nuffnang

Wednesday 29 October 2014

Wajib Daftar Perniagaan Online (SSM)

Assalamualaikum,

Duk ralit scroll fesbuk,  terbaca amaran yang dikeluarkan oleh pihak SSM bahawasanya Peniaga-peniaga online WAJIB mendaftar perniagaan online mereka.

Mengikut post yang nisa baca kat sini, satu surat amaran yang dikeluarkan oleh pihak SSM kepada salah satu perniagaan yang menggunakan fanpage untuk perniagaan mereka. Di dalam surat tersebut, dinyatakan kesalahan pemilik perniagaan tersebut yang tidak memaparkan nama dan nombor syarikat di fanpage. Disebabkan kesalahan, pemilik perniagaan boleh dikenakan penalti sebanyak RM5,000 ringgit.

Notis Peringatan dari SSM

Contoh Facebook Fanpage NBS
Menurut peraturan, bagi anda yang berniaga secara online,
berikut adalah maklumat-maklumat yang wajib anda paparkan di halaman website perniagaan anda.

1. Nama perniagaan (sama ada atas nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, jika berkenaan
3. Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan dalam talian
4. Penjelasan tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
5. Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos pengangkutan, cukai dan lain-lain
6. Kaedah pembayaran
7. Terma-terma dan syarat-syarat jualan yang berkaitan
8. Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli

Diharapkan, rakan-rakan usahawan online dapat mengambil perhatian serius kepada perkara ini dan selamat mengemaskini maklumat di website serta fanpage anda!


Info ini adalah cnp dari laman web berikut, klik disini untuk lihat.


Sunday 12 October 2014

Cara Daftar Perniagaan (SSM)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Sebelum ni aku giat menjalankan perniagaan Cetakan & Pengiklanan. Banyak tempahan masuk terutamanya tempahan kad kahwin. Sangat tak cukup tangan...apa tidaknya, mana nak serve custemor, mana nak buat design, mana nak buat postage, beli barang-barang dll. Semuanya memerlukan masa, ketelitian dan kecekapan yang amat kemas.

Lepas raya haji haritu, lagilah tak sempat bernafas. Aku sibuk menguruskan pembukaan kedai makan. Alhamdulillah, dua cabang perniagaan sedang mengolak langkah, dan kedua-duanya dimiliki oleh NISA BIZ SOLUTIONS. Alhamdulillah.. Sangat tidak percaya Allah memakbulkan doa dan impianku.

Dulu aku terpaksa lepaskan jawatan Pensyarah, jawatan yang sangat2 diidamkan oleh orang tuaku. Aku tinggalkan semua kerja-kerja partime ku semasa diperantauan hanya semata-mata ingin FOKUS membuka perniagaan sendiri. Bukan kerana aku menolak rezeki, entahlah...tak tahu kenapa, yang aku tahu, aku tidak boleh berada di bawah arahan orang. Mungkin terasa sedikit terkongkong. Dan itulah aku...heee

Kepada mereka yang mempunyai perniagaan sendiri, tidak kiralah perniagaan yang macam mana sekalipun, teruskan lah berjuang, In Shaa Allah, Allah akan tunjukkan jalan untuk kita, kerana 9 dari 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Ikhlas, yakin, jangan putus doa dan tawakkal di atas segala perancangan yang Allah aturkan untuk kita...yang penting jangan lupa DIA, insha Allah pastinya DIA tidak akan lupakan kita.

Bagi yang belum mendaftar perniagaan, saya sarankan jangan berlengah lagi, sekalipun anda membuat perniagaan secara online.

Berikut adalah,
Cara-cara mendaftar perniagaan anda, senang sahaja...

1. Pergi ke Kaunter SSM yang berdekatan.

2. Terus ke kaunter pertanyaan. Tanyakan bagaimana proses mendaftar perniagaan
~mungkin lain-lain tempat ia sedikit berbeza.
~Biasanya, staf disitu akan terus memberikan anda borang Darftar Perniagaan untuk diisi.

3. Pastikan anda sudah mempunyai NAMA PERNIAGAAN sebelum anda pergi mendaftar.
~Bukan apa, nanti tetiba blurr tak tahu nak tulis nama apa, last2 keluar nama yang tidak memuaskan hati di kemudian hari.
~Pastikan anda menyediakan sekurang-kurangnya 3 pilihan nama perniagaan. untuk mengelakkan nama perniagaan anda sama dengan nama perniagaan yang sedia ada.
~ Permohonan nama perniagaan diluluskan berdasarkan keutamaan nama perniagaan yang dipohon.
~Nama perniagaan yang telah diluluskan diberi tempoh 30 hari dan tidak boleh dipinda atau ditukar kepada pemilik yang lain.

4. Pastikan Jenis Perniagaan yang dijalankan. Sesuai dengan nama perniagaan yang dicadangkan.

5. Pengesahan pemilik atau salah seorang rakan kongsi (Jika ada)

6. Pastikan anda ingat tarikh anda memulakan perniagaan.
~Biasanya, kalau tarikh mula perniagaan awal dari tarikh anda mendaftar perniagaan, denda akan dikenakan. 3 Bulan pertama sebanyak RM30, bulan seterusnya RM10 per month.
~Sebab itu anda disarankan terus menndaftar perniagaan tanpa rasa was-was, untuk memudahkan anda membuat pinjaman perniagaan, iaitu setelah tarikh peniagaan anda sudah matang.

7. Setelah borang permohanan perniagaan diisi, pergi ke kaunter pertanyaan untuk semakan dan mengambil nombor giliran anda.

8. Anda perlu menyediakan RM70 untuk pembayaran pendaftaran perniagaan selama 1 tahun.

9. Tunggu nama perniagaan anda dipanggil. dan anda akan mendapat kertas Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 beserta nama perniagaan dan nombor pendaftaran perniagaan anda.

10. TAHNIAH! akhirnya anda berjaya mempunyai perniagaan sendiri yang SAH.

Contoh
Anda juga boleh mendaftar perniagaan anda secara atas talian di laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia.



Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin