nuffnang

Thursday, 24 March 2016

Tutorial Membuat Gambar Passport

Kali ni nisa nak share cara menghasilkan gambar passport menggunakan software adobe photoshop dan illustrator. Nisa tau ramai kat luar sana yang dah pro dalam bab-bab editing ni kan. Ok , yang dah tau tu Alhamdulillah . . Tapi untuk mereka yang tau basic menggunakan sofware-sofware ni, tapi tak tau cane nak buat gambar passport tanpa perlu lagi pegi ke kedai, ok kalian boleh follow tutorial di bawah ye..

Adobe Photoshop



Firstly cari gambar yang sesuai untuk dijadikan gambar passport, pastikan bukan gambar selfie atau gambar posing yang nampak muka sipi-sipi , moncong moncong tu tau ! hihi.  kalau takde, amik baru je . . guna kamera fon, cari background putih atau kosong, untuk memudahkan proses editing nanti.

Cara-caranya :

1. Klik File > Open > Cari Folder yang anda simpan gambar untuk di'edit tadi.

2. Klik Image > Duplicate > Automatic file gambar tadi di copy (macam pic kat atas), so sekarang ada 2 image kan.

3. Tarik original image tadi ke atas copy image yang telah di'duplicate kan




4. ok, gambar di atas adalah hasilnya selepas original image ditarik.

5. Lihat background pada gambar yang telah dibulatkan seperti tutorial gambar di atas > tarik layer background tadi > delete (tengok tanda arrow pada gambar untuk delete)



6. Klik Pen tools > edit menggunakan pen tools untuk membuang semua background yang tidak diperlukan

7. Temukan titik pertama dan terakhir > tekan right click > click make selection > click delete untuk membuang semua sudut yang tak diperlukan.

8. Hasilnya seperti gambar tutorial di atas

9. Save as image dalam file photoshop

Adobe Illustrator CS6



10. Create rectangle kat tools, buat bentuk segi empat berukuran 1.5 x 2 Inch > dapatkan color background biru (boleh google je)



11. Open image photoshop yang telah di edit tadi > bawakan ke atas background yang disediakan



12. Kalau image besar atau lebih dari background > click rectangle bersaiz 1.5 x 2 inch pada gambar > click right clik >click make clipping mask (pastikan ia sentiasa di front layer)

13. So hasilnya seperti pic diatas.



14. Open new file A4 size > Copy paste gambar passport tadi seperti di atas > dan print.

15. Jangan lupa setting Glossy photo paper sebelum print ye, macam nisa, nisa guna Glossy Photo Paper 200 gsm.


Ok hasil selepas dicetak (maap ler, kamera fon tak cantik, heee)



Sedia untuk dipotong


Gambar Passport
 Ok Siap dah gambar passport kita. hehe

Yang mana ada kemahiran menggunakan photoshop dan Ai tu boleh lah buat side income . Macam kat Kedai Nisa Biz Solution (NBS) sekarang pon nisa open oder buat gambar passport ni tau. 
"Nisa buat + nisa jual + nisa share" 
Harga yang dikenakan hanya RM5 =10 Keping gambar passport. Ok lah tu . . . ye tak ? hehe. 




Jadi, Selamat mencuba ye :)







34 comments:

  1. Guna printer apa ya..model dan siri nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sy, untuk kualiti yg lebih cantik , prefer EPSON dari canon.
      utk gambar kt atas, print guna EPSON L210

      Delete
  2. gambar passport sekarang background kena warna putih sahaja

    ReplyDelete
  3. mcm mana nak bawakan image dr photoshop ke background biru tu ya? saya open image tu dya buka dekat tab lagi satu

    ReplyDelete
  4. kalau edit dalam photoshop, just ikut step yg kat atas. then,
    kalau nk buat background biru, boleh open mana2 image, pastu klik to set (foreground & background color) kt image tu > tukar semua atas bwh biar jd kaler biru > klik gradient tool (g) > klik kt image baru td > automatic dia akan bertukar jd background biru > tarik gambar yg dh edit ke background biru td > crop > siap! selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  5. Duplicate gambar tu untuk apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk memudahkan proses editing new background.

      Delete
  6. salam, utk cs3 menu dia sama tak?

    ReplyDelete
  7. Nisa awk still open order tak utk passport gambar ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ^_^
      just WA 0149232129 for fast respon, TQ

      Delete
  8. salam boleh bantu saya tak .....

    ReplyDelete
  9. dah cuba buat.tq sharing tutorial ni...

    ReplyDelete
  10. macam mane nak download software tu?

    ReplyDelete
  11. salam nisa maaf kerana saya buat dah banyak kali tak menjadi boleh bagi bantuan tak t.kasih

    ReplyDelete
  12. Hi, open lagi tak untuk order gambar passport? Untuk background putih?

    ReplyDelete
  13. Hi, macam mna nak transfer ke A4 size tu and copy banyak2

    ReplyDelete
  14. Hello msih open tak utk gambar passport utk background putih

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^