nuffnang

Wednesday, 30 September 2015

Pemenang Giveaway Choose Yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu Ribuan Terima Kasih yang tak terhingga kepada blogger blogger yang sudi sama sama memeriahkan Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa kali ini.



OK Nisa taknak bebel panjang panjang dah, jom kita lihat siapakah pemenang-pemenangnya. Berikut adalah senarai pemenang berdasarkan nombor hadiah yang telah dipilih.





Pemenang hadiah nombor :


 1. KhoirunAnnisyak
http://pemilikcintahati.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

 2. Emalin Mohd
http://emalinmohd.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

 3. Emma diana
http://emmadianastory.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

 4. Along Polimas
http://kehidupanseorangbujang.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

4. Cik Hani
http://cikhanicruzier.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

 5. Murni Mohd Yusof
http://murnimohdyusof.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

 6. Mardiah Diana
http://mardiahdiana.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

 7. Yangbaik
http://yangbaik.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html

Pemenang Saguhati :
Cekodok Gebu
http://zzqil.blogspot.my/2015/09/giveaway-choose-yourself-by-mdmnissa.html



Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya!

Sila emailkan :
  1. nama
  2. alamat
  3. nombor telefon
  4. nombor hadiah masing-masing di alamat email mdmnissa@gmail.com,
Untuk proses pengeposan hadiah. Terima kasih :)




Tarikh tamat tuntut hadiah : 6 Oktober 2015






Tuesday, 29 September 2015

Senarai Peserta Giveaway Choose Yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum w.b.t...
 
Baru aje selamat sampai dari kampung kul 4pagi tadi... tanpa melengahkan masa, terus nisa seharian bertungkus lumus mencari pemenang segmen ini ...  rehat pun belum lagi actually, heee! dengan baju dan barang barang yang tak berkemas lagi kat ruang tamu tu. hiks! Namun disebabkan tarikh tamat 29hb itu adalah hari ini, maka nisa perlulah menjalankan tugas nisa untuk menyenaraikan nama-nama peserta yang sudi bersama-sama nisa memeriahkan Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa ini. 
 
Rabu, 30 September 2015 esok, nisa akan umumkan senarai pemenang yang berjaya memenangi Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa . Oleh itu, mari kita semak dahulu senarai peserta yang join segmen nisa kali ini keyh. Kepada mereka yang tercicir, anda boleh selit kembali penyertaan anda di bahagian komen ye. TQ ^^,
 
 

Berikut adalah senarai peserta yang menyertai Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa.

 

Giveaway
 



Ohh btw, nisa akan menambah seorang lagi pemenang saguhati yang juga akan diumumkan besok , so kita tunggu dan lihat sape yang bertuah ittew, Krekkk! ^_^
 



" Good lucks ols"


 

Friday, 18 September 2015

Yeah Mak Datang!

Tengok tajuk pon dah syokk kan,keke
 
Mak dan Ayah jauh datang dari Kelantan ke Selangor semata mata nak buat sepraiss kat anak dia, terharuu sangat! Tak cukup dengan tu dorang datang bawa bekalan macam-macam hado. Ada kopok lekor 15 tongkol , kopok segera 15 plastik, serai bertimbun timbun, daun asam limau purut, buah asam limau, petai, lengkuas yang fresh fresh dari ladang tau! beras siam 10kg lagi, buah rambutan, buah dokong, buah kelapa..hahahaha, banyak giler, dah macam bantuan banjir yang kami bawak kat mak ayah dulu.. yang paling terharu, mak siap bawak ikan sardine rebus satu Tupperware besar !
 
Mak : " Mak rebus ikan ni, sebab mak tahu kakak suka kan"
Nisa : waduhhh duh duh,, terharu sangat... padahal beli kat sini, mak tolong rebuskan pon boleh je kan.hehe.
Tapi tu lah, orang tua kan...
Kalau dah bagi, jangan kita tolak pemberian dorang, nanti dorang terasa hati tau! Ambik je, ucap terima kasih, nanti kita balas jasa dorang dalam bentuk lain pulak. :)
 
Yang ayah nisa pulak kemain bawak buah kelapa..haha, comel sangat! Ayah cakap, dia bawa ni sebab buah kelapa kat sini mahal katanya..aduhhhai ^_^
Sebut ajo barang-barang kat bandar metropolitan ni, bagi ayah semua mahal. hahaha.. Memang terharu sangat! rasa macam nak peluk ayah taknak lepas lepas dah. Sobs!
 
Keropok Lekor
 
 
Okey, ni stok kopok lekor, nisa potong, nak freeze siap siap, baru tahan lama.. nanti kalau nak goreng, takyah nak tunggu kopok tu lembut dulu baru potong kan. So buat camni lagi cepat dan senang...Teheee :D
 
Mak dan ayah dah balik tiga empat hari lepas, lusa nisa nak balik kampong pulak ni.. nanti balik sini kompem kompem lah, dapat lagi buah tangan dari sanak sedara, heee. Nampaknya stok nisa sampai taon depan la gamaknya..hiks! Alhamdulillah. Syukur Syukur :)
 
 
 
 
:: TQ for reading dis entry ::
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 8 September 2015

Finally, DONE !!!

 
Adobe illustrator (Ai)
 
 
Yeayyyyh ! walaaaweeei, sonok tokleh nak habak, sonok sangat..hihik! Kalau korang baca entry nisa yang "menguji betol!" semalam mesti korang tau nape kan . heeeee (^__^)"



 
Oit! nama pengantin pompuan tu sama lol ! gipmefive ! :)
 
 
Akhirnya, siap jugak...takpa lah tak cantik pun design'nye, saje je nak tunjuk kat ampa sebab kita tengah hepi mepi horey horey ni.. hahaks! kbaiiiiiii (0_*)v
 
 
 
 
:: TQ for reading dis entry ::
 
 
 
 
 
 
 

Lirik Lagu Benar-Benar Sayang : Atmosfera

 

Lirik Lagu Benar-Benar Sayang




 
 Chrs:
 Tak sehari saja kau bersama dengan ku
 Aku rindu bagai bertahun tak bertemu
 Mengapakah perasaan ini selalu datang
 Menghantui di dalam fikiran ku
 Harusnya kau selalu ada di samping ku
 Untuk menemani setiap waktu dengan ku
 Tak perlu kau, pergi menjauh dari ku
 Tak perlu kau, meninggalkan oh diri ku
 Kerna aku benar-benar cinta kamu
 Kerna aku benar-benar sayang kamu
 Ku mohon jangan kau pergi dari ku
 
 




 
 

Monday, 7 September 2015

Menguji betol !

 
 Duk lena tido, tetiba terjaga!
 
Oh mak! ceq lupa nak siapkan bunting custemor.. adoiii ! terus langkah seribu bergegas pegi bilik air, cuci muka ala kadar kemudian on computer kat meja keje yang tak berkemas.heeee! Time ni la baru nak edit gambor lah apa lah..hurmmm
 
To be honest, dah seminggu software Ai ni tokleh bukak, tak tau kenapa tetiba corrupted. uh! kecewa betol. sampai mood nak edit gambor kat photoshop pon hilang sekali. Haish parahh! Semalam sebelum lena dapat lah reinstall balik.. Jadi tahap kelegaan tu sangat memuaskan sehingga tak kesedaran sampai tertido kat ruang tamu. Teheeee >__<
 
Tu yang macam orang tak betoi tu, bila terbangun kul 4 pagi. hiks!
 

Hambali & pasangan
 
 
Siap je edit gambor kat photoshop, seperti biasa...nak import file ke Ai..hurrmm, dah memang segala mak datuk nenek nisa suka finishing kerje kat situ kan.. jadik openlah software yang reinstall semalam dan tetiba........huwwwaaaaaaaaaa!!!! Dia jadik cam kat bawah tu lak aihhh !!! ggrrrrrrrr
Ni mesti sebab install yang trial punya..hihiks (^^)". . .
maklumlah bila nak cepat, software ory pun ntah lempau kat mana, aduyaiii.. menguji tahap kesabaran betol.. dah ler esok nak proceed design nih... lalallaallaalalaaaaa :::::::
Sib baek la..due date sampai hujung minggu ni (O_O) hurm, nasib baik ada nasib baik. kekekeke^^
 
 
 
"if this problem still occurs, please contact Mr. N..." wkakakaka, tunggu dia balik esok lah jawabnye ! (mujur kita ada teknisyen kehkehkeh)
 
okeylah...setakat itu sahaja sesi luahan isi hati yang sedang haru biru ini... hehehehehehehe
ok bai (^_^)v




::: Tq for reading dis entry :::
 
 
 
 
 

Sunday, 6 September 2015

Kelebihan Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi dan beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi.
 
Kulit Kayu Manis

Khasiat kulit kayu manis

Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
 
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
 
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
 
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
 
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2. Pengambilan 1gm (satu sudu teh) serbuk kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.
 
Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.
 
Sebenarnya kulit kayu manis gemar digunakan dalam tea arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya.
 
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
 
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.

 

Penemuan Para Saintis

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes jenis 2.
 
Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.
 
Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.
 
Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes jenis 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.
 
Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.
 
 

Hasil Kajian Perubatan dari Kulit Kayu Manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.


 
 

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.
Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.
Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.
 

2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.
 

3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.
 

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.
 

5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.
 
 

6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.
 

7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.
Caranya;
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.
 

8. Kolestrol

Anda nak mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??
Caranya;
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.
 

9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.
 

10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.
Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.
 

11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.
Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.
 

12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.
 

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

 

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.
 
 


 
 
 
 
 
 

Friday, 4 September 2015

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat sahabat blogger sekalian,

 

Banner Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

 
Hari ini, Sabtu 5 September 2015 bersamaan 21 Zulkaedah 1436 Hijrah,
 nisa ingin melancarkan satu Giveaway iaitu,
"Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa"

Sambil-sambil anda melayari dunia maya serta  menikmati weekend anda, Nisa dengan rendah hatinya menjemput anda semua untuk sama sama memeriahkan lagi Giveaway ini disamping menjadikan ia satu platform untuk memudahkan anda blogwalking rakan rakan  blogger yang hebat hebat diluar sana dengan harapan dapat megeratkan lagi hubungan silaturahim sesame kita. In Sha Allah.


Pilihan Hadiah Untuk 8 Pemenang

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Giveaway - choose yourself bermaksud, anda diberi pilihan untuk memilih sendiri hadiah yang anda inginkan berdasarkan nombor pada gambar dibawah..
 
 
  1. Shiseido Mask 5pcs
  2. OPK 5pcs
  3. Dark brown Purse
  4. 2x Bawal Satin Lembut Bercorak (2 Pemenang)
  5. Bawal Satin Lembut Plain
  6. Red Instant Shawl Magic Plain
  7. Kain Batik

Quantity pemenang bergantung kepada pemilihan hadiah yang dibuat. Anda dikehendaki memilih 3 pilihan hadiah yang berkenan dihati, namun hanya 1  diantara pilihan tesebut akan menjadi milik anda. Satu dari tiga pilihan anda akan dipilih oleh penganjur dan akan diumumkan kelak.(^_^)*.


Syarat-syaratnya :


1. Follow blog Nisa [wanhanisahwanmat.blogspot.my]

2. Like page-page berikut :

3. Follow Instagram :
Instagram

3. Follow google+ di [sini]
4. Tulis entri yang bertajuk "Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa"
5. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini.
6. Publish dan paste link penyertaan anda serta tuliskan tiga nombor pilihan hadiah anda di ruangan komen.
Contohnya :
url : http://www.wanhanisahwanmat.blogspot.my/giveaway.....
No : 1,5,7




Pemilihan pemenang adalah sepenuhnya dari pihak 'pengajur'. Jadi panjangkan Giveaway ini, supaya anda berpeluang  menjadi pemenangnya (^^),


Happy Blogwalking
With
~Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa~



:: Semoga Berjaya ::


Lirik Doa Dhuha - Unic

Lirik Doa Dhuha


 Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
 Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
 Wal Jamaala Jamaaluka
 Wal Quwwata Quwatuka
 Wal Qudrata Qudratuka
 Wal Ishmata Ishmatuka
 Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
 Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
 Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
 Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
 Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
 Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
 Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
 Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
 Ya Allah
 Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
 Kecantikannya KecantikanMU
 Keindahannya KeindahanMU
 Kekuatannya KekuatanMU
 Kekuasaannya KekuasaanMU
 Perlindungannya PerlindunganMU
 Ya Allah
 Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
 Jika di bumi, keluarkanlah
 Jika sukar, permudahkanlah
 Jika haram, sucikanlah
 Jika jauh, dekatkanlah
 Berkat waktu Dhuha
 KecantikanMU, keindahanMU
 KekuatanMU, kekuasaanMU
 Limpahkan kepadaku segala
 Yang Engkau telah limpahkan
 Kepada hamba-hambaMU yang soleh
 
 
 

Video Doa Dhuha - Unic

 


Doa Dhuha







 

Hukum Talak

 

Rasulullah SAW pernah bersabda 
Maksudnya : "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak (penceraian)."


WAJIB

Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.


HARAM

Apabila isteri diceraikan dalam waktu waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isterinya dalam keuzuran / sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliran


SUNAT

Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh ( memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak). Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.


MAKRUH

Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabah


HARUS

Harus bagi suami melepaskan isteri disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid.










Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat | Dato' Ismail Kamus | Munakahat

13 Tempat Mustajab Berdoa


Berdoa

Tempat Mustajab Berdoa

Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi yang afdalnya adalah di tempat-tempat berikut :

  1. Apabila melihat Baitullah ( Kaabah) di Makkah
  2. Ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah
  3. Di dalam Kaabah
  4. Di sisi Multazam dan Hijr Ismail
  5. Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW di Madinah
  6. Di sisi telaga zamzam
  7. Di atas Bukit Safa dan Marwah
  8. Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
  9. Di muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah
  10. Di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah
  11. Di Mina pada hari Tasyriq
  12. Di dalam Masjid
  13. Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13 Zulhijjah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat | Dato' Ismail Kamus

Thursday, 3 September 2015

Off Day di IOI Mall

 
Bila memalam buta tak dapat nak lelap mata, maka wujudlah entry yang ntah pape ini..mihmihmih.
 
Seperti yang nisa citer sebelum ni, 'IOI Mall Puchong' ini adalah tempat ngedate wajib nisa ngn Mr.N every week. Kalau korang tanya kenapa pilih IOI Mall? Entoh ler, kami pon tak tau nape...bebanyak tempat menarik yang boleh kami merewang, tempat ni jugak lah tempat wajib kami tawaf melihat kawasan tanpa mengenal erti penat dan jemu. kekekeke (0_0)'



 
Aiskrim Vanilla Chocolate Chip RM 3.70

Lepas je solat asar, kami driffft ke IOI Mall melalui Highway Damansara / Puchong dengan kelajuan yang tak bape nak laju. Teheee >_<
Disebabkan satu hari tak makan heavy food, jadi nisa sempatla jamu aiskrim vanilla choc chips seketika, buat alas perut yang kosong untuk meneruskan lawatan seluruh bagunan tersebut. :D
 
Kenapa picture kat atas tu cemtu? Teheee(>__<)  Tu sebab Mr. N jeles. Dia sakit ati mintak aiskrim kita, kita tak bagi..waakakaka! Tu ler, oang tanya nak tak nak, takmao...dah kenyang makan nasik katanya... Kekeke, tak pasal-pasal kene share ngn dia..(kedekut btol) hiks!




Lepas singgah Daiso dan dapatkan apa yang sebenarnya takde pun dalam senarai pembelian or wishlist nisa tu, seperti biasa WAJIB lah nisa menemani Mr.N selama ber jam jam jam dan jam di kedai buku. Sesungguhnya diingatkan, bahawasanya nisa adalah seorang yang penyabar! (Ayat eksyen memujuk diri) mihmihmih.
 
Bak kata Mr.N,
"Tadi saya teman awak, kali ni awak teman saya pulak"

Nisa bukannya tak suka pegi kedai buku, suka tu suka, cuma takdak lah sampai nak kene bertapa dalam tu berjam jam kan. hrmmm....^^,
 
"Awak boleh lelama memilih barang... shopping kat Daiso dan Komonoya tu kan, so abang pun sama la"
 
Ok! Sedebuk atas dahi..bhahahahaha
(Eleh, kita sajer jerr :p)


Disebabkan barang-barang yang dibeli tadi dan handbag nisa ada tokang pegang, maka apa lagi.. sambil menyelam kita minum air..Wohooo! indahnya dunia...



 
Setelah penat berjalan, akhirnya perut minta diisi....maka haruslah dilayan untuk mengelakkan kembung perut yang minta disapu minyak yuyi cap limau nanti... :)
 
 
Pizza
Pizza apebenda ntah namenye, lupa bebelit sangat! lol! Yang penting pizza yang personal punya..Kecik je size dia, Total RM 28. hmm, cukuplah untuk isi perut nisa sorang sambil menunggu Mr.N reading his book..(macam terbalik je-dah dia taknak, mana boleh dipaksa,nanti jadi isteri durhaka) kekeke
 
 
 
Ok last, Sellllpieeeeeee! Krikkk!! (^_^)"
 
 
 
 
:: TQ for reading dis entry ::
 
 
 
 
 

GIVEAWAY KE-3 : Hari Raya Aidil Adha by Yaya Cendana

Alhamdulillah, sempena pelancaran Giveaway ke 3 : Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana (Cash RM200), marilah sejenak kita memikirkan apa itu 'pengorbanan' disebalik hari yang penuh bermakna ini.
 
In Sha Allah, pada hari khamis 24 September 2015, kita bakal menyambut perayaan istimewa yang disambut oleh semua umat islam pada setiap 10 Zulhijjah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
 
 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
 

Giveaway ke 3 : Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana 

http://www.yayacendana.com/2015/09/giveaway-ketiga-hari-raya-aidiladha-by.html
Klik Banner Untuk Join
Giveaway ke 3 : Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana
 

 

Ucapan Hari Raya Aidiladha

 
Semoga kita mendapat gambaran paraktikal dari sudut keikhlasan, ketaatan ketulusan hati di dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT kerana hadirnya Aidiladha ini adalah tanda syukur akan nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, samaada ia datang dengan penuh kesedaran diri ataupun tanpa kita sedari.
 
Sesungguhnya disebalik kisah ibadah korban yang kita lalui, terkandung rahsia hidup bermasyarakat yang amat bermakna, kerana dengan daging korban itu sendiri kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin dan sudah pastinya ia juga dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta dari dalam diri kita.
 
Semoga dengan kehadiran Raya Korban ini, kita dapat mengenal erti sebuah pengorbanan yang sebenar-benarnya.

Bukankah cinta dan sayang akan sesuatu itu tidak semestinya memiliki?, tetapi pengorbanan itu adalah tanda kasih dan ikhlasnya kita pada Ilahi, kerana yakin Janji Allah Ya Rabbul'Izzati sememangnya 'Pasti'.


Jika Kita merasa gembira, maka Bersyukurlah...
Bukankan Allah itu Maha Pemberi!
Jika kita merasa sedih, maka bersujudlah..
Bukankah Allah itu maha mengasihani!
Jika kita berkemampuan, maka Berkorbanlah..
Bukankah Allah itu Maha Pemurah!

Pengorbanan itu adalah tindakan kerelaan
perit pastinya terasa saat kehilangan
perginya bukan menagih titisan kekesalan
pasti mengaharap kemanisan dipenghujung jalan

Kerana sesungguhnya,
Tiada cerita indah tanpa PENGORBANAN!
 


 
 
 
 
#SalamAidiladha1436H
 
 
 
 

 

Wednesday, 2 September 2015

Cara Menghilangkan Parut Jerawat (Petua Tradisional)

 
Skincare

 

 

Kayu Manis & Bedak Sejuk

  • Tumbuk dua batang kulit kayu manis, sebatikan bersama segengam bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit air. Sapu pada parut jerawat sekerap mungkin sehingga parut hilang dan pudar.
  • Basahkan kayu manis dengan air dan asahkan kayu manis pada permukaan kesat seperti batu lesung dll sehingga ia menjadi cecair kemudian campurkan sedikit bedak sejuk sehingga sebati dan sapu pada parut jerawat.
 
 
 

Pokok Lidah Buaya

  • Belah daun lidah buaya, dapatkan gelnya dan sapu pada parut jerawat. Lakukan sekerap mungkin, In sha Allah parut akan segera pudar dan hilang.
 
 

Asam Jawa

  • Ramas sedikit asam jawa bersama sedikit air. Sapukan pada tempat yang berparut sebelum tidur. Biarkan sehingga kering.
 
 

Buah Tomato

  • Potong buah tomato yang telah masak kepada beberapa hirisan. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan letakkan hirisan tomato tersebut pada wajah selama 20-30 minit dan bersihkan. Lakukan pada waktu pagi atau malam 2-3 kali seminggu sehingga parut jerawat pudar dan hilang.
  • Kisar buah tomato sehingga menjadi cecair kemudian lumurkan pada kulit wajah dan biarkan ia kering. Kemudian cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan dan menghaluskan kulit wajah.
 
 

Putih Telur

  • Bersihkan wajah terlebih dahulu, sapu putih telur pada wajah anda.Biarkan selama 10-15 minit.
  • Selain itu, anda juga boleh jadikan putih telur sebagai masker dengan menyapukan putih telur pada kulit wajah, kemudian tampal tisu atau kapas sebagai mask, dan tindan kembali putih telur pada tisu atau kapas sehingga basah. Biarkan sehingga kering dan cuci. Selain dari menghilangkan parut jerawat, ia juga boleh menegangkan serta melembutkan kulit wajah.
 
 

Madu & Bedak Sejuk

  • Campurkan sedikit madu bersama bedak sejuk dan sapu pada parut jerawat, biarkan selama 15 minit dan cuci wajah sehingga bersih.
 
 

Biji Kani

  • Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari, selain dapat menghilangkan parut jerawat, ia juga dapat menegangkan kulit wajah. InsyaAllah
 
 

Asam Limau

  • Bersihkan wajah terlebih dahulu. Ambil sebiji asam limau, dah hiriskan sedikit, sapu pada parut jerawat selama 5-10 minit. Ia sedikit pedih jika anda menggunakannya selepas memicit jerawat pada wajah anda. Untuk kurangkan rasa pedih, anda boleh campurkan perahan air asam limau bersama sedikit air. Lakukan sekali sehari, selain dapat menghilangkan parut jerawat ia juga dapat melicinkan kulit wajah.
 
 

Kiub Ais

  • Balut seketul kiub ais dengan kain atau sehelai tuala kertas yang bersih dan letakkan pada kulit yang berparut selama satu atau dua minit, sehingga kawasan itu mula merasa kebas. Ais ialah bahan di rumah paling mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat dengan melegakan radangan kulit dan mengurangkan kemerahan



:: Selamat Mencuba ::
 
 




P/S : Elakkan penggunaan bahan-bahan tersebut jika anda alah kepadanya
Klik untuk baca petua mencantikkan wajah.
 

Aku Budak Seni : Painting + Drawing (Acrylic, Oil Paint & Mix Media)

Karya dalam kenangan....

"Otw"
Painting
Media : Acrylic on Canvas


"Life Of Fisherman"
Painting
Media : Mix Media on Canvas


"Line"
Painting
Media : Mix Media on Canvas + Plywood


"Ikan Masin"
Painting
Media : Acrylic on Canvas


"Pengkalan"
Painting
Media : Acrylic on Canvas


"Bird"
Painting
Media : Acrylic on Canvas


"LKIM"
Painting
Media : Acrylic & Oil Paint on Canvas


"Mencari mentari"
Painting
Media : Acrylic on Canvas


"Awak-awak"
Painting
Media : Acrylic on Canvas


"He is a Fisherman"
Drawing
Media : Mix media on Plywood


"Space"
Painting
Media : Acrylic on Canvas




Klik untuk lihat ;