
Genre: Aksi / Ngeri / Jenayah
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Rupert Friend, Zachary Quinto, Thomas Kretschmann, Hannah Ware
Pengarah: Aleksander Bach
Format: 2D


Trailer : Hitman : Agent 47





Synopsis - English Translation

Hitman: Agent 47

Agent 47, a genetically engineered assassin, teams up with Katia Van Dees, an on-the-run young woman who is in search of her true ancestry and the whereabouts of her father. Together, they fight against an organisation called Syndicate International.

Language: English
Classification: 18
General Release Date: 20 Aug 2015
Genre: Action / Thriller / Crime
Running Time: 1 Hour 38 Minutes
Distributor: 20TH CENTURY FOX
Cast: Rupert Friend, Zachary Quinto, Thomas Kretschmann, Hannah Ware
Director: Aleksander Bach
Format: 2D


 

Kempen Kecapi Impian Anda Bersama Sunsilk


Berita gembira untuk  wanita berhijab diluar sana!!!
Anda berhasrat untuk menjadi seorang penyanyi, pengarah atau wartawan penyiaran? anda boleh sertai kempen,
 
“KECAPI IMPIANKU BERSAMA SUNSILK”
 
 
Sesapa yang berminat boleh join sekarang tau, hehe...
Nisa tokang pomot je, sebab kalau nisa nak jadi penyanyi dan wartawan tu, opkos lah jauh panggganggg dari api.. kehkehkeh!
 
Hah! kalau nak tau Najwa latif, Melissa dan Nisa Kasnoon  akan membantu anda mencapai impian anda nanti.

Peserta yang terpilih perlu membuktikan kebolehan dan keazaman  untuk merialisasikan impian mereka. Namun ketiga-tiga peserta akhir yang terpilih tidak akan bersaing sebaliknya mereka akan merasai pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.
 
Adakah anda berminat untuk didikan daripada penyanyi Najwa Latiff, pengarah Melissa Saila dan wartawan Nisa Kasnoon bagi membantu merialisasikan impian anda?
 

Portal Astro Gempak bakal menyediakan ruang ini buat anda yang
berusia 18 hingga 29 tahun
Penyertaan dibuka  sejak 
11 Ogos 2015 dan akan berakhir sehingga 6 September 2015  ini
dan ianya boleh dilakukan menerusi laman web Astro Gempak di www.astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk
 
 
 
"Kepada mereka yang berminat, yang ingin menyertai, ataupun sudah menyertai, Good Luck Nisa doakan ye. Semoga impian anda tercapai."
 
 
 
 
 
 
 
 


Gambar Perkahwinan Sheera Iskandar

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal Sheera Iskandar yang telah selamat bergelar isteri kepada seorang Chef iaitu Doul Harun. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Syurga. Barakallahulakuma....
 
 
 
 














 
 
 
 
 
 
 
 


150 Saluran percuma di ASTRO

Sumber
Astro Hadiahkan 150 Saluran Percuma Selama 10 Hari Sebagai Tanda Terima Kasih?


 
Sebagai penghargaan pihak Astro kepada pelanggannya,
 
mulai 22 Ogos hingga 31 Ogos 2015
selama 10 hari 
 
pelanggan boleh menikmati lebih dari 150 saluran percuma di rangkaian Astro.
Ia turut termasuk dengan saluran berunsurkan informasi, hiburan dan sukan serta saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD).
 
Selain daripada menonton di televisyen, pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran istimewa ini dengan menggunakan aplikasi dalam talian iaitu Astro on the Go melalui telefon pintar dan gajet mereka.
 
Ini merupakan tanda penghargaan Astro kepada pelanggannya yang selama ini setia bersamanya.
Di dalam tempoh 10 hari tersebut, pelanggan Astro bakal menikmati hiburan tanpa batasan dari dalam dan luar negara yang mana ia hanya dapat dinikmati oleh pelanggan Astro sahaja.
Saksikan filem-filem terhebat dari Hollywood dan Bollywood, rancangan dokumentari di dalam kejelasan berdefinisi tinggi (HD), dan kepelbagaian filem indie hasil ciptaan pembikin filem terkemuka di saluran Sundance dan A-List.
 
Saksikan juga drama bersiri televisyen paling popular yang disiarkan secara serentak dengan waktu tayangan di UK dan USA.


 
 
Selain dari itu pelanggan Astro turut berpeluang untuk menonton drama bersiri Korea, program realiti seperti Maharaja Lawak dan siaran langsung acara sukan terhebat dari seluruh dunia.
 
Penghargaan dan tanda terima kasih ini adalah dikhaskan buat semua yang telah memilih Astro sebagai syarikat Media dan Hiburan Terbaik Malaysia seterusnya melayakkan Astro untuk menerima pengiktirafan di Putra Brand Awards bagi tahun ke-enam berturut-turut.
 
Selain dari itu, ERA fm dan hitz fm di bawah Astro Radio turut telah menerima anugerah Emas dan Perak dalam kategori yang sama.
 
ERA fm adalah radio nombor satu di Malaysia dengan jumlah pendengar sejumlah 4.8 juta pada setiap minggu, manakala hitz fm pula adalah antara rangkaian radio paling popular di Malaysia dengan mencatat sejumlah 1.2 juta pendengar pada setiap minggu.
 
Putra Brand Awards merupakan sebuah jenama anugerah tersohor di Malaysia yang dianjurkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands.
 
Penerima anugerah bagi kategori Emas, Perak dan Gangsa di Putra Brand Awards ditentukan oleh 6,000 orang pengguna di seluruh Malaysia.
 
 
Nota: Mulai 22 hingga 31 Ogos 2015, lebih dari 150 saluran percuma akan ditawaran kepada semua pelanggan Astro, namun saluran-saluran yang berbayar dan dibeli secara a la carte seperti Astro First, Astro Best, Golf HD, Astro Cricket, WWE Network dan Setanta Sports HD adalah dikecualikan








Sumber

Tuesday, 11 August 2015

Bollywood actor childhood pictures

Adakah anda peminat tegar Bollywood?
Wahhhh! Tahniah, kita geng....ecececece, sep sikit! hihiks

Habit nisa kalau ada masa free nisa suka ngat google gambor gambor artis bollywood nih. Nak tau kenapa? entahlah.. nisa pon tak tau kenapa..kehkeh

Tapi yang pasti nisa memang suka tengok citer bollywood sejak kecik lagi. Satu pamili memang addicted! kalau pasang lagu bollywood je mesti nak kene ulang ulang  banyak kali, siap hafal lagi...adeh!

Kalau dulu sonok layan citer Hindustan ni satu pamili, sekarang dah tak sangat dah... bukan sebab dah beralih arah ke film Korean ke hape, tapi sekarang memang segan nak tengok citer Hindustan nih. Sebab gaya dia tu kalah film Hollywood kenkadang... malu aih nengok dorang pakai cekci cekci tu..hihik ..Baik rewind balik citer lama-lama zaman 80-90 an dulu kan, sonok gak..tak jemu nengoknye. heee ..tak cukup dengan tu, mesti nak google sokmo gambar dorang. haih parah!

Gambar-gambar yang nisa tepek kat sini ni semuanya adalah ihsan dari google, bukan apa..lain kali nak cek umo dorang, belek blog sendirik je lah kan. ni baru separuh tau!..huhu!
Jom layannnn....
Karishma Kapoor - June 25, 1974 (age 40)

Saif Ali Khan - August 16, 1970 (age 44) + September 21, 1980 (age 34)



 Preity Zinta - January 31, 1975 (age 40)



Amitabh Bachchan - October 11, 1942 (age 72)

Shah Rukh Khan - November 2, 1965 (age 49)




Aamir Khan - March 14, 1965 (age 50)



Aftab Shivdasani - June 25, 1978 (age 36)

Katrina Kaif - July 16, 1983 (age 31)

Salman Khan - December 27, 1965 (age 49)

Dharmendra -  December 8, 1935 (age 79) + Bobby deol - January 27, 1967 (age 48)

Esha Deol - November 2, 1981 (age 33) + Hema Malini - October 16, 1948 (age 66)

Kajol - August 5, 1974 (age 40)

Aishwarya Rai - November 1, 1973 (age 41)

Hritik Roshan - January 10, 1974 (age 41)

Jugal Hansraj - July 26, 1972 (age 42)


Priyanka Chopra - July 18, 1982 (age 32)

Rani Mukherjee -March 21, 1978 (age 37)


Sanjay Dutt - July 29, 1959 (age 55)


Akshaye khanna - March 28, 1975 (age 40)

Urmila Matondkar - February 4, 1974 (age 41)






" Setakat tu je lah dulu, nanti kalau jumpa lagi, kita tambah entry baru yep! kehkeh " ^_^

Friday, 7 August 2015

Isteri Pertama Ashraf Muslim & Madu Sama-Sama Hamil

Ya Allah, terharu sangat bila baca posting kisah mahligai cinta Ashraf Muslim dan Isteri-isterinya.
Especially Kak Dayana, nisa betol-betol adore dan admire akak! tak tau nape tetiba rasa sedih dan bersyukur sangat bila tahu akak hamil. Semoga semuanya di permudahkan Allah s.w.t. I love you kak.
Sungguh indah hikmah yang Allah berikan hasil berkat kesabaran yang maha hebat, semoga Masjid yang dibina berkekalan hingga ke Syurga hendaknya. Aaminn


Petikan berikut dipetik dari facebook Vanilla Kismis



Lama isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana ni menanti akhirnya datang juga rezeki. Itulah hikmah bersabar.
Bestnya madu dia juga sama-sama mengandung. Noor Dayana hamil empat bulan manakala Wan Sakinah sarat mengandung lapan bulan.
"Saya sangat gembira dengan kehamilan ni. Saya tak mahu maklumkan awal kehamilan ...Dayana kerana taku timbul rasa riak atau perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini dua-dua isteri saya hamil. Saya akan jaga mereka dengan sebaiknya, tiada berat sebelah,” ujar Ashraf kepada portal Murai.

Sumber: Murai, Rotikaya
Foto: Majalah Keluarga
"Barakallahulakuma.."

Monday, 15 June 2015

Biodata Shukri Yahaya

Nama penuh: Shukri Yahaya
Tarikh Lahir: 13 June 1988
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Telemovie: Utusan Ilahi, Selempang Kuning, Kereta Kita, Yang Mana Satu, Sebuah Pangkin Kayu, Nenek Ranggi, Baju Raya Kain Perca, Engkau Laksana Bulan, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Perempuan Itu Ibuku, Munajat Terhenti, Atukku Juniorku

Filem: Jiwa Taiko (Bara Jiwa), Ular, Lari

Drama: Asam Pedas Untuk Dia, Jika Itu Takdirku, Menjinak Ombak, Ruby, Sahabat, Juvana, Plan B, Tabuh Merdeka, Dendam 5 Beradik, Antara Dia, Asmara Luna, Diari Platun, Dia Isteri Luar Biasa
Follow Shukri Yahaya di Instagram, Twitter, Facebook
Kelab Peminat Shukrivals : Twitter,  Instagram, Facebook




Lihat Koleksi Gambar Shukri Yahaya