nuffnang

Sunday 28 November 2010

Awan


















Kelam awan berarak perlahan
menyelongkar isi hati...
merobek sebuah kedamaian
tangisan tertitis rasa kealphaan
jiwa ketandusan pengharapan
awan....seakan merungut,
mungkinkah mengerti?

Akulah permata sepi
dihujung hari longlai
mula memamah diri
rindu kian tersekat
agar
memujuk hati meneruskan mimpi
kutaburkan sisa benih harapan
di atas batas penantian
awan seakan tersengih
mungkinkah mengejek?

Namun bersama sepi ini, penantian masih terasa
saban hari terus membara walau  ia kian gerhana
bersama  titisan kerinduan pasti
yang terkadang datang  terkadang pergi
awan seakan tersenyum
mungkinkah merestui?

Jauh disudut hati
doa sentiasa mengiringi
agar diri terus tabah meniti hari
moga muncul kebahagian diimpi
agar ia dapat dirasai
kerana
aku lah pemuja pasti!