nuffnang

Thursday 29 May 2014

Birthday Gurl

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni hari khamis, 29 mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435 H.

Dirumah...
 Jam di dinding belum pukul 6 a.m lg.. tapi tak tahu kenapa rasa dah puas sgt dah tidurnya.
Aku mengatur gerak perlahan menuju ke dapur.hmm, buntu taktahu nak buat apa..semua dh tersusun rapi. Kubuka peti ais, lepastu tutup balik. Blurrrr...tetiba terpandang bungkusan keropok keping yang tak luak di sentuh.. menanti masa dan memanggil-manggil aku kearahnya...huhu, boring...terus aku buka plastik keropok itu, betulkan kuali di atas dapur gas, kutuang minyak perlahan-lahan..dan terus ku menggorengnya smp habis satu plastik.
Terdetik pulak dihati..knp la aku goreng kopok ni byk sgt.. aku tinggal berdua je..sape yg nak makan bebanyak camni.. nanti masuk angin, membazir pulak...
Tupperware putih besar di atas almari aku bersihkan. Masukkan kopok yg berlambak yang tanpa sedar kugoreng tadi..huhu
Ok siap! Bawak pg tempat keje lah, mesti ada org makan nanti. Detik hati ku dari membiarkan keropok tu masuk angin dan membazir.

Di tempat kerja...
Jam menunjukkan kul 3 p.m lbh...
Ya Allah...banyak sangat kerja yang nk kene key-in...kepala rasa berdenyut-denyut tetiba..
Ku jatuhkan kepala di atas meja kerja, tetiba datang sorang kawanku membawa sebiji kek dari arah belakang.. "surprise!" Jeritnye
Oooo mak kau!! Mau tak terkejut aku..huhu
"Happy Birthday Nisa!" Ucapnye...
Terkebil2 kupandang kiri kanan..waaa, kawan2 lain tersenyum padaku..
Ohhh...terharunya...
"Jap lagi kita potong ye" katanya...


5.30 p.m semua berkumpul..meraikan ulang tahun kelahiranku..
Sungguh tak kuduga..terharu dan happy sgt.

Birthday Cake

Kepada kawan2 yang membuat suprise and selebrate birthday party kite..terima kasih banyak2. Syukran jazilan dan bohot bohot syukriya..sungguh saya sgt terharu. Rasa penat terus hilang dalam senyuman yang menguntum. Terima kasih, sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.

P/s utk kak faridah :
Terima kasih belanja birthday gurl lunch tadi... domo arigato guzaimasu! Lapp you! Huhu :p







Friday 23 May 2014

Gastrik Dan Asam


Orang Gastrik ni boleh makan asam ke?

Sebenarnya, aku pun tak tahu boleh ke tak..
sbb ia bergantung pada sistem ketahanan tubuh masing-masing.
Macam kuih yang dibuat daripada beras pulut, ada orang tak boleh makan tapi aku boleh je makan..hehe

Tapi kalau nak cakap pasal asam vs gastrik ni aku tak bape konpideng nak ckp boleh ke tak.. tapi kebanyakan jawapan yg aku tanya kawan-kawan yang ada gastrik ni..majoritinya memang tak boleh go on lah.

woh pauh gheknge ^_^


Aku ni bukanlah penggemar asam-asam ni..tapi semalam tetiba rasa cam nak makan buah yang ada kat dalam peti ais tu..bukan main satu pinggan ni haa kupasnya, tapi makan tak sampai sebijik je perut dah meragam, memulas.. angin tolak sana tolak sini dah..memang tak senang duduk dah. sakit kang main..
hmm, pasni taknak makan dah..takut! kalau nak makan buah pun kene cari buah yang manis2 je..huhu..
Cian kite... :(




***Semoga anda sihat selalu***


Tuesday 20 May 2014

Malang Tak Berbau


Seperti biasa, pagi-pagi aku pergi kerja, parking keta kat tempat biasa,
waktu balik... aku pergi kat kereta, tengok2 kereta dah macam ni..hmm


APA PERASAAN ANDA?



Mula-mula agak tak percaya,Allahuakhbar...kete sape ni?
Tengok plate keta, macam keta aku... tapi xpcaya lagi... cuba pergi kat depan, tgk bahagian dalam keta pulak.
Eh, ni mmg dh kompem keta aku ni.. hmm,kenapa jadi macam ni? sapa yang buat?


Aku cuba perhati bahagian yang kene langgar tu, tgk kat bawah..macam serpihan plate moto tertulis "BDA"...serpihan yg lain berkecai dah..
tengok lagi, hmm ada sandel perempuan.


Aku Cuba tanya org2 yg duk area situ..."Cik, ada org excident ke tadi"
tapi malang, semua tak tahu..
Tak apelah, cuba sabar..tenangkan hati,hmm nk buat mcm mana kan, tak ade rezeki.


Tapi tercari-cari jugak kat keta tu, kot2 insan yg cium keta ni tinggalkan notis.
Tak kesah lah, walau cuma ungkapan 'MAAF' je.. janji hati ni tak adelah nak pikir bukan2..
sekurang-kurangnye aku tahu dia rasa bersalah..
Tapi mungkin, sbb dia takut sgt kan sbb dah terlanggar keta org, terus dia cabut!hohoooo


tak ape lah, sape pun yang buat keta saya jadi macam ni,
saya maafkan.. ye, saya tahu anda pun tak nak buat keta saya jadi macam ni kan.
dah memang malang tak berbau..saya terima dengan hati yang Redha..






***Mungkin ada hikmahnye***

Monday 19 May 2014

Resepi- Ais Krim Vanila+Koko

Ramai tak yang suka makan Ais Krim?

Banyaknye Ice Cream!!


Kalau anda memang 'hantu' aiskrim macam saya maih belajar buat ais krim sama2.
Penat aihh asyik keluar pi beli je...apa kata sekali sekala kita cuba buat ais krim sendiri.


@_@ Meh baca resepi Ais Krim yang simple mimple ni :) ^_^

Bahan-bahannya :

  • 1 tin susu cair
  • Suku tin susu pekat
  • 2 sudu ovellete
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • Serbuk koko (secukup rasa-taruk sikit2)
  • Perasa coklat

Cara-caranya :

1.Blend semua sekali (kecuali serbuk koko & perasa coklat)sehingga likat dan gebu. Saya blend stgh jam.
2. Asingkn sebhgn warna asal dn sebhgn lg masukkn serbuk koko dn perasa coklat.tuang dlm bekas selang seli.
3. Masukkn dlm peti ais semalaman.




*** Selamat Mencuba***

Sunday 18 May 2014

Ujian Medsi

Anda dapat Ujian Temuduga Medsi??? Alhamdulillah...


Ujian Medsi

Semalam aku ada menerima panggilan daripada adikku bertanyakan tentang Ujian Medsi.Sebenarnya aku tak adelah arif sangat pasal mende ni..tapi boleh lah setakat berkongsi apa yang mampu.Ok, bagi sesape yang belum semak lagi status anda, boleh terus ke link di bawah ye...



Hmm, minggu depan dah bermula sesi temuduga dan Ujian medsi untuk para pelajar lepasan STPM 2013.
Baiklah, bagi mereka yang cuba mencari info tentang Ujian Medsi, anda boleh terus ke halaman berikut :



  • Contoh Soalan Dan Panduan Ujian Medsi Terkini







Bagi yang terpilih, TAHNIAH di ucapkan. Banyakkan berusaha dan berdoa. Apa yang penting, Fokus dan tenang selalu...Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk anda. In Shaa Allah

Sebelum buat apa2, sentiasa minta maaf dan maafkan orang. Bagi yang punya ibu ayah, minta mereka doakan untuk kita selalu. Sesungguhnya itu adalah senjata yang paling besar untuk anda terus berjuang.
Doa saya, Semoga anda Berjaya dan sentiasa di bawah rahmat dan Keberkatannya.



***Good Luck Olls***

Saturday 17 May 2014

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL


KEK COKLAT KARAMEL




RESEPI KEK COKLAT KARAMEL

Bahan-bahan :

2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..

Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan

*lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

4 biji telur di bland...

1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...
Nk tau da msk cucuk ngb lidi...klu x melekat da msk...

p/s :

Karamel tu agak2 bila da msk tu...biarkn keras kejap je...jgn sejukkan sgt takut x lekat karamel pd kek coklat...nk msukkan adunan coklat guna senduk..takut pecah karamel nnti

bila adunan coklat da siap dimasak, letak atas api perlahan agak2 da cair ....jgn sampai mendidih....masak dlm 3-4mint je,,,pastu masukkn bahan2 diayak ke dalam adunan coklat berselang seli dengan telur yg di bland tadi...buat sampai abis,,,,pastikan tepung x berketul...pastu tuang perlahan2 atas karamel yg siap dimasak mnggunakn senduk...

Bahan2 yg dimasak x de la panas sgt sbb...masak kejap je utk sebatikan bahan2 tu...sementara nk tggu sejuk sikit...bole bland telur dulu..pastu boleh masukkn tepung dgn telur secara selang seli.









Sumber

Tips Memujuk Isteri


PELUKLAH ISTERI DISAAT DIA MENANGIS

Bila isterimu menangis dihadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluklah dengan erat,

Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah terasa lebih nyaman dan damai selain menangis dalam pelukkanmu!!

Bila isteri mengatakan tentang kesalahanmu, tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua kerana dia peduli padamu. Anggaplah leteran adalah hiburan baginya.

Bila isteri sedang kesal dan mengabaikanmu, jangan ikutkan perasaan dengan tidak mempedulikannya juga, ini adalah penolakan yang sia-sia. Akhirnya hal kecil menjadi lebih rumit dan berkait-kait sehingga terungkit-ungkit.

Bila isteri tidak mahu mendengarkanmu, merasa keletihan dan tak mengendahkanmu seketika, janganlah dirimu sebagai suami terasa hati. Kejarlah dirinya seperti kamu kejarnya ketika belum memilikinya dahulu. Pujuknya dengan ceritamu, buatnya kembali ketawa dan pastinya buat dirinya kembali bertenaga dengan cintamu.

Bila kau sungguh mencintainya, apakah kau tegar meninggalkannya sendirian..??

Bila isterimu berkata "Kamu pergi saja" aku tidak mahu mempedulikanmu'' jangan percaya begitu sahaja, mungkin itu hanya dibibir saja,sedang hatinya tidaklah demikian, sebenarnya itu keadaan yang sangat-sangat dia memerlukanmu sebagai insan yang dirinya sayang!

Bila isterimu marah, suasana hatinya selepas marah pasti akan gundah sehingga ada yang tidak lalu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu semuanya.

Belikan makanan kesukaannya, tunggu suasana hatinya membaik dan berikan pada dia, jangan menggunakan ancaman bahwa kamu juga tidak mau makan..!!

Hargai isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamanya..!!

Betul kan?

Hargai isteri anda, kerana sangatlah beruntung anda dicintai oleh seorang wanita yang begitu setia bersama anda. Sedang ramai di luar sana mencari cinta sejati dari seorang gadis untuk diperisterinya, sedang dia diuji untuk masih dengan tanggungjawabnya dan bersendirian... Peluklah isteri anda sekarang juga.




Pakar Diari Hati.

Wednesday 14 May 2014

Masalah Radang Kulit

Masalah Radang Kulit & Langkah Mengatasinya

Kulit yang terdedah kepada masalah alergi dan sensitif perlu mendapatkan rawatan yang betul. Salah memakai produk atau kosmetik pada kulit anda maka kemungkinan besar berlaku iritasi dan menyebabkan kulit anda menggerutu, kemerah-merahan ataupun melepuh.

Radang Kulit

Berikut beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan jika anda mendapat masalah alergi pada kulit

1. Banyak masalah kulit seperti psoriasis, rosacea, ekzema, folliculitis (pembengkakan folikel rambut), dan reaksi terhadap makanan boleh menyebabkan kulit jengkel, membengkak, merah, gatal, bersisik atau ruam. Kenali masalah kulit anda dengan berjumpa dengan pakar ataupun cuba baca dahulu mengenai masalah kulit anda di Internet.

2. Cari produk atau bahan  yang menyebabkan masalah bagi kulit anda dan hentikan penggunaannya. Hal ini merupakan prosedur yang cukup mudah. Jika anda mula menggunakan concealer dan dalam beberapa jam kawasan kulit yang telah disapukan concealer tersebut menjadi merah, gatal, dan bengkak, maka jelas bahawa concealer tersebutlah yang menyebabkan masalah radang kulit anda.

Dalam beberapa kes, proses melihat reaksi kulit tidak berlaku dengan cepat. Oleh sebab itu,  kesabaran dan kerajinan bereksperimen dengan yang anda syak membawa masalah bagi kulit anda.

3. Gunakan krim cortisone yang berfungsi untuk menghentikan pembengkakkan pada kulit anda. Jika iritasi kulit muncul, aplikasikan krim pada kawasan yang dijangkiti selama beberapa hari, walaupun selepas kulit kembali normal. Ingatlah bahawa kulit boleh terkena reaksi alergi atau sensitif untuk tempoh masa yang panjang. Jangan takut dengan penggunaan krim cortisone dalam jangka masa pendek. Penggunaan krim cortisone dalam jangka waktu panjang (lebih daripada 2 atau 3 bulan penggunaan secara terus menerus) boleh menyebabkan kerosakan kolagen dan elastin pada kulit.

4. Jangan menggunakan unsur lain yang boleh menyebabkan iritasi pada kawasan kulit yang dijangkiti. Produk wangian, scrubs, kain lap, AHA, Retin-A, Renova, benzoyl peroxide, pemutih kulit, atau produk penjagaan kulit yang lain dengan bahan aktif boleh mencetuskan iritasi dan hanya menambah masalah radang kulit anda.

5. Elakkan sauna, steam, aktiviti yang berpeluh, atau menggosok kawasan yang dijangkiti, kerana semuanya itu boleh mencetuskan reaksi alahan kulit.

6. Jika masalah tidak juga bertambah baik selepas empat hingga enam minggu, anda harus segera mencari pakar kulit untuk mendapatkan pemeriksaan.

7. Apabila anda mempunyai reaksi alergi yang serius (dalam bentuk tompok merah, kulit dan mata sangat membengkak, atau ruam-ruam berwarna merah yang terasa hangat atau gatal ), rujuk kepada doktor untuk membincangkan pilihan ubat yang boleh diminum untuk menghentikan gejala sakit anda.




Sumber

Monday 12 May 2014

Pantai Pengkalan Balak, Melaka


Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara, Melaka.. berhampiran pekan Pengkalan Balak, dalam daerah Alor Gajah. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya damai dan permai.

Pantai ini terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tanjung Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.


Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.


Tiap kali aku ke Melaka, rumah kakak aku..kami mesti singgah kat sini mencari remis. Seronok rasanya.


Biasa kami akan pergi waktu pagi sebab waktu ni sesuai untuk cari remis. Yelah, sebelum matahari tegak berdiri atas kepala. Kadang2 kami akan pergi waktu petang, tapi sebelum air pasang lah kan, nanti senang sikit nak mencarinye..huhu

Sebelum pegi, kami akan cek barang2 yang perlu dibawa. Selain makanan yang menjadi peneman wajib waktu bersantai di tepi pantai, kami juga membawa peralatan2 untuk tangkapan seperti baldi, penyejat, sudu dan sewaktu dengannya..hehe



Ini dia Remis.(taktahu lah kalau korang panggil apa kan) :p

Kakak aku cakap, dulu orang tak tahu sangat cari mende ni. sebab dorang jarang makan dan mungkin juga tak pandai makan.Tapi sekarang tak lagi, sebab,time aku pergi je mesti ada beberapa pamily yang melakukan aktiviti yang sama.
So, kepada sesape yang suka makan remis  korang boleh lah datang kat sini ye...
sambil bercuti rehatkan minda korang juga boleh menjadi partime fisherman di pinggiran pantai di sana.huhuhu...




Hasil Kutipan Kami yang sedang di masak
Ok, Sape yang nak cuba masak, boleh try resepi ni ye.

Bahan-bahan:

~Bawang Putih
~Bawang Merah
~Cili
~Sos Tiram
~Sos Cili
~Daun Ketumbar
~Daun Sup
~Garam secukup rasa
~Sedikit Ajinomoto (tak letak pun xpe)

Cara-cara:
~Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili kasi lumat.
~Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, tumis bahan yang di tumbuk tadi
~Masukkan remis yang sudah dicuci bersih dan gaul.
~Masukkan sos cili, sos tiram, garam dan ajinomoto serta gaul lagi hingga sebati
~lastly masuk daun ketumbar dan daun sup
~Siap dihidang.

Tukang testing.. ^_^



***Selamat Bercuti & Selamat Mencuba***

Sunday 11 May 2014

Sambutan Mesra Terhadap Suami

Sambutan mesra ketika suami pulang kerumah adalah sebahagian dari sikap isteri yang sangat membahagiakan suami. Di samping menyenangkan suami, juga dapat menghilangkan rasa lelah dan letih setelah seharian bekerja. Boleh menghapus fitnah dan godaan yang terjadi di tengah perjalanan, serta kesusahan dan beban berat yang dihadapi dalam kehidupan rumah tangga. Islam telah memberikan sejumlah tuntunan akhlak dalam menyambut kedatangan suami, agar sambutan tersebut dapat membahagiakannya. Sebuah ketenteraman dan kedamaian dapat dirasakan, bagaikan berada di dalam syurga ketika berada di sisi isterinya.


Di antara akhlak tersebut adalah :

Pertama, berwajah cerah. Senyum yang penuh ketulusan dari seorang isteri mampu mendatangkan rasa tenang dan bahagia, serta damai bagi suami. Kerana Rasulullah telah berpesan agar seorang isteri sentiasa berwajah cerah ketika bertemu suami mahupun keluarga. Sahabat Abi Dzar menerangkan bahawaRasulullah telah bersabda:

“Janganlah kamu meremehkan kebajikan sekalipun sangat kecil, walau hanya sekadar wajah cerah yang kamu berikan ketika bertemu saudaramu.”
(HR. Muslim dari Abi Dzar)

Setiap isteri solehah hendaklah mengerti, bahawa senyum manis dan wajah cerah yang diberikan kepada suami adalah ibadah. Besar pahalanya. Rasulullah adalah seorang yang murah senyuman dan tawa, apalagi ketika berada di rumah bersama keluarga, hingga beliau telah menegaskan :

“Senyuman manis yang engkau berikan kepada saudaramu itu ada pahalanya.”
(HR. Tarmidzi)

Kedua, bersolek dan memakai wangian. Bila suami pulang kerumah, kemudian disambut isteri yang telah berdandan dan memakai wangian, maka akan merasa sejuk dan lapang dada, serta sangat terpikat dan bahagia. Pakaian yang bersih dan indah, wajah manis dihias dengan senyum simpul, rambut terurai rapi dengan aroma wangian yang semerbak, dapat menghidupkan rasa bahagia bagi suami. Kerana islam sangat menganjurkan kepada setiap isteri solehah agar sentiasa bersoleh dan berdandan ketika bertemu dengan suami. Hendaklah hal tersebut dijadikan salah satu sifat yang dimiliki oleh setiap isteri solehah., hingga benar-benar sesuai dengan pujian rasulullah, bahawa wanita adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Sahabat Ibnu Abbas menerangkan bahawa Rasulullah pernah bersabda kepada Umar:

“Ya Umar, adakah engkau ingin aku beritahu tentang sebaik-baik simpanan Syurga: Yakni wanita solehah yang apabila suami memandang, menyenangkan. Bila diperintah suami, taat. Dan bila suami tidak berada di sampingnya, menjaga kehormatan dirinya.”
(HR. Abu Dawud dari Ibnu Abbas)

Seharusnya seorang isteri solehah selalu berhias diri dan berdandan di hadapan suami, dengan niat menjaga suami dari fitnah dan godaan wanita lain yang suka bersolek. Sebab wanita pesolek dan wanita penghibur sudah banyak memenuhi setiap sudut dan lorong jalan. Serta niat menahan keinginan suami memandang wanita lain selain dirinya, demi menciptakan kebahagian, ketenangan, dan kesenangan dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.kerananya demi mendapat pemahaman yang lebih luas perihal berdandan di depan suami.

Ketiga, menyampaikan khabar yang menyenangkan ketika suami pulang, hendaklah dikhabarkan tentang berita yang menggembirakan. Jangan malah disambut dengan berita yang menyedihkan mahupun yang menambah beban fikiran. Kejadian-kejadian yang menyenangkan yang terjadi sepanjang hari, baik urusan rumah tangga , urusan anak-anak dan kaum kerabat, urusan dapur dan bagaimana menyiapkan makanan, urusan sawah ladang, dan kicauan burung adalah perkara yang layak diceritakan kepada suami ketika pulang ke rumah. Sebab semua itu akan membuatkan suami gembira, bangga, bahagia. Bahkan boleh mengharungi kelelahan dan kepenatan setelah seharian bekerja. Dengan demikian suami merasa puas, tenang, bahagia, damai, sejuk, terhibur ketika berada di sisi isteri. Dan itulah erti dari cinta, kasih dan rahmat yang dikehendaki Allah SWT.

Ketika suami pulang dalam keadaan penat dan lelah, tidak selayaknya menceritakan berita yang merungsingkan kepala dan membebankan, menyusahkan dan menyedihkan. Kerana hal tersebut hanya akan menyebabkan pertengkaran dan perselisihan, lantaran suami merasa tersinggung atau merasa kurang mendapat sambutan yang baik daripada isteri. Miasalnya, kematian kaum kerabat, sakitnya anak, atau hilangnya sesuatu dari rumah, sebaiknya disampaikan setelah suami istirahat sejenak. Oleh itu, isteri harus bijak dalam menyampaikan berita.

Keempat, mengungkapkan kerinduan dan menghidangkan makanan. Ketika suami pulang, hendaklah disambut dengan ungkapan kerinduan dan penuh kehangatan. Katakan, bahawa dirinya menunggu kepulangan suami dengan penuh penantian. Yang demikian dapat menambahkan kemesraan dan kebahagiaan. Dapat menghapus rasa lelah dan letih, serta kepenatan setelah seharian bekerja. Disamping dapat menambah kehormonian hubungan dan mempererat tali cinta kasih dalam rumahtangga.

Demi menjaga ketenteraman dalamrumahtangga, sebaiknya seorang isteri solehah lebih dahulu menyiapkan makanan dan minuman sebelum suami pulang. Kebaikan dan cermat dalam menghidangkan hidangan haruslah diperhatikan, agar tidak timbul kekecewaan. Bukankah Rasulullah telah menegaskan :

"Allah sangat menyukai apabila salah seorang diantara kamu mengerjakan sesuatu dengan penuh cermat."


Dipetik dari Buku :
Isteri Mithali Idaman Seorang Suami | Mohd. Hasnawi Zainab

Friday 9 May 2014

Usia Bukan Penghalang

"Assalamualaikum...."

Kelihatan seorang Pak Cik yang agak berumur berdiri disebalik pintu pantry memberikan salam..

"Wa'alaikumussalam.."
"Dik, boleh saya tumpang makan kat sini..."  tanya beliau kepada kami.

Waktu tu aku hanya berdua dengan Kak Faridah. Kawan ofisku suka dan duka. Kami memandang satu sama lain..

"Boleh boleh Encik...Silakan masuk..." jawab kami serentak.

Tetiba terasa agak janggal. Biasanya aku ngn kak faridah akan berborak panjang, bertukar cerita, lepastu gelak2 sampai pecah satu opis..haha, maklumlah, biasanya kami hanya berdua time rehat.
Tapi kali ni kami tidak bertukar cerita seperti selalu. Terasa situasi agak tegang. sunyi, tanpa sepatah kata, mungkin kerana menghormati kehadiran insan baru di dalam pantry.

Sebelum Pakcik tu masuk, kak faridah ada citer, ada pekerja baru start keje hari ni. Aku tanya siapa...
kak faridah cakap, seorang lelaki yg agak berumur, graduated from Japan. Akak tengok dia kesian pulak, macam tak sihat je...hmmmm
Aku agak terkejut, eh... ye ke..tetiba besar pulak tanda tanya dalam kepala duk ting tong ting tong...
hmmm, kenapa dia keje sini kak? Kenapa pulak Abang (Bos) ambil dia? tanyaku ingin tahu..

"Ntahlah..." Jawapnya simple.
Gambar Hiasan

Ok. Sekarang Pak cik tu ada depan mata..hohoooo. kelu pulak lidah.
Kuperhatikan Pakcik tu...aduhai, tak tahulah kenapa rasa simpati sangat. kalau tengok fizikalnya, umornya hampir 60 tahun dah. Biasanya jarang abang akan ambil pekerja lingkungan umur macam ni..
Terasa menebal pula perasaan ingin tahu ku..

Bekal dalam plastik di tangan Pakcik tu dikeluarkan...
Dalam hatiku, bertuah Pakcik ni dapat isteri yang rajin. siap bekalkan suami lagi..
lagi gerak gerinya ku perhatikan...
Penutup tupperware di buka...kelihatan beberapa keping sandwich dalam bekas tersebut..
hmm...kenapa dia makan roti je...sepatutnya time lunch cenggini kita makan nasi..ye lah, lagi berapa jam nak tunggu waktu balik..eh, lama jugak tu...boleh tahan ke dia...kalau nk dikira perut aku yang gastrik ni memang menggigil la petang nanti kalau tak jumpa nasi...tapi tu perut aku..lain perut lain ragamnya..hmm

"Adik dah lama ye keje kat sini. macam mana keje ye, ok tak?". Tanya pakcik tu memandang kak faridah.

"Ye Encik..boleh lah...Setakat ni Alhamdulillah". Jawapnya.

"Encik baru start keje hari ni ke? Sebelum ni Encik Keje kat mana?". Memang dah tak menyabar aku ni.terus bantai soalan tu...harap-harap dia tak terasa hati la dengan soalan aku tu..

"Ye dik.Baru hari ni start keje. Alhamdulillah ye..Bos sudi ambil saya keje kat sini. Dulu saya kerja dengan company Jepun. Banyak tahun saya keje sana, lepastu saya berhenti keje sebab nak buka bisnes sendiri.
Tapi...(dia diam seketika)...saya kene tipu, bisnes saya jatuh, modal setengah juta hilang macamtu je.
Sekarang saya kene mula dari bawah balik. (dia menghela nafas yang agak berat).

Kami berdua terdiam, sambil mendengar ceritanya....

Itulah dik, saya ni sebenarnya tak ada pengalaman dalam bisnes tu, lepastu kawan ajak buat bisnes. Kami share 3 orang. Bila semua dah nak naik, sorang buat hal...terus semua hilang dalam sekelip mata.
Nak undur balik dah tak boleh dah. Modal tu, berapa puluh tahun saya keje, kumpul sikit2...tapi tu lah, tak ada rezeki kan orang kata.

Rasa simpati ku kian menebal...Berat ujian Pakcik ni. Dengan usianya yang macam ni, sepatutnya dia dah berehat dirumah dah. Masalah kesihatan lagi..hmm

"Saya cuma berharap, Allah pelihara kesihatan saya, supaya saya dapat bekerja menyara anak bongsu saya yang masih bersekolah. Alhamdulillah, sekarang saya diberikan kerja disini. Yelah, walaupun gajinya tak seberapa, tapi saya sangat2 bersyukur. sekurang-kurangnya saya boleh menampung keluarga sedikit sebanyak kan".

"Anak Encik berapa orang?". Tanya kak faridah.

"Saya ada sorang anak yang masih bersekolah, sekarang saya kene jaga isteri dan anak bongsu saya tu, yang lainnye..semua dah berdikari. Tak apa lah,semua dah boleh jaga dirikan". Terangnya.

Berkerut dahi kak faridah, seolah tak berpuas hati...

"Oh ye ke..Jadi semua berapa orang anak Encik ye". Tanya kak faridah meminta kepastian.

"Itulah yang bongsu ni banyak nak pakai duit. Sekarang saya kene kerja, untuk sara dia kan. Yang lain tu tak apa lah...dah kerja,dh lepas dari tanggungjawab saya"

Kenapa pakcik ni tak nak jawab soalan tu ye, fikirku..apakah soalan itu sensitif baginya. kenapa cara dia cakap tu seolah-olah dia ada anak sorang je. hmm, anak2 dia yang lain tu......~!@#$%^&*(*&%$#@...hmmm. Apalah yang pakcik ni sembunyikan. (Aku pulak, asyik buat kesimpulan je kejenya)

"Dik, kita kerja ni kene ikhlas. Sebab kerja ni kan satu ibadah. Bila kita kerja dengan ikhlas, kita akan dapat pahala. Kita kene rajin mencari rezeki. Ingat, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Tengok baju ni (sambil mengangkat sedikit kemejanya di bahu),sekarang baju ni rezeki yang Allah bagi kat kita..tapi esok, bila dah gemuk, baju ni kita dah tak muat pakai dah.so, kita bagi orang, tu bukan rezeki kita dah..dah jadi rezeki orang lain. Ok, macam makanan ni jugak (Sambil mengigit sandwichnya yang tak luak tu, di kunyahnya) selagi makanan tak jatuh ke perut,ia bukan rezeki kita. yelah, kadang2 duk tengah sedap makan, tercekik pulak, makanan ni keluar balik..ohhh dah bukan rezeki kita kan. haa, selagi makanan ni kita tak telan, tak jatuh di perut..itu bukanlah rezeki kita. Bila makanan tu dah jatuh di perut dan kita mendapat zat2nya...itu baru dinamakan rezeki kita" Terangnya panjang lebar.

Aku hanya mampu mendengar..sama juga dengan kak faridah. nak bertanya risau salah pulak soalannya nanti. Apapun, banyak pengajaran yang boleh diambil dari pakcik ni. Bagi aku, walau siapa pun anak pakcik ni, aku berharap mereka tidak m'abaikan beliau..ye lah, hargailah ibu dan ayah selagi hayat di kandung badan. Jangan terlalu mudah percayakan orang.

Jam ditangan hampir menjengah pukul 2 ptg. Aku ngn kak faridah meminta diri untuk keluar solat zohor.

Aku keluar dari pantry dengan perasaan ingin tahu...





Doa Untuk Sahabat

Hasnah Dalam Kenangan

Mati itu pasti

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”

(surah al-A’raaf ayat 34)


“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

(surah Ali Imran ayat 145)


9 Mei 2014 : Aku menerima berita tentang pemergianmu sahabat... Sungguhku tak percaya, namun itulah hakikatnya. Akhirnya kau pergi jua meninggalkan kami setelah sekian lama bertarung dengan kanser . Dikaulah sahabat yang paling kuat, periang dan baik yang pernah ku kenali sepanjang tempoh perkenalan kita di menara gading.
Kini, tiada sudah mesej darimu yang mengatakan rindumu kepadaku… Tiada lagi insan yang suka bercerita dan berkongsi minat yang sama tentang kucing..
Tiada sudah kawan yang suka berkongsi movie baru.. tiada sudah kawan yang suka berkongsi kata semangat. Hilang sahabat, hilanglah teman.

2009 : Kenangan hari-hari terakhir Degree Show
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinari
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah SWT
Sediakanlah waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa
Sediakanlah waktu untuk berfikir krn berfikir itu pokok kemajuan
Sediakanlah waktu untuk beramal krn beramal itu pangkal kejayaan
Sediakanlah waktu untuk bersenda krn bersenda itu akan membuat muda selalu
dan sediakanlah waktu beribadat krn  beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa…

Hasnah,
Terlalu banyak perkara tentangmu yang membuatkan ku amat terkesan dengan pemergianmu..
Sungguh tidak dapat ku luahkan dengan coretan kata…
Cuma kini, aku hanya mampu berdoa kepadamu sahabat..
Tenanglah dikau di sana..
Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu..

2009 : Kenangan waktu sama-sama siapkan Artwork Printmaking

Innalillahi wainna ilaihirajiun….
Selamat jalan sahabatku…semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikanmu dan menempatkanmu di SyurgaNya. Terasa air mataku menitis bersama kepergianmu…sungguh aku sangat kehilanganmu..semoga amal kebaikanmu menjadi penerang kuburmu…Aamiin

2009 : Kenangan di PKNS,SACC,PAS Shah Alam

Innalillahi wainna ilaihirajiun….
Ku hamparkan sejadah dihari ini hanya untuk mendoakanmu sahabat…
“Ya Allah ampunilah dosa2 ku dan dosa2nya.. Ya Allah sayangilah aku dan sayangilah dia…Ya Allah, terangilah dan luaskan kuburnya… Wahai yang maha pengasih dan maha mengasihani..”

2009: Kenangan Time Degree Show Bacholer of Fine Art (Hons)

Innalillahi wainna ilaihirajiun….
Dalam Khusyuk ku berdoa semoga engkau diterima di sisinya…
Aku kan selalu mengingati segala kebaikan, ketawa dan gurauanmu Hasnah.
Begitu cepat engkau meninggalkan kami …senandung doaku untukmu : “Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadahmu..selamat jalan sahabat,semoga bingkisan doa ini menjadi penerang kuburmu..
Aamiin aamin Ya Rabbal’Alamin.





Cara Merawat Kaki Merekah

Tumit Kaki Merekah adalah satu perkara yang amat merisaukan dan menyakitkan...hohooo

Aku adalah salah seorang yang memiliki kulit kaki yang kering...
dah hampir 26 tahun dah hidup dengan nikmat yang tidak terhingga dari Allah S.W.T.

Namun kebelakangan ini, selepas balik dari kampung halaman, kulit kaki agak kusam, kering...
mungkin kerana cuaca yang agak panas disamping berjalan tak ingat dunia..hohooo..so, kini kulitnya sikit meragam sudah...huhu

Apa yang tak bestnya bila kulit kaki kering dan pecah, ia mula terasa kasar yg paling tak suka rasa macam berduri-duri... bila pijak atas toto empuk je rasa macam tersangkut... lepastu kalau tumit kaki yg pecah tu tersentuh betis, wahhhhh terasa sangat geli geli..huhu...yg paling takleh terima, ohhh sungguh terasa malu dengan ichik suami...waaaaa :'( :'(

beghini lah ghupenya kulit kaki yang pecah....tapi, chopp2!, ini bukan gambo kaki kiter..ini gambo kaki kita amik dari abam google... Alhamdulillah, kulit kaki aku takdelah sampai tahap ini teruknya...tapi baru nak masuk mukaddimah je..mungkin sebab pakai sarung kaki..hmm  itulah pentingnya pakai sarung kaki kan...bukan setakat tutup aurat, tapi mengelakkan berlakunya keadaan2 macam ni..huhu



Antara Punca tumit kaki merekah adalah :

~Berdiri terlalu lama
~Kerap memakai kasut tumit tinggi
~Kulit kaki terlalu kering
~Kerap berjalan

Tips merawat tumit kaki merekah:

Cara 1

Ambil buah betik muda, hiris kulitnya.Ambil getah dari kulit betik tersebut dan sapu
pada tapak kaki yang merekah. Biarkan selama 20 minit dan bilas tapak kaki.
 Lakukan selama 2 kali seminggu.

Cara 2

Ambil ubat gigi.Sebelum tidur,sapu pada tapak kaki.Esok pagi,masa mandi basuh
dengan berus.Nak lebih berkesan guna batu sungai.Tapi nak cari dekat mana
kalau duduk kat bandar ni..hehe..

Cara 3

Mengelak rekahan pada kaki. Basuh kaki dengan air suam dan keringkan. Sapu dengan asam jawa yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kering. Esoknya basuh dengan air suam. Sesuai dilakukan pada waktu malam. Buat selama seminggu.

......................................................................................

Tapi kan, aku tak buat pon semua tu...kuikui...
aku cuma pakai losyen je...

Haaa ni hah losyen nye...kawan aku tolong belikan kat Cosway Farmacy time dorang buat promotion..RM10 je..hehe

Alhamdulillah, sekarang dah xrasa dah kulit kering dan kesan pecah2 pun dah hilang... Alhamdulillah sangat-sangat.. :) so,sesape yg ada masalah kulit kaki pecah, boleh try losyen ni...ye lah, mana tahu sesuai dengan kulit korang kan.. In Shaa Allah :)