Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
Sunday, 17 April 2016
Thursday, 24 March 2016
Ubat Cirit Birit
Adoi tajuknya pun dah menggambarkan kehebatan rasanya. Kikiki . Sape penah dengar Pil 'Chi-Kit' Teck Aun? sape yang penah guna mesti dah tau kuasa dan kehebatan ubat ini kan. Kalau nisa, nisa panggil ubat cap helang je. Susah nau nak sebut nama ubatnya, Heee.
| Pil 'Chi-Kit' Teck Aun @ ubat cap helang |
Memandangkan nisa adalah seorang yang mempunyai perut yang sensitip, ubat ini adalah ubat yang wajib ada dalam handbag nisa walau dimana jua nisa berada. Cewahhh! hahaks! Wajib ada K!
Tambah-tambah bila musim majlis perkahwinan, ubat ni memang berkotak kotak ler ada dalam beg nih. Selalu sangat diserang cirit birit katakan . Kikiki ! Nisa ni memang camtu, pantang makan kat majlis kenduri kendara, wajib nisa lah orang pertama yang bertapa dalam bilik air lepastu. haha. buek malu ajo.
Pil 'Chi-Kit' Teck Aun atau ubat cap helang ni digunakan secara tradisional untuk merawat :
- senak perut
- cirit-birit
- muntah-muntah ringan
- mabuk perjalanan
- membantu makanan yang tidak hadam
Dimakan dengan air suam
Alhamdulillah, dengan adanya ubat ini... ia betol-betul membantu nisa tau. Alhamdulillah dengan izin Allah, sakit tu reda. Sapa yang belum cuba boleh lah try lepasni ye. Harap membantu :)
TQ for reading this entry :)
Tutorial Membuat Gambar Passport
Kali ni nisa nak share cara menghasilkan gambar passport menggunakan software adobe photoshop dan illustrator. Nisa tau ramai kat luar sana yang dah pro dalam bab-bab editing ni kan. Ok , yang dah tau tu Alhamdulillah . . Tapi untuk mereka yang tau basic menggunakan sofware-sofware ni, tapi tak tau cane nak buat gambar passport tanpa perlu lagi pegi ke kedai, ok kalian boleh follow tutorial di bawah ye..
Adobe Photoshop
Firstly cari gambar yang sesuai untuk dijadikan gambar passport, pastikan bukan gambar selfie atau gambar posing yang nampak muka sipi-sipi , moncong moncong tu tau ! hihi. kalau takde, amik baru je . . guna kamera fon, cari background putih atau kosong, untuk memudahkan proses editing nanti.
Cara-caranya :
2. Klik Image > Duplicate > Automatic file gambar tadi di copy (macam pic kat atas), so sekarang ada 2 image kan.
3. Tarik original image tadi ke atas copy image yang telah di'duplicate kan
5. Lihat background pada gambar yang telah dibulatkan seperti tutorial gambar di atas > tarik layer background tadi > delete (tengok tanda arrow pada gambar untuk delete)
6. Klik Pen tools > edit menggunakan pen tools untuk membuang semua background yang tidak diperlukan
7. Temukan titik pertama dan terakhir > tekan right click > click make selection > click delete untuk membuang semua sudut yang tak diperlukan.
8. Hasilnya seperti gambar tutorial di atas
9. Save as image dalam file photoshop
Adobe Illustrator CS6
10. Create rectangle kat tools, buat bentuk segi empat berukuran 1.5 x 2 Inch > dapatkan color background biru (boleh google je)
11. Open image photoshop yang telah di edit tadi > bawakan ke atas background yang disediakan
12. Kalau image besar atau lebih dari background > click rectangle bersaiz 1.5 x 2 inch pada gambar > click right clik >click make clipping mask (pastikan ia sentiasa di front layer)
13. So hasilnya seperti pic diatas.
14. Open new file A4 size > Copy paste gambar passport tadi seperti di atas > dan print.
15. Jangan lupa setting Glossy photo paper sebelum print ye, macam nisa, nisa guna Glossy Photo Paper 200 gsm.
Ok hasil selepas dicetak (maap ler, kamera fon tak cantik, heee)
Sedia untuk dipotong
![]() |
| Gambar Passport |
Ok Siap dah gambar passport kita. hehe
Yang mana ada kemahiran menggunakan photoshop dan Ai tu boleh lah buat side income . Macam kat Kedai Nisa Biz Solution (NBS) sekarang pon nisa open oder buat gambar passport ni tau.
"Nisa buat + nisa jual + nisa share"
Harga yang dikenakan hanya RM5 =10 Keping gambar passport. Ok lah tu . . . ye tak ? hehe.
Jadi, Selamat mencuba ye :)
Thursday, 11 February 2016
Print Gambar Murah
Kepada anda yang mencari perkhidmatan photo printing (Sekeping Gambar dalam satu A4 Size)
Kami di Nisa Biz Solutions menyediakan perkhidmatan cetakan untuk setiap koleksi gambar anda seperti :
Kepada yang berminat, bolehlah menghantar soft copy gambar anda di alamat email berikut
Email : Nisabizsolutions@gmail.com beserta Nama, Alamat, dan nombor telefon.
Harga Promosi : RM5 / Sekeping
Size : A4 (11.6 x 8.2 Inch)
Minimum Order : 5 Pcs / A4
Paper : Glossy Photo Paper 200 gsm
Proses penghantaran via : Pos Laju (+RM5)
Kepada anda yang berdekatan dengan premis kami, anda boleh terus walk in ke kedai kami yang beralamat di Internet Cafe NBS, Lot 862 Simpang 3 Geting,16200 Tumpat Kelantan.
Yang mana self collect di premis niaga, tiada minimum order dikenakan. (sekeping pon boleh je)
Perkhidmatan tambahan : Comb Binding / Liminate/ print bunting banner/ bussines card/ wedding card/ Service, Upgrade, Format Computer/ phone.
Whatsapp/Telegram : 0149232129 untuk urusan lanjut/ Pertanyaan/ Pengesahan tempahan dll. TQ
Kami di Nisa Biz Solutions menyediakan perkhidmatan cetakan untuk setiap koleksi gambar anda seperti :
- Gambar Kahwin
- Gambar family
- Gambar lelama / Klasik / Zaman kanak-kanak Ribena
- Gambar selpiee dan lain-lain.
![]() |
| Contoh |
Kepada yang berminat, bolehlah menghantar soft copy gambar anda di alamat email berikut
Email : Nisabizsolutions@gmail.com beserta Nama, Alamat, dan nombor telefon.
Harga Promosi : RM5 / Sekeping
Size : A4 (11.6 x 8.2 Inch)
Minimum Order : 5 Pcs / A4
Paper : Glossy Photo Paper 200 gsm
Proses penghantaran via : Pos Laju (+RM5)
Kepada anda yang berdekatan dengan premis kami, anda boleh terus walk in ke kedai kami yang beralamat di Internet Cafe NBS, Lot 862 Simpang 3 Geting,16200 Tumpat Kelantan.
Yang mana self collect di premis niaga, tiada minimum order dikenakan. (sekeping pon boleh je)
Perkhidmatan tambahan : Comb Binding / Liminate/ print bunting banner/ bussines card/ wedding card/ Service, Upgrade, Format Computer/ phone.
Whatsapp/Telegram : 0149232129 untuk urusan lanjut/ Pertanyaan/ Pengesahan tempahan dll. TQ
![]() |
| Contoh |
P/s : Semakin besar kualiti size gambar / file / pic resolution , semakin cantik / berkualiti gambar yang dicetak.
:: Terima Kasih ::
Friday, 27 November 2015
Aplikasi Al-Quran Bahasa Melayu
Assalamualaikum w.b.t...
Nisa nak share satu aplikasi yang sangat bermakna dalam kehidupan kita sebagai insan yang beragama islam. Aplikasi Al-Quran bahasa melayu ni adalah aplikasi yang sangat mudah untuk kita memahami maksud ayat-ayat Al-Quran dimana ia didatangkan dalam terjemahan bahasa melayu yang memudahkan kita to understand every single words.
Every muslim phone must have this application...Dengan adanya aplikasi ini, kita dapat membacanya tak kira dimana saja kita berada dan pada bila-bila masa. Marilah kita hayati setiap baris ayat-ayat Al-Quran ini..... Semoga Allah SWT membuka pintu hati kita serta memberikan kita kenikmatan dan kedamaian yang tak terhingga tatkala memahami ayat-ayat suciNya.
Kepada yang belum dapatkan aplikasi ini, Jangan tunggu lagi... Jom Install sekarang :)
:: Selamat menghayati kalam Allah ::
Khasiat Kunyit Yang Perlu Anda Tahu
Khasiat kunyit
Sumber
Masyarakat Melayu guna kunyit sebagai jamu bagi ibu yang selepas
bersalin, digunakan untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Kunyit di
ambil sebagai ulam atau minum air rebusan ibu kunyit.
![]() |
| Kunyit |
Kunyit juga terkenal untuk memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.
Kunyit juga dipercayai dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Di Jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari dalam badan.
Bagi masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.
Di India dalam perubatan ayuverda, kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria, pada luka, kesan terbakar dan juga kesan lebam.
Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat luka akibat patukan ular.
Kunyit mempunyai antioksiden yang tinggi, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu mengurangkan paras kolesterol dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’ menghalang menyempitkan arteri penyebab utama serangan jantung.
Kunyit juga membantu menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).
Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.
Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit-sakit lutut, dan ruam.
Sumber
Thursday, 26 November 2015
Aplikasi Waktu Solat Terbaik
Alhamdulillah, semenjak guna "Aplikasi Solat" ni... tak perlu nak tengok-tengok jam lagi dah kalau nak tau waktu solat dah masuk ke belum. Dengan hanya setting lokasi anda sahaja, azan akan berkumandang tepat pada waktunya.
![]() |
| Waktu Solat Malaysia |
![]() |
| Waktu Solat |
![]() |
| Pilihan Warna |
![]() |
| Variety of widgets |
![]() |
| Display Masjid During Azan |
![]() |
| Lokasi Masjid terdekat |
![]() |
| Waktu Solat, Kiblat dan Jam |
Syukur sangat bila jumpa aplikasi ni..kerana secara tak langsung ia membantu kita untuk solat di awal waktu.
Terima Kasih yang tak terhingga buat insan yang mencipta Aplikasi Solat yang Terbaik ni. Barakallahu fiikum ^^,
Jadi kepada anda yang masih mencari-cari atau belum lagi mendapatkan aplikasi ni di fon anda, cepat-cepat lah install sekarang ye :)
:: Semoga Allah melindungi dan memberkati kita semua, Insha Allah ::
Sunday, 6 September 2015
Kelebihan Kulit Kayu Manis
Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi dan beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi.
Khasiat kulit kayu manis
Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2. Pengambilan 1gm (satu sudu teh) serbuk kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.
Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.
Sebenarnya kulit kayu manis gemar digunakan dalam tea arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya.
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.
Penemuan Para Saintis
Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes jenis 2.
Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.
Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.
Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes jenis 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.
Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.
Hasil Kajian Perubatan dari Kulit Kayu Manis
Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.
1. Jerawat
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.
Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.
Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.
2. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.
3. Selesema
Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.
4.Keguguran rambut
Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.
5. Sakit gigi
Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.
6. Penghadaman
Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.
7. Jangkitan pada pundi kencing
Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.
Caranya;
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.
8. Kolestrol
Anda nak mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??
Caranya;
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.
9. Sakit jantung
Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.
10. Artritis
Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.
Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.
11. Sistem imunisasi
Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.
Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.
12. Masalah kesuburan
Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.
13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.
14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.
Sunday, 30 August 2015
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2015
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Selamat Menyambut Hari Kemedekaan buat semua rakyat Malaysia! Semoga kita sentiasa dilindungi Allah swt, hidup aman damai dan diberkatiNya.
![]() |
| Merdeka |
Doa Memohon Perlindungan
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى مُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ ذِي شَرِّ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اِقْضِ عَنِّي الدَّيْنَ وَأَغْنِنِي مِنَ الْفَقْرِ.
Ya Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan segala sesuatu, Pembelah biji dan benih, Yang menurunkan Taurat, Injil dan Al-Quran. Aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah yang pertama, tidak ada sesuatu pun sebelumMu. Engkau adalah yang terakhir, tidak ada sesuatu pun selepasMu. Engkaulah yang zahir, tidak ada sesuatu pun yang yang mengungguliMu dan Engkaulah batin, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaMu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkanlah aku daripada kefakiran.
Puisi Sempena Hari Kemerdekaan
Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga
Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,
Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam
Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.
Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam
Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.
Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang
Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan padu
Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.
Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan padu
Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.
Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Sepumtum
Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,
Terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.
Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,
Terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.
Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.
Dihalaman kembang sepatu ini,
Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,
Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa
Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,
Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa
Karya : Sazalee Haji Yacob
#SalamSehatisejiwa
Monday, 24 August 2015
Kelebihan Telefon Pintar : Galaxy Note 5
Kelebihan dan Perbezaan Galaxy Note 5 dengan Galaxy Note 4
![]() |
| Galaxy Note 5 |
Bentuknya kecil dan nipis berbanding Note 4.
Ketebalan tidak sampai 0.3 inci
Panjang 6.0 inci
Lebar 3.0 inci
Skrin 5.7 inci yang menjadi kelebihan masih sama seperti Note 4.
- Hasil gambar yang tentunya lebih baik, dengan kamera hadapan berpiksel 5MP.
- Memiliki ciri full HD Live Broadcast, yang membolehkan pengguna menstrim video secara peribadi atau secara umum.
- Pena yang lebih baik : Pengguna kini boleh menulis di atas skrin sekalipun ketika skrin ditutup.
- Dilengkapi ciri scroll-capture, yang membolehkan pengguna membuat screen capture laman web secara keseluruhan.
- Dari segi warna, ia boleh didapati dalam warna hitam dan putih
- Saiz memori 32GB dan 64GB.
Samsung Galaxy Note 5 : Official Introduction
Harga Tambang Istimewa Air Asia Sempena Merdeka 2015
![]() |
| Air Asia |
Air Asia menawarkan tambang murah serendah :
RM29 ke destinasi domestik bagi perjalanan sehala
bermula 1 Feb hingga 26 Mei 2016, di bawah promosi jualan Merdeka.
RM109 bagi perjalanan sehala ke destinasi antarabangsa bagi tempoh yang sama.
Tambang bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Terengganu, Alor Setar dan Kota Baharu ditawarkan pada harga daripada RM29+ manakala ke Kuching daripada RM89+.
RM109+ ke Pattaya, Thailand; Goa, India daripada RM199+ dan Maldives daripada RM299+ serta tambang kompetitif ke destinasi lain di seluruh ASEAN.
Tempahan promosi tambang berkenaan boleh dibuat bermula esok sehingga 30 Ogos 2015 di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bagi peranti Android dan iPhone di mobile.airasia.com.
Sumber
Sunday, 23 August 2015
Kempen Kecapi Impian Anda Bersama Sunsilk
Berita gembira untuk wanita berhijab diluar sana!!!
Anda berhasrat untuk menjadi seorang penyanyi, pengarah atau wartawan penyiaran? anda boleh sertai kempen,
“KECAPI IMPIANKU BERSAMA SUNSILK”
Sesapa yang berminat boleh join sekarang tau, hehe...
Nisa tokang pomot je, sebab kalau nisa nak jadi penyanyi dan wartawan tu, opkos lah jauh panggganggg dari api.. kehkehkeh!
Hah! kalau nak tau Najwa latif, Melissa dan Nisa Kasnoon akan membantu anda mencapai impian anda nanti.
Peserta yang terpilih perlu membuktikan kebolehan dan keazaman untuk merialisasikan impian mereka. Namun ketiga-tiga peserta akhir yang terpilih tidak akan bersaing sebaliknya mereka akan merasai pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.
Adakah anda berminat untuk didikan daripada penyanyi Najwa Latiff, pengarah Melissa Saila dan wartawan Nisa Kasnoon bagi membantu merialisasikan impian anda?
Portal Astro Gempak bakal menyediakan ruang ini buat anda yang
berusia 18 hingga 29 tahun
Penyertaan dibuka sejak
11 Ogos 2015 dan akan berakhir sehingga 6 September 2015 ini
dan ianya boleh dilakukan menerusi laman web Astro Gempak di www.astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk
dan ianya boleh dilakukan menerusi laman web Astro Gempak di www.astrogempak.com.my/impiankubersamasunsilk
"Kepada mereka yang berminat, yang ingin menyertai, ataupun sudah menyertai, Good Luck Nisa doakan ye. Semoga impian anda tercapai."
150 Saluran percuma di ASTRO
Sumber
Astro Hadiahkan 150 Saluran Percuma Selama 10 Hari Sebagai Tanda Terima Kasih?
Sumber
Astro Hadiahkan 150 Saluran Percuma Selama 10 Hari Sebagai Tanda Terima Kasih?
Sebagai penghargaan pihak Astro kepada pelanggannya,
mulai 22 Ogos hingga 31 Ogos 2015
selama 10 hari
pelanggan boleh menikmati lebih dari 150 saluran percuma di rangkaian Astro.
Ia turut termasuk dengan saluran berunsurkan informasi, hiburan dan sukan serta saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD).
Selain daripada menonton di televisyen, pelanggan Astro juga boleh menikmati tawaran istimewa ini dengan menggunakan aplikasi dalam talian iaitu Astro on the Go melalui telefon pintar dan gajet mereka.
Ini merupakan tanda penghargaan Astro kepada pelanggannya yang selama ini setia bersamanya.
Di dalam tempoh 10 hari tersebut, pelanggan Astro bakal menikmati hiburan tanpa batasan dari dalam dan luar negara yang mana ia hanya dapat dinikmati oleh pelanggan Astro sahaja.
Saksikan filem-filem terhebat dari Hollywood dan Bollywood, rancangan dokumentari di dalam kejelasan berdefinisi tinggi (HD), dan kepelbagaian filem indie hasil ciptaan pembikin filem terkemuka di saluran Sundance dan A-List.
Saksikan juga drama bersiri televisyen paling popular yang disiarkan secara serentak dengan waktu tayangan di UK dan USA.
Selain dari itu pelanggan Astro turut berpeluang untuk menonton drama bersiri Korea, program realiti seperti Maharaja Lawak dan siaran langsung acara sukan terhebat dari seluruh dunia.
Penghargaan dan tanda terima kasih ini adalah dikhaskan buat semua yang telah memilih Astro sebagai syarikat Media dan Hiburan Terbaik Malaysia seterusnya melayakkan Astro untuk menerima pengiktirafan di Putra Brand Awards bagi tahun ke-enam berturut-turut.
Selain dari itu, ERA fm dan hitz fm di bawah Astro Radio turut telah menerima anugerah Emas dan Perak dalam kategori yang sama.
ERA fm adalah radio nombor satu di Malaysia dengan jumlah pendengar sejumlah 4.8 juta pada setiap minggu, manakala hitz fm pula adalah antara rangkaian radio paling popular di Malaysia dengan mencatat sejumlah 1.2 juta pendengar pada setiap minggu.
Putra Brand Awards merupakan sebuah jenama anugerah tersohor di Malaysia yang dianjurkan oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands.
Penerima anugerah bagi kategori Emas, Perak dan Gangsa di Putra Brand Awards ditentukan oleh 6,000 orang pengguna di seluruh Malaysia.
Nota: Mulai 22 hingga 31 Ogos 2015, lebih dari 150 saluran percuma akan ditawaran kepada semua pelanggan Astro, namun saluran-saluran yang berbayar dan dibeli secara a la carte seperti Astro First, Astro Best, Golf HD, Astro Cricket, WWE Network dan Setanta Sports HD adalah dikecualikan
Sumber
Saturday, 22 August 2015
Penyakit Tonsil
Punca Sakit Tekak Adalah
Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :
Masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.
Rawatan Tonsil :
Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil
Lemon
Daun Selasih
Kayu Manis
Baca lagi dengan klik link berikut :
Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3
Jangkitan bakteria : disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang
Jangkitan virus : kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.
Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher : Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).
Tonsilitis : ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.
Apakah itu Tonsil?
![]() |
| Sumber gambar dari google : takut nak letak gambor tonsil yang real. Gambar kartun pon jadi lah. Nak tengok yang ory?. google je lah ek. huhu |
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.
Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :
- Adenoids : tonsil yang terletak di belakang hidung
- Lingual tonsils : tonsil di belakang lidah
- Palatine tonsils : tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.
Masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.
Antara gejala @ simptom radang tonsil ialah :
- Sakit tekak bengkak dan merah
- Sukar atau sakit untuk menelan
- Ada tompokan putih pada tonsil
- Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
- Demam yang sangat tinggi @ Demam dan menggigil
- Sakit kepala dan sakit-sakit badan
- Suara garau atau hilang suara
- Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
- Mulut berbau
- Berdengkur waktu tidur
Rawatan Tonsil :
- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
- Makan makanan yang sejuk dan lembut
- Banyakkan minum
- Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
- Rehat
- Makan antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Amalkan :
- Kerap minum air suam
- Kerap berkumur-kumur dengan air garam
- Elakkan minuman yang bergas/bewarna
- Banyakkan makan buah-buahan terutama yang mengandungi vitaamin c
- Gunakan ubat kumur untuk tekak (lozenges)
- Makan madu
- Bancuh secawan teh dengan campuran sedikit kulit kayu manis
- Minum air asam jawa
- Ambil sesudu kicap & dicampurkan dengan limau nipis
Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil
Air Garam
![]() |
| Air garam |
Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria serta mengurangkan keradangan dan memberi keselesaan.
Cara- cara Penyediaan:
- Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
- Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
- Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat
![]() |
| Lemon |
Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
Cara- cara Penyediaan :
- Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
- Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.
![]() |
| Daun selasih |
Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
Cara- cara Penyediaan :
- Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
- Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
- Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari
Kunyit
![]() |
| Kunyit |
Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni.
Cara- cara Penyediaan :
- Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
- Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
- Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
- Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.
![]() |
| Kayu Manis |
Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
Cara- cara Penyediaan :
- Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
- Campurkan dua sudu teh madu
- Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
- Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu
Daun Pudina
![]() |
| Daun pudina |
Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda.
Cara- cara Penyediaan :
- Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
- Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
- Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
- Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsillitis
Halba
![]() |
| Halba |
Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
Cara- cara Penyediaan :
- Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
- Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
- Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
- Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsillitis
Baca lagi dengan klik link berikut :
Sumber 1, Sumber 2, Sumber 3
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































