nuffnang

Sunday 9 January 2011

L o v e


"Love is not about finding the person
but creating a right relationship.
It's not about how much love you have in the begining
but how much love you build till da end"








Tuesday 4 January 2011

Diploma in Fine Art

Tiga tahun aku bergelar mahasiswi UiTM Kelantan...namun tempoh masa itu tidak mampu memadam detik pertama aku melangkah masuk ke gerbang IPTA. Alhamdulillah YA ALLAH, sungguh terlalu besar pemberianMU untuk hamba rasai. Insan mana yang tidak gembira andai dapat menghadiahkan kejayaan untuk kedua ibu bapa.Syukur yang tak terhingga ku panjatkan untukMU.

Detik-detik yang kulalui saban hari mematangkan diri ini. Sungguh terlalu banyak dugaan dan cabaran kulalui. Namun siapa aku untuk menghalang segalanya daripada berlaku. Aku hadir dari keluarga yang bahagia, walaupun kami tidak berharta, namun aku bersyukur punya ayah dan ibu yang kaya dengan kasih dan sayang mereka. Terasa indah dunia ini memiliki insan2 yang tak pernah kenal erti penat dan lelah menjaga kami 9 adik beradik. Walau usia kalian makin bertambah, namun kalian tetap tidak jemu menjaga dan menyayangi kami adik beradik.

Pernah satu ketika dulu roomate ku datang kepadaku dengan menghulurkan sekeping kertas yang bernilai RM20 ketanganku... Terus persolan datang berlegar di fikiran...Untuk apa duit ini? duit siapa?


kawanku : nah, duit mak kau bagi.

aku : apa?? untuk apa? bila?? kenapa??


Sekaligus semua solan itu keluar dari bibirku...


kawanku : entah, tadi aku keluar dengan abang aku, lepastu aku singgah jap rumah kau. ha, ni duit mak kau titipkan untuk kau lah.

aku : (terkedu dan air mata terus bergenang di kelopak mata)

kawanku : laa, yang kau nak sedih tu apesal.. 

aku : kenapa dia bagi....aku rasa aku tak penah mintak pun.. (sambil menahan sebak didada)

kawanku : ye ke? aku hari2 mintak duit ngn bigbos aku, rileks je..kau xyah la nk feeling2 sgt..dah mak kau bagi,amek je ler.pelik la kau,mak kau bagi duit kau boleh nangis2 lak. kalau aku lah, memang melompat ler..lagipun, kalau nak duit mesti kene mintak dulu baru dapat. kau kire beruntung apa..nah! ambik.

Aku menyambut wang kertas itu dengan longlai. sebak rasanya hati ini hanya Allah yang tahu..hmm,mungkin dia tak rasa apa yang aku rasa. Sepanjang tempoh aku belajar, tak pernah sekali pun aku minta duit mak ayah. walaupun dorang selalu bertanya, apakah simpanan aku masih ada, namun aku tetap bagitahu mereka-'ada' walau hakikatnya tidak sebegitu. Aku tidak sanggup melihat mereka derita kerana kesusahanku kerana aku rasa pinjaman PTPTN aku itu sudah cukup untuk aku biayai proses pembelajaranku. Walaupun aku terpaksa mengikat perut saban hari, namun aku tidak kisah, kerana aku sudah biasa dengan semua itu. Lagipun kalau betul wang simpanan ku semakin berkurangan, aku akan berpuasa untuk meneruskan kehidupanku. Bagiku ia bukan satu masalah, kerana cara ini membantu aku menjadi insan yang berdisiplin, berdikari dan yang paling penting aku tak nak menyusah kan mak ayah dan hanya satu aku hanya ingin melihat mereka bahagia.

Tiga tahun menjadi mahasiswi, sungguh mematangkan diriku. Pelbagai ragam manusia aku lihat baik elok mahupun tidak. namun niatku hanya satu... belajar dan belajar..

kesengsaraan bukan beerti kita kalah
kepayahan bukan beerti kita mengalah
keperitan hidup bukan punca kita tidak bahagia
kedhaifan hidup bukan penyebab untuk kita berjaya


dengan itu,

belajarlah untuk tidak berputus asa
restu orang tua sangat berguna
doa mereka sangat berharga
jaga lah hati mereka selagi terdaya
kerana,
setitis air mata ibu itulah 'derhaka'.



 
" I love my family"