Gambar berikut adalah hasil tempahan dari kawan-kawan nisa. Mix asamboi ni, simple je kejadiannya. Tapi nak buat meniaga ni, takdelah huntong sangat pon sebab buah-buahan sekarang ni harganya tiptop mahal ekau.hihiks! Patut le dorang jual botol kecik je dah RM10 kan...Tapi boleh la kalau setakat nak buat side income tu...
Dari duk biarkan masa yang ada terbuang camtu, eloklah kiranya kita isi masa tersebut dengan perkara yang kita minat.
Disebabkan permintaan kali ini adalah mix fruit Asamboi, jadi nisa mix'kan buah jambu batu, dua tiga jenis mempelam, sengkuang. Kadang-kadang nisa letak jugak apel hijau. hehe
Tapi ramai jugak yang suka buah pelam sahaja. sebab makin lama dijeruk, makin sedap rasanya.
Nisa jual RM10 sebotol, untung? hrmm dapat le RM singget dua tu. Tapi apa yang penting, meniaga tu kena ikhlas, Insha Allah... nanti rezeki melimpah ruah :)
Asam Boi Nisalicious |
Kepada yang teringin nak mencuba, boleh try resepi di bawah. Sebenarnya, resepi jeruk asamboi ni dah bersepah dah orang share kat facebook kan.Lagipun mudah yakmat nak membuatnya!. Jadi petik jari je dah boleh siap. kekeke.
Resepi Jeruk Asam Boi
Mix Fruits- Buah Jambu batu
- 2 @ 3 jenis Mempelam
- Senkuang
- Asam Boi
- 1 @ 2 biji cili
- 5-10 Sudu besar Gula
- Sedikit Garam
- Serbuk Asam Boi
:: Selamat mencuci usus ::
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^