nuffnang

Thursday 23 April 2015

Punca Rumah Berhabuk

Today is my offdayyy! Jom nikmati hari cuti anda!

Selpieeeeeeeeeeeeee!!! :p
Awal sangat ke???
Lepas je pos barang custemor tadi terus pi beli mentol lampu bilik yang tetiba tak idop semalam sambil shopping barang dapor sorang-sorang! haha... eksited ngat ehh nak shopping sampai tercegat depan shopping kompleks yang belum bukak lagi. haha, suke sangat buang tebiat! hohoooooo
Okeh! Hari ni nisa off day.. Nak cuci baju, nak mop lantai, nak lap-lap habuk yang tak penah habis...
Erm, cakap pasai habuk ni, nape habuk cepat sangat muncul ye? baru je 2 hari lepas nisa lap hiasan kat almari tu, tengok-tengok, aih ! dia singgah lagi ! Rumah ni, satu hari kene empat lima kali sapu, pastu sekarang dah wajib hari-hari mop lantai sebab nak elak habuk yang setiap saat makin bertambah tu! Errrrgh! bengkekkk hati ceq!

Punca Rumah Berhabuk
  1. Penggunaan kipas
  2. Ventilation atau pengudaraan yang kurang baik (kebanyakkan rumah batu sekarang takde lubang udara, hanya harap tingkap je.. so no wonder lahkan kalau habuk hinggap satu lori, huhu)
  3. Rumah yang dekat dengan highway (banyak kenderaan lalu lintas)
  4. Dekat dengan kawasan pembangunan
  5. Dekat dengan tempat pembakaran

Tempat yang sering memerangkap habuk
  1. Di belakang perabot besar seperti almari baju.
  2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek
  3. Karpet
  4. Bawah sofa
  5. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak
  6. Bawah katil
  7. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah
  8. Alas perabot, alas meja atau table runner
  9. Rak buku yang terbuka

Cara mengelakkan habuk dari rumah
  1. Kurangkan perabot/ hiasan/ peralatan yang boleh memerangkap habuk..
  2. Letakkan alas kaki yang heavy duty dan benar-benar boleh memerangkap habuk.. terutamanya yang dibawa bersama kaki..
  3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yg mudah dibersihkan berbanding kain.
  4. Gunakan sofa/alas yang berzip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk.
  5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk..
  6. Letakkan dua alas kaki, satu di luar pintu dan satu di dalam..
  7. Pastikan tingkap dan pintu tertutup.
  8. Bersihkan dari atas ke bawah, untuk elakkan kena mengelap atau membersih berulang kali.


Cara Mudah Membersihkan Rumah

Penjagaan tandas
Susun atur peralatan dalam tandas dengan kemas. Pastikan sabun tidak bersepah daripada kedudukan asal untuk memudahkan individu lain menggunakannya tandas dengan selesa.
Perkara paling penting yang perlu dititikberatkan ialah bilik air bebas daripada bauan tidak menyenangkan. Pemantauan secara berkala perlu dijadikan satu amalan agar tiada sisa buangan tertinggal hingga boleh mencacatkan pemandangan dan bauan.

Penjagaan lantai
Kebersihan lantai perlu diberi keutamaan terutama selepas memasak kerana kesan minyak yang melekat di bahagian terbabit boleh menyebabkan lantai menjadi licin dan amat berbahaya.
Mop dan lap lantai hingga kesan minyak itu hilang, supaya ia memberikan keselesaan kepada kaki ketika memijak bahagian berkenaan.
Selain di dapur, setiap ruangan lantai rumah perlu dibersihkan bagi mengurangkan pembentukan habuk yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lain pada diri.

Penjagaan pakaian
Bau baju yang harum dan bersih meninggalkan impak yang tinggi kepada seseorang terutama dalam memberikan daya keyakinan dan keselesaan. Penggunaan pembersih dan pewangi pakaian memberikan kelebihan bagi memastikan baju digunakan sentiasa bersih dan harum.

Wangian rumah
Pastinya bau rumah yang bersih dan segar menjadi pilihan setiap suri rumah.
Selepas melakukan kerja pembersihan, mungkin ada yang masih lagi berhadapan dengan bau kurang menyenangkan. Namun, kini terdapat cara mudah untuk menyediakan rumah yang bersih dan segar antaranya menggunakan wangian rumah sama ada daripada bahan berasaskan gel, semburan ataupun wangian bijian.

Pembersih pinggan
Kebersihan peralatan dapur yang dihidangkan kepada tetamu sentiasa menjadi tumpuan utama apatah lagi ia menonjolkan sikap tuan rumah sama ada dia pembersih atau bersikap sambil lewa.
Penggunaan pencuci pinggan bersesuaian membantu membersihkan kesan kotoran dan berupaya menghilangkan kesan minyak secara keseluruhan.
Tetapi paling penting, jangan `kedekut’ ketika menggunakan bahan terbabit bagi memastikan tiada kotoran tertinggal selepas dibasuh.

Penjagaan barangan kaca
Kesan habuk ataupun minyak yang melekit pada barangan kaca adakalanya boleh menyebabkan peralatan terbabit kelihatan kusam dan tidak bersih. Bagi mengurangkan masalah itu, anda perlu menggunakan produk bersesuaian dan pada masa sama, mengembalikan serta menyerlahkan seri setiap barangan.

Tisu
Antara kelengkapan utama yang menjadi kegunaan penting apabila berada di rumah ialah tisu.
Bukan saja memudahkan malah produk pakai buang ini turut menjamin kebersihan diri berbanding penggunaan kain secara berulang kali. Oleh itu, bekalan tisu mencukupi perlu dititikberatkan terutama ketika tetamu berkunjung di hari perayaan.




**Jom nikmati hari anda**







sumber

27 comments:

  1. Singgah pagi...
    kalau ikutkan hati 2 minggu skali nak cuci rumah..hihi...

    ReplyDelete
  2. rumah berhabuk tiada halangan untuk berselfiee.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pestime gambo selpiee tuan empunya bdn ada kt dunia maya, jgn tak caya lak..haha :p

      Delete
  3. kena kuatkan iman untuk bersihkan rumah!
    hahaha

    Salam & hi awak,

    Mintak maaf semua peserta Pencarian Bloglist April, Mei & Jun 2015 by BBL. Baru je update senarai bloglist terbaru.

    Boleh rujuk entri ini ya

    http://budakbandunglaici.blogspot.com/2015/04/update-senarai-bloglist-mei-jun-julai.html

    ReplyDelete
  4. Petua nak kurangkan habuk dalam bilik. Letak sedang air and place it Kt atas almari atau tempat tinggi. Make sure pakai dulang. Jgn pakai baldi. Dulang besi la kalau bole. Yg org kenduri Kt kg selalu pakai tu. Dulang silver ke. Xtau logic di sebalik tu. Tp tu petua mak saya. Insya Allah kurang habuk dalam bilik. Jgn lupa tukar air seminggu sekali

    ReplyDelete
  5. Kalau sebab kipas,x kan nak pakai aircond. Aircond pun x bagus sgt. Nanti badan rasa sengal2.sakit tulang.

    ReplyDelete
  6. Kalau sebab kipas,x kan nak pakai aircond. Aircond pun x bagus sgt. Nanti badan rasa sengal2.sakit tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, nisa kalau duk dalam aircon je, mesti angin naik sampai ke kepala, hurmm

      Delete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^