nuffnang

Sunday 29 November 2015

Kau & Tanggungjawab




Tanggungjawab,

Kerana tanggungjawab sebagai anaklah
Kau pergi meninggalkanku....

Kerana agama yang sucilah
Kau rela melepaskanku....

Jauh disudut hatiku
Aku masih berharap
Kau kembali kepadaku
Menjadikan aku halal bagimu..

Biar aku menunggu
hingga tiba waktu itu.










Saturday 28 November 2015

Aku Bukan Insan Istimewa Untukmu




Disaat aku dihadapanmu
Aku tak ubah umpama tugu
Disaat aku perlukan perhatianmu
Kau sekilas pun tak memandang aku
Bila aku mulai rasa tertipu
Kau datang lagi menabur janji palsu
Bila ku kembali buka pintu hatiku
Kesekian kalinya kau perlakukan aku sebegitu
Ketahuilah,
kasihku yang hadir ini
Bukan untuk dipermainkanmu!










Petua Gebukan Kulit Dengan Ibu Kunyit

Di Nusantara, Selatan Asia dan Timur Tengah kunyit selalu digunkan sebagai rempah di dalam makanan dan juga sebagai ubat dalam menjaga kesihatan dan juga barangan kosmetik.
Ibu Kunyit

 Kunyit dijadikan sebagai krim untuk menghilangkan jerawat, sebagai lulur untuk mencantikan kulit serta krim antiseptik.Kunyit juga boleh dimakan sebagai ulam-ulaman. 


Masker Kunyit

Petua Kulit Gebu Dan Halus Dengan Kunyit 

Jika anda inginkan kulit yang gebu dan halus, ambil ibu kunyit dan tumbuk halus bersama beras. Campurkan sedikit air mawar dan sapu pada wajah serta seluruh badan. Lakukan tiga kali seminggu. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya.


Air Kunyit

Petua Mencegah kulit Daripada cepat berkedut 

Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.  Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Masukan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit. 





:: Selamat Mencuba ::






Petua Kurangkan Sakit Gigi


Sakit Gigi


1. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

2. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

3. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

4. Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.





 :: Selamat Mencuba ::










Sumber

Resepi Kuih Peniaram @ Kuih Denderam

Kalau korang pernah baca entry nisa sebelum ni pasal Penagih Kuih Denderam, Hari ni, nisa scroll newsfeed facebook...terjumpa pulak resepi kuih ni, ok! nisa tempek sini lah... lain kali kalau nak buat, senang... cari kat sini je. hiks!


Resepi Kuih Peniaram @ Kuih Denderam

Resepi dari : Watie Manan

Bahan-bahan :
  • 1 paket tepung beras cap gajah 1 ( 500 gm )
  • 2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air..
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya :

Satukan semua bahan-bahan dalam periuk, kecuali tepung beras.


Masak sampai gula larut dan mendidih.






Kemudian tapiskan terus air gula yang panas-panas ke dalam bekas yang berisi tepung beras.





Kacau dengan menggunakan sudip kayu...kacau adunan sampai betul betul sebati..
Apabila sudah sebati adunan akan cair, maksudnya apabila kita kaup pastu angkat adunan.. ianya akan jatuh ke dalam bekas. Seperti dlm gambar tu ye..ok kalo dah sebati adunan kita peram kan dia semalaman atau sekurang kurangnya nya 5-6 jam..
Peram kat luar tau bukan dlm peti ais.


Ok keesokan harinya pula bolehlah kita terap..sediakanlah barang-barang untuk terapnya..seperti pelapik,minyak,acuan dan pencanai..



Ok kita mulakan dengan melumurkan minyak sedikit ketapak tangan..pastu ambil doh sikit sapukan juga minyak..


Pastu canai seperti kita buat doh karipap tu..tp jgn nipis sangat tau takut nanti masa goreng akan menjadi keras pula..





Pastu boleh lah diterap dan sedia untuk digoreng...

Pastikan minyak dipanaskan dahulu..pastu masukkan doh yang telah diterap tadi.. pastikan masuk satu-satu.. tunggu timbul dulu baru masukkan yang lain.. Sebab nanti ianya melekat..dan boleh lah dipusingkan supaya ianya masak sekata..



dan inilah hasilnya apabila siap digoreng..
:: Selamat Mencuba ::








Credit Picture & Resepi to Watie Manan

Friday 27 November 2015

Aplikasi Al-Quran Bahasa Melayu

Assalamualaikum w.b.t...

Nisa nak share satu aplikasi yang sangat bermakna dalam kehidupan kita sebagai insan yang beragama islam. Aplikasi Al-Quran bahasa melayu ni adalah aplikasi yang sangat mudah untuk kita memahami maksud ayat-ayat Al-Quran dimana ia didatangkan dalam terjemahan bahasa melayu yang memudahkan kita to understand every single words.






































Every muslim phone must have this application...Dengan adanya aplikasi ini, kita dapat membacanya tak kira dimana saja kita berada dan pada bila-bila masa. Marilah kita hayati setiap baris ayat-ayat Al-Quran ini..... Semoga Allah SWT membuka pintu hati kita serta memberikan kita kenikmatan dan kedamaian yang tak terhingga tatkala memahami ayat-ayat suciNya.

Kepada yang belum dapatkan aplikasi ini, Jangan tunggu lagi... Jom Install sekarang :)





:: Selamat menghayati kalam Allah ::






Khasiat Kunyit Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat kunyit

Masyarakat Melayu guna kunyit sebagai jamu bagi ibu yang selepas bersalin, digunakan untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Kunyit di ambil sebagai ulam atau minum air rebusan ibu kunyit.

Kunyit



Kunyit juga terkenal untuk memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah.

Kunyit juga dipercayai dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Di Jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari dalam badan.
Bagi masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Di India dalam perubatan ayuverda, kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria, pada luka, kesan terbakar dan juga kesan lebam.

Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat luka akibat patukan ular.

Kunyit mempunyai antioksiden yang tinggi, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu mengurangkan paras kolesterol dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’ menghalang menyempitkan arteri penyebab utama serangan jantung.

Kunyit juga membantu menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).

Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.
Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit-sakit lutut, dan ruam.










Sumber

Makanan Yang Membantu Wanita Cepat Hamil

Sumber


Kepada wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung. InsyaAllah.

 

1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar


Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah oerganik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.

 

2. Makanan tinggi serat


Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan tersebut adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang.

 

3. Sayuran berdaun hijau


Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.

 

4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar


Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wantai mendapat kitaran haid yang tepat.

 

5. Makanan tinggi asid folik


Adid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.

 

6. Makanan kaya vitamin C


Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.

 

7. Kekacang


Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.

 

8. Produk tenusu


Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu  anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.

Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian anda supaya cepat hamil!





:: Semoga Berjaya ~Insha Allah~ ::








Credit to pama.karangkraf.com

Doa Untuk Anak Berjaya

Doa Perlindungan Untuk Anak


Doa Agar Anak Rajin Solat


Doa Ketika Anak Sedang Tidur


Doa Agar Anak Pandai Belajar












Nasi Air

Nasi Air Kelantan

Nasi Air ni sebenarnya lebih dikenali sebagai 'bubur nasi'. Tapi kalau kat kelantan kami panggil nasi air je. Makanan ni famous di negeri Cik Siti Wan Kembang... Sebab tu lah kalau korang pegi kedai mee celup atau mee sup, majoriti peniaga kat sana akan sediakan sekali menu ini. Lagi pula ia sesuai dinikmati untuk semua golangan umur.


Ini adalah contoh Nasi Air Simple dari NisaLicious



Kepada mereka yang ingin mencuba,
Resepinya adalah seperti berikut...


Resepi Nasi Air Kelantan


Nasi
Tanak nasi tersebut menggunakan air yang banyak. Buat macam kita nak buat bubur biasa.

Kuah
  • Air
  • Ayam
  • Daun Sup
  • Daun Bawang
  • Daun Patci
  • Sup Bunjut
  • Bawang Holland
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto (tak letak pun takpe) 

Cara-caranya :
Masukkan air, sup bunjut, ayam untuk direbus bersama bawang holland, daun sup, daun bawang, daun patci (letak sikit je). Perasakan garam dan gula secukup rasa. Rebus sampai mendidih dan perlahankan api.


Bahan-bahan lain ( Untuk Sebekas Nasi Air)
  • 1 Sudu teh Minyak Bawang putih (tumbuk @ blender sampai lumat dan tumis)
  • Sedikit Bawang Besar (dimayang dan digoreng)
  • Serbuk lada sulah
  • Kicap 
  • Setitik dua cuka
  • Asam Limau
  • daun sup untuk di tabur
  • Serbuk lada kering
  • ikan bilis (jika ada)

Cara -cara penyedian :
Masukkan nasi air ke dalam bekas, letak ayam dan semua bahan diatas, lastly masukkan sedikit kuah. (Jangan banyak sangat, nanti nasi tu susah nak tangkap.hehe)





:: Selamat mencuba ::







Penagih Kuih Peniaram @ Kuih Denderam


Ada yang suka kuih ni tak?
Ya Allah, tak tau nak citer betapa jatuh cintanya nisa kat kuih ni. Macam mana rasanya???....hrmmm, tokleh nak habak la camne..Yang pasti memang sedap yakmat! Tapi yang nisa tau, tak semua orang reti makan kuih ni kan?

Kuih Peniaram @ Kuih Denderam

First time nisa makan kuih ni, masa belajar dulu... Dulu roomet ngan dak-dak melaka...seronok la dengar depa becakap oii... sebab banyak nau keluar 'u' kat belakang tu. haha, comel! Btw, Dak wana yang kenalkan nisa ngan kuih ni.. rasanya time tu taon 2007 tak silap. wah lama nau! Kekeke.. Dia bawa kuih ni dan paksa nisa makan keh. adoiii! Firts time kuih ni masuk dalam mulut, otometik tersembur balik..haha. Bukan taknak jaga hati kawan, tapi memang tak sempat nak jaga. Hiks! Tak tau kenapa time tu mulut ni tokleh nak terima.
 
Tapi bila time lapar datang menerpa, sampai level kelaparan tu mencapai tahap maksimun, nak pulak time last-last semester dengan duit poket yang tak berapa nak banyak...hrmmm... Makanan yang cuma ada kat bilik waktu tu... just  kuih telinga keling yang diwakafkan ni je. Nak tak nak, terpaksa la makan jugak. hahaha. Lapar beb!...Tapi time makan kuih ni untuk kali kedua, sedar tak sedar, nisa dah habiskan separuh dah. hahaks! boleh pulak ^_^

"Eh, bukan ko tak suka ke kuih tu?" tanya wana
"Tula, tapi bila makan time time lapar ni...tetiba rasa suka la pulak! " kataku sambil melahap kelaparan
"Erk! magic betul!  kalau camtu habiskan lah...bukan senang dapat makan kuih tu tau". Balas wana.

Ya betol! bukan senang dapat makan kuih ni...lepas habis belajar tu, memang kuih ni tak penah lagi melalui rongga tekak nisa. Tapi tahun 2014, nisa berjodoh lagi dengan denderam ni. Sebab? Dapat kawan opis dak melaka..yang mak dia meniaga kuih ni.. oh, indah rasa dunia. :) haaah!  apa lagi....wajib order lah kan! hiks

Actually, Nisa boleh habiskan 1 bekas = 100 pcs denderam kat atas tu dalam masa tak sampai satu minggu tau. Sampai kawan kita tu terkejut bila kita repeat order cepat sangat..hahaks! Dah memang suka nak wat camno, kekeke (^_^)





 
:: Tq for reading this entry ::




 
 

Thursday 26 November 2015

Aplikasi Waktu Solat Terbaik

Alhamdulillah, semenjak guna "Aplikasi Solat" ni... tak perlu nak tengok-tengok jam lagi dah kalau nak tau waktu solat dah masuk ke belum. Dengan hanya setting lokasi anda sahaja, azan akan berkumandang tepat pada waktunya.

Waktu Solat Malaysia



Waktu Solat



Pilihan Warna



Variety of widgets



Display Masjid  During Azan



Lokasi Masjid terdekat



Waktu Solat, Kiblat dan Jam


Syukur sangat bila jumpa aplikasi ni..kerana secara tak langsung ia membantu kita untuk solat di awal waktu.
Terima Kasih yang tak terhingga buat insan yang mencipta Aplikasi Solat yang Terbaik ni. Barakallahu fiikum ^^,

Jadi kepada anda yang masih mencari-cari atau belum lagi mendapatkan aplikasi ni di fon anda, cepat-cepat lah install sekarang ye :)







:: Semoga Allah melindungi dan memberkati kita semua, Insha Allah ::







Resepi Lasagna Ayam Roti Simple

Bahan-bahan
 Bahan- bahan :
  • Seulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 sb susu pekat
  • 1 biji telur
  • Isi ayam
  • Roti
  • Mozzarella Cheese 
  • Sos Cili
  • Garam secukup rasa

Langkah-langkah :


 Tumis bawang, masukkan isi ayam dan kacau 



 Masukkan Sos Cili, serbuk lada sulah (tak letak pun takpe) secukup rasa. Goreng sampai masak.



Ketepikan inti yang telah siap dimasak tadi, pecah kan sebiji telur = 1 sudu besar susu dan kacau



 Roti (Lapisan bawah) dipotong empat dan dicelup telur pada bahagian atas sahaja untuk mengelakkan roti melekat setelah masak nanti. Susun pada tray dan sudukan inti yang dimasak tadi ke atas roti.



Taburkan mozzarella cheese




 Salutkan telur pada kedua bahagian roti (bahagian atas) dan tutupkan inti tadi seperti gambar diatas




Bakar pada suhu 180'c dalam masa 5-10 minit
Bergantung pada oven masing-masing. Bakar sampai sedikit garing je, sebab kalau lama-lama nanti roti tu keras.

 

Tadaaa! ini lah rupa lasagna ayam roti yang senang dan mudah.





p/s : masukkan mix vegetable jika anda suka.
Tapi kadang-kadang budak-budak tak suka sayur kan. so terpulang pada citarasa masing-masing.





" Selamat mencuba"