nuffnang

Friday, 24 March 2017

Episod 2 : Peristiwa itu

Entry ni sebenarnya dah lama nisa tulis. bulan April 2016 lagi...
hari ni baru tergerak hati nak publish...Mungkin time nisa taip citer ni nisa duk mengigil sampai tak terpost kot, hehe....tapi sekarang, dah ok dah...Maaf lah, memalam post citer pelik-pelik kat korang, hehe. kalau penakut tak yah baca lah ye..kekeke

yang ni episod 2 dah, tak baca episod 1 memang tak paham citer ni citer apa, hiks! episod 1 boleh klik kat sini . Episod 3 tak de lah pulak dalam draft ni, haha...maybe this is the last episod kot, haha




EPISOD 2

Setelah peristiwa semalam
detik-detik yang berlalu terasa terlalu sukar untuk ditafsirkan...
serasa tidak ingin membiarkan mentari tenggelam, biarlah ia terus memancar menerangi alam.
Tak sanggup mengharungi kegelapan malam yang bakal melabuhkan tirai kesunyian.
Setelah kejadian itu, nisa dan Mr.n bertekad balik kerumah setiap hari walau betapa penat mahupun lewat malam kami bekerja.
Tak sanggup nisa berkongsi kediaman nisa bersama makhluk yang sudah nisa lihat kewujudannya...
Sungguh daku tak rela....

Seusai membersihkan diri, kami berjemaah bersama. solat hajat, mengaji sehingga larut malam. Ayat-ayat suci dibaca agar menjadi benteng penghalang antara kami dan makhluk tersebut. Semoga Allah tidak membuka hijab nisa melihat peristiwa seperti semalam lagi. cukuplah hanya sekali mereka datang menggangu.

Jam menghampiri detik 2 pagi. Kejap lagi Mr. N akan bertolak ke tempat kerja. Semua lampu yang ada kat rumah Mr.n buka... biar ia terpasang sehingga esok pagi katanya. Sementara Mr.n bersiap, berulang kali dia mengajukan soalan kepada nisa...

"Betulke nisa dah OK?"

Nisa angguk memberi kepastian.

"Kalau nisa nak, abang boleh temankan....... hurmm Abang temankan nisa ye?" soalnya ingin mendapat kepastian.

"Tak apa, saya ok, abang pegi lah, Insha Allah takde pape". balas nisa memadam kerisauan dihatinya.

"Ok kalau macam tu tak apa lah.. tidur ye. Abang tak tutup lampu. 

"OK..."

Satu persatu langkah Mr.N nisa perhatikan, sehingga beliau hilang dari pandangan.
Sayup-sayup kedengaran, pintu rumah dikunci, enjin motorsikal nya dihidupkan, sehinggalah pintu pagar depan rumah ditutup dan dimangga kan... akhirnya, bunyi itu hilang.....
.
Kesunyian datang lagi menerpa...
Dari atas katil, nisa baring sambil menutup telinga dengan bantal, pejam mata serapat rapatnya, mulut terkumat kamit tak henti-henti membaca ayat suci Al-Quran....

"Ya Allah hijabkanlah pandangan mataku, lindungilah aku, kuatkan lah aku" bisik nisa perlahan

Debaran di hati sedikit demi sedikit beransur pergi...Belum sampai 10 minit Mr. N meninggalkan rumah, terasa sejuk dari sebelah kiri nisa. seolah-olah desiran angin datang menerpa ke bahu.. Allah! sejuk, panas, sejuk, panas bertaut menjadi satu. Nisa cuba tenangkan hati. cuba kosongkan fikiran.

"OK nisa, jangan risau...tak ada apa-apa. kosongkan fikiran, kosongkan fikiran" kata nisa lagi.

Bantal yang dari tadi berada diatas telinga, nisa angkat. cuba buka mata... memandang ke arah pintu bilik yang tidak ditutup...



"Zasssssss!!!......." satu kelibat bergerak laju diluar bilik...

"Allah! Allah! Allah!
pantas nisa mengucap!

"Allahhuakhbar! Allahhuakhbar!" nisa menjerit

Tangan tiba-tiba bergetar, darah seakan naik ke kepala..
"Ya Allah, aku tak nampak! aku tak nampak!" nisa cuba tenangkan hati untuk kesekian kalinya..
namun kali ni tak menjadi...tiada ketenangan lagi...
Tangan meraba-raba di sebelah kanan, kiri...mencari handphone...nisa mengigil!

" YA Allah, kenapa nampak lagi??"
Cari Fon,
Sebenarnya takut nak tengok skrin fon, takut gambar yang tak diingini terpampam keluar di hadapan mata...

namun, cepat-cepat nisa dail nombor Mr.N....
tak sampai 2 kali berdering, nisa kedengaran suara Mr.N....
Ya Allah takutnya ketika ni, takut sangat-sangat apabila memikirkan

(macam mana kalau bukan suara Mr.N?) aduhai, sampai kesitu nisa pikir...hurm

"Nisa! nisa! Hello... hello, nisa ok ke tak? awak OK ke takkk? hellooo " soal Mr.n berulang kali...resah!

Namun nisa berdiam diri, tanpa sepatah kata. apa yang terjadi? nisa hanya menangis! menangis dan menangis. lidah kelu. terkejut! takut!

"Sabar! abang balik sekarang" dari jauh kedengaran suaranya....

Sehinggalah bunyi motorsikal masuk kehalaman rumah! Tapi time ni, sekuat hati nisa tengkup muka dengan bantal! tak nak dengar! tak nak tengok apa!

Sampailah Mr.N datang pada nisa...ada di hadapan nisa...mendekatkan dirinya ....
tapi nisa menangis sambil jauhkan diri darinya... nisa tengok dia lama-lama. Dia datang dekat lagi, tapi nisa tolak dia... nisa pandang lagi dalam kekaburan deraian air mata, cuba mencari kepastian! supaya lelaki yang berada didepan nisa itu adalah SUAMI nisa bukan makhluk lain!
Sehingga lah kedengaran Mr.N mengalunkan Ayat-ayat Ruqyah...
terus nisa peluknya tanpa ragu! tekupkan muka ini seboleh-boleh didadanya. tak mau alih dah pandangan mata.

"Nisa jangan risau, abang tak pegi mana-mana dah. abang ada! abang ada! tak ada apa-apa, jangan risau, ok" katanya menghilangkan ketakutan yang ada.

perlahan-lahan esakan tangis berkurang. kepala dibelai dan diusap ditenangkan. debaran ketakutan sedikit demi sedikit menghilang...

"Terima kasih abang, jangan tinggal nisa lagi please!" kata nisa
"Ok. TAK! abang tak pegi mana-mana dah. Tidur ye. abang teman"
"Terima Kasih" ucap nisa lagi :'(

.......................................................................................



Dan malam itu menjadi malam terakhir nisa berada di rumah itu...
Esok harinya, nisa pergi kerja terus tak balik-balik...hehe
Nisa tidur di kedai.
2 malam Mr. N tak pegi kerja, heeee, teman bini punya pasal...tapi lepastu rutin harian berlaku macam biasa. Nisa tidur kat kedai sorang-sorang. rela tak balik rumah dah. sampai seminggu lepastu nisa ajak Mr.N pindah! huuuuu TAK NAK BALIK RUMAH TU DAH!

Tak tau nak citer macam mana... rasa ini
Mungkin kepada kalian yang pernah melihat, kalian akan mengerti...
Tapi percayalah anda TAK INGIN lihat pun apa yang nisa dah lihat
kerana nisa percaya, korang tak sanggup laluinya....krik!





Friday, 19 August 2016

Jangan mencari terlalu sempurna



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. 
Terlalu ingin mengejar kelazatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal. 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, 


TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN 
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. 
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA 
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS bahagia bersama selamanya....




Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya 
dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
cukuplah sekadar keperluanmu.... 
Apabila sekali ia retak.... 
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang.... 
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih dapat digunakan lagi....

Begitulah juga ......... 
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu 
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.... 

Mengapa kamu berlengah, 
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA 
apabila dia menjadi milik orang ain 
waktu itu MENYESAL sudah tiada guna....













Tuesday, 16 August 2016

Siapa Mdmnissa?



Siapa sebenarnya mdmnissa?

Jawapannya, 
bukan siapa-siapapun... hehe
nisa is no one and nothing special about me to story morry...
but if you want to know me , 
semuanya tercatit di blog usang ini. kalian boleh baca di sini ... 
not at all actually, 
ada lah yang tertapis nye 
yang terkadang rasa ingin luahkan segalanya di helaian maya ini, 
namun tak ter'publish....
because i am not strong as everyone thinks i am :'(


Kadang-kadang ada banyak perkara yang berselirat di hati, 
namun sayang tak mampu di terjemahkan dalam lisan kata,
bahkan tak mampu juga di alirkan rasa dalam untaian ayat bahasa,
Mungkin sahaja Tuhan mahu segala rasa itu menjadi rahsia hati antara kita dan DIA,
malahan mungkin sahaja hanya DIA yang layak mengetahui apa yang berselirat di hati.


When Allah says YES, no one can say NO.








Saturday, 16 July 2016

Putihkan Kulit Wajah dan Badan dengan POWER C BOOSTER

Kepada sahabat diluar sana yang mencari produk vitamin C yang sesuai untuk mencerahkan kulit wajah serta badan anda... Kini anda tak yah risau- risau lagi dah, sebab POWER C BOOSTER didatangkan khas untuk anda bagi mengatasi pelbagai masalah anda. Krik! ^_^


No Make-up selfie :)


Apa itu Power C Booster ?

Power C Booster adalah serbuk vitamin C yang sesuai digunakan untuk :

  • Mencerahkan kulit wajah & badan
  • Mengembalikan seri pada kulit yang lesu dan kusam
  • Memudarkan parut jerawat & kesan jerawat pada wajah
  • Menutup liang pori terbuka diwajah
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Merawat pelbagai masalah kulit yang lain
  • Merawat masalah tumit kaki merekah
  • Melembut, Gebu dan glowing (pink) kan kulit
  • Mengatasi masalah resdung dan alergik
  • Mengatasi Masalah rambut gugur
  • Menguat dan mencantikkan kuku
  • Merawat proses penuaan dan merawat kedutan di wajah
  • Membekalkan vitamin yang gagal diproses oleh tubuh
  • Menghilangkan sakit ketika datang bulan




Cara Penggunaan


Cara Penggunaan Power C Booster


Tips utk hilangkan JERAWAT dan lain2 masalah wajah:


1. Masker
  • Basuh Keseluruhan muka dgn bersih.
  • Pastikan Muka anda Berada dalam Keadaan sedikit lembab tidak terlalu basah atau kering
  • Ambil sedikit ' serbuk #PowerCBooster letakan dihujung jari 
  • Tekapkan pada bahagian jerawat 
  • Pastikan ianya diserap kekulit.
  • Lakukan 1 ke 2 kali Sehari sebelum tidur.
  • Ulang Proses yg sama hingga jerawat & parut anda hilang.


2. Scrub
  • Basuh Keseluruhan muka dengan bersih.
  • Pastikan muka anda berada dalam keadaan sedikit lembab dan tidak terlalu basah atau kering.
  • Ambil sedikit ' serbuk PowerCBooster letakan dihujung jari pastikan tidak terlalu berlebihan.
  • Gosokkan keseluruh bahagian wajah jangan terlalu kuat hanya gosokkan yang lembut keatas kulit.
  • Biarkan selama 2 ke 3 minit diwajah . 
  • Kemudian bilaskan dengan air bersih.
  • Scrub waktu sebelum tidur.
  • Ulang proses yg sama sehingga nampak kesan yg anda inginkan.


3. Minum
Cara Penyediaan: Suku sudu (1/4sudu teh)  =1 gelas air.
Atau,1 sudu penuh =1.5 liter air.


Power C Booster

Nota :

  1. Amalkan  2 ke 3 kali sehari : Pagi - sebelum makan ( Tengah hari - Sebelum makan / Malam - sebelum tidur)
  2. Bole dikemam tapi sedikit masam.
  3. Bancuh di dalam air, tidak semestinya air putih sahaja . Ikut selera masing-masing & kesesuaian.
  4. Sudu telah disediakan.
  5. Jangan buka penutup botol terlalu lama.
  6. Jangan biar terdedah pada suhu yg terlalu tinggi lebih dari 30°C.
  7. Vitamin C sngt sensitive pada persekitaran jika tidak dijaga dengan betul ia akan hilang fungsi dan kurang effective. Untuk dapatkan kesan maximum pastikan anda patuhi peraturan yg diberi.



"Jom kita sama-sama berpower B Booster :)"


Untuk sebarang tempahan :

Hubungi 

Whatsapp : 017-433 3312
Instagram : powercbooster_hq








:: Selamat Mencuba ::