nuffnang

Thursday, 26 November 2015

Undang Kawan Tapi Tak Datang


Bila terbaca kisah insan malang ni... nisa teringat peristiwa bulan puasa yang lalu. Nisa dan suami dijemput untuk ke majlis berbuka puasa di rumah sahabat baik suami. Memandangkan sahabat ni baru je pindah rumah, jadi majlis tu secara tak langsung dijadikan majlis open house dan jejak kasih kekawan lama...

Tiba je  kat sana, kelihatan sahabat dan si isteri sedang bertungkus lumus membuat persiapan. Nisa minta izin ke dapur untuk menolong apa yang patut sambil menghidangkan buah tangan yang di bawa.

Meriah menu-menunya... Ada gulai ayam, Ayam Goreng, Sup, Sayur air, Asam Pedas, ulam-ulaman, aneka kuih muih, air dua tiga jenis dan banyak lagi lah..penuh 2 biji besar meja makan..dan 1 meja kecil air.

Kami bertanya, 
"Berapa ramai yang di jemput?"
"Hrmm, Adalah dalam 10 orang"..kata tuan rumah

Tapi tunggu punya tunggu, yang datang sorang je..Tu pon selepas berbuka, so total 3 orang lah termasuk nisa dan suami.

Kesian tuan rumah, banyak berhabis dan berpenat lelah membuat persiapan. Lastly, banyak makanan yang tak habis. Lagi pula, bulan puasa kan.. makan tu cane la sangat kan. 
Lepas solat maghrib, kami sambung lagi makan. makan dan makan.. sampai tuan rumah tak kasi kami balik selagi makanan tu tak habis katanya.. haha, hadoiii buncit perut kita tau..kekeke

Endingnya, tuan rumah terpaksa tapaukan kami makanan yang masih banyak tu untuk bekalan sahur nanti.
Bila pikir balik, aduhai...kesiannya
Tak tau nak cakap apa..

Maybe masing-masing punya sebab dan alasan masing-masing. Tapi benda-benda macamni lah buat orang tu trauma nak buat apa-apa majlis kan.hrmmmm......Speechless!






:: TQ for reading this entry ::





2 comments:

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^